Wednesday, October 28, 2009

Would You marry yourself ?

Would you..marry yourself…??


Hmm..tajuk en3 yang agak interesting kan..?? =) Sudah lama saya mau post en3 ni, tapi tak berpeluang. Petang ni Insyaallah, saya akan post kan en3 ni dengan jayanya. Insyaallah.


“Would I marry myself..?”

Pernah saya jadikan ayat di atas ni sebagai status di ym saya dan macam2 respon yang saya dapat.



“Kenapa?? Desperate sangat ka sampai camtu sekali…?” Kata Fakhrul Razi, senior f6 ku.


“Mesti la boleh.. Sebab hanya kita yang paham diri kita..” kata kenalan lamaku, Akief. Pulak dah.

Dan reaksi paling banyak ialah, “kenapa ni..ada masalah ka..??”



Ok..dah..dah…cukup2.. kali ni..Meh sini saya nak terangkan maksud disebalik baris ayat di atas tadi tu.. Memandangkan saya agak keberatan untuk menerangkan apa maksud status ym saya tempoh hari kerana ramai yang bertanya, iya lah, takkan saya nak terangkan sorang per sorang kan. Okla, post saya pada kali ini dikupas daripada buku ‘Life is an open secret’ yang ditulis daripada penulis tempatan. Sangat menarik untuk dikongsi. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripanya. Baiklah,



Ok, apa yang saya maksudkan dengan “Would you marry yourself” secara translasi mudahnya, Sanggupkah anda berkahwin dengan diri anda, iya..diri sendiri. Selama ini kita dapat tengok ramai orang mengimpikan seorang teman hidup yang soleh solehah, beriman, peramah, berbudi pekerti, penyabar..dll.. (Takkan abis kalau nak list semua kan..?? =]) TETAPI, tak pernah pulak nak tengok diri sendiri dahulu. Apa dah cukup elok ke kita ni…? Penyabar ke? Berbudi pekerti ke..? soleh solehah ke..?? Haa, sekarang…. cuba pulak tanya pada diri sendiri.


Kalau lelaki ;

Anda didatangi seorang perempuan yang memilik sifat seakan-akan diri anda, Cuma berbeza versi jantina. Adakah anda berminat untuk berkahwin dengannya??


Kalau perempuan ;

Anda didatangi seorang lelaki yang memilik sifat seakan-akan diri anda, Cuma berbeza versi jantina. Adakah anda berminat untuk berkahwin dengannya??


Baiklah..Di sini..saya ada sediakan tiga jawapan untuk soalan ini.

Yang pertama OF COURSE..! Semestinyaa..!
Yang kedua, Hmmm….Mungkin Kot..
Yang ketiga, Nope, im not interested to marry myself.



Ok, kalau dipandang daripada perspektif jawapan pertama, mungkin orang yang confident je yang boleh berikan jawapan sekonfiden ni, OF COURSE…yess! Iyalah, kita rasa kita dah cukup bagus untuk seseorang itu. Hmm..ada pula yang beranggapan begini, setiap manusia dijadikan untuk melengkapi antara satu sama lain, dll.



Baiklah, kita pergi kepada jawapan yang kedua. Jika anda didatangi seorang lelaki atau wanita yang mempunyai sifat seakan-akan sifat anda secara keseluruhannya. Dan jawapan anda ialah..Hmm..mungkin.. Haa..kenapa mungkin dan kenapa tidak semestinya…atau..sudah pasti…? Adakah kerana tak berkenan dengan sifat kita sendiri..?


eh..berkenan..

abis kalau berkenan kenapa jawapannya mungkin..?

Hmm..berkenan 50-50. 50% berkenan dan 50% tak berkenan.


Aih..macam tu pulak.. Abis macamana kita nak tukarkan jawapan kepada ‘mungkin’ kepada 'sudah pasti'..?? Haa..itulah yang perlu kita sama-sama renungkan pada jawapan yang seterusnya iaitu.. Tidak, saya tidak berminat kepada diri sendiri..



Oklah, jawapan ketiga ni memerlukan kita muhasabah diri kita sendiri di mana ianya memerlukan perubahan diri kita daripada semasa ke semasa sehinggalah mencapai target yang kita mahukan sehingga kita yakin dan berpuas hati, haa…ini lah yang saya mahukan pada diri saya..!


Sebagai contoh, Fuad (bukan nama sebenar)seorang yang emosional dan panas baran yang didatangi seorang perempuan yang mempunyai sifat dan sikap sepertinya. Jadi secara waras akalnya, adakah Fuad akan menerima tingkahlaku seorang wanita yang emosional sepertinya? Mengikut logik akalnya, semestinya dia sendiri tidak berminat dengan seseorang yang panas baran dan tiada kesabaran dalam diri. Boleh huru hara dunia kalau kedua-dua mereka bertemu. Api lawan api. Betul tak?


Ok, contoh sama yang lain, Siti Najwa (bukan nama sebenar) seorang yang suka mengumpat dan mengata orang telah berjumpa dengan seorang lelaki yang mempunyai sifat sepertinya juga iaitu suka mengata tentang kelemahan orang lain, adakah Siti Najwa akan menerima keburukan lelaki itu? Kalau jawapan anda seperti ini: Ala, terimalah dia seadanya, tiada manusia yang sempurna atas muka bumi ini. Hmm..baguslah kalau ada orang yang berfikiran sebegitu. Tetapi, semua orang juga mengejar kesempurnaan. Hmm..jadi..bagaimana pula tu..??


Tepuk dada, tanya iman (“_,)


Ketiga-tiga jawapan tadi sebenarnya ada nilai positifnya kalau kita menilai dan melihat dari sudut perspektif yang berbeza. Mungkin jawapan pertama boleh jadi positif untuk orang yang sudah berpuas hati dengan tingkat dirinya, jawapan kedua pula mungkin untuk orang yang tak yakin dengan dirinya which is good kerana humble =) dan jawapan ketiga sudah diterangkan oleh saya dengan panjang lebarnya di atas mengikut perspektif positif. *(“_,)*


Apa yang penting, sama-sama kita muhasabah diri kita. Apakah kelebihan kita, apakah kekurangan kita. Apa yang baik, kita kekalkan. Apa yang tidak manis, kita perbetulkan. Lakukan seikhlas yang mungkin. Seperti saya juga yang mengimpikan seorang lelaki yang berpewatakan seperti suami kepada Qaniah di dalam buku Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul. Tetapi bila memikirkan perilaku saya yang tidak seindah Qaniah, saya merelakan ia berlalu. Bukan berlalu pergi melepaskan watak calon suami idaman seperti itu, tetapi..HOLD. Kita sedar diri kita ditahap yang mana, mana boleh mahukan keindahan dan kesempurnaan semata-mata sedangkan diri kita tak seindah watak yang diidamkan. Apa yang penting, kita berubah dari satu point ke satu point. Sehinggalah kita yakin dan berpuas hati dengan diri kita.



