Thursday, October 25, 2012

Love me? no?







Dalam konteks percintaan atau hubungan seumpama dengannya, tidak semestinya apabila seseorang itu mengatakan, "I love you" kepada seseorang itu bahawa orang tersebut benar cinta pada orang yang dikatakan itu.  Kalau tak, kenapa adanya putus-couple-putus-couple sebelum kahwin dengan orang yang lain pula. Padahal tanpa berkata apa-apa juga, membawa maksud 'I love you' tetapi dalam diam tanpa pengetahuan manusia.

Love-love ini subjektif, proses terbitnya cinta juga halus.. 1juta orang bermakna 1juta cinta, takkan sama cintanya dengan orang lain... jadi bagaimana kita definisikan ia cinta dan mengishtiharkan ia pada dunia jika kita sendiri tidak pasti hala tujunya. Saya juga begitu, yang saya tahu.. si dia yang akan saya* kahwini itulah Cinta saya iaitu pada deklarasi akad nikah itu sendiri. Baru saya berani katakan saya cintakan dia.


p/s : Saya bercakap secara umum, so perkataan saya* itu boleh difahami sebagai kita*. Sindrom halusinasi cinta boleh menyerang sesiapa saja kalau hati itu mudah menyerah pada sesiapa saja. Usah teruja jika ada orang ucap "I love you" pada anda. Pakai 'filter' ya kawan2.. moga tidak tersalah pilih. =)



.....maaf...sedikit kompleks bahasa dalam entry ini, pada yang faham.. tahniah.. pada yang tidak faham.. maaf kesulitan amatlah dikesali. Asni malas nak baiki post ni..

Tuesday, October 23, 2012

arena kekuda ini

Apabila anda buat keputusan untuk terlibat dalam arena berkuda, jatuh dari kuda itu adalah perkara biasa pada yang bergelar rider.. kes kuda terkejut lalu melarikan anda, kes kuda tiba2 berubah angin buat willie, wikang, gustang, zig zag.. itu semua perkara biasa yang perlu ditempuhi oleh rider yang cekap. Jadi, jika anda memilih untuk menunggang kuda sebagai satu aktiviti lapang anda atau hobi anda, makanya.. anda juga perlu bersedia dari fizikal dan mental untuk risiko ini semua.
Dengar ucapan ini seperti menakutkan, padahal inilah sunnah nabi..para sahabat Nabi dahulu penunggang kuda yang cekap, atas kuda siap boleh memanah dengan tepat para musuh.. Jika diselusuri sejarah zaman perperangan rasululllah saw dan para sahabat dulu mereka melatih kuda mereka sangat hebat. Mengalahkan semua trainer kuda seluruh dunia sekarang.. termasuklah Magali Delgado, trainer kuda dan disiplin dressage kuda yang paling saya kagumi. Kuda zaman para Rasulullah iaitu kuda baka Arab adalah kuda terbaik, dengan  faktor aerodinamik ketirusan kepalanya menjadikan kuda baka Arab paling pantas di dunia. Kuda zaman Rasulullah juga dilatih untuk ditanam di dalam pasir, dan apabila para musuh mendekat, bertempikan bangun dan melompat kuda-kuda tersebut sambil para syahid memainkan peranan menyerang.
Begitulah hebatnya para sahabat Rasulullah dan kuda-kuda pada zaman para sahabat Rasulullah dahulu.
breed : arabian
Tiba2 berkongsi cerita fasal sejarah kuda zaman Rasulullah saw ni ada apa lah ye? Hehehe.. Actually, 2 jam yang lalu saya jatuh kuda.. Oh... kalau diikutkan slow motion saya nak jatuh kuda tu... ada bunyi macam lagu "We are the champion" sebelum 2,3 saat bedebuk jatuh ke tanah. Dan apabila berada di tanah, kedengaran pula lagu "Kuch kuch hota hai" sebab jatuhnya saya di tanah berguling2 seperti Rani Mukherjee gayanya... Beberapa saat yang pertama, ku lihat bintang di langit.. Oh cepatnya bintang muncul ya? Hehe.. Sesaat kemudian, Wah seronoknya berbaring macam ni, sejuknya tanah pasir ini kurasakan.. Sesaat kemudian, eh.. ramai orang.. malu lah baring macam ni, saya terus bangun duduk memeluk lutut sambil tersengih... best juga duduk tengah2 padang macam ni.. santai je..baru sedar yang diri ini baru kejatuhan kuda dan disaksikan warga TER. Beberapa saat selepas tu, saya terpandang trainer sy di padang polo, Sepantas kilat saya bangun..Hehe.. saya malu kalau incik syed nampak saya 'makan pasir'..Saya bangun.. dan berjalan seperti biasa.. bisik saya dalam hati, nasib baik tak apa2.. kalau tak... mak memang takkan bagi lagi naik kuda.. =_=
Cik asni, macamana buleh jatuh tu?? Okey, kesnya saya dillarikan kuda.. kuda mana? bukan kuda polo yang saya biasa naik tu, ini kuda pony.. Apolosa namanya, yang berbulu pitih bertompok hitam tu..macam dalmatian corak bulunya. Tak pernah naik kuda tu, teringin juga nak naik.. masa terapi berkuda dengan classmate pun tak pernah naik gak, our hippotheraphy trainer, mr muthusamy tak bagi saya naik Apolosa, dia bagi naik arwah Jazz atau Diamond, sebab saya tinggi. Okey, back to the topic, kuda Apolosa malas gerak.. ada sorang budak lelaki dari PoloKids nak hulurkan whip pada saya, asalnya saya tak mahu ambil tapi memandangkan Apolosa tak bergerak. sy cakap.. saya nak..kemudian budak itu datang pada saya dengan megahnya memegang whip itu ke udara dengan dilihat oleh Apolosa, maka bertemperianlah larinya Apolosa itu, bukan slow2 ya.. laju.. bukan trot, bukan canter.. tapi nak gallop sudah gayanya si Apolosa tu, saya malas nak tahan kena dilarikan.. saya pun brek sambil berdiri, maka tergoleklah saya dengan penuh bergaya sekali. Keputusan yang paling singkat yang saya ambil seumur hayat saya iaitu turun dengan menjatuhkan diri. Aishh... pesanan tok guru, kalau kuda buat hal.. jangan sesekali terjun atau turun.. ianya membahayakan.. tidaklah saya patuhi pantang larang tersebut, saya ikut gerak hati saya saja untuk turun pada waktu itu juga dengan brek sambil berdiri pulak tu, kesalahan yang amat besar sekali tu..Tapi takpe... Alhamdulillah, saya tak alami kecederaan apa2.. Trauma? Tidaklah saya trauma, actually sy boleh control kuda tu.. cuma saya tak mahu terus dilarikan laju kuda tu, maka saya pilih untuk terjun...
moral value : jangan bagi kuda nampak whip sebab ia menyebabkan kuda akan terkejut lalu  memecut lari.
Pissst. saya sudah jatuh, anda... bila lagi?  XD
Gambar saya dan Apolosa..lihat disini ---> klik disini

