Monday, May 28, 2012

perkara kontradik bertembung dalam otak

Kebiasaan orang yang bukan kebiasaan kita.

Kadang-kadang bila tengok wanita tak bertudung, mendedahkan rambut begitu saja.. saya terfikir, itu gaya berada dalam rumah.... Macamana gaya berada dalam rumah, boleh dibawa keluar begitu saja..

t-shirt senteng keadik-adikan, rambut buat style belah tepi, gaya ala2 gadis bandar jakarta, pin sana, pin sini dengan teknik rebonding, ikat sana, ikat sini.. macam2 lagi.

Cuba bayangkan...

kalau ada orang asing datang ke rumah tanpa sempat anda tutup rambut anda? Mau je capai apa saja yang dekat nak cover rambut biarpun dengan plastik Mydin! Punyalah cuak takut sempat orang tengok benda yang biasa kita tutup. Sebab itu sudah kebiasaan kita menutup rambut sebagai makhota yang mahal harganya untuk dilihat2 orang luar.

Masih terasa tak cover rambut tu perkara biasa ?
"alah, tak tutup rambut.. bukan pelik pun..bukan tak pakai baju.."

Okey, cuba tengok orang putih pakai bikini berjalan selamba tepi-tepi pantai, sudah tentu anda akan rasa... "ish3, macamanalah ye.. dia boleh pakai macam tu depan orang ramai?"

Begitulah perasaan saya kadang-kadang apabila nampak orang yang dedahkan rambut di tempat-tempat public. Sesuatu kebiasaan orang lain tapi bukan kebiasaan kita. Dimana jika ia dilakukan juga, bermakna saya sudah tak waras, mengalami gangguan emosi kronik atau saya berada dalam mimpi sekiranya saya keluar tanpa bertudung dan mendedahkan rambut yang mana orang luar nampak kepanjangan sebenar rambut, jenis rambut..kerinting ke, lurus ke, meggie ke rambutnya... aish... kesimpulannya, MALULAH.


P/s : saya tak cakap pasal hukum, cuma hanya rasa otak saya yang cuba memproses apakah kebiasaan orang yang berada di depan mata ini tapi bukan kebiasaan saya.

Hukum dan perintah Allah untuk menutup aurat khusus Hawa.

Okey, sekarang saya cakap fasal hukum. Semua sudah maklum kan, hukum tutup aurat itu adalah wajib di mana aurat itu harus ditutup atas mudaratnya jika tidak berbuat demikian. Tak perlu saya bagitahu surah mana ayat mana hadis mana nas dan dalilnya kerana semuanya sudah maklum akan perintah Allah yang satu itu. Cuma bagaimana ingin mengaplikasikannya saja. Okey, buat yang sudah menutup aurat, Alhamdulillah, kekalkanlah, buat yang sedang belajar menutup aurat..moga terus istiqamah, buat yang belum menutup aurat. Renung2kanlah hakikat kita di dunia sementara ni, kita hanya musafir ke dunia akhirat. Dunia abadi kekal selamanya. Atasilah halangan yang menghalang, janganlah sampai nyawa di hujung nafas baru teringat segala perbuatan ingkar kita pada Allah. Masa tu dah tak boleh patah balik, kita tiada bekalan wang, makanan, cahaya, tempat tinggal yang cantik macam atas dunia sekarang ni. Hanya satu amalan yang kita bawa, iaitu amalan dan ibadah kita sewaktu kita hidup. Jadi renung2kan, banyakkan berfikir.

Berubah tak perlu drastik. Tapi buatlah sikit-sikit. Yang penting, banyakkan bercakap dengan Allah. Banyakkan mengadu pada DIA, Banyakkan berdoa dan mintak pada DIA.

sekian, post santai-santai saya macam biasa.. Assalamualaikum. Selamat pagi. =)

No comments:

Target sebelum ke 'sana'