Monday, August 9, 2010

Sebaik-baik pelindung


وَمَكَروا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيرُ المٰكِرينَ

Dan mereka (orang-orang Kafir) membuat tipu daya, maka Allah pun membalas tipu daya. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya | 3 : 54 |



Lailahaillallah..


Lailahaillallah...

Senyum simpul


Alhamdulillah..ujian JPJ semalam lulus, maka semua org happy...hee..Nway, terima kasih dan penghargaan sy mau tujukan pada pku dan setiusaha unit sy iaitu saudari Suraya Hanim dan Tengku Nur Ain kerana membantu sy untuk tempoh jam kuliah sy semalam. Terima kasih banyak2. Happy bebenar ye nampaknya cik asni ye..=D..betul la..semalam after tau lulus jer test tu, sy msg ngan abg sy..katanya...ibaratnya dapat ijazah kan..? Haha...memang..sebab da lama nk ada lesen ni. So lepas ni sy tak kan menyusahkan siapa2 tuk hantar sy kemana2 tuk apa2 urusan..DAN....sy boleh p lawat bestfriend sy Nik selalu... =) Iyaa....segala kata2 akan dikotakan...

Alhamdulillah.


Sunday, August 8, 2010

Test JPJ esok

Apa cerita hari ni...?

*PSM
sempena nak amik test JPJ ulangan sebab terkandas kat Bukit, tengahari tadi g berlatih. Nadzirah antar sebab kebetulan dia nak p Sabasun.

*Cipta rekod
Ada seorang hamba Allah yang berjalan kaki dari PSM hingga ke Manir dan telah dikatakan "GILA!" oleh abangnya sendiri..haha.. Sampai je umah, terus amik kunci, terus drive ke maktab, nk kemas barang2 untuk bawak pulang ke rumah sebab nak tidur kat umah malam ni. Reaksi kawan2 tentang penciptaan rekod ni...mereka terlopong lalu memaksa sy untuk terus berehat kerana mereka fikir kondisi badan sy ketika itu teramatlah teruk sekali. Saya..?? Bg sy, sy okey ja..kaki tak rasa apa2 pun, cuma mata ni ngantuk jer..Ok2 mata, jap g i p tdo key..

Then, p bandar amik hanim dan cikgu Lina, singgah Mydin..ada orang mengamuk...! Sian tengok, nangis2, jerit2, lelaki..psiko agaknya..nampak macam teruk sangat2, nangis2 jerit, pukul dada sambil laung2 nama siapa entah..maka seluruh Mayang Village tu jadi gamat suasananya..Najwa duk tarik tangan sebab tak mo bg tengok...Apa la Najwa ni....
Pastu, lepas antar diorg kat maktab, sy pun balik..Tau tak...?Sy parking kat garaj kete umah sy, cantik gilerrr....! Tengok, sy pandai parking ape...hee...kompem abang sy bangga..terbaiikkk ar adik dia parking kete.. Of cuz la....adik abang nih...Hee...dah2..sory la post malam ni dibuat dalam keadaan kepala separuh blank dek kerana keletihan..sebenarnya nk gitau esok sy test JPJ jer...! Hee..sekian...selamat malam..~

p/s : doakan sy lulus test esok =)

Koya dapat award..
.•*´¨`la dolce-asni :P

Friday, August 6, 2010

Kemanisan tarbiyah

15 minit yang lalu...

Baru terjaga daripada tertidur selepas solat maghrib. Letih barangkali. MasyaAllah. Ana rasa lain sangat. Satu perasaan yang sukar untuk diekspresikan tapi cukup dirasakan dengan jelas hingga ke saat ana menulis post ni. Perasaan apakah itu..? sedih ke..? gembira ke...? urmm..entah..mix kot.

Ianya perasaan seperti zon selamat dan training tiada lagi. Ana kembali berada di IPG, di sebuah bilik bersaiz 4x4m kembali. Kenapa..? Iyelah, 24 jam bersama srikandi-srikandi perjuangan Islam sudah tiada lagi, ana kembali ke bilik petak ini lagi. Semalam dan siang tadi yang gigih beribadat membuang sayang-sayang duniawi, menyerahkan hati kepadaNya, menyerahkan jasad kepada sekumpulan akhwat2 yang sangat utuh ukhwahnya sesama mereka, yang mempunyai pandangan mata yang redup dan sentiasa basah dengan airmata yang sentiasa menyesali dan menginsafi kejadian manusia di muka bumi Allah ini, yang mempunyai lidah yang sentiasa natural & very2 down to-earth. Mereka-mereka ni sangat2 cantik, subhanallah. Yes, im going to share to all of u about them, y..? Sbb mereka2 sangat2 nice. Sangat-sangat.

