Monday, August 29, 2011

Mengejar HidayahMu



Semua orang inginkan hidayah perubahan, tapi penghalangnya ialah tiada kekuatan untuk ke arah itu. Jadi, sampai bila? Bukankah dirimu mahukan akhirat dan kehidupan yang diredhai Allah?

Jangan tertipu dengan dunia, sampai masanya kau dan aku akan dijemput ke 'sana' jua. Waktu itu, tiada guna menghitung amalanmu di sini (dunia) lagi.

Bangkitlah dari mimpi yang lena. Dunia ini persinggahan semata.
Salam mujahadah.

Saturday, August 27, 2011

simple 'dimple'


Mereka yang berlesung pipit kerap didatangi oleh 'kanak2' yang cuba berkongsi pengetahuan mereka yang diambil daripada 'rancangan dokumentari di astro' dengan mengatakan :

"Tahukah anda lesung pipit...adalah....bla bla bla....cacat...bla bla...bla..."

Okey, mereka yang berlesung pipit agak jenuh untuk membuat reaksi seperti... "Oh, iye ke...?", "Yup...betul tu.." atau senyum saja sambil angguk angguk.



Kerana jikalau anda merupakan orang yang ke 500 mengucapkan perkara yang sama.. Err... hurmm... rasanya ia mungkin akan jadi lebih menarik jika anda mengucapkan/memberitahu/berkongsi tentang sesuatu yang lain daripada fakta di atas. Huhu..

Orang berlesung pipit jangka hayat dia lebih pendek ke... lesung pipit terjadi kerana masa si ibu mengandung si ibu menumbuk sambal menggunakan lesung batu sambil burung pipit datang berterbangan buat formation atas kepala si ibu ke, atau bilakah lesung pipit terbentuk? ketika dalam perut ibu ke, usia 3 bulan ke kan...? kan ke menarik gitu.


Jadi, kalau nak bagitahu fakta di atas pergi cerita kepada orang lain yang tidak berlesung pipit. okey...err...

Jangan marah. Cuba fikir di luar kotak sambil buat transformasi komunikasi berkesan. erkk...




:::kat bawah ni..beberapa komentar dari rakan2 fb, (rajin pulak print screen asni ni kan..ha ha..)



Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri

Teka teki : Banyak2 lagu raya nostalgia yang mana mengandungi perkataan Bahasa Inggeris? =P



:::Selamat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi.
::: Special thanks kepada rakan2 yang banyak membantu saya sepanjang Ramadhan ini, Afi dan Shida yang sentiasa mengejutkan saya bangun sahur dengan penuh sifat keibuan. Terima kasih...Terima kasih diucapkan kepada Syamimi dan Roe yang sudi mengangkut barang2 psv sy setiap hari ahad dan khamis. Tak lupa juga kepada team2 ketuk2 ramadhan rumah Jalan Kubur, Shida, Suefy dan Najwa yang baik hati membelikan barangan masak setiap kali tiba giliran masak team kita. Kepada Farah, terima kasih kerana sudi merempit dengan sy ni..begitu juga Afi, terima kasih ye kerana sudi merempit bersama2 sy walaupun selalu termerempit dengan laju sampai tertinggal kamu di belakang. Juga tak lupa kepada Vee yang selalu menasihatkan saya agar memperlahankan kelajuan 'kuda' sy tu...nasihat tandanya sayang..kan...Terima kasih atas masakan yang sedap2 itu. Kepada Hanim, yang berwajah serius tapi comel di mata ku ini moga kamu bawa pulang biskut buatan kamu yang sungguh sedap itu selepas raya ye. Bahagian saya haruslah 20% the he he. Dan akhir sekali, terima kasih kepada oniey2 kite, Julia, hihihi our KU atas segala kprihatinan yang ditunjukkan..semoga bergembira di samping yang tersayang di hari lebaran ini.


Kepada semua temanku...SAYA SAYANG ANDA SEMUA.. Moga Allah merahmati anda semua housemateku pangkalan Jalan Kubur. The he he.



Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Ramadhan kerana keinsafan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan.




*.:。✿*¨゚✎・ ..:*SELAMAT HARI RAYA AIDILFTIRI*.:。✿*¨゚✎・✿..:*

MAAF ZAHIR & BATIN.



Jawapan : Lagu Saloma "Miskin Kaya memakai baju baru warna warni, mengunjungi sanak kaum FAMILI" thihihi..

Saturday, August 13, 2011

Alangkah bagus kalau..

Alangkah bagus jika otak ku ini, ditukarkan dengan otak ibuku...
dia dah tak perlukan otak yang pintar,
anaknya ini yg masih di alam study yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif..
alangkah bagus jika kegigihan dan kesungguhan ibuku diserahkan padaku..