Insyaallah,
Sudah tercatat di Lauh Mahfuz seorang teman untuk kita mengikut peribadi kita juga.



“Dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik”

(Surah al-Nur 24 : 26)
Renung2kan… (“_,)

Tuesday, October 27, 2009

Xm lagi.

Fuhh.....selepas berjaya menghadapi sume test..ini lah masa tuk muntahkan semua ilmu yg dipelajari lam xm pulak.. Ya Allah, bantu aku dan sahabat2ku untuk menghadapi xm kali ni dengan jayanya.. Hmm..apa cerita aku sekarang..?? Aku cam ni la, dengan cinta terbaruku..cinta palestine!

Sekarang ni musim aku makan banyak pulak..aduii...kalau lunch kat cafe.. Jangan terkejut..pulak..3-4 senduk nasi tu da kira normal untuk aku seminggu dua ni... Makan itu ini, waima gigit ayam sekalipunn, macam kannibal style..Aduii.. pedulik ar org tengok..Yang penting aku bahagia menikmati rezeki yang Allah bagi pada aku. Dengan perlahan, telan nasi..suapan demi suapan, sesekali gigit ayam pulak.. Dan, aku ni jenis yang makan sambil menikmati makanan tu, bukan main telan jer..aku kunyah dulu..baru telan.. Alaa, makan gaya wanita eropah..keep slimm...!

Pasal xm..aku tak taula nk habaq camne, sebab seperti biasa.. mood xm aku datang lambat. Tapi apa2pun, apa yang penting, aku harap aku tenang sepanjang musim xm ni..dan tiada apa2 perkara yg mampu downkan semangat aku tuk tempuh xm pada kali ni.. Harap tiada apa2 perkara yg tak elok berlaku sepanjang musim aku xm ni. Especially to my family, macam form 6 dulu, mak sakit sekejap. Hmm..rasa macam dunia gelap jer, Yerla, hanya ada aku dan abang saja masa tu kat rumah. Fuhh...terasa mcm gelap gelita jer dunia. Aku still teringat masa tu, Ramadhan 2007 mak jatuh sakit. Ya Allah, hanya tuhan saja yg tahu kebimbangan aku. Aduii..walaupun mak aku tu quite loud, suke berleter.. tapi bila dia diam jer.. sakit tak upaya nk cakap. Ya Allah, sedihnya aku.. Pergi sekolah, sampai suma org perasan ngan muka aku yg tak senyum lansung. Memang musim tu musim sukar la untuk dilalui oleh aku. Tapi apa2pun..selepas tu, mak da ok.. makan ubat salu, Alhamdulillah, sekarang pun tiada masalah, cuma pengambilan ubat tu kene jaga betul2 la.

Hmm.. itulah, bebelan mak tu..bagi aku nothing. Tapi, kalau dia tak membebel tula yang aku susah ati. Kenapa ngan mak ni, aku buat salah besar pun tak berleter seperti biasa..aduiii...aku pulak yg rasa bersalah,hehe..Gitu lah setiap kali..hee.. Apa2pun, semoga berbahagia mak.. =) Walaupun anak mu ini jeles sebab tak dapat ikut mak bercuti kat Indonesia cuti ni, tapi sokay laa..dis is ur turn selepas sekian lama bekerja untuk keluarga.. Huk3..Semoga mak berbahagia dengan anak2nya yg terchenta. Amin. =)

Itu saja lah yg bermain di kepala otakku semenjak dua menjak ni.. Xm.. Selera besar aku..n mak...hmmm...

Semoga..
aku berjaya mencapai target aku lam xm kali ni.. Amiin..

Friday, October 23, 2009

Buat Nik Sahabatku yg tersayang



SELAMAT HARI LAHIR...
ku ucapkan pada sahabat sejatiku, dunia akhirat..
Nik Suria Nik Abdullah..

Nik,
apy bday...
semoga panjang umur..

dan bertambah cun hari demi hari..

Hmm...Nik...banyak yg aku nak cerita..
nak minta ampun pun iya jugak..
Kalau ada terbuat silap ke..

Sedar tak sedar..da hampir 12 tahun kita berkawan baik kan...
iaitu start darjah 4..
di Sek Keb Kampung Tengah..

Orang yg bertanggungjawab yg mengajar aku erti sebuah persahabatan..
tak lain tak bukan..
Nik Suria Nik Abdullah la jugak..


Hmm...kalau tak aku tak tahu la aku macam mana sekarang..
kalau tanpa acuan persahabatan daripada sahabat cam Nik..
yang playful..tak serius..ni..


Gaduh...??
Haa...sebab apa ya sepanjang kita berkawan ni..
kita tak pernah gaduh...?
tak macam frenship orang lain..??
itu sebab..
Mg terlalu baik laa..


Dalam persahabatan tak perlu ada hasad dengki..
tak perlu rasa tercabar..
tak perlu cemburu..


Cemburu..??
Haha..ingat tak dulu..mg pernah cakap..


"Aku tak leyh la jeles kalau kwn2 mg salu jer berkepit ngan mg, aku ni bukan kekasih mg punnn"


Haha..betul la..bukan kekasih..tapi perasaan tu pun aku rasa la Nik, siapa tak jeles, besfren kita berkepit ngan orang lain..sampai kita jalan sorang2...buat apa2pun sorang2...


Hmm..Nik...mg baik sgt laa...
aku bersyukur sangat2 kepada Allah kerana dianugerahkan seorang kawan yg sangat2 tinggi kesabarannya..


Dan bukan jenis yang suka ambil kesempatan, berdikari, tabah, berani, tak mudah ambil mudah, tinggi empatinya..


Jadi..kepada sesiapa yg berkawan dengan sahabat tercinta ku itu..sekarang...aku
MOHON...HARGAILAH DIA...! Jangan sesekali lukakan perasaan dia.. jangan ambil mudah tentang perasaan dia sebagaimana dia tak ambil mudah perasaaan kwn2nya..


Pendek kata..ciri2 sahabat yg berkualiti..semuanya ada pada dia..



Ucapan buatmu sahabat tercintaku :

1) Jaga diri sebaik mungkin. Jangan sesekali terpengaruh dengan persekitaran kat sana.

2) Sentiasa bersangka baik pada sahabat di sana, jangan berkecil hati..(tak der orang nak pujuk) Robotkan hatimu.. =)

3) Kalau ade kekecewaan, tak usah diturutkan sangat, muhasabah diri.. Cari kekuatan.

4) Ingat Allah selalu. Whatever we do..we do for Allah. Ingat tu.

