Friday, August 22, 2014

Teluk Gadong 2014

Sampai juga kat sini, Teluk Gadong, Dungun.

Sunday, July 20, 2014

Menjelang hari raya

Anak2 Cikgu depan rumah aku ni.. Tak de nye nak offer aunty2 nih join main bunga api..  Takpe2.. Kite ade mercun naga.. Kite main lagi best, lastik mercun tinggi2...

Bakat terpendam aku ni bila lagi nak guna kalau tak setahun sekali.

Dam dam dun... Bunyi mercun... Dan bila mana lagu raya berkumandang...

Wednesday, June 4, 2014

Birzzle updates 010

Ada kemajuan nampaknya ya.. Huhu

Birzzle updates 009

Nah.. Atlet Malaysia korang.. Hihi

Tuesday, June 3, 2014

Cerita nak dekat kon

Kulit muka kering, sun burn senamrobik hari tu tak hilang lagi.

Nak konvo dah isnin depan oooi..

Haha.

Sebelum ni tak pernah kesah kan. Hari ni terlampau kesah gara2 nak terima segulung ijazah.

Friday, May 23, 2014

Mei - june yang pantas berlalu.

Semalam $$$ day, hari ni pergi merayap, esok senamrobik Hari Guru, Ahad Isnin sekolah.. Selasa start holiday.. Jun konvo... Excuse me.. Cuti 20 hari.. ~~~

Thursday, May 8, 2014

Cerita puasa.

Semua benda nampak sedap. Alahai.. 1 jam 10 minit lagi. Malam ni bbq kat kem motivasi budak darjah 6 lagi. Walau tak suka sgt bbq, tapi pembawaan puasa tu rasanya mentekedarah tak ingat dunia nnti.

Nyum nyum nyummm.

Wednesday, April 30, 2014

Rival - seteru

Kalau kita sayang atau suka seseorang tu, kita tak akan ada perasaan macam seteru atau 'rival' dengan seseorang itu. Envious itu normal, jealous tu... Tak berapa nak normallah. Dan saya tak perlukan insan seperti ini dalam hidup saya, sekadar alat saja. Boleh. No hard feeling, saya tak expect apa2 kebaikan pun daripada insan seperti ini. Cuma profesional, matang dan bertanggungjawab dalam setiap perbuatan. Itu memadai kerana anda hanya alat. Ya alat macam mesin tu. Ada fungsinya. Saya pandang fungsi anda sahaja. Apa2 bukan fungsi anda saya tidak akan expect apapun dari anda.

Wednesday, April 23, 2014

Alkisah kerja vs berat badan

Berat badan turun sekilo. Begitu juga dengan teman saya, Cgu Iza. Kata dia, "kita terlalu banyak fikir pasal kerja..Sampai tak de masa fikir pasal makan".

Ada benar katanya.

Dulu waktu praktikum, habis mengajar.. Terus tuju kantin, habis kerja banyak sikit.. Terus tuju Secret Recipe. Tapi sekarang..  Tak sama. Kerja sentiasa ada. Cuma kerehatan seperti gap. Hari sibuk, hari lapang. Itu saja. Kadang lupa dan tak heran dengan waktu rehat, rela cari biskut, sneakers dalam beg.

~~ Dalam proses menyesuaikan diri, sebagaimana proses membuat ringkasan RPH 1 jengkal jari. 1 muka surat, 3 lesson plan.

Siap ditegur GB, rph tak boleh buat ringkas lagi ke? Nanti tak muat ni...

Gelak dalam hati saja.

Monday, April 21, 2014

Duit pun makhluk

10 kali kita kedekut dengan orang, 100 kali orang kedekut kat kita.

1 kali kita belanja orang, 10 kali orang nak belanja kita. Haha.

Perbuatan baik dikenang2 orang sentiasa.

Harta tak boleh bawak masuk kubur oii, Duit sifatnya macam 'makhluk' juga. Makhluk Allah. Kita tak boleh nak layan dia ikut tambah tolak bahagi darab ikut matematik yang kita belajar kat sekolah tu saja. Rajin2lah bersedekah pada yang memerlukan dan bahagiakan ibu bapa dengan rezeki kita tu. :)

Hidup ni bukan kita tahu singkat atau panjang. Beringat2lah sikit, jangan ler duniawi sangat.

