Monday, November 16, 2009

Ciri-ciri lelaki idaman?

Aduhaii..kalau cakap soal ni..confirm senyum meleret aja ni..kan.. Hmm..ada yang bertanya..awk suka laki yang macamana?? dan honestly...mestilah..

Yang pertama, bekerjaya..
Sememangnya lelaki yang berkerjaya yang akan jadi pilihan. Tanyalah pada semua perempuan kat dalam dunia ni. Bukannya materialistik cuma mahukan hidup yang terjamin di samping keluarga tersayang. Bak kata adik kesayanganku, ilham..merangkap jiran.. "Duit u..duit i..duit i..duit i laa.." aduii..ilham..ilham..boleh pakai jugak prinsip dia tu kan..he3


Yang kedua, dari segi appearance..
handsome..? hmm..tak kesah la..asal sedap mata memandang..kalau dah suka..pun jadi handsome kan. Kalau handsome..perangai tak elok..tak guna juga..cantik dalaman itu yg paling penting. Plus..mestilah tough.. =p


Yang ketiga, beragama..
Beragama kat sini maknanya..biarlah tak cantik rupa paras..tapi cantik luhur budinya. Tak sombong.. di mana tak sombong dengan Allah juga tak sombong sesama manusia..boleh menerima pendapat orang lain. Tak merasa tinggi diri atas kelebihan yang dikurniakan Allah seperti mungkin pandai atau bijak, mungkin handsome..mungkin kaya..mungkin bekerjaya. Tak memandang rendah pada orang lain. Yang mampu membimbing dan bukan dibimbing. Yang tahu, faham dan sedar hakikat sebenar sebuah kehidupan di dunia ini. ("_,)

Itu saja.. kalaulah saya didatangi seorang lelaki yang mempunyai ciri pertama dan kedua.. tanpa ciri ketiga..hmm...jawapannya..TAK.. Tetapi, kalau didatangi ciri ketiga tanpa ciri pertama dan kedua. Sudah pasti, itu yang jadi pilihan hati ni. =) dan kalau didatangi lelaki dengan ketiga2 ciri tadi..wah...itu sudah bonus..!


Walau apapun. Saya sedar siapa diri ini.. Mahu yang soleh, maka solehahkanlah diri anda terlebih dahulu. Ye idak?



Apa2pun..whatever we do...we do for Allah.. ("_,)

Majulah ibadat untuk akhirat..! hehe..



p/s : Highlight pada perkataan yg diboldkan..

No comments:

Target sebelum ke 'sana'