Tuesday, March 15, 2011

melewati fasa anak dara.

'Mengaji baru separuh jalan, tapi dah datang macam-macam dugaan pasal jodoh, risik-merisik. Tak dapat dibayangkan untuk tempoh akan datang macamanalah agaknya..
Makin lebat agaknya ujian itu.'





....Catatan ini tiada niat untuk berbangga dengan risikan yang diterima, tapi cukup menyedarkan sy bahawasanya sy sedang melalui fasa 'anak dara'... fasa di mana seseorang wanita itu sudah cukup matang dan bijak dalam membuat keputusan di samping ilmu penuh di tangan, taulah kan, anak2 dara hebat dalam ilmu masak2, arena menjahit dan buat............................. kek cawan.. Haha.

***********************************

Sy blur, cuba buat2 tak tahu..when sometimes, my sisters keep ask me,

"siapa orangnya..?"
"pastikan ustaz or some sort like ustaz2 even dari bidang selain bidang agama.."
"keluarga kita kekurangan orang2 macam tu"

(hampir berbelas kali saranan ini diusulkan )

perasaan ?

sy mengakui, keluarga kami memang sangat kekurangan orang2 yang berperibadian alim,warak dan berpenampilan bagaikan 'ustaz'...bla2..sy tak amik port pun bila depa duk cakap pasal 'kekasih hati' sy tu. Tapi bila depa mention pasal 'kekurangan' orang2 macam 'ustaz' dalam keluarga sy. Hati sy jadi sayu. Itu memang hakikatnya. Dan, sy luangkan masa sejenak untuk memikirkan soal ni,


Melalui fasa 'anak dara' merupakan fasa yang....entah, sy tak tahu nak ungkap perasaan itu dengan kata2. Tapi, di sebalik menjadi anak dara yang lengkap dengan ilmu2 yang begitu sinonim dengan 'anak dara' (iaitu masak, jahit, etc..etc...) masih ada satu lagi ilmu yang sangat-sangat penting, dan lebih penting daripada ilmu2 yg sy sebutkan tadi..iaitu........ ilmu agama. Dah takat mana dah? Jangan hanya kelihatan seperti ustazah saja, tapi hakikatnya tidak berilmu pun yang ada hanyalah ijazah. Ilmu jugak. Ilmu duniawi. Sudah tentu itu bukan pengakhiran yg sy harapkan.

Dalam sy buat2 tak tahu tentang soal jodoh ni, yang sebenar2nya..sy sedang mengenalpasti kelemahan diri untuk diperbaiki. Hodoh benar rasanya, andai sy yg belum punya ilmu agama yang mencukupi dan kelebihan ini dirisik untuk sebuah -Perhubungan seterusnya -Ikatan pada waktu ini.

Bukan menolak, tapi sy berpegang pada pepatah, 'Ukur baju di badan sendiri'.






:::::::::post ini ditulis atas dua risikan yg diterima pd hari ni yg membuatkan sy berfikir jua soal ni setelah semalam ditanya sekali lagi oleh kakanda2 sy..Haish..asni...kamu benar2 melewati fasa anak dara...asni..

to kakanda2 : sy takkan memilih lelaki untuk dibuat kekasih sebelum akad, tapi selepas akad. Jadi, sy akan berbesar hati sekiranya, soal itu disuakan apabila hanya benar2 tiba saatnya yang sesuai. Terima kasih kerana prihatin soal 'Si Dia' saya.

4 comments:

Amni said...

errrmmmm.....kalau ada jodoh yang baik agamanya, baik akhlak dan keperibadiannya, silalah terima.. sebab onece kita menolah, susah nak datang yang lain.. betul ni...

Asni Amni said...

betul jugak tu...
tapi tak mengapalah, sy serahkan urusan jodoh kepada Dia, buat masa sekarang sy tumpukan fokus sy pd pengajian dahulu... :)Sy yakin jodoh sy ada di masa akan datang,naluri sy saja, tapi Allah saja yg mengetahuinya. Apa2 suratan sy terima..

Btw, terima kasih kerana sudi melawat blog sy :)

sgt2 mghargainya..:)

My Chronicle said...

erm...da jadi "anak dara" rupa nya kawan sy yg sorg ni...
kenape kene cari ustaz or some like ustaz..
u dont need to find it..
u will never found the guy like ustaz..
so, what should u do is, try to change the guy to be an ustaz.

*kite xmampu cari pasangan yg cukup sempurna tuk diri kite..tp kita mampu untuk mngubah pasangan kite mnjadi sempurna kepada diri kita.

Asni Amni said...

maksud ustaz di sini...pemuda yang telah dan sedang melalui proses tarbiyah...tak kira la dia di mana2 bidang pun..yg penting dia tahu membimbing ke jalan Allah yang diredhai.. yg mengerti hidupnya kerana Allah semata2..yg sanggup bangun bertahajud bersama2..

this guy sy assume telah menolak nikmat duniawi..sy harap lelaki macam nilah yg akan membimbing sy..

kenapa awk cakap sy takkan jumpa lelaki macam gitu..? hehe..macam ni ..seboleh2nya sy mahu elakkan lelaki yg belum ditarbiyah untuk dijadikan teman hidup sy..dan untuk menjadikan seseorang lelaki itu ditarbiyah...sy rasa itu bukan dalam bidang tugas sy...hee...

lebih baik dia rujuk pada rakan2 tarbiyah yg lain, belajar segala ilmu...termasuklah ilmu ikhlas..bak cerita Kiamat sudah dekat tu...

bukan apa...sy inipun lemah orangnya...mudah sangat lalai..semestinya sy mahukan orang yg lebih kuat daripada sy dan boleh memberi peringatan kepada sy selalu.

Target sebelum ke 'sana'