Kesemua barang-barang yang nak dibawa diagihkan sama rata mengikut kumpulan. 4 Kumpulan itu ialah Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Hmm..skema betul.. nama kumpulan pun nama colour kan.. =p Aku pula dari kumpulan kuning. Iya.. Kumpulan kuning..terbaik..! (Jangan marah…gurauu)Ahli2 kumpulan kuning, Pengerusi kita, Pok Loh, Rosa, Coordy, Daus, Aina, Wani, Najwa, Vee,Ika, Epi dan aku sendiri. Hee.. terboiekk..!
Ambil baju xpdc ngan Najwa, packing barang2 naik gunung. Then, tdo awal.
Hari yang ditunggu sudah tiba. Pukul 9++ kami makan beramai2 depan blok hostel. Nasi lemak yang Sufi dan Hanim belikan tuk sume.. Terima kasih sufi,hanim...
Angkut beg kat garaj bas. Bertolak pukul 11++ sampai di lokasi iaitu Lata Belatan sejam++ selepas bertolak..(lupa la pulak pukul berapa). Sementara peserta lelaki sembahyang, kitorang bersihkan dan perap ayam untuk dimakan apabila tiba di Sungai Y@ Sungai Cakah. Pack lunch kat situ . Selepas tu, kami diberi taklimat ringkas oleh En Amir dan En Nuar yang diperkenalkan kepada kami. Kedua-duanya merupakan guide yang akan memandu kami sepanjang perjalanan ke GT.
Berkumpul. Perjalanan dimulakan. Beg yang seberat 11Kg ku galas jua setelah berkali2 komplen tak puas hati kenapa beg berat giler.. Aku terpaksa akur, standard la naik gunung bawak beg 7-12Kg. Walaupun berat giler.. beg dan muatan dalam tu jugak la yang nak digunakan sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak dan apabila berada di atas puncak sana. Fuhh.. 8.5Km dengan menggalas beg 11Kg? melalui jalan bercerun 45 darjah..bertangga-tangga pulak tuhh.. Fuhhh.. Aku rasa tiada yang dapat menguji kudrat manusia selain dari mendaki gunung. Haa.. masa ni la nk tau..how fit u..how tough u are.
Gambar kelabu asap..hmm..nk wat camne.. kalau guna camera Coordy mase ni konpem puas hati =)
Campsite Sungai Y
Lokasi yang ingin dituju pada hari itu ialah Sungai Cakah. Sungai ini juga dipanggil sungai Y kerana dibentuk daripada 2 anak sungai yang bertemu dihujungnya. Kami berhenti di campsite tu untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Gunung yang memakan masa 6-7jam untuk sampai ke puncak awal pagi esok.
Khemah utama didirikan. Diikuti khemah2 lain. Khemah utama ni untuk lecturer juga untuk solat berjemaah. Kali ni kami tidur mengikut unit. Agak sesak la.. dengan 7 orang dalam satu khemah iaitu Nadzirah, Ain, Dila, Najwa, Afi, Vee dan aku.Hmm..sesak..
Masak untuk makan malam. Menunya ialah Ayam Goreng berkuahkan masak sos Kimball+bawang dengan Nasi Putih. Hee..aduii..santap ajerlaa..
Setok Karung
“Merah…merahh…kuar..kojer…”
Pok Ya yg seakan2 Robin Hood pulak..=)
Perjalanan dimulakan. Fuhh…jalannya bercerun2. Penat. Air tinggal sebotol ag. Tapi cik Nuar cakap kami akan tiba di punca air sebelum sampai ke puncak. Jadi.. tak perlu bimbang. Minum jer air yang ada tu, tak payah berjimat sangat. Lagipun berat bahu menggalas pulak kalau bawak air banyak2. Kan..kan...? =)
Batu Mat Hassan
Penat mendaki+berjalan, akhirnya kami berehat di Batu Mat Hassan. Masa ni yang aku tau. Cuma nak rehatkan badan. Duk sandar atas batu je. Penat. Apa yang menarik kat Batu Mat Hassan ni, ada batu besar dan tinggi yang menyerupai seekor katak. Memang betul, macam katak. Besar pulak tu. Lagi satu, yang uniknya kawasan Batu Mat Hasan ni, kat bawah tempat kami berehat, ada gua dibawahnya. Nama Batu Mat Hassan ni diambil sempena seorang lelaki tua pada waktu dulu2 yang selalu datang bertapa kat tempat tu. Hmm..interesting.
