Monday, March 28, 2011

Entry berjela beremosi.


Dua hari menanggung satu perasaan yang agak sukar untuk ditanggung. Sy percaya segala rasa ini akan hilang tak lama lagi. Kerap kali sy teringatkan perkara yang sama. Perkara yang melukakan perasaan dan jiwa. Daripada status di Fb yg agak menggemparkan. (Takdelah gempar pun...) yg berbunyi, pengakuan maaf dari sy, ramai yg bertanya kepada sy, kenapa sampai macam tu sekali status sy.. Maaf sebab tak menjawab pertanyaan2 itu. Sebab saat tu sy tak mampu nak berkata2, even kepada kawan baik sy pun sy tak cakap. Perasaan sy masa tu sy, sangat terkejut, jantung bagai disiat2, dihempas..sungguh sy terluka waktu itu.

Alkisahnya bermula begini. Ada seorang hamba Allah, lelaki add sy di Fb, hantar msg di inbox sy yang berbunyi begini lebih kurang... Selamat berkenalan, sy nak mintak advise tentang macamana nak jana pendapatan melalui...bla2...sy dah lupa. Asalnya sy hairan tiba2 saja hamba Allah ni tanya pasal penulisan berkenaan jana pendapatan kepada sy. Tetapi bila melihatkan sy dan hamba Allah tu ada mutual friends. Sy menganggap sy diperkenalkan oleh salah seorang kenalan sy di fb tu. Kenalan sy tu nak kata rapat memang tak rapat, tapi selalu jugaklah likes, comment posting2 sy. Sy rasa mungkin sy diperkenalkan melalui salah seorang mutual friend sy itula untuk rujuk penulisan menjana pendapatan yang dimaksudkannya itu.

Sy menjawab salam yg diberi dgn tertib dan menutup perbualan dengan tertib dan tidak berlebih2. Cukuplah saja menjawab soalan yg diajukan. Sy sempat berkata kepada hamba Allah tu, sy dah lama tinggalkan apa2perkara mengenai bisnes on9 so tak dapat tolong. Lagipun sy tak nak ambil kerja part time (tolong org) walaupun dapat pahala..Hehe. Sebab sy sendiri pun tak cukup masa nak manage time sy. Ini bulan assignment, kawan2..harap maklum.

Yang membuatkan sy membuat tanggapan yang tidak baik pada dia adalah apabila dia bagi nombor telefon dan emel dia. Masa tu sy rasa, macam sama saja dgn pengalaman sy tentang lelaki yg sengaja nak ambil kesempatan dulu2. Sembang-sembang tanya itu ini pastu hulur nombor. Cuma bezanya, orang ni nampak dari profilnya bagus2. Macam orang baik2 dan beragama. So, sy buat tak tahu saja. Just tutup conversation secepat mungkin dgn profesional. Soal tanggapan negatif dan prasangka sy itu sy tolak tepi. Kerana sy fikir mungkin sy beremosi waktu tu kerana sy memang tak suka kalau ada lelaki yg cuba menghubungi sy tanpa sebab yang betul2 bagus. (Itulah kelemahan sy, cepat hangin dengan lelaki yg tak dikenali terutamanya.)

Sy hanya fikir masa tu, nombor telefon dan emel itu hanyalah medium untuk sy dan hamba Allah itu mengenali dengan lebih dekat lagi. Just bayangkan, macamana sy nak berhubung dengan lelaki tu? Call? Bukan ke sy dan dia akan mendengar suara satu sama lain? Aihh...seganlah sy.. Nak pura2 macam biasa sepanjang berbual dalam panggilan tu? Hmm...entahlah. Nak msg? berapa kerat ayat sangatlah boleh diberitahukan dalam text berbentuk sms nak cakap benda macam bisnes. Jadi sy fikir kenapa tak dalam fb saja kalau betul2 nakkan tunjuk ajar dari sy. Tapikan sy dah beritahu sy tak tahu dan tak pandai. So. benda tu. urusan sy dan dia dah stop kat situ dah. Dia boleh proceed kepada org lain pula. Tapi itulah, yang berlaku. Sy bengang2 sy pun, takkan nak sindir atau bagi kata2 sarkastik pulakkan. Sy tutuplah baik2. Sy balas,

"Baiklah, kalau ada apa2 yg boleh dibantu, sy inform"

…..dengan harapan, sy mana ada benda nak bantu pun, sy tak tahu apa2pun. So, takkan ada apa2 yg sy akan bantu dan seterusnya inform sekaligus dia takkan menghubungi sy di fb lagi. :)

Tapi, keesokan harinya. Sy mendapat msg lagi, soalannya yg berbunyi "Macamana nak masukkan gambar dalam blog?" Oh, waktu ni sy rasa macam, hamba Allah tu sangat2 nak ambil kesempatan dengan bertanya soalan mudah begitu. Kenapa tak tanya soalan tu pada kawan2 dia yg sy rasa ramai blogger. (anggapan sy waktu tu dia mempunyai ramai kawan blogger, pendakwah sekarang ni kan moden2...nak sampaikan dakwah guna penulisan saja, guna blog kan...)