Bermula sejak menjejakkan kaki ke rumah tersebut, kaki ini pun terasa malunya berpijak di lantai rumah tu. Kaki boleh rasa malu..? Ha...iya..kaki ni pun rasa malu. Serba tak kena saja kerana inilah pertama kali ana berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan She. Selama ni, dengar dari mulut-mulut saja dan sebelum ni juga sudah banyak kali diajak untuk turut sama dalam program, aktiviti dan riadah daripada She tapi tak pernah bersambut dengan jawapan 'Ya, Yes, Okey, Jom, Boleh' daripada ana. Ada saja alasan yang diberikan mentang-mentanglah sibuk dan letih dengan aktiviti study dan program maktab. Ewah-ewah, macamlah she dan kawan-kawannya tak busy. Mereka senior dan sudah semestinya busynya berganda dengan busy ana. Tapi masih ada masa untuk berdakwah dan mengajak manusia sekeliling kembali mencintai Allah. Bagi yang terlalai mereka ingatkan, bagi yang buta mereka celikkan, bagi yang sudah celik pula mereka pegang dan mereka jadikan mereka yang disebut tadi sebagai sebahagian daripada mereka. Haa, di mana mahu mencari sahabat sejati. Di sinilah, mereka sayangkan diri kita tanpa melihat kekurangan kita, tanpa melihat siapa kita sama ada anda pelajar terbaik anugerah pengarah, anda cantik dan langsing? so bolehlah tubuhkan ahli group maktab yang cun dan gorjes..Haha..melawak pulak.. Itulah, tanpa mengira saiz tubuh, warna kulit, IQ, EQ, ESQ dan sebagainya. Tapi sayangnya itu tumbuh terus sejurus memandang kita. Kerana apa ya akhwat-akhwat sekalian..? sudah semestinya mereka memandang kita dengan kasih sayang keranaNya. Allahuakhbar. Bukan ka ana sudah bilang, dari cintakan Allah baru lah cinta sejati lain akan wujud. tiada hadnya. Betulkan..?

Sekarang ana nak cerita tentang pengisian-pengisian kat sana. Bermula daripada sampai sana terus ana simpan beg dalam bilik yang disediakan. Kemudian meninjau-ninjau ke dapur sebab masa tu sebahagian daripada kawan-kawan She sedang bertungkus-lumus masak untuk makan malam untuk dijamu kepada peserta-peserta program ni. Seperti biasa, lesung pipit ni lebih menjadi perhatian berbanding tuannya sendiri. Hmm, bertemu dengan mereka2 yang ana kira sah2 lebih tinggi ilmunya daripada ana yang baru sangat2 menceburi dunia usrah ni. Al maklum lah..orang baru.. =) memang buat ana rasa cuak juga, tapi ana tau mereka dapat terima ana sebagai sebahagian daripada mereka kerana mereka sendiri seolah-olah sudah lama menanti kehadiran ana. Dan inilah pertama kali ana bersetuju untuk turut serta sama dalam program yang mereka anjurkan. Haih, liat sungguh, manja sungguh. Selama ni nak bertempek dengan She saja, sampaikan She terpaksa approach ana personally dan secara individu. Haih, manje betul! Eh2..bukan manje, tapi Lembik!

Usai solat maghrib dan isyak, sesi taaruf yang dikendalikan oleh Anis dari unit tesl...... To be continued---->>

Thursday, August 5, 2010

05. 07. 2010

Assalamualaikum..

Apa habaq blog yang sudah lama berhabuk..? huhu, da lama tak update..bukan tak mau update tapi busy sangat-sangat setiap hari ada saja kerja dan………memang tak tau nk tulis apa. Banyak sungguh perkara yang nk diceritakan dan dikongsi tapi hanya bercambah di benak kepala ni saja. Pastu hilang..haihh..

Takpelah, hari ni khamis, 05 Julai berbekalkan masa yang ada sebelum zuhur ni aku akan tulis la apa yg sempat tuk ditulis (taip lah)..=P

S.h.e.

Hmm..disebabkan busy aku banyak tolak ajakan she tuk buat halaqah sama2. She dah tinggal kat luar kat umah sewa, tp masih rajin tuk datang hostel tuk jumpa dengan mad’unya. Kerja-kerja da banyak aku bereskan, Alhamdulillah..Allah bantu. Kebetulan, she ajak ke rumah dia petang ni, dia dan sahabat2 perjuangan dia ada buat program dekat rumah sewa diorang. Dalam 20++ orang katanya, Insyaallah akan turut serta sama untuk program kat sana. Wah, dah jadi markas dakwah rumah dia. Kata she, aku just bawak pakaian dan barang2 keperluan saja, makan minum dan tempat tidur diuruskan. Pengisian2nya juga menarik. Ada ustazah dijemput tuk sesi ceramah dan banyak lagi sesi yang telah diaturkan untuk peserta2 pd petang ni.

Baby Boy

Alhamdulillah, tepat pukul 5 pagi tadi aku dapat sms daripada abang ipar aku, kakak aku da selamat melahirkan bayi lelaki, wah..lelaki..mesti tuff kan. So, dalam 2,3 hari ni kemungkinan aku akan cari masa dan peluang untuk ke Pekan, Pahang tuk tengok anak sedara baru aku tu. Macamanalah rupanya ye..

p/s : tetiba aku terimaginekan rupa bakal anak aku pulak dah…heh~


Dalam perjalanan..

Bila bicara soal perasaan..jodoh dan maut ni dengan kawan2 yg bertanya..Bergetar suara setiap kali menahan sebak perjalanan hidup ni entah berapa lamakah lagi hayat ini dikandung badan, masih sempatkah aku menebus segala dosa-dosaku. Masih sempatkah diri ini bertemu jodohku yang telah tercatat di Lauh Mahfuz? kerana pada hari itu hari dua jiwa akan disatukan.. dan sememangnya merupakan hari yg sangat2 bermakna dimana perjuangan hidup ini ke alam abadi mudah2an akan menjadi lebih mudah. Sama-sama sedar hakikat sebenar penciptaan kita manusia di muka bumiNya.

Dan,

cuba hidup dalam kenyataan dan realiti, siapa aku sekarang..amanah apa yg aku sedang tanggung sekarang. So, ‘hal2 berkenaan’ biarkan masa saja menjawabnya, orite..? =) don't forget to be realistic, perkara2 yg melibatkan masa ni diri ni agak kurang gemar untuk dibicarakan dalam-dalam. Sekian ~

Ya Allah, hanya kasihMu ku pohonkan, peganglah hati ini Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.

Target sebelum ke 'sana'