Sunday, March 13, 2011

seminggu yang bermakna

Alhamdulillah, berlalu sudah tempoh seminggu bermula daripada 5mac-12mac 2011 yg lalu. Bermula dari program di Anggulia Beach Resort, sehingga ke detik sy, Juliana dan adik sy mengejar bas untuk ke jasin melaka. (tertinggal bas kerana terlewat 30 minit! huhu) kepada pengalaman berada di sekolah dan Melaka sendiri. Macam2 pengalaman dan pengajaran yg sy dapat.

[Dipanggil ustazah.]
Wah, sy dipanggil ustazah, mungkin kerana penampilan sy pada semester ni, tudung plain dan sedikit labuh berbanding semester yg lalu. Iya, ustazah daripada penampilan, semoga hati dan akhlak sy juga layak tuk gelaran itu. :)

"Ustazah2, tengok dia ni tak baca buku.." kata seorang murid mengadu.
Saya memandang pada murid berkenaan, dan dengan hanya menggunakan kaedah 'renunglogi' (kaedah rekaan. Haha..)sy memandang pada murid berkenaan, murid tersebut faham dan cepat2 buka buku.

Errk, seronok jugak buat2 tegas ni. Rasa macam aura guru tu ada. Senyum.

[Orang Melaka bekeng2 tapi mesra dan berbudi.]
Bekeng ni maksudnya garang. Banyaklah insiden yang membuktikan orang melaka ni berbudi tapi tak berbahasa. Hihi. Bahasanya agak kasau ye. Tapi cukup mesra. Aik, macamana tu? ok, tengok kes2 di bawah ni :

Kes 1.
ada ustazah ni nak tegur kami, dengan muka tak senyum dan serius. "Sekolah ni memang macam ni, kalau dah tamat waktu keja pun selagi budak tak balik, cikgu tak boleh balik..." mendatar aje, kata2nya. Pergh, ni nak sound kami ke nak apa ni? Pastu, dia tambah lagi.."sekolah ni kena hati2 sikit, sebab banyak kaki report. Nanti tak pasal2 KO kena panggil dengan Guru Besar, dahla GB tu pelik sikit. Ko kan dah tahu, tengok semalam tuh".

Ulasan : Ekspresi muka dan kata2nya yg mendatar tanpa riak senyum atau ceria ingatkan nak serang kami, rupanya dia sekadar nak memberitahu.

Kes 2.
Pada petang khamis, sy dan kawan2 nak pergi melawat Melaka tengah, Bandar Hilir. Kami transit bas kat MC, Melaka Central. Sementara kawan2 sy buat apa yg patut. Sy tengok2lah ada orang jual baju. Hmm, nampak cantik. Sy pun jalanlah mendekati baju2 yg disusun kemas kat situ.

Akak tu : Dik2, cantik ni, tengoklah, baju jersi ni.
Sy : Errm, macam baju renang je, baju apa ni?
Akak tu : Baju muslimah, kainnya sedap pakai. 'Ko' pakai ni cantik ni, ko tinggi ambil saiz L lah.

Ehek2, hampir terbatuk sy, terkejut lagi. "Ko" weh. kasar sungguh bahasa tu. Nasib baik sy dah tahu, bukan niat dia nak berkasar bahasa, cuma dah memang bahasa orang melaka macam tu. Jadi sy cepat2lah, berniat nak modify bahasa akak tu dengan sy buat muka macam cuak gitu.

Sy : Berapa harganya kak? bagilah kurang sikit, sy student lagi.

Nak bagi akak tu tahu, sy bukan orang melaka, sy buat muka terkejut dan sambung cakap..

Sy : Student price la akak eh, lagipun sy datang dari Terengganu, dikira pelancong lah jugak ni akak.

Saja je, bagitahu datang dari Terengganu, diharap muka cuak tadi dengan mention dari Terengganu, mengubah bahasa akak tu. Malangnya, akak tu tak paham. Dia terus berbahasa 'ko' dengan sy. Sy pun mengalah ajelah.

Tiba part ni.

Akak tu : Ko cantik lah, lesung pipit ko cantik.