Pesanan untuk semua termasuk diri sendiri.

Perkhemahan 2014

Here. Smk Ketengah Jaya. Shift malam.. Actually dari pagi sampai ke malam...  Huhu

Sunday, April 6, 2014

Observe oleh N..

Esok ngajar PJ, di observe oleh Nazir.

Minggu ke 2 di sekolah, gerombolan Nazir turun berkampung di Sksfr.

Ngantuk. Rph tak buat lagi. Tapi yang best, rph panjangnya sejengkal saja. B-)

Zzz..

Rph pendek sejengkal

1 muka surat boleh tulis 3 pdp. Dulu time study? 3-4 muka surat tu 1 pdp. Padan abis masa berjam2 nulis rph saja. Haha. Sekarang?? Rph satu jengkal jari je.

"Kalau awk nak tulis 1 muka surat 1 pdp, atau 1 muka surat 2 pdp pun, hujung tahun tak muat. " kata guru asal.

Phewwww.. Betapa panjang dan berterusan waktu akan mengajar pada masa akan datang. Advantagenya?? tulis rph pendek2. Oh.... Heaven tang tu.

Rph = Lesson plans.

Saturday, April 5, 2014

Pesanan buat diri

Sampai masa kita, kita pun pergi ke 'sana'. Tiada 'warning'. Jadi hiduplah kita di sini, bersederhana saja (fokus). Pastikan 'main target' kita untuk ke syurga tercapai. Hidup ini dikaburi halusinasi. Halusinasi kesenangan dan kelekaan duniawi.

Memasang cita itu harus. Tapi jangan lupa fitrah asal kita dihidupkan, ; beribadat padaNya.

Jangan yang dikejar tak dapat (dunia) yang dikendong berciciran (akhirat).

Wednesday, April 2, 2014

Malam terakhir :(((

Di keheningan malam.
Malam terakhir di rumah bonda. Ralat dan sayu hati nak tinggal mak dan kampung halaman. Esok bakal bermula sejarah baru di daerah baru. Moga sentiasa dalam lindungan Allah swt, bondaku... Dan kucing...

... Sayu.... Sebak...

Tgk kucing sopan ni teman sy sumbat kontena sy malam2 buta ni.. Huk hukk

Sunday, March 30, 2014

Soalan dan inkuiri kanak2

"Zaman dulu2 semua kelabu dengan hitam eh? Pokok, orang, langit.. Tu tv (cerita p.ramlee) hitam kelabu. Eee. Zaman dulu dok best."

Soalan masa kecik2 dulu.

Peranan si dewasa untuk menerangkan soalan Inkuiri setiap kanak2 ini. :)

Reaksi posting

Posting negeri sendiri? Reaksi orang tak sama.

"Bestnye posting negeri sendiri, dekat sikit dengan rumah.. Bla bla... Untung la.."

Kita balas, "Rezeki Allah bagi. Itu yang terbaik menurut pengetahuanNya."

Satu lagi reaksi,

" Posting dalam negeri je? Alah, tak berkembang.. "

Pun kita jawab, "Rezeki Allah bagi. Itu yang terbaik menurut pengetahuanNya."

Dan reaksi ni akan kita jumpa lagi pada masa akan datang.

Posting semenanjung atau borneo, saya tetap akan jawab jawapan yang serupa.

Rezeki dan rencana Allah untuk setiap hambaNya berbeza-beza.

Ok. Number 1 this week.

Haa.. Korang kena bangga ni.. Sy wakil Malaysia ranking no 1 dunia ni.. Haha. Atlet Birzzle game.

Thursday, March 27, 2014

Kasut cantik vs kasut selesa

Kat sekolah tak boleh berat tulang berjalan. Makanya saya shopping kasut tadi pilih kasut selesa berbanding kasut cantik. Kasut cantik hanya cantik dipandang orang tapi tuan empunya sakit kaki akhirnya. Jangka masa lama boleh sakit tulang belakang. Nak berjalan jauh pun malas.

