Sunday, November 29, 2009

Izinkan Abang nikah satu lagi

by nur fitrah

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?


Dia menghela nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.


Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.


" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.


Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!"


Terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.


Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.


Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.


Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.

Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.


Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.


"Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...


Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

---------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...


2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...


3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...


Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.

Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.


Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.


*("_,)*

........................................TAMAT.................................................


So sweet ending cerita ni kan.. Hmm...banyak pengajaran yang diperoleh daripada cerita ni. Semoga kita sama2 memperoleh manfaatnya. Amiin.. ("_,)

Saturday, November 21, 2009

Hidup umpama peperiksaan

Hidup ini umpama menduduki peperiksaan. Target kita ialah lulus dalam peperiksaan. Apa kaitannya hidup kita dengan peperiksaan pula? Baiklah, cuba kita teliti perkara-perkara yang kita lakukan sebelum menghadapi peperiksaan. Persediaan bukan?? Kalau tak cukup persediaan seperti ulangkaji dan sebagainya bagaimana nak lulus..?

Kalau dalam peperiksaan, target kita nak lulus. Begitu juga dengan kehidupan kita. Matlamat kita hidup di duniani ialah nak masuk syurga. Kalau tak lulus neraka lah jawabnya. Dalam peperiksaan, kita mesti lawan rasa malas kita untuk ulangkaji dan ketepikan hiburan buat sementara bagi memberi laluan kepada peperiksaan yang bakal datang. Begitulah juga dengan matlamat sebenar hidup kita, nak masuk syurga, nak rasa nikmat syurga.

Jadi.. kita mesti lawan hawa nafsu dan ketepikan keseronokan buat SEMENTARA. Kerana kebahagiaan yang abadi ialah nikmat di syurga yang tidak mampu kita bayangkan nikmatnya.


Jadi, seperti exam juga. Matlamat kejayaan kita terletak pada usaha kita. Payah..??? Kalau payah..pilih pula formula ini. No pain no Gain. Tiada usaha Tiada kejayaan. Nak atau tak nak..? Pilih..

Jadi…sama saja..kan.

Saya tunggu hidayah dari Allah = Saya tunggu mood study laa..

Setakat tunggu saja, dapat ke? Hidayah tak datang pada semua orang. Tetapi untuk hambaNya yang terpilih sahaja. Harus diingat tu. Selebihnya hidayah perlu dicari, bukan tunggu dan lihat saja. Kalau tak datang2..? macamana.. Jawab la sendiri kat akhirat nanti.


Tingkatkan amalan untuk akhirat = Tingkatkan study untuk lulus..

Payah ke nak maintain iman..? Agak payah.. tapi akan jadi senang kalau kita focus. Betul tak.. Nak 1000 daya tak nak 1000 dalih. Tak gitu..?

Begitulah hakikat sebenar sebuah kehidupan. Semoga kita sama2 lulus untuk kesana ya. Insyaallah.


Akhir kata.. buat sahabatku diluar sana. Selamat bercuti.. Insyaallah kalau lulus result kita sem ni, berjumpa lah kita pada tahun hadapan, 2010. Sama2lah kita berdoa agar kejayaan menjadi milik kita. Aminn...

Monday, November 16, 2009

Ciri-ciri lelaki idaman?

Aduhaii..kalau cakap soal ni..confirm senyum meleret aja ni..kan.. Hmm..ada yang bertanya..awk suka laki yang macamana?? dan honestly...mestilah..

Yang pertama, bekerjaya..
Sememangnya lelaki yang berkerjaya yang akan jadi pilihan. Tanyalah pada semua perempuan kat dalam dunia ni. Bukannya materialistik cuma mahukan hidup yang terjamin di samping keluarga tersayang. Bak kata adik kesayanganku, ilham..merangkap jiran.. "Duit u..duit i..duit i..duit i laa.." aduii..ilham..ilham..boleh pakai jugak prinsip dia tu kan..he3


Yang kedua, dari segi appearance..
handsome..? hmm..tak kesah la..asal sedap mata memandang..kalau dah suka..pun jadi handsome kan. Kalau handsome..perangai tak elok..tak guna juga..cantik dalaman itu yg paling penting. Plus..mestilah tough.. =p