5) Kejar cita-cita dulu..bukan cinta. Kita tak main cinta. Jangan sia-siakan masa muda dan single
kita dengan mengejar cinta2 yg melalaikan.


Insyaallah Nik, kalau kita tak laku kat dunia ni. Takperla. Mungkin jodoh kita di akhirat sana. Cinta wildan?? Betul ka..? Hee..baik. =)


Jadi..dont worry be happy.. Hidup ini indah. Jadi gembiralah selalu. Tapi, jangan terlalu gembira. Ingat saudara kita kat Palestin sana. Yang dihujani peluru tak macam kita kat Malaysia yang dihujani hujan petang la..pelangi la..apa2 ajerla.

Pendek kata. Apa2 pun yg kita buat. Ingat ALLAH. Amin.. =)

Sekian, tq

HAPPY BIRTHDAY nIK...



Aku ingatkan..sekatang-katang aku yg kelek tong geh hari2..aku laa...upenye...hebat ag mg..hmm..kalah aku...


Main Golf ke Nik...???hihihi..

Alahhh...chomelnyaa...pas abis keje men polis pulak yaa..? Koanda la nik..Asalkan mg bahagia... =p

p/s : Maaf Nik, aku upload gmbr mg kat tmpat keje..hehe...Ini sebab...chomel+katang+ganasz ar mg lam gmbo nehh.i like it..hee...Peace...! muahhhh

Tuesday, October 20, 2009

XPDC GT09



Rabu, 14 Oktober 2009



Pengagihan barang makanan dan harta kerajaan
Kesemua barang-barang yang nak dibawa diagihkan sama rata mengikut kumpulan. 4 Kumpulan itu ialah Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Hmm..skema betul.. nama kumpulan pun nama colour kan.. =p Aku pula dari kumpulan kuning. Iya.. Kumpulan kuning..terbaik..! (Jangan marah…gurauu)Ahli2 kumpulan kuning, Pengerusi kita, Pok Loh, Rosa, Coordy, Daus, Aina, Wani, Najwa, Vee,Ika, Epi dan aku sendiri. Hee.. terboiekk..!



Ini antara pemandangan hari pengagihan barang kerajaan dan makanan.



petang rabu di depan STOR PL.


Khamis, 15 Oktober.

Ambil baju xpdc ngan Najwa, packing barang2 naik gunung. Then, tdo awal.



Jumaat, 16 Oktober.


Hari yang ditunggu sudah tiba. Pukul 9++ kami makan beramai2 depan blok hostel. Nasi lemak yang Sufi dan Hanim belikan tuk sume.. Terima kasih sufi,hanim...

Angkut beg kat garaj bas. Bertolak pukul 11++ sampai di lokasi iaitu Lata Belatan sejam++ selepas bertolak..(lupa la pulak pukul berapa). Sementara peserta lelaki sembahyang, kitorang bersihkan dan perap ayam untuk dimakan apabila tiba di Sungai Y@ Sungai Cakah. Pack lunch kat situ . Selepas tu, kami diberi taklimat ringkas oleh En Amir dan En Nuar yang diperkenalkan kepada kami. Kedua-duanya merupakan guide yang akan memandu kami sepanjang perjalanan ke GT.



How tough you are?

Berkumpul. Perjalanan dimulakan. Beg yang seberat 11Kg ku galas jua setelah berkali2 komplen tak puas hati kenapa beg berat giler.. Aku terpaksa akur, standard la naik gunung bawak beg 7-12Kg. Walaupun berat giler.. beg dan muatan dalam tu jugak la yang nak digunakan sepanjang perjalanan untuk sampai ke puncak dan apabila berada di atas puncak sana. Fuhh.. 8.5Km dengan menggalas beg 11Kg? melalui jalan bercerun 45 darjah..bertangga-tangga pulak tuhh.. Fuhhh.. Aku rasa tiada yang dapat menguji kudrat manusia selain dari mendaki gunung. Haa.. masa ni la nk tau..how fit u..how tough u are.




Kaki Bukit, Lata Belatan..
~wajah2 ceria..~






Masa ni da rasa da mengah2 sikit..hee..sabar ajerla...
baru ajer bergerak..da mengah...MySpace



Orang kata Gunung Tebu antara gunung yang paling senang untuk didaki. Hmm..kalau gitu gak.. macamana la ye gunung2 lain. Hee… MySpace


Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang cukup lawa. Najwa yang berada kat belakang aku excited dengan sungai yang begitu jernih airnya. Hijau jernih bak kristal.Subhanallah.


Ini antara gambar yang sempat diambil. Tapi yang terkilannya gambar aku pulak tak menjadi sgt..Huhu.. tak perla..ku bayangkan Najwa yg berdiri sebelah anak sungai tu aku jerla..Huhu..






Gambar kelabu asap..hmm..nk wat camne.. kalau guna camera Coordy mase ni konpem puas hati =)


Campsite Sungai Y

Lokasi yang ingin dituju pada hari itu ialah Sungai Cakah. Sungai ini juga dipanggil sungai Y kerana dibentuk daripada 2 anak sungai yang bertemu dihujungnya. Kami berhenti di campsite tu untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan ke puncak Gunung yang memakan masa 6-7jam untuk sampai ke puncak awal pagi esok.

Khemah utama didirikan. Diikuti khemah2 lain. Khemah utama ni untuk lecturer juga untuk solat berjemaah. Kali ni kami tidur mengikut unit. Agak sesak la.. dengan 7 orang dalam satu khemah iaitu Nadzirah, Ain, Dila, Najwa, Afi, Vee dan aku.Hmm..sesak..
Masak untuk makan malam. Menunya ialah Ayam Goreng berkuahkan masak sos Kimball+bawang dengan Nasi Putih. Hee..aduii..santap ajerlaa..



Masak ajerla Pok Loh.. kalau ada siapa yang berani cakap tak sedap.. suh diorang bawak mak masing2 suh masak..Haa..orait..?? =p Kami santap sepenuh hati.. da macam kanibal style. Ah..tak kira..lapoor..



Setok Karung

Lepas makan, pergi mandi kat tepi anak sungai tu, tapi kami tak mandi kat depan tapak perkhemahan. Aihh..mana boleh..Jadi..yang perempuan mandi kat depan sikit.. Sungai Y..kami mandi la kat sebelah sungai tu. Hmm..da macam puteri la pulak mandi kat tengah2 hutan tu.. best, tapi hari da gelap masa kitorang nk mandi tu.. jadi tak berapa best gak la. Yerla, orang suma da nk balik, kami masih berendam kat situ, mula la cepat2 bersiap..sampai 2x kaki aku..hm..apa ek..what we call that..Hmm..Apa ek..? Hmmm....haa...Setok Karungg! Haha..sakit kat urat bawah kaki tu..jadi cam tegang..tertarik gtu..hmm..aku panggil setok karungg..huhu..nak cepat2 sampai camtu jadinya.

