Tuesday, February 8, 2011

apa cerita study

Life macamana? Okey, macam biasa, dengan rutin seorang guru pelatih IPG.
Study macamana? Umm, alhamdulillah okey, dari fasa permulaan, sekarang fasa merancang pula. Merancang program2 dan aktiviti yang akan berjalan sepanjang semester ni. So, pada tengahari ni, sy nak cerita serba sedikit program/aktiviti setakat yang dah kami rancang dan akan ditempuhi. Jadi, pada yg bertanya dan yang berminat nak tahu, kwn2, sedare mare dan siapa saja yg berminat nak tahu lah rutin hari-hari dan perjalanan agenda cik Asni lah ye..=]

Okey, sebenarnya kondisi kami tak lah sesibuk mana minggu ni, masih boleh dikawal, kelas sampai petang pada hari isnin dan selasa saja, okeylah tu kan walaupun aktiviti2 maktab pun ada saja yg mencelah. Apapun masih boleh dikawal. Kawan2 sy yg da lama kawan dengan sy rasanya dah sedia maklum dengan keadaan sy dan kawan2 dekat sini. Baiklah, kita mula dengan assignment dulu.

Assignment
Baik, kami dah ada 2 assignment setakat ni, subjek bahasa melayu 3101 dan pentaksiran. 4 lagi bakal menyusul selepas ni. Syukur, Alhamdulillah 2 assignment ni dah diberi awal jadi boleh kurangkan kesibukan 4 lagi tugasan tu yg bakal menjelma. Cuma, nak dibuat aje. Oh ya, ahli kumpulan sy bagi subjek BM, Fatiha atau nama fesbuknya, Tia Itsrain dah siap assignmentnya. Wah, silakan berasa kagum pada beliau. Sementara kami di sini sedang mencari2 bahan di library. Due date 3mac. Sebenarnya task ni sekali dengan projek mikro teaching. Nanti kami sama2 akan bentukkan pengajaran, strategi dan teknik dan kurikulum yg dipilih melalui sukatan pelajaran untuk dipresent kepada pensyarah.

PBS
PBS atau pengalaman berasaskan sekolah seperti biasa akan dijalankan seminggu di penempatan yang dipilih. Kalau semester lepas sy buat di SK Padang Hiliran, K.Terengganu. Kali ni sy buat di Melaka. Wah, jauh berPBS kali ni, yep..sy ikut Juliana Idayu. Kami tumpang menginap di rumah mak saudara Jue. PBS semester ni dijadualkan pada 6mac-10mac 2011. Jadi, harapan sy, sy mahu siapkan seberapa banyak assignment yg boleh sebelum PBS. (harapan seperti biasa tinggi menggunung, tapi pelaksanaannya agak terbantut ya.. ) Oh, apa? tak tahu apa itu PBS? Baiklah, cuba baca secara scanning kat sini.. [PBS.. ?]

BIG
Program BIG atau Bina Insan Guru pada semester ni akan dibuat di Melaka, kalau semester yang lalu kami yang sedia ada berotak geliga ni berBIG di Pulau Perhentian yang berpakej, 2dalam1 iaitu BerBIG sambil melancong, ahaa =D sampai mengundang keinginan kepada unit2 yg lain untuk mengikutnya..=D Actually, BIG ni salah satu kompenen untuk membina sifat2 guru dalam diri setiap pelatih, hmm..sesuai dengan namanya BIG. Setiap semester berbeza pula aktivitinya; ekspedisi, khidmat masyarakat dan program anak angkat. Tempat2 inilah yang digunakan untuk melatih kami mendekati masyarakat dan peka kepada alam sekitar sekaligus memupuk nilai keguruan dalam diri kami. Baiklah, semester ni kami combinekan sekali BIG dengan Lawatan Pendidikan khas. Sebabnya, BIG hanya boleh dibuat di dalam Terengganu. Sebab? IPG tiada peruntukan lebih, hmm. Oleh itu, kami combinekan dengan lawatan ilmiah kami. Jadi, kali ni berpakej 3dalam1, BIG, Lawatan dan.....yg ni kene habaq slow2...... me-lan-cong. =D ahaa...

Haa, kenapa tak buat lawatan dan BIG asing2?

okey...sebabnya....


  1. masa, mac dan april semestinya kami akn busy dengan asgment dan macam2 program lain. (unit lain mungkin lain pendapatnya dan persetujuannya). Jadi kami nak sudahkan awal2 salah satu komponen pismp ni.
  2. BIG hanya boleh dilaksanakan dalam Terengganu, sebab seperti yg dikatakan tadi, maktab kekurangan peruntukan. Jadi satu batch kami boleh buat dalam negeri sahaja. Jadi kalau combine dengan lawatan bukan saja jimat masa tapi kertas kerja juga mudah untuk diluluskan atas dasar lawatan.
  3. Dan satu lagi, kami suka merancang sesuatu yang bersifat serampang dua mata (kerja+enjoy) walaupun bermain dengan risiko kertas kerja tidak diluluskan tapi atas faktor kebijaksanaan rakan2 yang berhempas pulas bekerja dengan kertas kerja dan berurusan dengan pengurusan IPG termasuk Tuan Pengarah. InsyaAllah, kami boleh.