Punca air dan solat.
Perjalanan diteruskan lagi, sehingga la tiba di kawasan punca air. Waah…air…air.. kami apa lagi, nampak jer signboard punca air 120m. terus letak beg, amik persalinan dan semua peserta berehat + mandi + berwudhuk kat c2. Dalam hati, tak sabar2 nak menuruni kawasan tu tuk refill air dlm botol dan bersihkan diri. Tapi.. perjalanan sejauh 120m tu, sangat mencabar dan agak berbahaya. Serius.
Fuhh..bercerun2, bertangga2, curam pulak tu..dan ada gaung disebelah. Hati-hati. Untuk sampai ke tempat punca air tu, kene melalui pokok tumbang pulak. Memang mencabar. Kami ada dua pilihan, sama ada nk melangkah atau menyusup bawah pokok sebesar dua pemeluk orang dewasa tu. Yang rendah+kecik pilih untuk menyusup kat bawah tu, yang kaki panjang cam aku ni..pilih tuk peluk pokok tu, berpaut dengan hati2 sebab di bawahnya, gaung..kat bawah tu pulak..batu besar. Jadi..berhati-hatilah bimbang jatuh.
Lepas mandi kat kawasan tu, yang perempuan pilih tuk sembahyang kat tepi cerun tu. 5-6 orang ambil tempat dan sembahyang secara duduk. Hmm..memang gerun, sembahyang di tepi gaung yang kurang dari 1meter jer tempat kaki bertapak. Itulah.. walau apa pun..solat tetap solat..tak de istilah skip solat walaupun dalam hutan, waima di medan perang sekalipun..peace...~
Kat situ la kami buka makanan yang dimasak malam tadi, burger dan sosej + makan sengkuang dengan rojak. Aku tak percaya aku yang tak makan sengkuang sebab rasanya yang pelik, dengan selamber menghabiskan sengkuang depan mata aku, Hmm..ni la orang cakap, kalau dah lapar, apa2 pun kat depan mata, bedal ajer..
Jendela Pandang
Perjalanan diteruskan. Kali ni aku meninggalkan jauh kawan-kawan yang lain semata2 nak kejar group depan yang lebih laju. Aku nih, satu.. duk kejarkan orang2 yang da memang tough, cam Rosa, Fuad, Coordy dan lain-lain, sampai tertinggal kawan-kawan yang lain. Penat giler, aku pun tak tau apa yang diorang makan laa..sampai boleh terus move..move..dan move..rehat sekejap..pastu jalan. Last2, aku tertinggal sikit kebelakang. Dan dibelakang aku ada Bahaa dan Ika, Hmm.. gerak ngan diorang jerla, malas nk kejar lagi orang depan, walaupun Bahaa ngan Ika move dengan halaju biasa, takperla, aku rela tunggu dan jalan dengan diorang. Bimbang kalau tengah2 jalan, aku ditunjukkan jalan invisible pulak. Hee..
Kami nampak signboard jendela pandang, masuk jap kat lorong tu, n nampak.. Waaah….Pemandangan bukit.. Cantik. Aku pandang Ika, muka dia teruja tengok pemandangan bukit tu..Hijauuu..luass.. Dan aku pandang Bahaa, dia sedang tadah tangan..berdoa barangkali. Dia cakap, cantik.. Tuhan nk tunjuk kat kita betapa cantiknya kawasan ni sebab tu kita daki gunung ni. Hmm…betul..agree..
