Saturday, October 2, 2010

perkembangan kognitif - situasi

Salam sejahtera,

Semoga anda sentiasa sihat dan ceria di samping dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna. Tidak kira di mana pun anda berada, terima kasih kerana anda sudi melayari laman ini.

Pada suatu pagi, saya meminta seorang murid untuk mengambil barang saya yang tertinggal di
atas meja dalam bilik guru.


Penulis : Akmal. Mari ke sini sekejap. Awak tau meja cikgu tak?

Akmal : Tau.

Penulis : Okey, tolong ambilkan ‘marker pen’ warna biru atas meja cikgu.

Murid : Sekarang ke, cikgu?

Penulis : Ya.

Murid ini tadi keluar dan menuju ke bilik guru. Sebentar kemudian, dia kembali semula.

Penulis : Mana barangnya?

Akmal : He.he.. Lupalah. Cikgu suruh ambik ape tadi?

Penulis : Cikgu suruh kamu ambil ‘marker pen’ warna biru macam ni (menunjukkan contoh)
atas meja cikgu kat bilik guru.

Murid B : Biar saya pergi, cikgu!

Jerit ketua kelas dari belakang.

Sekali lagi saya tunjukkan contoh ‘merker pen’ warna biru kepada murid berkenaan dan memintanya mengambil segera. Beberapa ketika kemudian, murid ini kembali semula.

Akmal : Tak ada pun?

Penulis : Atas meja cikgu la. Awak dah cari betul-betul?

Akmal : Dah cari. Memang tak ada. Buku banyak la atas meja.

Penulis : Awak cari atas meja siapa?

Akmal : Atas meja cikgulah.

Penulis : Ada gambar cikgu tak atas meja tu?

Akmal : Ada. Tapi bukan gambar cikgu. Gambar Cikgu Faiz.

Penulis : Akmal, meja yang awak pergi tadi tu bukan meja cikgu. Itu meja cikgu Faiz. Atas meja
cikgu mestilah ada gambar muka cikgu ni. Tak apalah. Cikgu suruh orang lain pergi ambil.

Akmal : Saya tau, cikgu. Biarlah saya ambil.

Penulis : Okey. Pastikan awak tak silap meja tau. Pergi ambil sekarang.

Akmal : Ambil ‘marker pen’ je kan, cikgu?

Penulis : Ya. Warna biru macam ni tau. (sekali lagi saya tunjukkan contoh)

Murid tadi meluru keluar berlari menuju ke bilik guru. Sebentar kemudian, murid ini kembali semula ke kelas dengan sebatang ‘marker pen’ yang saya minta diambilnya.

Akmal : Nah!.

Penulis : Akmal, ini ‘marker pen’ warna hitam. Cikgu suruh ambil warna biru.

Akmal : Yeke, cikgu? Tadi saya ambil warna biru la. Macam mana sampai kat sini jadi warna hitam? (sambil menggaru kepala yang tak gatal)

Penulis : Hmm.Tak apalah. Terima kasih. Awak sambung siapkan latihan tadi.

Murid tadi berlalu. Saya memandangnya dan kemudiannya menggeleng kepala dan tersenyum.

Sekian,

2 comments:

Sepi Seorang Perindu said...

hahahaha....
apa la cikgu ni..pegi la amik sendri..da pandai ek buli anak murid..hahaha..=P

Cahaya Kudos said...

saja bagi peluang la tuh...he

Target sebelum ke 'sana'