"nah anakku, aku serahkan kepintaran, kesungguhan dan kegigihan kepadamu.."

Alangkah bagus...kan?

Haha.

Sebenarnya, saya butuhkan kesungguhan dalam menyiapkan kerja seni sy iaitu PSV, Pendidikan Seni Visual, harap-harap lepas berbuka puasa, saya akan tiba sebelum pukul 9 di rumah sewa, sempat tak saya buat 5 kerja dalam satu malam? hoho..harap-harap..sy dibekalkan semangat kesungguhan yang luar biasa. Sebabnya..semester ni, sy menjadi amat malas dan tak semangat menyiapkan tugasan yang diberikan.

Haishhh...entah la sebab apa. Mungkin sebab bila tinggal di rumah sewa suasana jadi lain? Entahlah, rasanya macam nak tinggal di hostel je..kalau ditawarkan..fuh alangkah bagus...?
Alangkah lagi....
'Alangkah-alangkah' ni sebenarnya imaginasi semata-semata..imaginasi yang tidak akan terjadi. Jadi sila jangan sebut, " Alangkah" lagi...sememangnya ianya angan-angan semata-mata,

Sebagai contoh :

"Alangkah nikmatnya tika ini, andai segelas air fresh orrange yang terkondensasi dek airnya yang sejuk, berada di genggamanku...fuhhhhh"


XD

Post merapu.

Friday, August 12, 2011

Menunggu "dia"


Tanda-tanda..anda ter'suka' seseorang..
anda kerap ke wall fb seseorang itu...dan anda menyenanginya..
jika dibiarkan berterusan..anda mungkin boleh 'jatuh cinta'..
tidak pasti sama ada cinta itu celik atau buta...
abaikan..mungkin ianya perasaan semasa sahaja..
melewati beberapa purnama..
dia sekejap ada sekejap tiada..
berlegar-legar melintasi pintu hati ini...
dan dia hanya mampu melintasi...
mujurlah..Cinta Allah sentiasa ada..
walaupun hati ini senantiasa berbolak balik..


::::Saya hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Jika tiada jumpa si dia yang sebenar, haruslah dianjak tahunnya. Tahun apa? Tahun mencari jodoh.

::::tengok tajuk post, menunggu "dia"... hakikatnya...saya tak rasa menunggu pun. Err...~


Over semasa berbuka

Bulan puasa ni adalah bulan di mana kita boleh ambil kesempatan untuk menjimatkan perbelanjaan dan menjaga perut, bulan puasa ni lah yg mana nak berdiet kuruskan badan boleh mencapai impian untuk itu. Tapi kenapa bila bulan puasa je, perbelanjaan makin meningkat, dan.....berat badan makin bertambah-tambah? Hurmm....jawapannya adalah kerana NAFSU semata-mata. Terutamanya bila nak beli juadah untuk berbuka puasa. Satu hal, memboros dan membazir, hal keduanya...mana mau sumbat semua makanan tu? Nasi ayam, kuih lompat tikam, kuih apam, young tau foo, dan air buah yang dibeli tu? Perut manusia tidak seperti perut lembu yg ada empat compartment ya..

Jadi, sebagai orang yang hidup selama 22 tahun 11 bulan ni, sy sentiasa ingatkan diri sy untuk tidak melakukan perkara yang akan membuatkan saya menyesal selepas berbuka puasa. Ianya agak 'mengazabkan' diri apabila perut penuh dengan makanan dan air, sampaikan nak menjamah makanan lain yg dipelawa oleh kawan, terpaksa jawab macam ni "tak boleh dah, makanan ada sini dah" sambil tunjuk tengkuk... Memang tak bagus kan. Islam mengajar kita berhenti sebelum kenyang, ini gaya macam berhenti sebelum 'mati kekenyangan'. Hu hu hu..

Okey, antara cara-cara yang boleh mengelakkan kita rasa menyesal selepas berbuka puasa :



*.:。✿*゚・✿.CARA PERTAMA*.:。✿*゚・✿..:*


Semasa menjamah makanan, minum air sekadar 1/6 sahaja dari gelas terutamanya bagi mereka yang sangat dahaga sepanjang hari tu yang sememangnya sudah berniat daripada awal, "bahawasanya aku akan minum satu jag air semasa berbuka puasa karang" kepada kawan-kawannya. Okey, minum satu gelas air sekaligus, dan kemudian sambung makan akan membuatkan anda rasa seperti ular sawa yang tak mampu bergerak setelah berjaya menelan seekor kambing, dan sudah tentu ianya sangat azab ya..