Jadi sy yg hina dengan sifat sombong + ditambah dengan faktor emosional ni, sy cakap...

"itu mudah awk boleh tanya kawan2 awk yg ada blog, atau awk taip kat search, bagaimana nak masukkan gambar dalam blog"

Sy reply dalam bahasa inggeris mungkin nampak lain di situ dan mungkin dia sudah terbau bahasa bernada tinggi sy walaupun dari segi bahasanya tak nampak pun sy berkata2 dalam nada yang tak sepatutnya. Iye, seperti yg sy kata tadi, bengang2 sy pun sy cakap bahasa elok2 yg tak menampakkan sy ada apa2 perasaan marah, tak selesa dan sebagainya.

Sy boleh nampak dia mungkin buta IT. Dan tak tahu nak upload gambar kat blog. Tapi sy rasa, adalah lebih elok dan manis sekiranya dia bertanya kepada orang selain sy. Kerana cara dia tu mampu mendatangkan fitnah. Fitnah di mana… sy menuduh dia untuk saja2 je tanya kat sy macam takde orang lain. Dia patut tahu TAK SEMUA orang okey untuk menerima sesuatu perhubungan walaupun sebagai kenalan lebih2 lagi lelaki-wanita untuk selamba badak saja bertanya benda2 remeh mcm tu. Di kepala sy masa tu sy anggap. ….kamu boleh tanya orang lain..kenapa tanya sy…

Oh, okey, mungkin dia dah tanya semua kawan2 dia, tapi semua kawan2 dia tak pandai insert picture seperti yang didakwa oleh dia. Sy tak tahulah dia bertanya kepada siapa. Alasan yg tak dapat diterima oleh sy. Itu biarlah dia saja yang menjawab dengan Allah s.w.t. betul atau salahnya. Sebarang keterbalikan ayat dan maksud, itu hanyalah dalam pengetahuan Allah dan dia sahaja. Dan dipihak sy pula waktu ni, sy memegang kesalahan dalam bersangka buruk. Fair. Oleh kerana masa tu sy tak mampu untuk menahan rasa marah.. jadi sy mohon mintak diri dulu.

"sy minta maaf, sy nak buat keje, esok sy ke luar daerah"

" assalamualaikum. Maaf atas sebarang khilaf"

dengan harapan dia faham sy memang betul2 takde masa untuk tolong dia dan meneruskan perbualan di msg fb tu. Sy rasa masa sy terbuang begitu saja kerana niat sy pd awalnya nak on9 sekejap saja sebelum menyambung buat asgment sebab tu sy tak mampu nak berlama2. Yang sebenarnya mesej2 sy dan dia okey saja sebelum sy mintak diri tu, cuma iyelah mungkin dia rasa marah kat sy sebab bagi respon macam..tak berperasaan je, tak tolong, tak ajar, mintak diri gitu je.

Tapi sehinggalah hamba Allah tu membalas kata2 permisi dari saya tu dengan kata2 macam ni, "

"amboi...terengganu nih byk org bagus2...takpelah sy faham..go2!! kene buang daerah ke kene kuar daerah ...tak sama kerr?? nk khilaf mai mana? takde khilaf laa di sini..sori nih enti nih jemaah mana nih..?? tabligh ka apa nih?? saja nak tahu..main khilaf2 nih tak tahan.."

Ok, terkejut. kene tengking. sakitnya. samsengnya beliau. sebelum tu sy diprovok dengan ayat2 macam ni juga... di mana sy cakap.

"Maaf, sekali lagi sy cakap...sy tak pandai.."

di balas dengan...

"yess..madam!!! iam have more blog, twitter and another application especially explorer..but im not good in and i dont know how to user what ever...u know that!!..hei can u speak malay??

Ok. Abaikan kesalahan tatabahasa dia. Cuma, jika dilihat pada ayat itu, dengan tanda seruannya dengan ber-hei2 nya. Anda rasa apa perasaan sy?? Terkejut. Tersinggung. Marah dan sebagainya kan. Sebab tu sy terus mintak diri, "dengan mengatakan sy banyak keje, dan ke luar daerah esoknya dan dibalas mesej yang padat dengan kata2 samseng.

