Friday, August 22, 2014

Teluk Gadong 2014

Sampai juga kat sini, Teluk Gadong, Dungun.

Thursday, August 21, 2014

Antara cinta dan tanggungjawab

Antara cinta dan tanggungjawab dalam sesuatu hubungan, keduanya penting, salah satu tiada ia seperti tidak lengkap. Tapi, sesayang macamana pun seseorang pada anda, kalau dari segi aspek tanggungjawab, anda tidak yakin padanya. Lebih baik lupakan saja, wanita terutamanya... Kumbang bukan seekor..:)

Tanggungjawab dari segi apa? Tanggungjawab menjaga nafkah termasuklah hati dan perasaan anda.

Nak jumpa yang sayang dan minat kita, mungkin ramai.. Tapi dari segi tanggungjawab, berapa saja yang boleh dibilang.. Satu, dua? Mungkin juga tiada.

Alam perkahwinan tidak sama dengan alam bercinta.. Perasaan sayang dan tanggungjawab adalah dua perkara berbeza. Satunya adalah rasa dan satu lagi adalah manifestasi melalui perlakuan.

Sekian,
Tazkirah cinta malam hari. :)
Saja berkongsi fikiran dan prinsip.

Sunday, July 20, 2014

Menjelang hari raya

Anak2 Cikgu depan rumah aku ni.. Tak de nye nak offer aunty2 nih join main bunga api..  Takpe2.. Kite ade mercun naga.. Kite main lagi best, lastik mercun tinggi2...

Bakat terpendam aku ni bila lagi nak guna kalau tak setahun sekali.

Dam dam dun... Bunyi mercun... Dan bila mana lagu raya berkumandang...

Tuesday, June 17, 2014

Kuasa masa

Tak suka berada dalam situasi 'terikat' atau 'diikat'.

Yang pasti pun boleh jadi tak pasti.

Bagi masa. Dan rasional akan mengiringinya. Yakin menyusul kemudian.

Jangan sampai orang rimas. Itu kegagalan di suku perjalanan.

Tips dan nasihat mengurat daripada saya.
Selamat malam.

Target sebelum ke 'sana'