Tindakan saya : Selain daripada cara di atas, sekiranya saya sangat dahaga dan memerlukan satu 'jag' air, sy akan minum 1 'jag' air tu, dan untuk makanan, saya akan makan kuih muih atau benda-benda ringan sahaja, atau pun saya makan separuh daripada makanan berat yang saya beli seperti nasi ayam tu, separuh lagi letak dalam tudung saji, Kemudian, lepas terawih saya akan sambung sesi makan kedua. Tapi saya perlu berkira-kira juga dengan pada pukul berapakah saya akan tidur, sekiranya saya makan pada pukul 10, kemungkinan saya akan membuat kerja hingga lewat malam bagi menghadamkan makanan tersebut terlebih dahulu. Mungkin pukul 12 lebih, atau pukul 1 pagi. :)



tepung pelita, sentiasa menggoda nafsu ketika 'membeli belah' di Bazar. Hati-hati dengan spesies kuih ni.. ha ha ha..


1 'jag' air = hiperbola...ianya merujuk kepada kuantiti yang banyak.



*.:。✿*゚・✿.CARA KEDUA*.:。✿*゚・✿..:*


Pergi Bazar, bekalkan wang di tangan anda sebanyak RM4, RM6, RM7 sahaja, kalau boleh jangan bawa wallet atau purse. Bawak purse atau wallet bahaya kat tengah bazar tu ramai orang karang tercicir/ dicuri/ hilang..satu masalah pula wujud. Satu lagi, saya suka kalau 'membeli belah' di bazar dengan tangan..'freehand' tak pegang handset atau wallet dengan memakai baju atau seluar yang ada poket/kocek. XD.

Tindakan saya : Saya akan membeli satu makanan berat, satu air (tak beli pun takpe, lagi jimat) dan satu jenis kuih. total RM kurang atau sama dengan RM5. =D

Apam mekar atau apam dewa yang kecik-kecik molek ni saaaangat sedap, lembut dan wangi..InsyaAllah, akan mengusahakannya sendiri dengan tangan ini. =D


Tips beli kuih muih : satu tips membantu anda sekiranya anda mempunyai pelbagai kuih idaman untuk didapatkan serta bimbang kempunan DAN dalam masa yang sama anda harus pilih satu jenis kuih sahaja. Hmm..macamana nak rasa semua kuih-kuih idaman dan dalam masa yang sama tidak mahu membazir? Okey, caranya... anda boleh tengok kawan anda beli kuih apa (sekiranya mereka membeli salah satu daripadakuih-kuih idaman anda) target mengena! anda boleh tersenyum, dan boleh proceed ke kuih idaman kedua anda. Percayalah, kawan-kawan anda akan mempelawa anda makan kuih idaman anda itu ketika berbuka puasa nanti. (Sama ada dah memang sikap rakan kita tu yang akan mempelawa atau sememangnya rakan kita itu sudah kekenyangan). See.. kita mempunyai lebih dari satu kuih idaman. He he he.

p/s : kalau mereka tak pelawa, saya sendiri yang akan mintak...."nak sikit...." ha ha..


*.:。✿*゚・✿.CARA KETIGA*.:。✿*゚・✿..:*



Berbuka puasa di masjid atau surau berdekatan.



Dan cara ketiga, untuk berjimat kos perbelanjaan, mengelakkan pembaziran makanan dan penderaan perut semasa berbuka. Eloklah kita secara berjemaah dengan rakan-rakan kita berbuka di masjid atau surau yang berdekatan. Kenal pasti surau/masjid yang menyediakan moreh dan juadah berbuka puasa. Di samping itu, cara ini dapat memupuk sifat kesederhanaan dalam diri, mengeratkan silaturrahim dengan pengunjung masjid yang lain.



***************


Bercakap tentang kesederhanaan dalam diri. Sebenarnya, kita banyak berfikirkan soal makanan untuk juadah berbuka puasa atau bersahur. Terutamanya untuk waktu berbuka puasa. Salah satu hikmah berpuasa adalah memupuk rasa bersyukur dalam diri, kita boleh merasai dan menghayati bagaimana mereka yang tidak bernasib baik, tidak mempunyai makanan mewah dan meriah seperti anda atau lansung tidak mempunyai makanan . Kita terlalu memikirkan kesempurnaan, kemeriahan, kelazatan sehingga lupa, puasa itu sebenarnya memupuk rasa kehambaan dalam diri, hamba kepada Allah S.W.T. . Bulan Ramadhan bukan festival semata-semata. Tetapi 'festival ibadah'. Di mana semua umat Islam berusaha dengan bersungguh-sungguh mencapai kekhusyukan bagi mendapat pengampunan daripada Allah dan pahala yang berlipat ganda.

Akhir kalam..
Selamat menempuhi Ramadhan ini dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, semoga Ramadhan ini bukan Ramadhan yang terakhir. Ameen.