Wajah akak yg serius tadi, cuba senyum sambil mengatakan sy cantik berlesung pipit. Sebab dia tahu sy keliru dengan ucapan dia sebentar tadi, memuji sy tapi dengan wajah serius, sy mungkin confuse dengan maksud dia. Iyelah, memuji orang dengan muka serius, memang buat orang terpinga2 sesaat dua, kan?. Tapi bila dia tengok muka sy mcm tak berapa jelas dengan maksud dia tu, dia cakap sekali lagi, "Ko cantik, ada lesung pipit" sambil tersenyum walaupun senyuman yg teragak2 melihatkan wajah sy yg keliru. Sy baru faham sefaham2nya. Huhu.

Sambil leretkan senyuman sikit, sy cakap Alhamdulillah kat akak tu. Dalam masa yg sama (dalam hati), takpelah akak. 'Ko' pun ko lah. Tak dapek den nak nolong. Sy baru beberapa hari kat sini. Nak biasakan kata ganti diri 'ko' 'aku' memang ambil masa sikit kan. Takpelah. Lain orang lain ragam. Bak kata pepatah, "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Pandai2lah membawa diri agar tak nampak terlalu canggung di tempat orang. Iya itulah pengajarannya. =)

Kes 3
Sy dan kawan2 duduk di satu port kat kantin. Datanglah seorang cleaner nih. Masa tu, kawan sy dari kampus Temenggung Ibrahim, Hafizah sedang touch up hasil kerja dia, rekaan baju. Iyalah, kawan sy tu, Cikgu Kemahiran Hidup. Sedang kami syok buat kerja masing2, datanglah seorang akak cleaner, (Akak C) nih.

akak C : Eh, ko lukis apa tu? Ko designer ke ape?

Kawan sy senyum2,hehehe. "Ambil rekacipta" kata kawan sy tu. Pastu bla2..bla2...diringkaskan, memang mesra lah mereka sembang. Lepas akak C tu pergi. Sy cakap dah lama kenal ke? Jawab kawan sy, "Baru sembang tadilah".

Ooo...kesimpulannya, orang melaka memang mesra rakyat. Noktah. =)

Berada di Melaka selama beberapa hari, pada awalnya sy memang terkejut dengan bahasa yg digunakan mereka. Tapi sy boleh terima perlahan2. Yang sy teruja, orang Melaka mesra rakyat orangnya. Tak kira Melayu, Cina dan India semua ramah dengan senyuman dan budinya. Hmm, banyak lagilah yang insiden yg membuktikan rakyat melaka kasar dari bahasanya tapi baik budinya. Cuma tak termampu den nak tuliskan di sini kerana memerlukan usaha mengimaginasikan semula babak2 tu. Heh.


[Kita tak mampu ubah orang lain.]
Setiap kali datang ke sekolah. Setiap kali itu jugalah sy dan kawan2 akan berhadapan dengan masalah dari guru2 wanita sekolah tersebut. Tak ramai. Kebanyakannya okey dan baik hati. Cuma segelintir saja. Masalah biasa saja. Sindir2 tak puas hati gitu. Hmm..layakkah sy untuk disindir dikecam dan di'geram' begitu saja? (perkataan dikecam tak sesuai, istilah paling dekat 'geram' lah kot..huhu). Sy tak tahulah kenapa kami mudah sangat jadi objek untuk 'digerami' nih. Nak kata tak tegur, setiap kali jumpa, semestinya kita bagi senyuman ikhlas. Kalau berpeluang, kita akan buat conversation pendek, contoh kalau duduk sebelah menyebelah semasa perhimpunan,

Sy : Cikgu ajar subjek apa? (Senyum)

Cikgu : Ajar matematik, awk buat ROS ke?

