Fuhh…sepetang aku nonton cerita “Antara Garisan” yang sempat aku tengok 5 minit sebelum nak abis pada malam tadi .. jadi kerana tertarik dengan cerita ni.. Aku download semalaman malam tadi kat Youtube. Cerita ni memang bagus n memberi pengajaran pada siapa2 yg nontonnya. Apa yg dapat aku simpulkan, cerita ni memaparkan sebuah kisah tentang hati manusia dan sumpah syaitan yg telah berjanji akan menyesatkan semua umat manusia. Aku tertarik dengan 2 watak dalam cerita ni iaitu seorang ustaz dan seorang gro.
Siapa kata manusia beriman tidak diuji? Dalam cerita ini watak yang diuji ialah seorang ustaz yg tinggi ilmunya. Masyaallah.. Biasanya org yg berilmu ni sangat payah nk ditawan syaitan kan. Jadi dalam kisah Antara Garisan ni, si ustaz ni diuji dengan pengaruh yg sangat kuat iaitu orang alim@org surau. Macamana tak tewas si ustaz ni bila pengaruhnya memang ‘Real’ (tak paham? Tengok la sendiri cerita ni..=)hehe..) Si ustaz ni jadi buta hati dan tak nampak mana yg benar mana yg salah. Oleh kerana terlalu benci akan kemungkaran, si ustaz ni memilih untuk bertindak menghukum daripada membimbing.
Kenapa memandang hina pada yg salah? Kenapa membenci pada yg salah? Bukankah itu cara dan bisikan syaitan semata2? Itulah nasib Ayu seorang GRO yang hidup dalam jalan hidup yg salah. Hidupnya sebatang kara menjadikan dia memilih jalan salah itu. Walaupun begitu, dia mempunyai hati yang lembut dan memahami kehidupan itu milik Allah, pun begitu dia masih hanyut kerana malu berdepan dengan kebenaran mengenangkan dirinya yg kotor dengan dosa-dosa yg dilakukan. Akibatnya, dia menjadi mangsa kepada manusia yg hatinya telah dibutakan oleh syaitan atas dasar jihad kononnya.
Begitulah serba sedikit kisah tentang cerita yg aku tonton petang tadi. Ending cerita ni memang wat aku insaf..meremang bulu roma..ternangis.. bila tengok endingnya peringatan semula oleh janji syaitan. Di akhir cerita ini, orang yg sama berubah tempat dan posisi.
Banyak pengajaran yg diperoleh melalui drama yg diadapt daripada novel ni..antaranya kita sesame muslim ni tak boleh memandang rendah dan hina orang lain sekalipun ilmu kita tinggi menggunung. Kita pulak tak boleh menghukum seseorang sebaliknya bimbinglah mereka ke jalan Allah.Bagi aku, kalau kita nk tegur seseorang itu, wajib kita sayang orang tu dulu.. selagi hati kita penuh dengan rasa marah atau benci.. sememangnya kita tidak layak untuk menegur atau memperbetulkan kesalahan itu. Keikhlasan akan terpancar daripada pemberi kepada penerima sekiranya si pemberi itu ikhlas memberi dalam menyampaikan.
“Apakah mereka semua lupa yang mereka semua sama sahaja dan kalau adapun yg membezakan mereka hanyalah satu garisan halus yang mana mereka tidak akan sedar bila masa mereka akan melintasi garisan itu..dan aku hanyalah makhluk Allah..yg telah berjanji di atas namaNya bahawasanya aku akan terus menyesatkan umat manusia agar mereka akan terus melintasi garisan itu..dan itulah janjiku padaNya” -Janji syaitan pada Allah
tonton disini..
No comments:
Post a Comment