Tuesday, August 9, 2011

malam ini : bunga api

Siang tadi tergerak hati beli bunga api, jadi after terawih dan lepas masak tuk sahur esok....sy dan housemate bermain2 dengan api, image firework.... agak teruja ye...sebab cantik sungguh coraknya terutamanya dari hasil tangan sy ni... hoho...



bintang....cantik sungguh...sehingga mengundang cemburu housemate sy...




okey...jantung/ heart/ love..


Selamat menyambut Ramadhan Kareem....kata orang, kenapa sibuk sangat nak beribadah bulan Ramadhan ni, bulan lain tak beriya2 pulak... oh...bagi sy, pendapat itu berbaur agak tidak mencapah/lteral ye..Hal ini demikian kerana, pada bulan Ramadhan la terdapat banyak tawaran dan ganjaran daripada Allah terhadap hamba2nya yang beriman untuk berebut pahala dan pengampunan.

  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda
    • dan banyak lagi....





Jadi.....selamat merebut ganjaran dan tawaran daripada Allah, semoga kita mendapat pengampunan daripadaNya dan berjaya melipat gandakan pahala di bulan mulia ini...

Selamat menghayati keindahan Ramadhan.... =)

Saturday, August 6, 2011

sesungguhnya aku berpuasa

Bulan puasa...selain menahan lapar dan dahaga..kita juga perlu banyak bersabar dan menahan rasa marah. Apa2 juga yg membuatkan kita rasa nak marah kat orang..

Pasai apa sy marah bulan2 puasa ni..meh sini nak citer sikit..Hari ni sy di rumah..terlanjur di rumah...sy tolong ler jaga kedai mak sy..sambil2 jaga takde apa nak buat...buat la apa yg patut yg bermanfaatkan.. kalau tak online..baca buku...baca novel...atau baca Al-Quran..

Baca Al-Quran selain daripada waktu lepas solat, memang menunjukkan fenomena di bulan Ramadhan kan..? tak terkecuali dgn sy..Tengah duk baca..baca...baca...amik feel bulan puasa..Puasa ni...jiwa kena bersih..dekat dengan Allah...nanti dapat hadiah kemenangan daripada DIA...Hari Raya Aidilfitri...sudah tentu sy mahu sambut dengan penuh rasa kesyukuran dan perasaan yg sungguh indah..Aidilfitri...hari kemenangan...tak gitu..?

Oh...tercerita feel bulan puasa pulak..okey....tengah2 duk baca..ada pelanggan.. masuk.... dan.. beliau..... terus menuju ke peti minuman.. terdetik di hati sy.. 'hurmm..tak puasa la tu...'

pastu sy laung dari dalam..."hurm....dik....air tak jual lagi...."

pastu tersipu2lah malu...keluar...ada yg senyum...berlalu pergi macam tu je...tak sempat paling muka...malu lah tu...ada yg macam defensive....menjawab..."..tak jual lagi ke..kenapa tak jual lagi..bukan nak minum sekarang pun..."

sy jawab..."orang tak beli minuman sejuk waktu2 macam ni..."

banyak lagi lah gelagat orang tak puasa mengkantoikan diri membeli minuman atau makanan... ada yg nak beli 1 pek maggi dengan telur, ada yg nak beli air bergas dengan ais, macam2...ada yg tumpang sekaki bawak kanak2...tapi beli minuman bergas tuk kanak2 usia 2-3 tahun...logik tak..? kanak2 tak minum la air coke, pepsi dan seangkatan dengannya...depa minum susu dutch lady, milo, abis koman pun air minuman laici, oren, epal..dan lain2.. tak pun beli ais krim....

[note : suspek2 di atas tidak termasuk kepada customer wanita/bapa, abang, datuk mithali yg membelikan untuk kanak2 ye...itu manusia2 jujur...sy berbesar hati mendapat customer2 jujur dan berbakti kepada kanak2 khususnya...]

pendek kata.....selangkah orang masuk kat kedai tu...wa da buleh nampak dah orang tu puasa ke tak puasa.... bawak 'prop' macam budak2 sebagai alasan nak belikan minuman atau makanan...tak membantu okey..

ada yg menjawab macam ni "takpelah, awk jgn bimbang..dosa ni sy yg tanggung...."

Saya? dengar telinga kanan...keluar telinga kiri..... dan orang itu berlalu dengan riak muka tak puas hati...

Dan..macam biasa....sy bisikkan kata sabar... Asni...sabar...ini dugaan bulan puasa....jangan marah... nanti kurang pahala...



::::::::rasanya ini antara entry pertama sy cerita pasal kedai sy kot...iya....ini lah lapangan yg menjadi sy seperti ini...masak dengan perangai manusia yg pelbagai ragam...

Target sebelum ke 'sana'