Wahai kaki, aku nak pakai kau lama lagi. Makanya aku akan pastikan, kau akan terjaga selamanya. Hehe.

Prinsip berkasut sy. Biar tak cantik asal selesa.

Sunday, March 23, 2014

Stok drama

Gumbira hati saya petang ni dimaklumkan external HD sy sudah selamat sampai. Yg sebenarnya yang terkandung dalam ex hd tu adalah stok2 movie dan drama korea, taiwan daripada ex housemate sy. Saya cakap.. Masukkanlah citer2 yg ada yg best.

Sekali dia masukkan banyak giler tu.. Tengok print screen sy ni actually boleh scroll lg tu.. Haa. Lagi satu betapa romantiknye kawan sy ni, siap dia buat catatan ringkas dekat setiap folder drama tu.. Ouhhh cupy cupika. Syg awk. Muohh.

Tuesday, March 18, 2014

Screenshot : Birzzle

Rank ke 7 mewakili Malaysia. Hehe.

Saturday, March 15, 2014

No tittle 002

Duk jaga kedai malam2 ni, tak orang datang singgah, cik ponti datang singgah...haha.. tak pun kucing singgah mintak makanan sikit..  bercakap pasal kucing..

Pak cik misai melentik pun suka kucing. Tersenyum sipu2 dia bila saya tanya kucing putih kat belakang yang ikut dia jalan tu kucing dia ke?

Dia jawab "..ya, dia ikut dari umah lagi.. He he he.. "

Sudah tentu dia boleh baca fikiran saya mengatakan kucingnya bijak, putih gebu, aktif dan comel.

Sambil dia cuba berlalu, dia pusing.. Dia jerit kat kucing dia, "dah2 la tu.. Meh balik.."

Terus kucing tu ikut langkah kaki pakcik misai tu. Haha.

Saya agak, kucing tu penyeri kat umah dia..

Kucing makhluk istimewa.. Kan.. Mampu jadi punca senyuman kepada seseorang. :))

Friday, March 14, 2014

No tittle 001

Berhujah dengan orang pandai lebih mudah kerana banyak bermain fakta dan kerelevanan, berhujah dengan orang kurang pandai sangat susah kerana mereka tidak faham landasan ilmu.

Rendahkan level cara fikir kamu serendah ilmu mereka bagi memudahkan kefahaman dan perspektif cara fikir mereka. Jika tidak mampu juga.. Tinggalkan. Itu lebih baik. Jangan lupa berdoa untuk ilmu dan petunjuk sampai di hati dan akal mereka.

Thursday, March 13, 2014

MH370 dan statement balas Tun M

Kan terasa ada hero tu bila menteri (former PM) beri statement lantang macam ni. Ni tak.. Senyap je.. Duk biarrrr je dunia berbicara sesedap rasa hati limpa pankreas diorang. Macam 'anak yatim' tak terbela pulak.

C.p. : Harry Hanssens

Thursday, March 6, 2014

Jogging la sangat kan

Hari yang cerah.. Permulaan hari yang baik B-) Selesai jogging sekitar stadium.

Stadium tertutup gong badak.

Wednesday, March 5, 2014

Kes Overweight punya pasal

Rujuk gambar*

Iyep.. Dah seminggu dah amal macam ni.. Tapi portion karbohidrat sy 35%, protein 15%. Fleksibel sikit.. Asalkan happy. Huhu.. BMI dah capai state overweight ni ha.. Dah mmg perlu lakukan sesuatu la kan.. Sy tak strict sgt bab peratusan portion makanan diambil tu, tapi duk kira kalori jangan sampai 1200 cal... :p

Disiplin tak berapa nak mantap lagi. Apapun.. Chaiyok.. Chaiyokk.. Malaysia Boleh!

Monday, March 3, 2014

Lelaplah wahai mata

4:12 pagi.
Mata tak mahu lelap.
Ayam dah berkokok. :(

Ayam.. Boleh tak pagi ni tak berkokok? Sayu sangat hati ni tau..

Friday, February 28, 2014

Malatop akak erra.

