Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita..
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya..
Sekiranya,
kita cinta pada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yg kita cinta,
Tetapi sekiranya,
kita cinta pada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga..
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah keranaMu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cintanya kepadaku adalah keranaMu..
Namun,
seandainya dia bukanlah jodoh yg ditetapkan olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku..
Aku tidak tahu siapa kamu,
tapi menunggumu adalah satu misteri bagiku,
misteri yang akan terungkai suatu hari nanti,
kerana aku percaya pada janji-janjiNya..
Ya Allah, lindungilah kami,
peliharakanlah hati kami..
rahmatilah kami..Amin..
::::syair ubahsuai daripada syair puteri syeikh Qutb...atas kesesuaian kondisi diri..
3 comments:
nukilan yang penuh bermakna bagi mereka yang mencari teman hanya kerana ingin mendapatkan keredhaan Allah semata2..
semoga segala kesabaran,rintangan dan pahit maung didunia ini dapat dibalas dengan seorang insan yang dapat memimpin awk ke jalan yang diredhai.. insyallah.. =)
terima kasih.. :)
Kepada pencari cinta sejati, bangkitlah membaiki peribadi, ubatilah hati, keluarlah dari kitaran sengsara yg membelenggu diri, moga cinta hakiki akan kau miliki.
Post a Comment