Subhanallah~
Lorong yang membentuk jendela yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan gunung yang begitu indah..
Puncak GT semakin dihampiri
Bergambar kejap. Dan teruskan perjalanan. Kali ni, aku dah meninggalkan Bahaa. Dan bergerak dengan Ika, laju pulak dia kali ni, masa ni kitorang join group depan, Geng2 Rosa dan yang lain. Memang laju. 1500m nak sampai baru la aku dapat step macamana nak daki dengan betul. Hmm. 1000m lagi, Piza dan Ika terus bergerak, aku follow dari belakang. 500m lagi nak sampai puncak, Piza duk jerit, 500m lagi..! Wahh, aku turut sama excited, satu demi satu cerun aku panjat.. Last sekali.. aku nampak muka Pok Loh yang da sampai mungkin 15 minit awal daripada kami, dari jauh.. “pengerusimu menyambut anda dengan senyuman” . Ce laah.. Haha..aduiii…yolaa..yolaaa..pengerusi .. Hehe…
Yeaahhh… KAMI SAMPAIIIIII…DI PUNCAK GUNUNG TEBU….!
Puncak Gunung Tebu
Akhirnya aku sampai di kemuncak paling tinggi Negeri Terengganu Darul Iman. Cantik. Dengan ketinggian 1309 meter dari paras laut, boleh buat orang terfikir jugak. Hmm…macamana nk daki tuu.. Tapi sokay laa.. Kawan-kawan kat luar sana, jom la naik. Don’t worry, GT is the easiest mountain to climb laa..dont worry.. Next, kita panjat Gunung Tahan pulak naa.. Then, Gunung Kinabalu, haa…ada berani…??? =)
Di puncak GT, sejuk sangat dengan kabusnya yg tebal.. sejuk. Udaranya nyaman. Lebih kurang 40 minit selepas kami tiba, kesemua peserta sudahpun berjaya sampai di puncak, Apalagi bergambar sakan la kami kat puncak tu. Hee..
Momen-momen indah.. =)
Dah boleh buat Tugu gunung Tebu da ni..hehe..
Selain daripada tempat2 yang kami lawat ni, sebenarnya, banyak lagi tempat menarik kat atas puncak GT ni, antaranya, Batu Madrasah, Bukit Terowong, Sungai Angga, Bukit Batu Balai dan kubur misteri yang mana aku sendiri tak pasti kalau campsite kami tu pun kubur. Sebab aku ada terpijak sesuatu, then, Farah tegur.. dia cakap..itu “K”
Owh..Did u mean, “K” in malay, n “G” in English.. Then, she nodded. Hmm..paham2. Sebenarnya banyak kubur kat kawasan tu, pengunjung yang datang kat kawasan puncak ini biasanya akan nampak “K” yang tak bertanda. Jadi kalau ada terpijak something yang hmm..itu maknanya.. “K"
Hmm..aku duk mencari2 dak laki group kuning, nk tengok apa yg diorang masak, ternampak Fuad, diorang masak megi dan sempat la offer kat aku. Murah hati betul Fuad ngan Adeeb ni walaupun makanan tak banyak tapi still boleh offer pada orang. Hmm…tima kasih..Fuad& Adeeb. Aku cari Rosa dan yang lain2. Tak jumpa, Fuad yang tunjukkan Rosa kat belakang rupanya. Fuhh..sekali lagi kene lalu jerla hujan…Tersepak pulak paku khemah, aduii..Baru nampak Rosa, reaksi dia tengok aku yang terlanggar paku tu, macam terkejut tengok aku tiba2 sampai kat dia dalam keadaan terhincut2.. plus kesian bila tau aku ngan Najwa tak makan apa2 lagi, maggi diorang da makan abis, tak sempat nk mintak. Huhu..sedehh.. Last2, aku mintak nasi yang da dimasak tu, Rosa cakap ade ngan Aina, sekali lagi aku redah hujan.. Aduii…aku ni cam kambing pulak takutkan air. Aina suh makan suma nasi tu sebab dia pun lam khemah tak mo kuar sebab sejuk+hujan kot. Nasi tu la rezeki kami satu khemah malam tu, hmm, nasib baik ada serunding, suma bukak serunding n makan nasi tu.