Malatop. Erra fazira dengan awie. Kelihatan mereka berdua macam malu2 kucing dan happy. Apakah??

Sy memang peminat tegar erra fazira. Hehe. Tapi kak erra, awie tu suami orang.. Akak jangannnn.. Walaupun both.of you sangat sweet bersama.. Tapi.. Tidak.. Tidak.. Awie! Tersipu2nye dia.. Huhu

Thursday, February 27, 2014

2 insan istimewa :)

Orang susah untuk mengetahui apa yang saya fikirkan. Susah membaca reaksi hanya daripada riak muka. Marah atau tidak marah. Nampak sama. Terlalu gembira dengan terlalu sedih, diam tanpa sepatah kata.

Setakat ni saya belum jumpa orang yang dapat membaca apa yang saya fikir dan apa yang saya rasa kecuali dua insan ini.

Ibu saya dan sahabat baik saya, Nik Suria.

Terima kasih kerana peka dengan diri ini. 2 orang sudah terlalu banyak bagi saya. Mereka bagaikan  "detector" kadang2 terlalu kuat hingga overdose detect. Sampai saya terpaksa tunjukkan dengan bersungguh2 bahawa saya okey. :))

Alhamdulillah..

Wednesday, February 26, 2014

Rekod dunia he he he

Rekod dunia minggu ni.
Ranking ke 6 :p
Game Birzzle ni ha.. Hehe

Friday, February 21, 2014

GameBirzzle

Ni game yang saya main jarang2. Kadang2 sampai cleaner apps hp sy suggestskan tuk uninstall. Tapi sbb sy.syg game ni. Sy decide sy tak install la. Game ni agak cepat perabiskan bateri. Haa.. Tp best dan ralit main game ni bila dah main. Atas sebab fungsinya yang sebegitu, saya akan gunanya untuk perabiskan bateri hp kalau dah tinggal sikit tapi tak sampai tahap kene cas lagi. Ala macam discharge gtu la kononnya. Huhu.. Saya ni kan bab bateri hp amatlah menjaga kondisinya.. Huhu.

Haa.. Main punya main, ralit sampai level 39. Haa. Kalau tengok carta minggu ni.. Cik Asni berada di tempat 17. Haha. Hebat tak? Hebat tak?? Hohoho.

Ok.. Bateri dah cas.. Sekarang beta nak beradu. Letih yaw balik dari Rusila, beli itu ini, singgah mydin singgah giant. Dengan panehnye.. Huhu. Dah siap, wangi2 semua... Beta pun nak beradu dulu la seround dua. Hihi. Bubbye.

Thursday, February 20, 2014

Abang Besa mandi first time

"Leave me alone"

Mungkin ini yang dikatakan dia yang baru lepas kena mandi. Tabah dia duk dalam bilik air merayu mintak keluar.. Sekali keluar terus duduk jauh2. Panggil banyak kali pun dia buat derk je.. Huhu. Apapun. Terima kasih atas kerjasama yang baik untuk pertama kali ni yep.

Abang Besa. Baliklah.

Rindu pulak kat si Cat. Siang tadi duk bertapa nak dekat sejam sampai tidur bangun - tidur bangun, puas tunggu makanan tak bagi2. Saya ada urusan seri paduka masa tu, tak boleh nak layan dia. Tengok telinga dia berdarah, baru balik dari luaskan jajahan la tu. Tapi kali ni lawan dia mungkin sama hebat macam dia.. Sampai macam tu sekali telinga dia berdarah nasib tak teruk luka dia.

Saya bagitahu adik sy tadi, kalau nampak dia bagilah makanan baru beli ptg tadi tu. Adik kata, "dia tak balik doh, kalau balik pukul 2 pagi kakrang".

Hoho.. Amboi.. Memang standard Abang Besar gangster ni balik umah pagi2 time ayam berkokok baru nampak misai dia.. Huhu..

Sekarang dah nak dekat pukul 1. Dia tak muncul2 tunjuk muka. Haisshh.. Janganlah jadi apa2 kat dia... Bimbang pulak aii kali ni.. Hmm.

Wednesday, February 19, 2014

Apa maksud kita sayang?