Semoga segala yang dirancang berjalan lancar, badan letih, otak penat berpikior. Moga berbaloi keringat yang dicurahkan, semoga kami dapat melaksanakan kedua BIG dan lawatan dan semua orang gembira di samping menimba pengalaman yang berguna melalui lawatan dan BIG kali ni =]


Lawatan bersama tutor.
Lawatan bersama tutor ni lah yang sy beritahu tadi, lawatan pendidikan khas, kali ni kami bekerjasama dengan pensyarah JIP. Satu lagi, lawatan ni ada peruntukan jadi sebab tu kami berusaha untuk gabungkan dengan BIG. Hmm, unit lain khabarnya banyak ke Parlimen. Semua unit sekarang sibuk menguruskan kertas kerja ke lokasi masing2 melalui lawatan bersama tutor. Tapi ramai yg pilih tarikh sebelum PBS. Hmm, kebanyakannya buat lawatan dulu. Setelkan BIG kemudian.

Program dan aktiviti
Sekitar februari ni, kami akan ke HUSM bersama ahli2 pbsm. Dan, tak lama lagi sempena English Week, batch kami akan buat sketsa. Minggu ni mungkin berlatih. Errm, sy pegang watak yang skripnya hanya satu ayat saja, "You are so lucky my friend". Iya.. sekarang sy berlatih mengucapkan 6 perkataan itu. Haha. Walaupun sikit skripnya, tapi, peranannya agak berat ya. Oleh kerana kekurangan pelakon lelaki, sy akan memegang watak Mamat kawan kepada hero drama ini, Tapang. Sy tak tahu macamana penampilan sy nanti, tapi nasib baiklah pengurus kepada drama ni, Farhan melonggarkan syarat untuk sy menggunakan suara asli sy tanpa perlu menggaraukan ia. Huhu..berat peranan sy kan? Nak2 tang pakaian tu. InsyaAllah, sy akan pakai dengan penampilan yg sesuai dengan pembawaan sy, dan diharap juga sy tidak kehilangan peminat2 sy melihatkan penampilan 'ganteng' sy pada hari tersebut. Peace* Dush2

gambaran scene sy :
Mamat, Tapang dan Kala menyaksikan anak2 gadis kampung di satu sudut sambil bercakap2 mengenai anak2 gadis tersebut.

Suasana : kampung.
Latar masa : zaman2 dahulu kala.

Sy rasa macam tak mau ambil watak tu, sebab jadi pelakon mesti lah sebutannya jelas. Sy rasa sy bermasalah dengan perkataan 'friend'. Pronounciation nya lebih berbunyi 'my fan'. Hoho...jangan salah faham, sy tidak bermasalah untuk menyebut huruf 'R' tetapi untuk gabungan (f+r) sy agak bermasalah untuk menyebutnya. Haa, yes! akhirnya sy telah punya alasan untuk menolak watak itu(walaupun pada asalnya sy mahukan watak tu). Sebab sy fikir memegang watak itu lebih okey daripada pegang watak 7 puteri tu. Tapi bila difikirkan balik, pegang watak puteri lagi okey-lah!

Ok, sy minta diri dulu. Sebagai guru pelatih yg baru menerima elaunnya sy hendak pergi meronggeng dan berjoli dengan duit itu. Haha. Oh, tidak2..sy hanya berbelanja apa yg patut saja, sy masih dengan matlamat sy semester ni untuk berjimat cermat. Lagipun, sy ada peluang masa lapang pada petang ni, sebelum malam ni kami akan ke kozuke usrah di Balai Islam malam ni.

Hmm..itu saja.
Terima kasih pada kawan2 yg membaca blog ni, walaupun jadi silent reader tapi itu sudah cukup okey daripada anda bertanya dan bertanya banyak kali. Tapi ampess lupa je apa yg sy buat. (bernada demanding di situ) haha.

Assalamualaikum.





gambar hari terbuka kolej kediaman :)

3 comments:

Along Tapa said...

dapat PBS kat melaka ek Asni??melaka kat area mana tu??

Gorengbaek - Peribahasa kita...patut ke tak kita tukor?

Hangit Habis dah - Kalo lebih-lebih ni, aku pun benci...

Cahaya Kudos said...

yup di Melaka =)
SK Seri Bemban, Bemban, Melaka. Actually sy pun tak tahulah bemban tu kat mana, dekat ke dengan Peringgit?

Ieqa Swetluv said...

wahh bz betul akak kita skang ni..nk jumpa kat bilik pon payah T_T

Target sebelum ke 'sana'