Wednesday, October 28, 2009

Would You marry yourself ?

Would you..marry yourself…??


Hmm..tajuk en3 yang agak interesting kan..?? =) Sudah lama saya mau post en3 ni, tapi tak berpeluang. Petang ni Insyaallah, saya akan post kan en3 ni dengan jayanya. Insyaallah.


“Would I marry myself..?”

Pernah saya jadikan ayat di atas ni sebagai status di ym saya dan macam2 respon yang saya dapat.



“Kenapa?? Desperate sangat ka sampai camtu sekali…?” Kata Fakhrul Razi, senior f6 ku.


“Mesti la boleh.. Sebab hanya kita yang paham diri kita..” kata kenalan lamaku, Akief. Pulak dah.

Dan reaksi paling banyak ialah, “kenapa ni..ada masalah ka..??”



Ok..dah..dah…cukup2.. kali ni..Meh sini saya nak terangkan maksud disebalik baris ayat di atas tadi tu.. Memandangkan saya agak keberatan untuk menerangkan apa maksud status ym saya tempoh hari kerana ramai yang bertanya, iya lah, takkan saya nak terangkan sorang per sorang kan. Okla, post saya pada kali ini dikupas daripada buku ‘Life is an open secret’ yang ditulis daripada penulis tempatan. Sangat menarik untuk dikongsi. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripanya. Baiklah,



Ok, apa yang saya maksudkan dengan “Would you marry yourself” secara translasi mudahnya, Sanggupkah anda berkahwin dengan diri anda, iya..diri sendiri. Selama ini kita dapat tengok ramai orang mengimpikan seorang teman hidup yang soleh solehah, beriman, peramah, berbudi pekerti, penyabar..dll.. (Takkan abis kalau nak list semua kan..?? =]) TETAPI, tak pernah pulak nak tengok diri sendiri dahulu. Apa dah cukup elok ke kita ni…? Penyabar ke? Berbudi pekerti ke..? soleh solehah ke..?? Haa, sekarang…. cuba pulak tanya pada diri sendiri.


Kalau lelaki ;

Anda didatangi seorang perempuan yang memilik sifat seakan-akan diri anda, Cuma berbeza versi jantina. Adakah anda berminat untuk berkahwin dengannya??


Kalau perempuan ;

Anda didatangi seorang lelaki yang memilik sifat seakan-akan diri anda, Cuma berbeza versi jantina. Adakah anda berminat untuk berkahwin dengannya??


Baiklah..Di sini..saya ada sediakan tiga jawapan untuk soalan ini.

Yang pertama OF COURSE..! Semestinyaa..!
Yang kedua, Hmmm….Mungkin Kot..
Yang ketiga, Nope, im not interested to marry myself.



Ok, kalau dipandang daripada perspektif jawapan pertama, mungkin orang yang confident je yang boleh berikan jawapan sekonfiden ni, OF COURSE…yess! Iyalah, kita rasa kita dah cukup bagus untuk seseorang itu. Hmm..ada pula yang beranggapan begini, setiap manusia dijadikan untuk melengkapi antara satu sama lain, dll.



Baiklah, kita pergi kepada jawapan yang kedua. Jika anda didatangi seorang lelaki atau wanita yang mempunyai sifat seakan-akan sifat anda secara keseluruhannya. Dan jawapan anda ialah..Hmm..mungkin.. Haa..kenapa mungkin dan kenapa tidak semestinya…atau..sudah pasti…? Adakah kerana tak berkenan dengan sifat kita sendiri..?


eh..berkenan..

abis kalau berkenan kenapa jawapannya mungkin..?

Hmm..berkenan 50-50. 50% berkenan dan 50% tak berkenan.


Aih..macam tu pulak.. Abis macamana kita nak tukarkan jawapan kepada ‘mungkin’ kepada 'sudah pasti'..?? Haa..itulah yang perlu kita sama-sama renungkan pada jawapan yang seterusnya iaitu.. Tidak, saya tidak berminat kepada diri sendiri..



Oklah, jawapan ketiga ni memerlukan kita muhasabah diri kita sendiri di mana ianya memerlukan perubahan diri kita daripada semasa ke semasa sehinggalah mencapai target yang kita mahukan sehingga kita yakin dan berpuas hati, haa…ini lah yang saya mahukan pada diri saya..!


Sebagai contoh, Fuad (bukan nama sebenar)seorang yang emosional dan panas baran yang didatangi seorang perempuan yang mempunyai sifat dan sikap sepertinya. Jadi secara waras akalnya, adakah Fuad akan menerima tingkahlaku seorang wanita yang emosional sepertinya? Mengikut logik akalnya, semestinya dia sendiri tidak berminat dengan seseorang yang panas baran dan tiada kesabaran dalam diri. Boleh huru hara dunia kalau kedua-dua mereka bertemu. Api lawan api. Betul tak?


Ok, contoh sama yang lain, Siti Najwa (bukan nama sebenar) seorang yang suka mengumpat dan mengata orang telah berjumpa dengan seorang lelaki yang mempunyai sifat sepertinya juga iaitu suka mengata tentang kelemahan orang lain, adakah Siti Najwa akan menerima keburukan lelaki itu? Kalau jawapan anda seperti ini: Ala, terimalah dia seadanya, tiada manusia yang sempurna atas muka bumi ini. Hmm..baguslah kalau ada orang yang berfikiran sebegitu. Tetapi, semua orang juga mengejar kesempurnaan. Hmm..jadi..bagaimana pula tu..??


Tepuk dada, tanya iman (“_,)


Ketiga-tiga jawapan tadi sebenarnya ada nilai positifnya kalau kita menilai dan melihat dari sudut perspektif yang berbeza. Mungkin jawapan pertama boleh jadi positif untuk orang yang sudah berpuas hati dengan tingkat dirinya, jawapan kedua pula mungkin untuk orang yang tak yakin dengan dirinya which is good kerana humble =) dan jawapan ketiga sudah diterangkan oleh saya dengan panjang lebarnya di atas mengikut perspektif positif. *(“_,)*


Apa yang penting, sama-sama kita muhasabah diri kita. Apakah kelebihan kita, apakah kekurangan kita. Apa yang baik, kita kekalkan. Apa yang tidak manis, kita perbetulkan. Lakukan seikhlas yang mungkin. Seperti saya juga yang mengimpikan seorang lelaki yang berpewatakan seperti suami kepada Qaniah di dalam buku Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul. Tetapi bila memikirkan perilaku saya yang tidak seindah Qaniah, saya merelakan ia berlalu. Bukan berlalu pergi melepaskan watak calon suami idaman seperti itu, tetapi..HOLD. Kita sedar diri kita ditahap yang mana, mana boleh mahukan keindahan dan kesempurnaan semata-mata sedangkan diri kita tak seindah watak yang diidamkan. Apa yang penting, kita berubah dari satu point ke satu point. Sehinggalah kita yakin dan berpuas hati dengan diri kita.



Insyaallah,
Sudah tercatat di Lauh Mahfuz seorang teman untuk kita mengikut peribadi kita juga.



“Dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik”

(Surah al-Nur 24 : 26)
Renung2kan… (“_,)

No comments:

Target sebelum ke 'sana'