Wednesday, March 9, 2011

Day 3

Okey, hari ni tepat pukul 7 pagi, sy dan Jue dah sampai kat sekolah. Jue singgah 7Eleven dulu, katanya nak belikan muridnya yang jawab soalan diagnostiknya semalam hadiah. Kemudian, tepat pukul 7.10 pagi, kami dah sampai kat pejabat sekolah dan catatkan kedatangan dan tandatangan. Hmm, atas daripada nama kami, sudah tertera nama Nur Hafizah, maknanya dia dah sampai, dia mungkin baru turun dari pejabat dan menuju ke kantin, biasanya kat situlah tempat kami bertemu pada awal pagi sebelum sama2 membuat perancangan tugas untuk hari itu.

Kami bergerak ke bilik pemulihan khas, untuk berkolaborasi dengan cikgu di situ. Semalam, cikgu tu busy dan lansung tak boleh senyum, seakan2 kedatangan kami semalam seolah satu beban pulak. Huhu. Alhamdulillah, pagi tadi mood dia cantik, dia senyum dan memberi ruang kepada kami untuk berkolaborasi dengan dia. Ada 8 soalan yang diajukan, 4 soalan berkenaan dengan objektif P&P dan 4 soalan berkenaan masalah pembelajaran. Banyak maklumat yg kami dapat, cikgu tu pun walaupun nampak macam tegas, tapi bermurah hati memberi bahan2 pengajarannya.

Tepat pukul 9.30 kami turun ke bilik makan guru. Masa tu, tak ramai sangat cikgu yg tengah makan. Ada tiga meja dalam bilik tu. Kami pilih untuk duduk dengan meja yg sudah ada cikgu lain di situ. Of course lah niat kami untuk beRepo2 dengan cikgu di situ. Nah, siapa cakap guru pelatih masuk sekolah sombong? ish3..Eh2, takde perkara macam tu berlaku pada kami lah sepanjang kami berada di sini hingga ke hari ni, hari ketiga..Iya...tapi.................sampailah satu ketika, terjadilah suatu insiden yg amat mendera emosi ini antara kami bertiga dengan sekumpulan guru kat situ. (sy tak pasti sekumpulan atau sorang dua saja tapi sy buat anggaran kasar sekumpulan)

Apabila mendapatkan makan tengahari, kami masuk ke bilik makan guru tu, tapi yg sy nampak tempat tu diambil oleh cikgu lain. Agak mengecilkan hati, beg kami dialih atas meja. Sy yg berada di situ, dengan senyum manis alihkan beg tu dan duduk di meja kosong kat sebelah diikuti rakan2 sy. Bukan tak mahu duduk kat meja tu, tapi memandangkan barang2 kami banyak, dengan beg kami, beg kertas lagi yg diisi bekalan seperti epal,plum dan air (almaklumlah berdiet, buah2 tu seperti pengalas perut di kala memerlukan), begitu juga dengan rakan2 sy, selain daripada beg, mereka membimbit fail2. Iya, niat sy dan rakan2 tak mahu menyemakkan meja makan dengan barang2 kami.Ok, mungkin nampak obvious kat situ, kami memunggah beg2 tersebut ke tempat lain seolah2 nak makan dengan geng2 kami je. (Walaupun tidak sama sekali, kami sedaya upaya menjaga hati mereka).

Agaknya bertitik tolak daripada perbuatan itu, mencetuskan rasa marah pada salah seorang guru di meja makan yg lain, mungkin dah tak suka kat kami dari awal lagi, wallahualam. (Sy tak tahu macamana cikgu2 boleh tak suka kat kami, sedangkan kami bergaul dengan semua guru, ucapan salam tak lekang seolah2 sy memberi salam kepada pensyarah2 sy kat ipg, senyum tak payah cakaplah, masuk bilik guru dan berkolaborasi dengan guru2 di situ, siap gelak ketawa lagi, ini cikgu2 yg lansung tak kenal kami, yg kami tak pernah berurusan dan berjumpa pun boleh judge kami yg bukan2 iaitu berpuak..sombong..What the heck?? )

masa sy nak suapkan nasi ke mulut, tiba2 terdengar suara guru dari belakang,

"Dik2, kat sekolah ni ada peraturan." Sambungnya lagi, "Cikgu2 tak boleh berjalan bertiga, minimum berdua saja". Sambung lagi, "Ni ke tandas pun bertiga, he-he-he, yg sorang masuk tandas, yg dua org lagi tunggu kat luar tandas, ish3, tak faham sy"

