Assalamualaikum..
Apa habaq blog yang sudah lama berhabuk..? huhu, da lama tak update..bukan tak mau update tapi busy sangat-sangat setiap hari ada saja kerja dan………memang tak tau nk tulis apa. Banyak sungguh perkara yang nk diceritakan dan dikongsi tapi hanya bercambah di benak kepala ni saja. Pastu hilang..haihh..
Takpelah, hari ni khamis, 05 Julai berbekalkan masa yang ada sebelum zuhur ni aku akan tulis la apa yg sempat tuk ditulis (taip lah)..=P
S.h.e.
Hmm..disebabkan busy aku banyak tolak ajakan she tuk buat halaqah sama2. She dah tinggal kat luar kat umah sewa, tp masih rajin tuk datang hostel tuk jumpa dengan mad’unya. Kerja-kerja da banyak aku bereskan, Alhamdulillah..Allah bantu. Kebetulan, she ajak ke rumah dia petang ni, dia dan sahabat2 perjuangan dia ada buat program dekat rumah sewa diorang. Dalam 20++ orang katanya, Insyaallah akan turut serta sama untuk program kat sana. Wah, dah jadi markas dakwah rumah dia. Kata she, aku just bawak pakaian dan barang2 keperluan saja, makan minum dan tempat tidur diuruskan. Pengisian2nya juga menarik. Ada ustazah dijemput tuk sesi ceramah dan banyak lagi sesi yang telah diaturkan untuk peserta2 pd petang ni.
Baby Boy
Alhamdulillah, tepat pukul 5 pagi tadi aku dapat sms daripada abang ipar aku, kakak aku da selamat melahirkan bayi lelaki, wah..lelaki..mesti tuff kan. So, dalam 2,3 hari ni kemungkinan aku akan cari masa dan peluang untuk ke Pekan, Pahang tuk tengok anak sedara baru aku tu. Macamanalah rupanya ye..
p/s : tetiba aku terimaginekan rupa bakal anak aku pulak dah…heh~
Dalam perjalanan..
Bila bicara soal perasaan..jodoh dan maut ni dengan kawan2 yg bertanya..Bergetar suara setiap kali menahan sebak perjalanan hidup ni entah berapa lamakah lagi hayat ini dikandung badan, masih sempatkah aku menebus segala dosa-dosaku. Masih sempatkah diri ini bertemu jodohku yang telah tercatat di Lauh Mahfuz? kerana pada hari itu hari dua jiwa akan disatukan.. dan sememangnya merupakan hari yg sangat2 bermakna dimana perjuangan hidup ini ke alam abadi mudah2an akan menjadi lebih mudah. Sama-sama sedar hakikat sebenar penciptaan kita manusia di muka bumiNya.
Dan,
cuba hidup dalam kenyataan dan realiti, siapa aku sekarang..amanah apa yg aku sedang tanggung sekarang. So, ‘hal2 berkenaan’ biarkan masa saja menjawabnya, orite..? =) don't forget to be realistic, perkara2 yg melibatkan masa ni diri ni agak kurang gemar untuk dibicarakan dalam-dalam. Sekian ~
Ya Allah, hanya kasihMu ku pohonkan, peganglah hati ini Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.
No comments:
Post a Comment