Yang ketiga, beragama..
Beragama kat sini maknanya..biarlah tak cantik rupa paras..tapi cantik luhur budinya. Tak sombong.. di mana tak sombong dengan Allah juga tak sombong sesama manusia..boleh menerima pendapat orang lain. Tak merasa tinggi diri atas kelebihan yang dikurniakan Allah seperti mungkin pandai atau bijak, mungkin handsome..mungkin kaya..mungkin bekerjaya. Tak memandang rendah pada orang lain. Yang mampu membimbing dan bukan dibimbing. Yang tahu, faham dan sedar hakikat sebenar sebuah kehidupan di dunia ini. ("_,)

Itu saja.. kalaulah saya didatangi seorang lelaki yang mempunyai ciri pertama dan kedua.. tanpa ciri ketiga..hmm...jawapannya..TAK.. Tetapi, kalau didatangi ciri ketiga tanpa ciri pertama dan kedua. Sudah pasti, itu yang jadi pilihan hati ni. =) dan kalau didatangi lelaki dengan ketiga2 ciri tadi..wah...itu sudah bonus..!


Walau apapun. Saya sedar siapa diri ini.. Mahu yang soleh, maka solehahkanlah diri anda terlebih dahulu. Ye idak?



Apa2pun..whatever we do...we do for Allah.. ("_,)

Majulah ibadat untuk akhirat..! hehe..



p/s : Highlight pada perkataan yg diboldkan..

Saturday, November 14, 2009

hari ni hari sabtu laa...

Hmm…indahnya hari2ku..pernah tak korang rasa..best nya alam study ni..? nak2 kalau lepas abis exam.. Mmg la best..duk lepak kat hostel..abiskan masa dengan kawan-kawan..baca artikel tu artikel ni..masuk forum tu…forum ni..melepak satu hari dengan membaca apa saja yg kita suka..tido pukul berapa je kita suka..tengok movie n drama apa saja yg kita nk..tido..tdo dan tdo.. Haa..gitu laa keje saya setiap hari sepanjang minggu ni.. Waah… bahagianya.. sepanjang hari boleh wat apa saja.. semalam awal2 pagi kitorang pakat riadah kat pantai.. penat…tapi best.. balik tu.. ingatkan nak tido sebab leteh, tapi sambung tengok movie pulak.. Petang pun sama.. malam tu ngan kawan2 pulak tengok nur kasih kat wakaf.. pastu balik bilik terus sambung tengok citer ag.. Tido..?? tdo memang best..tapi takkan nk buat aktvt pasif takde benefit kot.. baik tengok mvie..kureng2 ley up kan mutu bahasa inggerisku yang ntah hape2 neh..



Haa..tadi saya baru je lepas tengok citer bohsia.. Citer bohsia arahan anak Dato’ Yusof Haslam tu..kan..? Hmm..sebelum ni, aku mengelak tengok citer ni, takut tertipu seperti cerita remp-it tu yang lagi menggalakkan golongan berani mati tu adalah.. Hmm..ustazah Ekin, iaitu myrumate pun ada cakap.. masa dia study kat uia dulu, hukum merempit tu adalah haram. Sesiapa yang mati dalam keadaan merempit.. satu, haram.. kedua..tak masuk syurga..sebab sama hukumnya seperti bunuh diri. Hurmm..