Thursday, October 18, 2012

Cik Ted

Tadi duk belek2 laman JPP ipgkdri, ada orang jual perabot2 lama biasalah jualan akhir tahun daripada semester 8 yang dah nak kuar... so harga murah2 macam lelong2 gitu memang belambak, cuma kena cepat je.. Pastu nampak satu post dalam jpp wall tu, Ade orang jual teddybear2 besar, harga pasaran 150.. tapi jual rm50 je.. macam nakkk je.. haha .. da tua2 nak peluk teddybear ag.. padahal tido tak reti peluk bantal apetah lagi teddybear.. tercampok nanti.. kerana atas katil saya hanya perlu ada 1 bantal 1 selimut saja.. tapi kawan2 perempuan saya semua ada teddybear besar.. Sebagai seorang wanite.. erm..terasa juga nak mengadakan satu teddybear... tapi tak kuasa la saya....tapi nak juga.. tapi tak kuasa lah saya.. tapi nak juga... tapi tak kuasa lah saya... LOL.

Okey.. Antara 2 benda yang saya takkan beli sendiri melainkan orang lain belikan untuk saya adalah....

1) Jam Tangan.. 2) Teddybear besar/kecil.


Sumber Wan Hafiz, klik link ini jika berminat.
Teddybear atau Cik Ted bak Ain Hawani panggil teddybear dia.. dalam drama Adam Hawa tu, menyuntik rasa tuk mempunyai satu teddybear besar, apetah ag bila tengok adik Roro dan adik Veve pun pakai cik ted masing2. (Siyess tak teringin pun) tapi kalau someone special bagi.. oh sweet di situ. Tapi someone special itu bukan senang tuk dijumpai, selagi takde yang special.. so takyah gatei2 nak belikan.. nanti tak kemana... dalam kotak je tempatnya nanti. Ada sekor dua kat dalam kotak kat umah tu menerima nasib sebegini. Saya susah nak peluk2 benda melekat macam beruang koala tu, tapi kalau dah peluk.. thats mean..... thats mean-lah. Hermm. =]

p/s : Saya bagi can orang hadiahkan pada saya, so saya akan menghargainya.. Ini kasut kakak saya beli, ini baju kakak ipar saya bagi, ini tali pinggang abang saya bagi, ini Cik Ted... opss... InsyaAllah.. coming soon. ;)

Target sebelum ke 'sana'