MySpace
p/s : apa nama saintifik setok karung ek..?? habak maii...cheq tak tauu....huhu...

Malam tu, kitorang masak lagi..untuk makan tghari esok, burger n sosej yg akan dimakan dalam perjalanan ke puncak GT.

Kawalan Malam.

Jangan ingat malam tu, kitorang dapat tido best2. Ada kawalan malam tuk jaga keselamatan kami suma. Dan yang berjaga tu, bukan orang lain.. tapi peserta la jugak..hee. Bukan peserta laki jer..yang perempuan pun sekali jaga. Setiap kumpulan sudah dibahagikan time2 kene berjaga. Kumpulan pertama, iaitu kumpulan Biru jaga pukul 10mlm-12mlm. Hmm..bestla..diorang jaga awal. Seterusnya kumpulan Hijau, kalau ikut khemah aku, Ain dan Nadzirah yang jaga selepas kumpulan Biru iaitu pukul 12-2pagi. Kumpulan Kuning, iaitu aku, Najwa dan Vee pukul 2-4pagi.. Seterusnya, kumpulan Merah 4-6pagi. Yang aku tak tahan, time tengah2 syok tido..Nadzirah dan Ain, mentang2 da abis shift. Dari luar khemah.. dikejutnya aku, Vee dan Najwa. “Kuning..bangun..keje..keje pulak..”.
MySpace

Berjaga ke berpesta Maggie?

Haha…aduii..sampai hati..mentang2 nk suruh tukar shift tak dipanggilnya kitorang nama, dipanggilnya terus nama kumpulan.. haha.. aduii…Okla..okla…kitorang kuar..dengan maggie cup Hot Berapi.. Nah. Haha.. Nak suh berjaga mlm..tapi aku vee dan Najwa sibuk masak Maggie.. makan sekali.. Itu pun buat muka seposen bertenggek sebelah Adilah dan Epi, dapat la jugak 2-3sudu megi, Najwa pun sama..tak malu.. Itu yg kuarkan Maggie Cup tu, tak cukup rasa2 maggie orang jer.. Datang pulak Coordy, mintak Maggie. Nasib baik Vee ade Maggie extra..Cian..dia lapor..Vee bagi jerla.. Tak cukup rasa2 Epi punya..rasa pulak Maggie Coordy.. Hehe..tula..kalau da darurat.. malu tu entah kemana.. Nampak aje makanan suma nk. Abis jer shift kitorang, giliran kami bertiga pulak masuk khemah.. Kali ni..taktik sama..


“Merah…merahh…kuar..kojer…”

Maka kuarla Afi.. dengan mata yang nampak sangat tak cukup tdo..tapi redha.. kene berjaga malam tu.. Kami bertiga pulak masuk, sambung tido selepas perut disi dengan jayanya..hehe.

Sabtu, 17 Oktober

Bangun, bangun.. Bangunnnnnn…. Hehe…teringat pulak nada En.Baharom mengejutkan kami semua dari tidur. Hehe.. Pagi tu ,masak nasi lemak berlaukkan sardin. nYum2..sodapp..makan banyak sikit sebab nak daki puncak straight dah tak berhenti kat mana2 campsite da.





Pok Ya yg seakan2 Robin Hood pulak..=)


Perjalanan dimulakan. Fuhh…jalannya bercerun2. Penat. Air tinggal sebotol ag. Tapi cik Nuar cakap kami akan tiba di punca air sebelum sampai ke puncak. Jadi.. tak perlu bimbang. Minum jer air yang ada tu, tak payah berjimat sangat. Lagipun berat bahu menggalas pulak kalau bawak air banyak2. Kan..kan...? =)


Batu Mat Hassan


Penat mendaki+berjalan, akhirnya kami berehat di Batu Mat Hassan. Masa ni yang aku tau. Cuma nak rehatkan badan. Duk sandar atas batu je. Penat. Apa yang menarik kat Batu Mat Hassan ni, ada batu besar dan tinggi yang menyerupai seekor katak. Memang betul, macam katak. Besar pulak tu. Lagi satu, yang uniknya kawasan Batu Mat Hasan ni, kat bawah tempat kami berehat, ada gua dibawahnya. Nama Batu Mat Hassan ni diambil sempena seorang lelaki tua pada waktu dulu2 yang selalu datang bertapa kat tempat tu. Hmm..interesting.


Punca air dan solat.

Perjalanan diteruskan lagi, sehingga la tiba di kawasan punca air. Waah…air…air.. kami apa lagi, nampak jer signboard punca air 120m. terus letak beg, amik persalinan dan semua peserta berehat + mandi + berwudhuk kat c2. Dalam hati, tak sabar2 nak menuruni kawasan tu tuk refill air dlm botol dan bersihkan diri. Tapi.. perjalanan sejauh 120m tu, sangat mencabar dan agak berbahaya. Serius.

MySpace


Fuhh..bercerun2, bertangga2, curam pulak tu..dan ada gaung disebelah. Hati-hati. Untuk sampai ke tempat punca air tu, kene melalui pokok tumbang pulak. Memang mencabar. Kami ada dua pilihan, sama ada nk melangkah atau menyusup bawah pokok sebesar dua pemeluk orang dewasa tu. Yang rendah+kecik pilih untuk menyusup kat bawah tu, yang kaki panjang cam aku ni..pilih tuk peluk pokok tu, berpaut dengan hati2 sebab di bawahnya, gaung..kat bawah tu pulak..batu besar. Jadi..berhati-hatilah bimbang jatuh.

Lepas mandi kat kawasan tu, yang perempuan pilih tuk sembahyang kat tepi cerun tu. 5-6 orang ambil tempat dan sembahyang secara duduk. Hmm..memang gerun, sembahyang di tepi gaung yang kurang dari 1meter jer tempat kaki bertapak. Itulah.. walau apa pun..solat tetap solat..tak de istilah skip solat walaupun dalam hutan, waima di medan perang sekalipun..peace...~


Kat situ la kami buka makanan yang dimasak malam tadi, burger dan sosej + makan sengkuang dengan rojak. Aku tak percaya aku yang tak makan sengkuang sebab rasanya yang pelik, dengan selamber menghabiskan sengkuang depan mata aku, Hmm..ni la orang cakap, kalau dah lapar, apa2 pun kat depan mata, bedal ajer..