Matahari mula naik sedikit demi sedikit. Campsite yang gelap gelita beransur terang dengan cahaya matahari. Masa ni la aktiviti masak memasak dijalankan. Aku makan segala apa yang ada, dalam beg tuk meringankan lagi berat beg. Lepas masak. Bergambar pulak. Hmm..sweet memory..
Keadaan di khemah utama agak sibuk masa ni.. semua sibuk nak masak..
One of my fav pic, cantekkkk.....
Coordy, Rosa, Kimie...n yang celah ketiak Kimie tu....Daus...Hmm...Daus rela duk bawah ketiak Kimie yang tak mandi dua hari tu..? ish3...
Kami Guru Malaysia di puncak Gunung Tebu (Versi sumbang..huhu)
Bergambar kat Batu Tanda Pusat sebelum memulakan perjalanan turun ke kaki bukit
Coordy ngan Cik Nuar
p/s : Cik Nuar memang ensem =P
next...
Tiba di campsite, perjalanan diteruskan lagi untuk ke kaki bukit Gunung Tebu, Lata Belatan iaitu tempat permulaan kami untuk ke Gunung Tebu.Hujan. Masing2 pakai baju hujan. Aku pulak dibantu Abg Ridhwan kita, hee..jangan jeles..yang sebenarnya, aku terlewat. Itu yang ditolong ramai orang. Itu pun ditegur En Baharom. Hee…maaf Encik, saya termandi tadi.. hee.. Yang sebenarnya, aku antara orang yang terawal tiba di Sungai Y, jadi sebab nk rasa mandi air Sungai Y punya pasal, sebab hari tu mandi dalam gelap n rushing, jadi masa tu, tiba je kat Sungai Y, terus mandi. Kes balas dendam la kiranya ni =)
Sebelum bertolak pulang, kami bergambar kenang kenangan. Ini dia..gambarnya.. akanku jadikan ia desktop background laptopku 30hari 30malam berturut-turut. =P
1) Bawak banyak buah epal hijau dan Coklat. Coklat memberikan tenaga. Epal hijau pulak best kalau dimakan time berjalan kat kawasan flat semasa daki gunung..Uuuui…Juicy.. =)
3) Kalau terdengar bunyi pelik2, anggap sajalah bunyi binatang. Seperti yang dialami aku sendiri masa masak malam tu kat campsite Sungai Y. Tetiba bunyi “hahahahaha” Jelas dan terangg dan aku anggap mungkin Beruk Terbang barangkali. Huk3.
4) Pastikan berat beg tidak melebihi daripada 1/5 berat badan.
5) Bawak plastik tembakau untuk digunakan bila hujan, jadi khemah tak kan masuk air. Insyaallah.
Aku belaja untuk relax.
Aku belajar untuk menerima kekurangan diri.
Aku belajar untuk kumpul semangat di saat genting.
Aku belajar menghargai anugerah keselesaan seperti tempat tinggal dll.
Aku belajar menghargai tidur dan rehat yang cukup.
Aku belajar tuk jadi sefleksibel yg mungkin.
Hmm…fleksibel. Banyak untungnya kalau kita fleksibel. =)
Bagi aku, xpdc Gunung Tebu bukannya yang terakhir. Tetapi merupakan titik permulaan dan penyediaan diri aku untuk xpdc Gunung yang lain. Iya.. Sehingga Gunung Kinabalu. Insyaallah.
~pEaCe...No War~
No comments:
Post a Comment