Saturday, January 22, 2011

"Makanlah anakku".

Okey, pitih takdok doh..
ini semua angkara hari terbuka KK
tak beli baju atau buku pun,
cuma abis kat makan aje,
selera makan sentiasa ada
tiap saat,
tak cukup di cafe,
di gerai2 semua disinggahnya.

Tapi sedikit pun aku tak kesal,
persatuan mak-mak semalaya kata,
"kalau bab makan anakku,
jangan berkira..."

Yeahh...
atas dasar kata-kata penuh kasih itu,
aku makan saja apa yg rasa nak makan,
lagipun makan itu terapi jugakkan..ahaha..

Apa-apapun,
bagi mengelakkan kaki ini terbawa diri ini..
ke mesin ATM lagi,
Minggu ini perancangan pemakanan,
baek punya..iaitu..
perancangan pemakanan berasaskan kesihatan..

"Makan nasi sekali sehari untuk kurangkan pengambilan nasi,
petang2 minum air milo untuk sihat dan kuat,
malam2 makan oat untuk kesihatan jantung ni.."





p/s : Oh, sudah tentu saya buat plan pemakanan ni atas dasar menjaga kesihatan saya..=P


Ehem2, sebelum undur diri, sedikit pesanan dari saya..

kuat makan adalah nafsu yang perlu dikawal,
tak eloklah makan banyak sangat,
jadilah orang yang bersyukur.
di Palestin rakyatnya mati kebuluran makanan,
di Malaysia orang mati sebab terlebih makan..
Penyakit datang dalam macam2 pakej,
sebelum terkena baik berjaga.
Sebaik2nya ikutlah cara pemakanan Rasulullah.. :)

Thursday, January 20, 2011

Rentas desa-hari terbuka KK

Hari ni berlansung 2 agenda; pertandingan merentas desa peringkat IPG sebelah pagi. Manakala tepat pukul 3 petang nanti akan berlansung hari terbuka kolej kediaman.


Warm-up dulu.

Kemudian giliran staff Ipgkri pula memulakan larian.
Diikuti para pelajar


Lepas ni sy pergi temankan Jue pergi Bfast, sebab dia tak sempat makan kerana menguruskan perkakasan untuk gerai kami bagi hari terbuka KK petang nanti.

Pagi
Niat di hati tak mahu lari, peserta yang paling teruk adalah aku, kerana membimbit plastik berisi air teh peng, Jue pula membimbit plastik berisi nuget dan keropok. Kononnya nak jalan2 je macam latihan hari tu. Tapi sekali tengok ramai pula yang berjaga dan mengawal jalan. Nasib baik ada senior Fahmi, pass kat dia sebab dia tengah berjaga kat check point tu, kalau orang lain nampak, memang bad impression lah hinggap kat aku sudah tentu. Aku terus slow jog. Dari jauh En Nazmi Bollywood classmate kak dayah sudah beri semangat. Iyalah, rumah Biru jugak kot, aku maintain slow jog, Mimie dengan Jue jalan kat belakang. Akhirnya aku berjogging lebih laju juga akhirnya. Daripada dengar suara Mimie dan Jue, terus tak dengar. Aku jogging tak berhenti sampai kat depan rumah siapa ntah, bosan jogging aku berhenti. Tapi rugikan, degupan jantung okey dah tak sure berapa dah per minit. Untuk memaintainkan jantung agar tak drastik berhenti sebab jalan. Tau aku buat apa? Aku jalan dengan langkah kaki yang amat luas, sampai menyamai kelajuan orang berjogging. Seratus orang aku tinggalkan dengan langkah luas dibantu dengan kaki aku yg sedia panjang. Ahaa..Bila lagi aku nak manfaatkan kaki 'pemberian' Allah pada aku ni kalau bukan masa ni.

So, aku sampai pun takdelah mengah2 macam orang lain. Steady. Sambil tunggu yang lain. Dari jauh terdengar suara dengan penuh semangat sekumpulan guru pelatih lelaki. Wah, team rugbi yang diketuai oleh kembarku, Asni Daie berlari berjemaah rupanya. Memang nampak style lah team ni. Bermuafakat bermula dan sampai sama2.

Nah video team Panda RC. Kembar sy kat tengah kedua depan tuh.

video
Sy tak tahu kenapa vid ni gerak macam kartun, huhu..
layannn ajela.


Oleh kerana lutut ni dah lembik macam jeli. Sy mahu sleep. Petang ni tulis lagi. Untuk tatapan bff yang dikasihi lagi disayangi. Daa...~

Tuesday, January 18, 2011

Isnin-selasa-W3

Mengantuk.
2 hari kelas sampai petang.
lepas kelas bersiap..
latihan merentas desa.
tak lari pun.
cuma menghayati fatamorgana alam.

