Thursday, March 3, 2011

Perginya seorang pendidik.

Tengahari tadi, sy berada di dewan al-farabi menguruskan majlis persaraan Mr.Tae Peng Hoi dari jabatan bahasa2. Beliau merupakan lecturer TESL. 37 tahun beliau berjuang dalam dunia pendidikan ni, sy yakin ramai yg terasa kehilangannya. Dalam ucapan Mr.Tae tadi, beliau bercakap dalam ucapan yang ringkas saja, tapi sempat berkongsi conversationnya bersama bekas2 pelajarnya yg telah grad dan bertugas di penempatan Sabah. Ucapan yang menuntut kami hadirin untuk memahami apa maksud di sebalik tugas dan pengorbanan seorang insan bernama guru itu sendiri.

Mr Tae menceritakan conversationnya bersama bekas pelajarnya, yang ditempatkan di Lahad Datu, tapi bukan di pekan Lahad Datu ye, tapi di bahagian yang agak jauh dari pekan LD. Cikgu Amiruddin (nama bekas studentnya). Cikgu A ni sudah berkahwin, isterinya juga seorang guru yang ditempatkan di Kuantan. Mereka hidup berjauhan. Bayangkan. Sedih tau berjauhan dengan insan tersayang demi menggalas amanah menjadi seorang pendidik. Abaikan elaun yg diterima oleh Cikgu A. Mood menyayat hati ok. Berikut conversation pendek, chatting Mr Tae dgn ex studentnya ;


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mr Tae : Alahai, takkan lari gunung dikejar. Ha.ha.ha. (Mr Tae, bercanda mengubat hati)

Cikgu A : Memang takkan lari gunung dikejar, tapi masa yang berlalu takkan dapat diganti. (Mood Cikgu A yg ceria berbaur sebak tapi akur)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Terdiam sy waktu tu, hanya satu saja yg sy rasa, sy rasa sebak mendengar kata2 itu" Luah Mr Tae pada hadirin tengahari tadi.

Iya, ianya tentang amanah dan pengorbanan yang hanya kami warga pendidik saja yang tahu isihati seseorang guru itu. Mr Tae bercakap mengenai pengorbanan serta hidup sebagai seorang pendidik.

Mr Tae mengakhiri ucapannya dengan linangan air mata, jelas beliau sebak menahan perasaan yang sangat kami mengerti. Di hari persaraan ini, segala penat lelah dan jasanya dalam dunia pendidikan ini akan di kenang. Bermula pada hari esok, beliau yang bercanda di awal ucapannya mengatakan,

"Hari ini saya merupakan seorang penjawat awam, esok saya sudah menjadi orang awam"

Sambil tersenyum, saya sudah mengimaginasikan satu perjalanan hidup sy mungkin akan berakhir seperti itu juga. Sy harap sy dapat menjadi pendidik yang berjaya. Dan sempat melalui segala fasa, fasa guru pelatih, fasa guru sekolah dan fasa pensyarah. Kemudian bersara, menikmati hari tua sy. Beribadat, melancong dan berkebun. =]

Setiap fasa itu harus dilalui dengan bahagia. =)


Mr Tae diiringi YDP dan Tuan Pengarah meninggalkan majlis.



pistt....sy suka Mr Tae kecek Ganu, bunyinya pure.


2 comments:

as u know=) said...

moga menjadi murobbiyah yg cemerlang=)

Asni Amni said...

=)

Target sebelum ke 'sana'