Errr, sebenarnya apa masalah cikgu tu eh? apa masalahnya kalau kami berjalan bertiga? nak cakap kami sombong dan tak bergaul dengan cikgu lain ke, itu maksudnya? Oh, tidak2...adakah sy menjawab atau sy menundukkan muka menunjukkan wajah suci? Oh, sy memang terkenal dengan mulut yg suka menjawab ni, menjawablah. (bukan suka menjawab, lebih kepada penentang ketidakadilan dan penganiayaan, penegak keadilan gitu)

"Err, kami buat tugasan sama2". Itu jawapan sy. (sepatutnya tidak boleh dijawab sebab cikgu tu tak tunjukkan jeda tuk bagi kami jawab pun, sy pintas... :P)

"Eh, takutke?" Cikgu tu tak sangka kot salah sorang daripada kami menjawab, iaitu sy.

Sy menjawab, "EH, tak, sy menjelaskan" sy senyum merendah diri. Sebab sy dah menjawab mesti ada unsur merendahkan diri jugak, nanti dikatanya sy biadap pulak. Hee.

Tapi serius sy rasa geram. Tak profesional lansung!

Balik sekolah, masa kat dapur. Kawan sy, Juliana menegur sy. "Kak Asni nampak tension hari ni."

Sambil tarik nafas dalam2, sy cakap "Kak Asni kesal, tak dapat kawal rasa marah tu, tu yg jadi blur dan blank sikit muka ni." Memang sy rasa bersalah dengan emosi sy, tapi bila difikir balik, kalau sy tak menjawab, makin menjadi2lah cikgu tu berfikir bukan2 pada kami. Hmm.

Petang tu, sambil baring2, sy sentuh lagi perkara panas tu. Iyelah perkara yg agak tak best berlaku dalam diari hidup sy sepanjang buat pemerhatian dan kumpul maklumat di sekolah. Dan menggerunkan kot. Huhu. Tapi itulah realiti yg terpaksa sy harungi environment sekolah yg tak berapa sihat kat situ. Hmm.

Petang tu, Juliana berjaya mengetuk kewarasan akal sy. Katanya, kita tak boleh buat orang berfikir cara kita fikir. Hmm. Iya. Betul jugak tu. Kata2 tu ditujukan untuk hujah sy yg mengatakan,

"seseorang itu tak boleh nak judge orang lain sewenang2nya, tambahan kita baru saja kat situ, dia pun tak kenal kita lagi, kita pun tak pernah berurusan dan terserempak pun dengan cikgu tu, macamana dia boleh anggap kita macam tu?, kita kat situ sekejap je, bukan praktikum pun. Cikgu2 kat situ semuanya memang dah kenal kita sebab GPK1 dah perkenalkan kita pada hari perhimpunan tu depan murid2 dan cikgu2 sekalian, tapi kita memanglah tak kenal mereka semua lagi, so..kenapa nak judge kita yg bukan2? Dahla tak profesional langsung, moral down lah gini. " Marah sungguh sy masa tu. Muncung mulut boleh ikat reben. Tapi Juliana yg memang bersetuju dgn apa yg sy kata tu ambil pendekatan berada di tengah2 saja.

'Kita tak boleh buat orang lain berfikir, seperti cara kita berfikir, kalau tak amanlah dunia ni,kalau semua sama je dgn cara kita fikir' Tiba2, bagai terngiang2 kata2 ni kat kepala ni. Seakan suara iman pula bersuara meningkah suara syaitan yg mengapi2.

Ok, sy sudah hampir menerima bisikan tu. dan sy cakap pada kawan sy;

"Esok kita makan sebelah Guru Besar, GPK1 dan lain2 nak?" Haha. sy melawak lagi. "cari cikgu tu, kita kolaborasi dengan dia". Haha.

Proses muhasabah diri pun berlansung. Ish3. Marah sangat sy hari tu. Timbul pulak kekesalan dan insaf.

2 comments:

tia itsrain said...

huhu, sabar kak asni..rasanya ramai je yg mngalami mslh cmni...teha pon..hurm..kite x pandai bersosial kah??aduii..rasanya dah senyum, bg salam kat semua ckgu dh kan?sabau jela..

Asni Amni said...

mungkin apa yg kita perlu ialah pandai2 berRepo2..ringankan mulut bermesra...hmm...=D

Target sebelum ke 'sana'