Sunday, June 10, 2012

PMS tu hape ?

PMS tu fitrah wanita, itulah musim bulan mengambang wanita bertukar menjadi scary monster.. adik beradik lelaki, teman sekerja lelaki dan mana-mana insan yang hidup atau berurusan dengan kaum ini harus akur dan faham wanita memang berhak diberi keistimewaan untuk membebel dan merajuk untuk tempoh tersebut. Rasa nak marah yang terlampau2 itu adalah seperti mengetap gigi, menggenggam jari, merenung tajam individu yang membuat angkara seperti renungan yang mampu mengoyakkan individu tersebut seperti cebisan kertas dan kadangkala ter-imagine individu yang buat hal dan banyak songeh itu dibelasah dalam kotak imaginasi, situasinya contoh...

seorang bos membebel dan komplen hasil kerja staf yang PMS.

Hebatnya wanita adalah wanita boleh menahan ekspresi sebenar padahal dalam masa yang sama bos itu sudah besor kecik besor kecik sudah depan matanya. Siapa sangka, dalam masa yang sama, staf itu ter-imagine secara spontan bosnya itu telah ditomoi2 dan di beri kick boxing dan flying kick yang sungguh kaw dalam imaginasinya.

Haa.. sangat bahaya, sebab walaupun ianya hanyalah imaginasi, tapi side effectnya turut kelihatan terekspresi di wajah seperti mulut muncung yang boleh diikat riben. Sudah tentu ianya sangat tidak baik untuk hubungan bos-pekerja bukan?

Inilah wajah wanita PMS, tapi realitinya tak la macam dalam gambar ni... ini dah macam kena rasuk hantu nyiang rapik+mak lampir+nyi burga klara nih.. haha

Ish2.. jadi ada solution tak untuk atasi kes-kes terpencil begini?? Jawapannya, ada.. Iaitu dengan mendekatkan diri anda wanita-wanita yang dimuliakan Allah dengan Penciptamu, Allah Sw.t. Banyakkan amalan-amalan zikir terutamanya... InsyaAllah seton-seton yang direjam itu bertempik lari kalau lidah itu lancar mengalunkan zikir-zikir kepada Allah. Mathurat pagi dan petang jangan lupa!

Okey... chow chin chaw....! ^^

PMS yang menyebabkan mood swing...iya... begitulah...

p/s : yang tak tahu PMS tu hape.. pi lah google sendiri.. den nk bagitau raso dan fenomena PMS yo..

No comments:

Target sebelum ke 'sana'