Jendela Pandang

Perjalanan diteruskan. Kali ni aku meninggalkan jauh kawan-kawan yang lain semata2 nak kejar group depan yang lebih laju. Aku nih, satu.. duk kejarkan orang2 yang da memang tough, cam Rosa, Fuad, Coordy dan lain-lain, sampai tertinggal kawan-kawan yang lain. Penat giler, aku pun tak tau apa yang diorang makan laa..sampai boleh terus move..move..dan move..rehat sekejap..pastu jalan. Last2, aku tertinggal sikit kebelakang. Dan dibelakang aku ada Bahaa dan Ika, Hmm.. gerak ngan diorang jerla, malas nk kejar lagi orang depan, walaupun Bahaa ngan Ika move dengan halaju biasa, takperla, aku rela tunggu dan jalan dengan diorang. Bimbang kalau tengah2 jalan, aku ditunjukkan jalan invisible pulak. Hee..

MySpace

Kami nampak signboard jendela pandang, masuk jap kat lorong tu, n nampak.. Waaah….Pemandangan bukit.. Cantik. Aku pandang Ika, muka dia teruja tengok pemandangan bukit tu..Hijauuu..luass.. Dan aku pandang Bahaa, dia sedang tadah tangan..berdoa barangkali. Dia cakap, cantik.. Tuhan nk tunjuk kat kita betapa cantiknya kawasan ni sebab tu kita daki gunung ni. Hmm…betul..agree..
Subhanallah~


Lorong yang membentuk jendela yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan gunung yang begitu indah..

Puncak GT semakin dihampiri

Bergambar kejap. Dan teruskan perjalanan. Kali ni, aku dah meninggalkan Bahaa. Dan bergerak dengan Ika, laju pulak dia kali ni, masa ni kitorang join group depan, Geng2 Rosa dan yang lain. Memang laju. 1500m nak sampai baru la aku dapat step macamana nak daki dengan betul. Hmm. 1000m lagi, Piza dan Ika terus bergerak, aku follow dari belakang. 500m lagi nak sampai puncak, Piza duk jerit, 500m lagi..! Wahh, aku turut sama excited, satu demi satu cerun aku panjat.. Last sekali.. aku nampak muka Pok Loh yang da sampai mungkin 15 minit awal daripada kami, dari jauh.. “pengerusimu menyambut anda dengan senyuman” . Ce laah.. Haha..aduiii…yolaa..yolaaa..pengerusi .. Hehe…


Yeaahhh… KAMI SAMPAIIIIII…DI PUNCAK GUNUNG TEBU….!


Puncak Gunung Tebu

Akhirnya aku sampai di kemuncak paling tinggi Negeri Terengganu Darul Iman. Cantik. Dengan ketinggian 1309 meter dari paras laut, boleh buat orang terfikir jugak. Hmm…macamana nk daki tuu.. Tapi sokay laa.. Kawan-kawan kat luar sana, jom la naik. Don’t worry, GT is the easiest mountain to climb laa..dont worry.. Next, kita panjat Gunung Tahan pulak naa.. Then, Gunung Kinabalu, haa…ada berani…??? =)


Di puncak GT, sejuk sangat dengan kabusnya yg tebal.. sejuk. Udaranya nyaman. Lebih kurang 40 minit selepas kami tiba, kesemua peserta sudahpun berjaya sampai di puncak, Apalagi bergambar sakan la kami kat puncak tu. Hee..


Momen-momen indah.. =)








Farhan, haziqie, farah, aku dan kimie, wakil kelas pk yg sampai awal..=)





Dah boleh buat Tugu gunung Tebu da ni..hehe..


Separuh daripada peserta xpdc GT09..lagi separuh tak tau pulak buat apa masa ni..



Tapak perkhemahan

Puncak GT yang menyambut kami, tak sesuai untuk dijadikan campsite sebab jauh daripada punca air dan ruangnya juga terhad.. Kiranya tapak puncak GT tu macam pelantar la, yang menyambut peserta sebelum peserta turun lagi mencari campsite. Tiba kat kawasan pelantar tu, belok ke kiri terus.. Lebih kurang 300m dari pelantar, akhirnya kami tiba di camp site. Kami disambut dengan pemandangan yang cukup indah. Memang tinggi. Dari atas puncak tu, kami boleh nampak pulau redang, pulau perhentian dan banyak pulau lagi, garisan pantai, penempatan kawasan Besut terutamanya dan banyak lagi la dari atas tu. 3408 kaki..memang tinggi.
Lokasi menarik lain

Selain daripada tempat2 yang kami lawat ni, sebenarnya, banyak lagi tempat menarik kat atas puncak GT ni, antaranya, Batu Madrasah, Bukit Terowong, Sungai Angga, Bukit Batu Balai dan kubur misteri yang mana aku sendiri tak pasti kalau campsite kami tu pun kubur. Sebab aku ada terpijak sesuatu, then, Farah tegur.. dia cakap..itu “K”

Owh..Did u mean, “K” in malay, n “G” in English.. Then, she nodded. Hmm..paham2. Sebenarnya banyak kubur kat kawasan tu, pengunjung yang datang kat kawasan puncak ini biasanya akan nampak “K” yang tak bertanda. Jadi kalau ada terpijak something yang hmm..itu maknanya.. “K"

p/s : Kononnya kalau cakap English ngan Farah, roh2 tu tak paham la kononnya...hahaha...


Apa2pun, kita mesti respect tempat orang. *(“_,)*

Hujan malam

Perkara yang paling tak best kalau buat outdoor activity ialah kalau hujan, Itulah yang berlaku pada kami yang berada di atas puncak. Sesekali angin bertiup. Rasa la jugak bergegar khemah kami ni. Iyalah..atas puncak..berkabus..sejuk pulak tu. Ape2pun..tawakal sajalah. Jadi aktiviti masak untuk makan malam tu tak jadi la kiranya. Aku cuba kuatkan semangat untuk keluar meninjau keadaan di luar, di khemah utama. Yerla, aku la manusia yang takutkan kesejukan. Hmm.. sokay asni, rilek.. Sarung baju ujan, dan cuba kuar dari khemah dengan hati2 supaya air hujan tak masuk dalam khemah. Kat luar tu aku nampak suasana maintain riuh. Hmm, hujan2 pun diorang rilek jer.. Dan orang yang paling bahagia aku tengok, Encik Safri, tengah masak. Bagus la En Safri, maintain rilek..

Keluar meredah hujan

Hmm..aku duk mencari2 dak laki group kuning, nk tengok apa yg diorang masak, ternampak Fuad, diorang masak megi dan sempat la offer kat aku. Murah hati betul Fuad ngan Adeeb ni walaupun makanan tak banyak tapi still boleh offer pada orang. Hmm…tima kasih..Fuad& Adeeb. Aku cari Rosa dan yang lain2. Tak jumpa, Fuad yang tunjukkan Rosa kat belakang rupanya. Fuhh..sekali lagi kene lalu jerla hujan…Tersepak pulak paku khemah, aduii..Baru nampak Rosa, reaksi dia tengok aku yang terlanggar paku tu, macam terkejut tengok aku tiba2 sampai kat dia dalam keadaan terhincut2.. plus kesian bila tau aku ngan Najwa tak makan apa2 lagi, maggi diorang da makan abis, tak sempat nk mintak. Huhu..sedehh.. Last2, aku mintak nasi yang da dimasak tu, Rosa cakap ade ngan Aina, sekali lagi aku redah hujan.. Aduii…aku ni cam kambing pulak takutkan air. Aina suh makan suma nasi tu sebab dia pun lam khemah tak mo kuar sebab sejuk+hujan kot. Nasi tu la rezeki kami satu khemah malam tu, hmm, nasib baik ada serunding, suma bukak serunding n makan nasi tu.


