Baru terjaga daripada tertidur selepas solat maghrib. Letih barangkali. MasyaAllah. Ana rasa lain sangat. Satu perasaan yang sukar untuk diekspresikan tapi cukup dirasakan dengan jelas hingga ke saat ana menulis post ni. Perasaan apakah itu..? sedih ke..? gembira ke...? urmm..entah..mix kot.
Ianya perasaan seperti zon selamat dan training tiada lagi. Ana kembali berada di IPG, di sebuah bilik bersaiz 4x4m kembali. Kenapa..? Iyelah, 24 jam bersama srikandi-srikandi perjuangan Islam sudah tiada lagi, ana kembali ke bilik petak ini lagi. Semalam dan siang tadi yang gigih beribadat membuang sayang-sayang duniawi, menyerahkan hati kepadaNya, menyerahkan jasad kepada sekumpulan akhwat2 yang sangat utuh ukhwahnya sesama mereka, yang mempunyai pandangan mata yang redup dan sentiasa basah dengan airmata yang sentiasa menyesali dan menginsafi kejadian manusia di muka bumi Allah ini, yang mempunyai lidah yang sentiasa natural & very2 down to-earth. Mereka-mereka ni sangat2 cantik, subhanallah. Yes, im going to share to all of u about them, y..? Sbb mereka2 sangat2 nice. Sangat-sangat.
Bermula sejak menjejakkan kaki ke rumah tersebut, kaki ini pun terasa malunya berpijak di lantai rumah tu. Kaki boleh rasa malu..? Ha...iya..kaki ni pun rasa malu. Serba tak kena saja kerana inilah pertama kali ana berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan She. Selama ni, dengar dari mulut-mulut saja dan sebelum ni juga sudah banyak kali diajak untuk turut sama dalam program, aktiviti dan riadah daripada She tapi tak pernah bersambut dengan jawapan 'Ya, Yes, Okey, Jom, Boleh' daripada ana. Ada saja alasan yang diberikan mentang-mentanglah sibuk dan letih dengan aktiviti study dan program maktab. Ewah-ewah, macamlah she dan kawan-kawannya tak busy. Mereka senior dan sudah semestinya busynya berganda dengan busy ana. Tapi masih ada masa untuk berdakwah dan mengajak manusia sekeliling kembali mencintai Allah. Bagi yang terlalai mereka ingatkan, bagi yang buta mereka celikkan, bagi yang sudah celik pula mereka pegang dan mereka jadikan mereka yang disebut tadi sebagai sebahagian daripada mereka. Haa, di mana mahu mencari sahabat sejati. Di sinilah, mereka sayangkan diri kita tanpa melihat kekurangan kita, tanpa melihat siapa kita sama ada anda pelajar terbaik anugerah pengarah, anda cantik dan langsing? so bolehlah tubuhkan ahli group maktab yang cun dan gorjes..Haha..melawak pulak.. Itulah, tanpa mengira saiz tubuh, warna kulit, IQ, EQ, ESQ dan sebagainya. Tapi sayangnya itu tumbuh terus sejurus memandang kita. Kerana apa ya akhwat-akhwat sekalian..? sudah semestinya mereka memandang kita dengan kasih sayang keranaNya. Allahuakhbar. Bukan ka ana sudah bilang, dari cintakan Allah baru lah cinta sejati lain akan wujud. tiada hadnya. Betulkan..?
Sekarang ana nak cerita tentang pengisian-pengisian kat sana. Bermula daripada sampai sana terus ana simpan beg dalam bilik yang disediakan. Kemudian meninjau-ninjau ke dapur sebab masa tu sebahagian daripada kawan-kawan She sedang bertungkus-lumus masak untuk makan malam untuk dijamu kepada peserta-peserta program ni. Seperti biasa, lesung pipit ni lebih menjadi perhatian berbanding tuannya sendiri. Hmm, bertemu dengan mereka2 yang ana kira sah2 lebih tinggi ilmunya daripada ana yang baru sangat2 menceburi dunia usrah ni. Al maklum lah..orang baru.. =) memang buat ana rasa cuak juga, tapi ana tau mereka dapat terima ana sebagai sebahagian daripada mereka kerana mereka sendiri seolah-olah sudah lama menanti kehadiran ana. Dan inilah pertama kali ana bersetuju untuk turut serta sama dalam program yang mereka anjurkan. Haih, liat sungguh, manja sungguh. Selama ni nak bertempek dengan She saja, sampaikan She terpaksa approach ana personally dan secara individu. Haih, manje betul! Eh2..bukan manje, tapi Lembik!
Usai solat maghrib dan isyak, sesi taaruf yang dikendalikan oleh Anis dari unit tesl...... To be continued---->>
No comments:
Post a Comment