Ada boyfriend atau girlfriend tak?
Kalau dia call malam2 time nak tidur atau tengah tidur, atau nak chatting atau sms waktu nak study/buat kerja, atau yang sms or call waktu drive, atau time2 masuk waktu solat, atau waktu bersama keluarga.. Haaaa.. Sila2 lah 'sound' sikit.

Apabila kita sayangkan seseorang kita tidak pisahkan dia dengan tuhanNya, dengan keluarganya, cita-cita dan matlamatnya, ganggu waktu tidurnya dan memberi potensi untuk terlibat dalam kemalangan.

Anda tidak sayangkan seseorang sepenuhnya selagi anda membiarkan mereka dalam kebinasaan. :)

Tuesday, February 18, 2014

Stalker yang ntah apa2

Saya nak ajukan satu pertanyaan sopan ni..

Boleh tak kita guna acc facebook orang lain, baca dan balas mesej di chatting seperti tuan punya fb tersebut?

Rasanya tak boleh kan? Kalau betul nak tolong jawabkan, anda perlu mention siapa anda di awalnya. Jangan sampai kantoi baru nak jawab dengan jawapan mengarut. Kan tak berintegriti tu.

Sekarang ni nilailah diri anda di tahap yang mana. Jangan malu dengan saya, tapi malulah dengan Allah.

Saya tak marah... 'Nasihatttt'..

Monday, February 17, 2014

Such a bad bad bad driver ever.

Kalau kat terengganu ni kalau drive tak perlu hon sangat lah. Jangan bawak budaya luar dan sikap gangster dan 'besar kepala' kat Terengganu ni.

Cross line orang tiba2. Dan gigih untuk cross jugak walaupun orang tak bagi laluan. Yelah, tiba2 nak cross macamana orang nak beri laluan kecuali brek.

Tengok plat kereta. Plat negara seberang. Hmm. Attitude driver seberang bila drive di jalan malaysia sangat2 mendukacitakan. Sungguh individualistik. Tak kenal erti respect langsung.

Sikap ini sesuai dengan satu binatang yang haram..  Maaf, golongan manusia spt ini jika tidak di jalan raya pun, di mana2 pun ia adalah seburuk2 creature.

Sunday, February 9, 2014

My corner

Gambar ini melambangkan kesantaian. Relax time. Zz.

Thursday, January 30, 2014

Number baru. Berbaloi.

Haii.... ha.. ni baru ye.. dapat online kat laptop kat hp, dalam satu simkad buat panggilan dan sms.. he he he. Musim2 cuti yang amat panjang ni, memang internet kena ada 24 jam. Sunyi kalau tak mengusik dan diusik rakyat jelata beta  di whatsapp/ facebook, meninjau news posting and google segala makumat dengan coverage terbaekk.. He he.

Saya baru saja terminate langganan internet broadband celcom government data Rm50/month yang dilanggan sejak 2009. Seiring dengan perubahan teknologi, sekarang dah pakai smartphone.. Aktiviti online banyak dekat handphone 90%. So bertukarlah kepada mobile internet. Nak online kat laptop still boleh, on tethering hotspot tu aja. Selesai dilema.

Saya angkat number uMobile pascabayar. Berbaloi2.. Coverage terbaek. Lagi ah area sini, maxis lagi menyerlah dari segi speed internet dengan coverage. So.. umobile ni pulak kan tumpang line maxis.. Memang coverage terbaek dari ladang la.. haha.

Saya kurang call or sms org. Dengan pakej U50 yang saya ambil ni, dapat panggilan percuma 100 minit. Klu terlebih 100 min tu, jadi panggilannya 18sen/minit, 9 sen/6 sec. Sesuai la ngan saya yang tak call/sms orang sangat kan. Urusan kerja pun tak nuntut sangat call/sms setiap masa. Rasanya dalam sebulan tu sy pakai yan free 100 minit panggilan percuma tu je kot. Ha, kalau yang pakej U28 percuma mesej pulak, itu pun lagi okey. Tanpa perlu bimbang kawan2 dari mobile operator lain sebab dia bagi free 200 sms dan sesama rangkaian 100 sms. Saya dah tinjau sebulan penggunaan sms n call bulan Januari ni, memang paling sesuai pakej dekat uMobile la. Sms/call kurang.. memerlukan internet yang terbaik..  Sesuwei  sangatlar...

