Haa..tadi saya baru je lepas tengok citer bohsia.. Citer bohsia arahan anak Dato’ Yusof Haslam tu..kan..? Hmm..sebelum ni, aku mengelak tengok citer ni, takut tertipu seperti cerita remp-it tu yang lagi menggalakkan golongan berani mati tu adalah.. Hmm..ustazah Ekin, iaitu myrumate pun ada cakap.. masa dia study kat uia dulu, hukum merempit tu adalah haram. Sesiapa yang mati dalam keadaan merempit.. satu, haram.. kedua..tak masuk syurga..sebab sama hukumnya seperti bunuh diri. Hurmm..
Tapi kan, kalau tengok sifat mat2 rempit ni kan, salah satu sifatnya ialah berani, fuhh…tak takut berdepan dengan maut. Dah terbang atas motor macam superman, rilek je..bawak macam pelesit. Fuh..terer ar.. Satu lagi keberanian diorang kita boleh nampak bila diorang bawak satu team, ngan helmet, kayu besbol, stik hoki, dan macam2 lagi melawan musuh2 ketat diorang, pecah kepala..tu lumrah bagi diorang asalkan maruah mereka terbela. Fuhh..hebat tak..?? agak2 korang berani tak macam mat2 rempit ni..membela maruah sesame mereka.. BERSATU PADU DALAM ASSABIAH..=p.. Hmm..apa2pun..Apa yang perlu dihighlightkan disini ialah keberanian diorang..Orang berani cam gini seeloknya kita hantar kat Palestin nun.. join pejuang berani mati melawan musuh2 agama yang menceroboh hak asasi umat kita yang mencabul maruah saudara kita sewenang2nya. Haa..kan beruntung tu..mati syahid..bukan semua orang berpeluang.. Daripada mati katak gitu. Betul tak..? Jadi..kalau terjumpa mat2 rempit tepi2 jalan tu.. jangan pandang senget kat diorang..sebaliknya..pandang la mereka2 tu sebagai mujahid fisabilillah.. =p
Hmm..sedap pulak saya mengutuk dalam berkias. Hehe..Tapi apa2pun.. setiap apa yg berlaku tu ada sebabnya.. kenapa anak2 rosak.. Tengok la acuan didikan daripada siapa. Tengok anak.. tengok la pula pada mak ayahnya.. Begitulah beratnya peranan mak dan ayah dalam mendidik anak2. Silap acuan..musnah segalanya. Hmmm.. Citer bohsia ni wat aku terpikir2..well done..!
TAPI....
Tak perlu lah nak dipaparkan serba serbi..! ini malaysia..dimana barisan pelakonnya melayu islam.. dan bukannya hollywood...! PAHAMMMM..???!!!

No comments:
Post a Comment