Sy : Iya, buat ROS, seminggu saja kat sini. (Senyum manis. eye contact jgn lupa walaupun duduk sebelah menyebelah berhadapan dengan murid)

Cikgu : Oh, sekejap sajalah ye. (mula senyum tanda sudah suka)

Sy : Iya, sekejap saja. Nanti bolehlah sy masuk kelas cikgu, observe apa yg patut kan. (bernada bergurau di situ bagi mengeratkan lagi silaturrahim yg baru dibina)

Ok, kalau dah setiap kali bertembung, kita senyum, berjumpa kat mana2, buat conversation pendek2. Itu dah ok bagi kebanyakan cikgu. Tapi kalau yg kita lansung tak pernah jumpa, atau perasaan kehadirannya. Golongan ni agak payah untuk diramalkan. Kalau berfikiran positif takpe. Ini, terus kena cop, sombong, berpuak tak mahu bergaul dan macam2 lagi.

(Benda ni remeh tapi benda remeh nilah yg selalu jadi isu, tak semua, tapi ada sekumpulan lah daripada ramai2 cikgu tu) golongan ni dikira macam samseng sekolah lah jugak. Samseng di tempat kerja, haha. =P... Contoh boleh tengok cikgu2 ni kat drama2 dalam tv, macam tulah lebih kurang. Tapi majoritinya, memang berjiwa gurulah, penyayang dan baik hati. Cuma terdapat segelintir saja seperti yg sy ceritakan ni.

Kat SKSB baru ni pulak, kami kene sindir secara terangan. Huish..satu pengalaman yg cukup menggerunkan selama sy pergi kat mana2 sekolah sepanjang bergelar guru pelatih. Nak tahu, rujuk semula post ini, post membebel.

Sebenarnya, bila dikaji2 balik, cikgu lama selaku 'tuan rumah' tak expect kita lebih pun, tunjukkan hormat pada dia. Itu saja dan pandai2 buat repo pada dia. Kalau yg jenis berat mulut nak beRepo2 just tahu senyum saja, guru pelatih tu mungkin akan mengalami masalah seperti yg kami alami ni. Pengajarannya, jadikan semua cikgu sebagai kenalan yg menguntungkan, buat mereka gembira, dan diri sendiri turut gembira. Diorang okey je. Last day, kami salam dengan semua cikgu2 kat situ, ikutkan boleh je blah camtu bila dah jumpa GB. Tapi, rasa nak pulang dengan hati gembira, kami bersalaman dengan semua guru walaupun guru yg kami tak kolaborasi dan berurusan pun.

Masa nilah, cikgu yg kalau terserempak dengan kami, buat2 tak nampak kami dah boleh senyum dan sembang sikit2, walaupun sepatah perkataan "Oh, dah abis ya?, hari ni last?, okey2", mereka senyum menampakkan raut muka ikhlas di situ. Mungkin mereka nampak keikhlasan kami kot. Hehe. Sy harap cikgu2 tak mudah buat anggapan yg bukan2 pada guru pelatih lain yg akn dtg ke sekolah tu. Dan sy harap guru pelatih kat situ tak jadi tipikal guru pelatih yg hanya tahu senyum saja. Sekurang2nya ada repo walaupun sikit. Ya, itulah pengajarannya.

Dan, sebolehnya sy tak mahu jadi tipikal guru pelatih yg minta difahami dan dimengerti saja. Kerana tugas kita, orang lain tak faham. Dan kita tak boleh buat orang faham. Tugasan kita menuntut kita untuk berbincang, minta pendapat dengan rakan2 kita, sebab tu nampak berkepit sentiasa tuh di mana2.

Oh sekali lagi sy ingatkan diri sy, "Kita tak boleh fahamkan orang lain seperti apa yg kita faham dan tahu".

Sekian.

:)

6 comments:

cinta Allah said...

hehe..pengalaman yang bererti, mematangkan n luaskn pandangan...

perkongsian yg menarik=)

cinta Allah said...

perkongsian yg menarik...pengalaman yg berharga, mematangkan diri..luaskan pandangan...

teruskn menulis=)

Amni said...

kadang2 orang cakap aku ko mungkin sebab nak nampak lebih mesra... =)

Asni Amni said...

kak ikin > terima kasih... =)

amni > mungkin. bergantung kepada orang tu pula kan. Tapi itulah sy ni nak adapt dengan bahasa orang sangatlah canggung..huhu... =D

TENGKU KHAIRUL IDHAM said...

Anda berbakat untuk gelaran Ustazah... :)

Asni Amni said...

:)

Target sebelum ke 'sana'