 =D

hehe... Seronok sebelum tidur, boleh meninajua rakyat2 beta di whatsapp.. and nengok instagram. Dapat mesej dekat instant mesenger facebook tu. Meriah la jugak kan. Musim2 cuti yang amat panjang ni, kalau dapat online... ada whatsapp, instagram.. facebook, tengok video, google2 segala maklumat.. Terlebih okey la tuw..

=D

Excited bila promoter umobile tu kata, number buleh pilih.. 4 digit terakhir.. Terus saya pilih numberi impian saya.. hehe.

Thursday, January 23, 2014

Screenshot : Pesanan dari sahabat

Saya kongsikan screenshot ni dgn seorang kawan baik saya, dan saya juga nak kongsikan pesanan ini pada blog sy. Mudahan, ada yang terkesan di hati.

Mari kita wujudkan rutin harian kita dengan tahajud dan dhuha. Insyaallah, segala masalah dunia akan jadi mudah dan kecil di mata kita. Juga sebagai persediaan andai kata kita ditakdirkan ke alam 'sana' satu hari yang tidak diketahui.

Insyaallah

Screenshot : macam2 lah

Quality comes before quantity

Kerja kat oversea. Sepatah2 jawab, macam orang educated, karier bagus, dipandangnya aku seperti wanita yang excited dengan profesion diorang. Mostly women macam tu. Tapi tidak aku. Sebab aku lebih bijak. Haha. Bijak untuk sedar lelaki yang penyabar dan baik hati lebih baik daripada yang berwang berkepuk2 tapi kesabaran ke laut, mata memandang wanita cantik.

Kalaulah diorang tahu aku tak berminat dengan orang kerja jauh2 ni. Dan orang yang obses dengan diri sendiri.

Of course everything need money, but still money is not everything.

Saturday, January 18, 2014

Cakor rimau

Saya tersinggung dengan kucing dekat Rusila tadi. Time saya makan makanan yang dibeli berupa ayam goreng upin ipin, keropok lekor dan beberapa makanan berkolestrol tinggi yang lain. Saya bahagikan makanan saya dengan dia 50 persen-50 persen.

Abis makan, saya melunjur kaki.. Nak capai selipar. Tiba2 dengan sepantas karen, saya mendapat cakar miaw yang kaw kaw punye dekat kaki. Kuat cengkaman dia rasa macam terlanggar hujung dawai besi ooo. Saya berlalu pergi ke kereta mencapai sebotol mineral membasuh 4 cakaran jelmaan anak rimau tu. Cesss! Berdebah kau kucing tompok2 kuning hitam putih.

Saya sebak. Ibu saya terkekek ketawa. Dia ingat tak sakit. Air mata sebak jatuh. Wahai kucing, taukah dikau, aku ini ibaratnya miss universe.. Kemana ku.pergi, ku sumbangkan makanan pada kucing kurap, kucing gelandangan, kucing mangsa penderaan dan sebagainya. Kau memang.. Oh howwowo..

Sebelum masuk kereta, saya ambil kain dan libaskan di kepala kucing tu... Harrr.. Puas hati aku. Ibu saya kaget sebentar. Baru dia tahu saya serius marahkan kucing tu. Kalau tak difikirkan hubungan saya dengan makhluk tu selama ni, memang dah teruk rupa kucing tu.

Nasib baik tempat tu Rusila, malu a nak jadi gangster.. Haha.

Ekceli yang saya bengangkan sangat sebab, masa kene cakor tu, saya terkejut teramat sangat, menjerit bukan main nyaring. Aaaaaauuw!

Cesss.. Macam perempuan!

Malu... Hilang gangsterism, jatuh air mata gengster. Tergamak kau kucing.

Thursday, January 2, 2014

Bina badan

Da start 'bina badan'.
Antara dugaan duduk di rumah. Alhamdulillah. Cukup makan.

Erm, terlebih cukup makan.

Target sebelum ke 'sana'