Badan agak letih,
Malam. teruskan perbincangan.
Kemudian...Zzzz.

***
Bangun.
Subhanallah aku manusia terpilih.
terpilih untuk bercakap-cakap dengan-Mu.
Hati-berkarat dengan cinta duniawi,
mohon diterima kembali,
selalu begini.
sehina-hina aku,
Dia sentiasa mendekat..
Allahu Rabbi.
Hamba jenis apalah aku ni..
**
7.30am : Perbarisan unit uniform
kelas seperti biasa-sampai petang.
letih. Balik baca novel.
itulah hiburan minggu ini.
selagi stok masih ada lah kan..=D

Ok, Nik balik malam ni,
bergegas pulang ke kampung.
Jue ikut sekali. Wah.
makan kat rumah Nik.
dan jumpa Mak buat pertama kali.


Sekarang kat bilik,
dah selamat bersiapkan diri,
untuk kembali ke sesi;
Pengasingan roh dan jasad..
Mengakhiri malam ini,
dengan penghayatan baru hari ni,
"Letih itu nikmat,
kerana ubatnya tidur."

Subhanallah.

Sekian,

-kenapa sy tulis diari macam ni?

Sebab simple, tak payah fikir ayat bagus2.
Yang penting pakej masa jimat. =)

*****






Btw, gambar kat bawah ni, gambar bagi bakat mewarna sy..
suka saya untuk berkongsi..ahaa..






Nah...!


Sy mungkin pandai melukis,
tapi mewarna-hampeh.

Walaupun tak cantik..
sy tetap pencinta..
kepada hasil tangan sy sendiri..ahaahaa..
narsistik punya orang..~

::::5++ pm ; sambung 10.15 malam::::..

Sunday, January 16, 2011

To : anda yang pernah mengaku

Post pada hari ni ringkas dan berbunyi agak tergesa2. Ianya tentang calon teman sehidup semati saya memandangkan ramai benar yang telah bertanyakan hal ni. Tambahan lagi family saya sendiri sudah memberi 'lampu hijau' untuk saya memilih seorang teman untuk dibawa berjumpa dengan orang tua saya. Subhanallah. Saya sudah dianggap matang oleh mereka yang dulunya sentiasa menasihati saya dalam pergaulan terutamanya. "You are too young". Kata salah seorang ahli keluarga saya suatu ketika dahulu. Tapi sekarang ni, orang yang sama sentiasa bertanyakan "siapa calonnya?" kepada saya. Allahu Rabbi. Apabila keluarga terutamanya, bercakap soal calon teman hidup saya, tuan empunya diri pula rasa bagai.... . noktah*

Hanya hati yang berkata-kata tatkala lidah kelu bersuara.
Hati? -Biarlah rahsia.


Baiklah, terus kepada tujuan post ini dibuat. Salah satu kriteria yang perlu ada buat 'si dia' bakal teman hidup saya adalah yang menjadikan tahajud dan membaca Al-Quran sebagai amalan yang tidak asing dalam hidupnya.

Saya terfikir akan hal ni, apabila membaca kitab suci tersebut sebentar tadi.
"Hari ni aku membaca Al-Quran, aku menjadikannya sebagai amalanku sebagai syafaat di Hari Muka nanti.. Tapi...bagaimana pula dengan 'si dia' yang pernah mengaku akan menungguku? Adakah si dia juga turut menyiapkan dirinya untuk ke 'sana'? Adakah hatinya subur dengan cinta Allah atau cinta dunia?"

**
Saya boleh berlaku adil untuk memilih anda yang pernah mengaku perasaan kepada saya. Tetapi dengan syarat, -syarat di atas haruslah dipenuhi terlebih dahulu. Saya bimbang suatu hari nanti, anda mempersoalkan hal ni setelah menunggu sekian lama. Atas dasar pembawaan saya sekarang, cara penilaian saya jauh berbeza. Penilaian dalam penghayatan agama, lebih saya utamakan. Selain daripada kerjaya yang terjamin, dan berakhlak baik, yang paling utama; dapat membaca al-Quran dengan lancar dan menjaga pergaulan-ikhtilatnya.

