Thursday, October 25, 2012

Love me? no?







Dalam konteks percintaan atau hubungan seumpama dengannya, tidak semestinya apabila seseorang itu mengatakan, "I love you" kepada seseorang itu bahawa orang tersebut benar cinta pada orang yang dikatakan itu.  Kalau tak, kenapa adanya putus-couple-putus-couple sebelum kahwin dengan orang yang lain pula. Padahal tanpa berkata apa-apa juga, membawa maksud 'I love you' tetapi dalam diam tanpa pengetahuan manusia.

Love-love ini subjektif, proses terbitnya cinta juga halus.. 1juta orang bermakna 1juta cinta, takkan sama cintanya dengan orang lain... jadi bagaimana kita definisikan ia cinta dan mengishtiharkan ia pada dunia jika kita sendiri tidak pasti hala tujunya. Saya juga begitu, yang saya tahu.. si dia yang akan saya* kahwini itulah Cinta saya iaitu pada deklarasi akad nikah itu sendiri. Baru saya berani katakan saya cintakan dia.


p/s : Saya bercakap secara umum, so perkataan saya* itu boleh difahami sebagai kita*. Sindrom halusinasi cinta boleh menyerang sesiapa saja kalau hati itu mudah menyerah pada sesiapa saja. Usah teruja jika ada orang ucap "I love you" pada anda. Pakai 'filter' ya kawan2.. moga tidak tersalah pilih. =)



.....maaf...sedikit kompleks bahasa dalam entry ini, pada yang faham.. tahniah.. pada yang tidak faham.. maaf kesulitan amatlah dikesali. Asni malas nak baiki post ni..

No comments:

Target sebelum ke 'sana'