Jangan jadi lembik

Kami diajar untuk berdikari dan survive sendiri. Takkan nak mengadu kat En.Baharom kot. Encik, khemah kami masuk air..Encik..kami tak makan lagi..Encik...saya sejuk...Encik....haha... buat malu jer kalau mengadu kan. Konpem kalau kitorang mengadu, dia akan kuarkan tagline Ketua Jabatan tu.. "Saya bahagia melihat anda menderita" . Hehehe..sokay2...surrender... Melihatkan En Safri yang rilek duk masak, aku rasa kecil benar aku dalam xpdc tu berbanding En Safri yang banyak pengalaman. Walau apa pun yang berlaku, bagi dia tiada halangan. Hmm.. Sokay asni.. this is ur first time laa... Yang penting belajar.. Hmm...hargai ilmu baru. Sentiasa dahagakan ilmu. Aku teringat kata2 En. Safri.. "Orang yang bodoh ialah orang yang merasakan dirinya cukup pandai dan tidak memerlukan apa2 lagi, Tapi orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa merasakan kekurangan pada diri". Hmm...betul tu..Agree.

Khemah kami masuk air kat tepi2 dinding. Alternatifnya, semua tuala dibuat penahan tepi dinding khemah n semua baju hujan dibuat alas seluruh permukaan tapak khemah. Sejuk. Tapi kami tahan je, dan tidur seperti biasa. Fuhh..Tidurlah asni..esok menantimu.


Dalam kepala duk pikir macamana nak turun esok pagi, aku sedikit terseksa dengan apa yang berlaku malam tu. Vee cakap pulak, dia harap xpdc tu adalah yang terakhir dia akan ikut. Aku pulak, no comment. Bagi aku, mesti ada manisnya dalam pahit. Insyaallah. Tidur asni, esok menantimu.



Ahad, 18 Oktober

Pagi yang dingin.Yang membawa pergi segala keresahan malam tadi. Bahagia. Kedengaran azan berkumandang. Suara En Safri. Aku terus bangun dan kemas barang apa yang patut. Sekali lagi aku dengar nada ni.. “Bangun, bangun..bangunnn” . Haa.. itula dia suara ketua jabatan Pj kita, Encik Baharom..=) Usai solat subuh.

Matahari mula naik sedikit demi sedikit. Campsite yang gelap gelita beransur terang dengan cahaya matahari. Masa ni la aktiviti masak memasak dijalankan. Aku makan segala apa yang ada, dalam beg tuk meringankan lagi berat beg. Lepas masak. Bergambar pulak. Hmm..sweet memory..

Selamat Pagi....=)




One of my fav pic, kalau lah dalam gambar tu aku dan bukannya Pok Loh.. kan baguss..




Keadaan di khemah utama agak sibuk masa ni.. semua sibuk nak masak..





One of my fav pic, cantekkkk.....




Coordy, Rosa, Kimie...n yang celah ketiak Kimie tu....Daus...Hmm...Daus rela duk bawah ketiak Kimie yang tak mandi dua hari tu..? ish3...





Kami Guru Malaysia di puncak Gunung Tebu (Versi sumbang..huhu)



Campsite kami bersebelahan dengan Batu Tanda Pusat. Ini la antara gambar yg sempat di snap =)

Bergambar kat Batu Tanda Pusat sebelum memulakan perjalanan turun ke kaki bukit

Betullah apa yang aku fikir, mesti ada pahit dalam manis, juga mesti ada manis dalam pahit =) Xpdc yang telah aku harungi 3hari 2 malam tu memberi pengalaman bermakna buat aku. Bukan senang nak tebalkan jiwa kental. Masa nilah aku belajar menfleksibelkan diri sefleksibel yang mungkin dengan apa jua perkara yang datang. Perkara2 unsangkarable terutamanya. Hehe..Un-Sangka-able…kan2..=)


Perjalanan balik ke Sungai Y

Aku dapat rasakan aku peserta yang paling bertenaga semasa perjalanan turun dari puncak menuju ke Sungai Y. Perjalanan kami tak banyak rehat, kecuali di Punca Air, itupun Cik Nuar yang tolong refill kan air tuk sume orang, waaah..baik giler Cik Nuar. Mesti berat bawak air yang berbotol2 tu kan. Hmm. Untung jadi orang tough ni, boleh tolong orang. Hmm.. =)









Coordy ngan Cik Nuar


p/s : Cik Nuar memang ensem =P




next...


Tiba di campsite, perjalanan diteruskan lagi untuk ke kaki bukit Gunung Tebu, Lata Belatan iaitu tempat permulaan kami untuk ke Gunung Tebu.Hujan. Masing2 pakai baju hujan. Aku pulak dibantu Abg Ridhwan kita, hee..jangan jeles..yang sebenarnya, aku terlewat. Itu yang ditolong ramai orang. Itu pun ditegur En Baharom. Hee…maaf Encik, saya termandi tadi.. hee.. Yang sebenarnya, aku antara orang yang terawal tiba di Sungai Y, jadi sebab nk rasa mandi air Sungai Y punya pasal, sebab hari tu mandi dalam gelap n rushing, jadi masa tu, tiba je kat Sungai Y, terus mandi. Kes balas dendam la kiranya ni =)


Jadi bila yang lain2 da sampai, nak gerak, aku baru jer nak naik. Hee..itu yang lambat. Hee..maaf.


Kembali ke Lata Belatan =)

Yeah..akhirnya. kami sampai di kaki bukit GT. Hmm…dalam kepala duk fikir macam2, aku rindukan laptop, aku rindukan katilku, aku rindukan cahaya lampu, aku rindukan orang ramai. Hmm..macam2. Bila nampak orang ramai duk mandi manda kat Lata Belatan tu, apa yang mampu aku buat.. Hanyalah tersenyum. Tak sangka aku berjaya menamatkan xpdc ni dengan jayanya. Dan nampak orang ramai seperti biasa. Yeah aku berjaya. Hmm.. tapi bila aku toleh ke belakang, puncak yang telah jauh aku tinggalkan, aku mula rindu, rindu mengharung susah senang mendaki Gunung Tebu. (Susah senang??? Mana ade senangnya…susah jer ada..hehe) Hmm…Cuma aku teringat semua yang telah aku harung selama 3 hari 2 malam berada di hutan Gunung Tebu. Hmm..ianya membawa kepada sebuah kehidupan. Muhasabah diri.

