Thursday, February 24, 2011

Surat tuk Cik I.S.

ini bukan entry putus cinta.


Assalamualaikum w.b.t. Salam sayang sy ingin tujukan kepada seorang hamba Allah yang sy kasihi dan yg sy cukup kagumi, Cik I.S. moga baik2 saja berada di floor bawah. Kalau lapar, minum susu, biskut, jangan sesekali biar perut kosong, kalau tak sy akan turun dari atas paksakan anda makan oat pulak, bimbang gastrik, anda akan merisaukan sy.

Ya, entry ini ditujukan kepada si dia yg berjauh hati dengan sy dimana sy telah menegur si dia, dan si dia benar2 terpukul dengan kata2 sy. Mungkin marah pada sy. Tambahan lagi, selepas itu Cik I.S berkecil hati dengan sy ekoran daripada renteten status sy di Fb seperti tidak berprikemanusiaan dan tiada langsung rasa kasih seorang sahabat kepada sahabatnya. (Ini sy baru perasan lepas buat kesimpulan selepas membaca luahan daripada beliau)Takde follow up selepas sy menegur Cik I.S, iyelah dia okey ke dia tak okey ke dengan teguran tu. (yang ni pun baru sy perasan juga) Sangka sy teguran yg sempoi itu tidak memudaratkannya. Tetapi sy silap, si dia berasa terpukul dengan teguran itu dan inilah yg sy hadir dengan penjelasan.

Sy tahu si dia seorang yang berjiwa besar, mampu menerima kritikan mahupun nasihat andai itu yang baik buat dirinya. Itu yang membuatkan sy berasa kagum kepada si dia. Seperti seorang kakak melihat adiknya melakukan sesuatu perkara yg sy anggap cukuplah orang lain yg berlaku sedemikian dan bukan insan tersayang. Perasaan sy ketika itu berbelah bagi, mahu ditegur bimbang melukakan, jika didiamkan akan bertambah banyak mata yang tak sepatutnya memandang. Impikasinya tidak perlu untuk sy terangkan. Jadi setelah sy berfikir seketika, sy cuba mengarang ayat terbaik dalam bahasa santai kepada si dia. Dengan harapan si dia dapat menerima teguran itu dengan kadar 'terasa hati' paling minimum. (kerana sy tahu teguran sememangnya menyakitkan)

Sy tahu, walaupun si dia akan terkejut menerima teguran itu, sy yakin si dia seorang yang berjiwa besar dan berfikiran positif untuk menerima teguran itu walaupun kecewa kerana orang yg rapat dengannya boleh menegur dan mention'kan perkara sesensitif itu. Sy juga terfikirkan perkara yg sama, tapi masa terus berjalan, sebelum lebih banyak mata yang memandang, sy harus berterus terang kepadanya berkenaan hal itu dengan masa yg sangat terhad kerana sy perlu ke kelas pada petang itu, maka hanya ayat berbaris 3-4 barits itu saja yg mampu diucapkan, tidak sempat untuk mengarang ayat yg lebih berhikmah.

Iya, hal itu sensitif. Ideologi yang berbeza antara satu sama lain dalam sesebuah perhubungan perlu dipelihara sebaik mungkin. Sy mohon kemaafan atas segalanya. Sy harap teguran itu tidak membebankan. Kerana sy hanya mahu menutup apa yg kurang dalam dirinya yg sedia ada sudah cantik di mata sy. Iya, si dia seorang muslimah yg baik. Si dia mementingkan solat di awal waktu, selalu mengelakkan dirinya daripada bercakap perkara sia2 (umpat, menyebut kekurangan/keaiban orang lain), seorang yang tinggi empatinya, prihatin kepada nasib/masalah orang lain. Sifat2 yg tidak semestinya ada dalam diri seorang muslimah bertudung litup pun. Itu daripada tingkahlaku, daripada sifatnya yg berwawasan, suka membantu serta sangat menjaga hati sy dan ikhlas dalam persahabatan, sangatlah sy kagumi. Si dia penuh dengan komitmen untuk menjadi sahabat sejati dan sy berasa bertuah sepanjang mengenalinya.

Jadi, diharap tiada soal sensitif di antara kita. Teguran itu bermakna sayang bukan berniat mahu membebankan. Sy agak terkejut apabila si dia memadam sebahagian gambar2 tersebut walaupun sebahagian gambar tersebut tidak terlibat. Hanya 2 gambar sahaja yg sy kira agak tidak manis dipublish'kan pada semua jantina. Sebetulnya, sy sukar untuk menegur cara pemakaian seseorang kerana sy sedar sy dahulunya begitu juga, memang tidak pernah ditegur dan sekiranya ditegur akan mendatangkan rasa malu, marah, sedih dalam diri. Secara serius, menegur seseorang dengan kritikan bukan cara sy. Sy lebih suka menunjukkan keindahan dalam Islam berbanding menegur atau mengkritik. Kerana sy tahu, "Seseorang akan jatuh cinta pada Islam kerana kecantikan dalam Islam bukan kerana dimaki hamun kerana berbuat itu ini." Sungguh itu bukan cara sy, dan sy sangat menghormati semua muslimah walaupun apa jua penampilannya kerana sy tahu setiap muslimah berfikrah baik dan cuba untuk menjadi lebih baik.