Saya akan reject sama sekali sekiranya anda tidak dapat memenuhi syarat pertama di atas walaupun anda mempunyai kerjaya yang terjamin. Dan ianya juga tidak bermakna; sekiranya syarat diatas berjaya anda penuhi, sy akan menerima anda sebagai calon teman hidup saya. Itu semua atas kehendak Allah jua. Yang penting, pelajarilah ilmu ikhlas. Lakukanlah semua perkara kerana Allah, bukan kerana hamba-Nya. Hidup kita ni tak kemana tanpa ilmu amal yang ikhlas kita laksanakan hanya kerana Allah. Jadilah manusia yang beruntung. Nikmat yang paling indah dalam dunia ini adalah nikmat iman, jika kau ketahui, nescaya kau akan kejari Cinta Hakiki itu walau jalannya penuh berliku dengan dugaan dan cabarannya. Barulah kau mengerti erti kata ini;

Dunia ini bagaikan syurga buat orang kafir,
dan penjara buat orang mukmin.

Tapi disebaliknya terselit banyak kemanisannya.
Itulah manisnya iman.



p/s: sangat tersentuh hati dengan kisah seorang suami yang tak jemu-jemu membacakan ayat suci Al-Quran kepada isterinya yang menghidap morning sickness setiap hari.

Saturday, January 15, 2011

poor old you


"How old were you, when you became a vampire?"

"Twenty. It was 1803, third of May.
I'd just been left by my fiance, Hester Collins.
I thought she was the most beautiful girl in Baltimore."

"I saw her again in 60 years later.
She was an old crone,
but my heart still beat like a jackrabbit"

-Vampire assistant.

Friday, January 14, 2011

dunia....dunia...

5.50 petang.
Terjaga dari tidur.
"Lewat ni....."
bergegas bersiap.

Berjalan ke surau
giliran kelas-moreh.
Tugas : Bancuh air.
Solat maghrib-isyak.
Berjalan pulang - hostel.

Pintu bilik dikuak.
terlihat sony ericson t715a,
"Ish...lupa lagi bawak..."
objek itu lekas dicapai.

open>new events>

2 missed call

From.....



Haa?...








"The weirdo is back"






hmm...
hp diunjukkan..
2 sahabat tersenyum teruja..
melihat text tertera.

sy?
sy tak tau apa-apa.
sedikit hairan.

kenapa terus menghilang,
sy pun tak tau.
sampai bila?
itu pun sy tak tau.

anyway,
hanya ucapan selamat,
dari hati untuk hamba Allah itu,

sambil berjalan memandang langit,
"semoga Allah sentiasa merahmatimu"
langkah dipercepatkan,
Al-Farabi menanti.

9.15 malam : Forum Maal Hijrah.
10.45 : deal with modie,
pulang..home-sweet-home

merencana pelan esok,
Nik Suria adalah subjekku,
2 hari dimanfaatkan,
bertemu insan2 tersayang.

Hidup...hidup...hidup..
terfikir juga...
inikah kitaran hidup?
duniawi...duniawi..
macam-macam..
IPG-family-kedai-Nik-fb-blog-soulmate
IPG-family-kedai-Nik-fb-blog-soulmate
IPG-family-kedai-Nik-fb-blog-soulmate
IPG-family-kedai-Nik-fb-blog-soulmate
Dunia....dunia...


Kadang-kadang aku terlupa...aku dalam 'perjalanan' ke sana.
Semakin hari semakin dekat.
Astaghfirullah....

Monday, January 10, 2011

Lelaki kacak itu.



"Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan ditegur.."

"Habis..kalau versi lelaki pula macamana?" Tanya seorang rakan fb ku pada classmatenya yang mem'posting'kan status diatas.

"Nah, versi lelaki.. " aku mencuba-cuba menggantikan untuk versi lelaki pula.


"Lelaki kacak itu
Tidak memandang dan dipandang
Lelaki kacak itu,
Tidak menegur dan ditegur,
Lelaki kacak itu,
Tidak mendampingi dan didampingi.."

extra : "Lelaki kacak itu tidak menggoda dan digoda..." =P


Nampak?

Seorang muslim dan muslimah soleh solehah yang baik adalah yang sentiasa berusaha untuk menjauhi fitnah. Barulah nampak 'mahal' kan?. Kalau terang-terangan pun dah nampak murah..sesiapa pun akan pandang rendah.. Kalau ada pun yang suka..mungkin orang tu pun sama murah.. atau dalam bahasa kasarnya adalah "sama harga" saja.. Hmm....semua orang jelas akan maksud 'harga diri' bukan..?

Nauzubillah...semoga kita tidak tergolong dalam golongan yg 'murahan' tu..

Jadi, nak yang soleh, maka solehahkanlah diri kita.
Begitulah sebaliknya. =]

"Cantik seorang wanita itu terletak pada malunya, dan kacak seorang lelaki itu terletak pada akhlaknya".

Target sebelum ke 'sana'