Bertitik tolak daripada situ, sy dengan simbolik perasaan daripada mesej berapi dan samseng itu...sy telah post satu status di Fb sy.

"Tak perlu tanya macamana cara nak insert gambar dengan sy yg sombong dan bongkak ni. Tanya ajelah orang lain. Bukan kenal pun.

Mode : SBRB"

*SBRB itu bermaksud kata singkatan yang sy pinjam dalam drama Geng Surau yg bermaksud sombong, bongkak, riak, berlagak. Saja je. Nak kata sy serius dengan status tu tak lah sangat, tapi bak kata sahabat sy, itu simbolik perasaan je...he-he.

Sy mengambil masa agak lama untuk membalas komen yg dibuat kwn sy mengenai status tu, iyerlah, sy baru balik dari Kota Bharu atas lawatan ke sana. Tapi bila dah sampai bilik dah siap apa yg patut sy on9 sambil berniat nak sambung buat kerja, walaupun dah lepas pukul 12mlm, iaitu waktu umum sy tidur. :) Ok, balas komen kawan kat status tu, sy beritahu apa yg sy rasa. Macam biasa, bahasa sy yg sememangnya macam tu… Dan rasanya semua kawan2 sy dah cukup masak dengan fi'il sy ni, yg kadang2 suka bercakap dengan simbolik perasaan yg memang ada makna tersurat dan tersiratnya. Tapi....itulah...komen yg sy lontarkan itu telah menjerut diri sendiri. Huhu. Seperti seorang pesalah, sy rasa seperti dijerut, apabila salah seorang mutual friend sy memberitahu apa yg sy komen kat status sy tu kepada hamba Allah itu yg telah sy remove dari fb sy (yela, siapa nak buat kawan kat fb kalau samseng gitu....kan...sendiri mau ingatla...)

-Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Haa, begitulah keadaan sy. Sy menerima 3 mesej bertubi2 daripada orang tu. Mesej2 yg terkandung bertapa kesalnya dia kepada sy mengiklankan keburukan dia kepada public. Katanya, Sepatutnya sy perlu tegur dia dalam tu juga. Tambahnya lagi, sy telah mencemarkan diri sy sendiri dengan berkata begitu di tempat umum. Dan, paling sadis, dia beri ayat Munafiqun kepada sy. Ini kerana dia kata, sy nampak macam baik dengan pakaian macam ustazah ni tapi hakikatnya SEPERTI MUNAFIQ! Oh...my....sedih tak kalau orang luar cakap macam tu? (╥╥)

Iya...sy sedar kesilapan dan kesalahan sy yang pertama berprasangka begitu dan yang kedua bercakap di tempat awam keburukan seseorang. Iya, sy tahu..sy sedar masa tu...sy hina. Sy tak nampak perkara itu seperti kesalahan besar yg termasuk dalam dosa memfitnah dari hati sy dan mulut iaitu tangan yg menaip kata2 itu. Sy sedar bertapa hinanya sy waktu tu. Sy insaf sangat2 dengan keburukan dan kesalahan sy yang hina dan busuk itu. Sepatutnya sy manusia biasa yg tak ada kelebihan untuk menilai dan mengetahui isi hati seseorang tidak boleh membuat penilaian buruk kepada orang lain. Cukuplah berhusnulzhon sentiasa. Tapi sy manusia biasa, ada masanya beranggapan buruk itu mengatasi anggapan berbaik sangka. Sy dengan segala ego dan sepenuh hati sy, meminta maaf daripada hamba Allah itu, sy insaf dengan kesalahan sy tu.

Sy insaf dan sedar kesilapan sy, tapi................

Siapa suruh pilih jalan fitnah seperti yang dipilih lelaki2 tak thiqoh dan tak beriman lain?

Siapa yg memprovok sy dengan kata2 samseng itu?

Siapa yg menjual agama dengan gaya orang baik2 dan pendakwah itu? (bidas untuk kata2 yg mengatakan sy tampak solehah tapi munafiq...)

fikirlah sendiri.

Part sy. Selesai.

Assalamualaikum.

tak semena2nya dengan saya sekali jadi samseng untuk entry nih....

Oh ya, tak lupa…terima kasih juga kepada sahabatnya yang menyampai2kan komen sy kepada sahabatnya itu tanpa memikirkan implikasinya dan terima kasih juga untuk note yang ditulis itu khas dan mendapat ilham daripada perilaku buruk sy. Sekian. Terima kasih.

No comments:

Target sebelum ke 'sana'