Sebelum bertolak pulang, kami bergambar kenang kenangan. Ini dia..gambarnya.. akanku jadikan ia desktop background laptopku 30hari 30malam berturut-turut. =P


Tamat sudah xpdc GT09 =)



Hmm....setakat itu sajalah..ceritaku kali ni...panjang pulak ceritanya kan...hee...



nway...thanks cuz sudi request post xpdc ni...n thanks a lot cuz sudi membaca post kali ni.. =) Syukran...

Assalamualaikum...~~~~

Perkara yg perlu dan tak perlu dalam xpdc:

1) Bawak banyak buah epal hijau dan Coklat. Coklat memberikan tenaga. Epal hijau pulak best kalau dimakan time berjalan kat kawasan flat semasa daki gunung..Uuuui…Juicy.. =)

2) Apabila tiba di Sungai Y, adalah disarankan supaya mengambil sedikit sahaja air. Sebab, sebelum sampai di puncak gunung, ada punca air. No need to worry ..keh..

3) Kalau terdengar bunyi pelik2, anggap sajalah bunyi binatang. Seperti yang dialami aku sendiri masa masak malam tu kat campsite Sungai Y. Tetiba bunyi “hahahahaha” Jelas dan terangg dan aku anggap mungkin Beruk Terbang barangkali. Huk3.

4) Pastikan berat beg tidak melebihi daripada 1/5 berat badan.

5) Bawak plastik tembakau untuk digunakan bila hujan, jadi khemah tak kan masuk air. Insyaallah.

Refleksi ;

Aku belaja untuk relax.
Aku belajar untuk menerima kekurangan diri.
Aku belajar untuk kumpul semangat di saat genting.
Aku belajar menghargai anugerah keselesaan seperti tempat tinggal dll.
Aku belajar menghargai tidur dan rehat yang cukup.
Aku belajar tuk jadi sefleksibel yg mungkin.

Hmm…fleksibel. Banyak untungnya kalau kita fleksibel. =)
Bagi aku, xpdc Gunung Tebu bukannya yang terakhir. Tetapi merupakan titik permulaan dan penyediaan diri aku untuk xpdc Gunung yang lain. Iya.. Sehingga Gunung Kinabalu. Insyaallah.




~pEaCe...No War~
































Tuesday, October 13, 2009

Cerita 2.4ku

Gimnasium..
selepas 2.4km test.


Awat ni..nampak gelisah je..? Tu…Encik Safri mintak form tu…


Nanti jap…tengah Fikir ni…


Aihh..nak pikir ape lagi..? bagi jerla form tu..da kira markah mg la tuu..lagipun campur2 dengan silap penjaga masa tu pun. mg memang layak pun dapat markah tu..markah bonus sebab penjaga masa tak alert..Cian ke mg..ish3


Alahhh..kalau tak de silap dari penjaga masa pun..mungkin awal seminit dua++ gitu jer..Yang aku rasa sekarang…aku nak ulang balik 2.4…rase nk mintak buat sekali ag jer…aku rela…!


Uihh..biar betul..?? rela buat sekali lagi…? Mana nak cekau stamina ag..?haha..biar betul..nanti kalau bagitau lecturer..lecturer ingat mg buang tebiat..aihh ada ka..nk buat sekali ag..tak pernah dibuat org..


Aku rela..aku rela..walaupun kemungkinan semua org akan tengok..tertanya2..kenapa aku buat sekali lagi..hmm..Tapi tula kan..hmmm…payoh2..tapi yg pasti..memang silap aku..hmmm..awat camni…awat…awattttt..??? hate 2.4 hate myself too..


Aihhh…benci kat 2.4..benci kat diri sendiri..??


Tak..aku ok jerlaa..saje jer tuhhh..


Hmm…nape tak bg all out tadi...jgn salahkan org lain pulak..dah memang salah sendiri..tak cukup training la apela..jadi...sabar jerla..


Betul..kalau org lain tolong pun..aku tak kan tenang terima markah tu.. tak perla..sekurang2nya markah aku lebih kurang sama dengan orang lain.. 25 daripada 26 markah palsu. Markah sebenar 25..dan bukan 26.. Aku mesti jujur.. kalau tak..confirm aku tak tenang.


Tapi..ni markah untuk mg naik degree? Tak kesah ke..?


Haha…markah tuk degree..? hahaha..tak terjejas sangat pun laa..10% jer tuk pointer..


Aihh..jejas sikit la kiranya kan…abih..kalau subjek len pun jejas sikit..subjek lain2 pun jejas sikit2…tak ke jadi jejas banyak2 ke..??


Hahaha..itula..itu yang aku risau tu..Ape yang aku mampu buat sekarang..sengih jerla..sengihh… hahaha..dengan apa yg berlaku ni..hahaha..sengihh……!kih3


Oit…cam org giler..tension..tapi tak ngaku tension..ape la dia nih..


Tension…da seminggu lebih da aku hidup dalam tension ni..tak best ar...Hmm..suma org tension..tapi aku rase aku lagi tension kot..yerla…test Bi tak dapat skor..test math jer ok..ape agi ek..punca tension aku nih ek..Hmm..haa…yg nilaa…2.4km dalam ukjk test. Tapi..nasib baik..komposisi badan aku superior dapat markah terbaik 5 mata..fuhhh..nasib baik..then..bangkit tubi variasi+tekan tubi dapat markah penuh..orang lain maybe tak boleh buat ape yg aku ley buat..aku pulak tak ble buat ape yg org len boleh buat. Aihh..bukan tak boleh ye…tp tak der rezeki untuk hari ni..haa..istilah tak boleh tu…sangat2 tak kena tu..hmm… =p


Haa..akhirnya boleh pun pikir positif..kan ke baguihh..cam gni..tak perlu monyok2..


Haha..itulaa.. kene list out dulu ape masaelah tu..ish3..rupanya sikit jer upanya.


Tulaa…ape laa..org len pun tension gak..tp tak la bawak terpikir cam dia ni..


Hehe..ok2…hmm…ngantuk ar..letih…


Haa..patut tido tuh…gi gi..g tdo nuu…tau sangat laa..dia ni kan..kalau pas kecewa skit kalau tak tdo selagi tulaa..merapu2..cakap bukan2..gi gi..


Haha..tau takper..