Berkenaan rentetan status sy yg berbunyi,


"Sahabat yg baik ialah sahabat yang mampu menegur kelemahan sahabatnya yang lain"

Contoh :

A : Bulu hidung kau terkeluar.

B : Kaulah sahabat aku, orang lain tak berani tegur takut aku terasa hati, tapi lebih rela lihat aku diketawakan orang lain daripada menegur aku.


-En Nordin Saari.

Status ini tiada kena mengena langsung dan bukan mendapat ilham daripada kejadian teguran itu, tapi bebelan daripada En. Nordin pensyarah BM pada hari itu yg sy quotekan ayatnya kerana ia menggunakan analogi mudah mengenai seorang sahabat yg baik yg terus sy share di Fb pada hari itu juga.

Begitu juga dengan status di Fb sy pada waktu pagi, mengenai desakan fesyen yg melampau, status sy dibuat apabila melihat rakan sy memakai legging bersantai bersama rakan2nya diluar. Sy terfikir bahawa, dunia fesyen akan bertambah maju dengan rekaan yg pelbagai, tetapi pilihlah fesyen yg sesuai dengan diri kita seorang muslimah, jika kita pernah berazam untuk menjadi lebih baik dalam penampilan sesuai dengan syarak. Yang pertama, janganlah berterusan membeli pakaian itu dalam erti kata yg lain menambah lagi koleksi . Sungguh memang cantik. Menyerlah potongan badan, sy juga pernah. Dan memang mendapat perhatian ramai, perhatian yg luar biasa. Sehinggakan lelaki yg bakal bergelar suami, seorang tunang, seorang ayah apatah lagi seorang teman lelaki kepada rakan sy mendapat kesannya daripadanya melihat pemakaian sy.

Tidak perlulah sy bercerita mengenainya. Sy tidak berniat untuk berbangga, sungguh tidak sy mahu berbangga dengan cara yg hina ini yg mendatangkan kelalaian pada hati lelaki, yg membuatkan hati lelaki itu ingin memiliki walaupun dalam hati. Jika anda sendiri mempunyai seorang suami, apa perasaan anda sekiranya seorang wanita lain yg lebih cantik daripada anda dipandang oleh suami anda dan suami anda yg kebetulannya seorang yg tidak tahu menjaga pandangan mata memandang wanita itu dan terdetik dihatinya,

"alangkah bagus kalau si isteri berpotongan badan seperti itu, mempunyai wajah seperti itu, berpakaian yg menyerlahkan kecantikan tubuh seperti itu".

Apa perasaan anda? Sedih dan kecewa bukan. Begitu juga dengan sy kerana setiap wanita sememangnya mahu menjadi yg terbaik kepada seorang lelaki yg dicintainya. Sebab tu, Islam telah menggariskan kod etika pemakaian bagi seorang wanita kepada lelaki ajnabi begitu juga larangan bertabarujj. Lagi memudaratkan sekiranya anda sudah cantik semulajadi yg ditampal solekan seperti artis2. Mahu gila lelaki2 itu. Tidakkah anda berfikir Islam menjaga kita golongan hawa daripada sekecil2 perkara?


Sy masih menyayangi si dia walau apapun, anggaplah teguran semalam teguran biasa daripada seorang kakak. Kakak yg tidak mahu membiarkan adiknya yg terus tenggelam dalam dunia yg hanyalah persinggahan ini. Si dia pernah mengatakan bahawa si dia juga berkeinginan untuk memperbaiki pemakakaiannya ke arah yg diredhai Allah. Semoga impian itu tercapai satu hari nanti. Dan si dia mendapat kebahagiaan total dan tenang daripada Allah yang sy rasa pasti si dia tidak akan sesekali mencari galang gantinya selepas mendapat kebahagiaan itu. Cuma bilakah masanya? Wallahualam.

Maafkan sy kerana bercakap mengenai hal ini kepada Cik I.S dan sy juga tujukan teguran ini kepada umum termasuklah diri sy yg cuba memperbaiki diri ini dari semasa ke semasa. Banyak lompang dalam diri sy yg perlu ditampung. Semoga kita sama2 dapat memperbaiki diri, sama2 berjaga dari tidur yg lena. Ayuh, bangkit, lakukan sesuatu. Kita dalam perjalanan ke 'sana'. Semakin hari semakin hampir. Entah bilakah saatnya kita akan menghadapNya dengan segala bekalan yg kita telah bawa dari dunia ini.





No comments:

Target sebelum ke 'sana'