Saturday, November 21, 2009

Hidup umpama peperiksaan

Hidup ini umpama menduduki peperiksaan. Target kita ialah lulus dalam peperiksaan. Apa kaitannya hidup kita dengan peperiksaan pula? Baiklah, cuba kita teliti perkara-perkara yang kita lakukan sebelum menghadapi peperiksaan. Persediaan bukan?? Kalau tak cukup persediaan seperti ulangkaji dan sebagainya bagaimana nak lulus..?

Kalau dalam peperiksaan, target kita nak lulus. Begitu juga dengan kehidupan kita. Matlamat kita hidup di duniani ialah nak masuk syurga. Kalau tak lulus neraka lah jawabnya. Dalam peperiksaan, kita mesti lawan rasa malas kita untuk ulangkaji dan ketepikan hiburan buat sementara bagi memberi laluan kepada peperiksaan yang bakal datang. Begitulah juga dengan matlamat sebenar hidup kita, nak masuk syurga, nak rasa nikmat syurga.

Jadi.. kita mesti lawan hawa nafsu dan ketepikan keseronokan buat SEMENTARA. Kerana kebahagiaan yang abadi ialah nikmat di syurga yang tidak mampu kita bayangkan nikmatnya.


Jadi, seperti exam juga. Matlamat kejayaan kita terletak pada usaha kita. Payah..??? Kalau payah..pilih pula formula ini. No pain no Gain. Tiada usaha Tiada kejayaan. Nak atau tak nak..? Pilih..

Jadi…sama saja..kan.

Saya tunggu hidayah dari Allah = Saya tunggu mood study laa..

Setakat tunggu saja, dapat ke? Hidayah tak datang pada semua orang. Tetapi untuk hambaNya yang terpilih sahaja. Harus diingat tu. Selebihnya hidayah perlu dicari, bukan tunggu dan lihat saja. Kalau tak datang2..? macamana.. Jawab la sendiri kat akhirat nanti.


Tingkatkan amalan untuk akhirat = Tingkatkan study untuk lulus..

Payah ke nak maintain iman..? Agak payah.. tapi akan jadi senang kalau kita focus. Betul tak.. Nak 1000 daya tak nak 1000 dalih. Tak gitu..?

Begitulah hakikat sebenar sebuah kehidupan. Semoga kita sama2 lulus untuk kesana ya. Insyaallah.


Akhir kata.. buat sahabatku diluar sana. Selamat bercuti.. Insyaallah kalau lulus result kita sem ni, berjumpa lah kita pada tahun hadapan, 2010. Sama2lah kita berdoa agar kejayaan menjadi milik kita. Aminn...

No comments:

Target sebelum ke 'sana'