ZZZZZzzzzzzZzZZZZzzzzzzzzzzz…

Tuesday, October 6, 2009

Sambutan hari raya warga ipgmkdri

Assalamualaikum.....
Semalam isnin 5 Okt 09 ade aural-oral test (tuk kkp Bi). Mood exam la kitorang dua tiga hari ni, dan pagi ni pun ada test untuk individual presentation. Fuhh.. dengan itu..berakhirnya mood test untuk minggu ni.. tak perlu rushing tido awl lagi... =)


Lepas test tu.. kitorang ade jamuan hari raya maktab.. Huk3.. sedeh...suma org pakai baju raya...cantek2...aku ngan nadzirah pakai baju bese jer.. Mok Nad la ni....suh pakai semalam..ingatkan jamuan raya isnin..hmm.. tapi apa2pun... jamuan raya kali ni meriah..best...cuma tak sempat rasa sate..nasib baik sufi ngan hanim cari awal2..bolehla rasa cikit2 sorang.. aku ni bkn peminat sate pun sebenarnya...tp tengok diorang excited sgt...terikut sekali la.... Hmm..apa2pun...tengok gambar kat bawah ni...




Saudara Nazmi & saudara Shahril sempat lawat gerai kami..




Yaa....itu dia penghalau lalat bertauliah unit kita...shida...hihi...sabau aje..jap ag..k.asni pulak koje...


Ni Mee Hoon Soup..laku tauu....



Ini pulak Mee Kari...rasa2...



Ini pulak Model periuk antarabangsa..yang kat belakang tu..jurucakap beliau..Hee...jangan marah ziqie...Daus...




Gerai sebelah kami..boleh la tahan... =p





Itu Naim dari unit math...pun nk cuba mee hoon sup dari gerai kami..





Hmm...leteh plus mengantuk...balik tu...tido jap 15 minit..then kul 2.30 ada kelas pJ.. Letehh..mata cam tak mo bukak jer..tapi apakan daya..bangun jerla...siap2 g kelas..Kalau kelas En.Safri..memang la..aku semangat nk pergi...suke benor tengok En.Safri..banyak pengalaman..klakar seyh...n..aku paling pantang kalau ada org bercakap time En Safri cakap..Hmm..kalau ada yg kene tegur sama ada soft...or kasau dgn k.asni tu...minta maap la yea....Cuz, K.asni mmg excited dgr cerita pengalaman2 En Safri.. Kalau ada yg nak cakap tu...g jauh2...slow kan suara tu...Lec fav k.asni tu...jgn ada yg bercakap...TAU... hehehe... =p
Itu jerla citer hari ni..hari ni tak cakap bnyk...cakap sikit jer...kan...? =p Skrg aku kat wakaf depan blok aku ni.. online kat cni...laju sket...pulak malam ni agak free la.. Balik jer dari usrah kat surau tadi..tengok wakaf kosong jer... aik...mana piii suma org..?? Hmm...baguiihh.....depa bagi can kat cheq tuk on9 sorg2.. Hee..Agaknya leteh ngan jamuan raya siang td kot..Hee..
Balik jer dari surau..bawak kuar laptop trus datang kat cni..dalam sejam ni aku busy menerjah laman2 yg da lama aku tak jejak..so...no chatting2...sembang2 apa suma...cheq nk surt tenet jer+post citer kat blog lam sejam ni...minta maaf suma..lenkali kita sembang lagi naa...
Ok da..! (",)
## Robot Yoorin always okeh to handle anythg ma... =)
GUDNITE.

Thursday, October 1, 2009

saya kenal saya

tak mo senyumm..tak mo...tak moo...
Pagi tu.. aku bersiap awl..
then...suh B antar umah didie..
B cakap...kwn aku tu comel ke tak...?
kalau comel dia nk antar...klu tak comel..dia xnak antar laa...


Hee...aku pun cakap...comel2...mmg comel...

Kalau comel...boleh laa... smbil sengih2 kambing...


Haa...abg ipar ku ni...ley thn wat lawak nk ikut cam abg Rizal jugak..Aduii....abg Rizal lagi dasyat...


Fuhh....kawan2 asni nihh...cun2 laa maa...
Kakak aku pandang aku camtu jerla..sambil senyum...
tak dapat nk tolongg...mybe pandangan kesian kot..
yerla...salu jer kene nyakat...
dia memang salu aku mintak tolong kalau cuti2 balik kampung..
ade ajer la abang ipar aku yg kene antar aku kat sana sini..
dats y boleh kenal kwn2 aku tu..hee


n dia salu cakap....
tp nape laa...adik aku ni..
da la cekeding...
muka cam owg tuwe..
bile cakap jer...sengihhh jer tauu...


Aiihh...Abg ipar aku sorg lagi ni...kan..
aduii...mmg suke benor nyakat aku..
Ada ke dia kata...Aku ni cekedingg...??
Abg Rizall....! ni bukan cekeding la...ni Slimm...Slimmm..!


Haha..tapi memang betul pun..aku ni satu family aku cakap...
aku ni boleh thn selekeh dan selekeh tu membawa kpd gaya tersendiri jer....
kalau kuar..konpem org panggil kakak....umm...sokay la bab tu..


tp.....aku cakap lam ati aku.. Aku ni...malas la..nk melawa..baik aku pakai huduh2 gni jer...yang penting...aku kenal diri aku sendiri...tau time mana nk melawa...nk berhias...
cukup laa...org ckp...ade rupe org sudey la..


Dan tak nampak pelik di mata org..yerla...
kalau datang yang jenis...sempoi tahap maksimus tuhh...
susah pulak.. ada ka pergi kedai pakai baju kelawar..?
ngan muke tak siap...ish3....tak mo la camtu....yep..?!

org cakap...ape yg kite buat tu....biorle bertempat...
ada rasionalnya..

kalau kuar tu...cukup la...sederhana saja..
tak perlu nk menarik perhatian siapa2..
asalkan sopan sudey...
Haa..yang tu la kot yg jadikan aku penyejuk mata pd family aku kot..
Diorg pun tau....aku ni jenis camne..
tak perlu nk ditegur sgt..ttg kesempoian itu...
diorang suka ja..
sbb dia tau...adik dia ni..anak dia ni...mmg macamtu..



Macam aku ni..bakal cikgu...mestila kene jaga etika berpakaian..
cikgu mana boleh selekeh...kan...


Hmm..apa yg aku sebut pasal selekeh diatassss tadi tu...
bukan la selekeh cmne pun...tp...lebih kepada santai....


Santai...not santau....ok....???


Jadi... kepada sesiapa saja laa..
sempoi2 sudaa....rase nikmat gilerr....kuarrr...tak de org pandangg...! keh3...


Hmm...
ok laa....tata..! hapy giler hari ni..seminggu aku jd robot da berlalu..Fuhh...nk citer pun...rsenye mesti pnjg glerr...hee...tak perla...cancel jerla lenkali cakap sal esaimen bak ceti halal tu ok...?

Hehe....k....daaa....~

Target sebelum ke 'sana'