Tapi kan, kalau tengok sifat mat2 rempit ni kan, salah satu sifatnya ialah berani, fuhh…tak takut berdepan dengan maut. Dah terbang atas motor macam superman, rilek je..bawak macam pelesit. Fuh..terer ar.. Satu lagi keberanian diorang kita boleh nampak bila diorang bawak satu team, ngan helmet, kayu besbol, stik hoki, dan macam2 lagi melawan musuh2 ketat diorang, pecah kepala..tu lumrah bagi diorang asalkan maruah mereka terbela. Fuhh..hebat tak..?? agak2 korang berani tak macam mat2 rempit ni..membela maruah sesame mereka.. BERSATU PADU DALAM ASSABIAH..=p.. Hmm..apa2pun..Apa yang perlu dihighlightkan disini ialah keberanian diorang..Orang berani cam gini seeloknya kita hantar kat Palestin nun.. join pejuang berani mati melawan musuh2 agama yang menceroboh hak asasi umat kita yang mencabul maruah saudara kita sewenang2nya. Haa..kan beruntung tu..mati syahid..bukan semua orang berpeluang.. Daripada mati katak gitu. Betul tak..? Jadi..kalau terjumpa mat2 rempit tepi2 jalan tu.. jangan pandang senget kat diorang..sebaliknya..pandang la mereka2 tu sebagai mujahid fisabilillah.. =p


Hmm..sedap pulak saya mengutuk dalam berkias. Hehe..Tapi apa2pun.. setiap apa yg berlaku tu ada sebabnya.. kenapa anak2 rosak.. Tengok la acuan didikan daripada siapa. Tengok anak.. tengok la pula pada mak ayahnya.. Begitulah beratnya peranan mak dan ayah dalam mendidik anak2. Silap acuan..musnah segalanya. Hmmm.. Citer bohsia ni wat aku terpikir2..well done..!



TAPI....



Tak perlu lah nak dipaparkan serba serbi..! ini malaysia..dimana barisan pelakonnya melayu islam.. dan bukannya hollywood...! PAHAMMMM..???!!!

Thursday, November 12, 2009

Cinta hipokrit

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata


Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah.....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!


Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.


Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulanselepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahunkemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anakmereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,


Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?
Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo??
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .


Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...


Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aduhai...lawak kan..tapi tu la realitinya...baru je amik kat email tadi..jadi saja nak share dengan anda semua.. Cinta pakej ni memang cinta hipokrit...

Apa2pun berbaliklah semula pada ajaran agama kita..jauhilah larangan-Nya. Bercinta bagai nak rak tak janji apa2 sebaliknya mengundang murka Allah dan barkah dalam perkahwinan ditarik Allah je, nak macam tu..?



respek percintaan penguin ni lagi lah daripada cinta hipokrit macam tu...

Wednesday, November 11, 2009

Butterflies in my stomach

Fuuuh..malam td…tdo lewat cuz nk abiskan stdy..dari malam tadi lagi jantung ni berdebar2..tak pernah2 rasa berdebar camtu..sangka hatiku..payah ke soalan pJ esok ni..?? fuuhh..pagi tadi..soalan objektifnya memang payahhhh…tak ley nk skor pun…2-3 soalan daripada 10 soalan je yg sure boleh jawab…yg lain just main teka2 jer…aduii…TAPI…nasib baik soalan subjektif dan esei boleh jawab..fuhhh…alhamdulillah.. terbalik pulak…biasanya..objektif ngan subjektif la yang jadi penyelamat..hmm..Alhamdulillah..itu suma pertolongan daripada Allah..bayangkan..5minit berdoa tak berhenti2 masa taklimat b4 exam tu..dengan bersungguh2nya.... Alhamdulillah..syukurr.. walaupun jawab dalam keadaan mengantuk..sebab terpaksa tdo lewat malam td..tapi..dapat jugak jawab…rezeki…=) Alhamdulillah…100x


Sebenarnya aku baru je balik dari surau ni…solat berjemaah kat surau malam ni....hilangkan nervous…n nak tengok orang ramai… Hmm..apa la aku ni..tak tau la napa nervous dengan paper pj dan bm2 kali ni..aduiii..haa..tau tak..? masa balik dari surau tu..aku terdengar suara lelaki dari arah belakang..hmm…walaupun jarak 50meter..tapi aku dapat tangkap suara tu.. nak tengok siapa..mungkin kumpulan dak laki kelas ks yg baru balik dari kuar makan..just nk tengok ragam diorang yg havoc seperti biasa tu..



Aihh..tapi rupanya tidak…tau tak siapa…?? rupanya…lelaki yang punya rupa laki idaman aku dulu rupanya..aduhaii…bukan minat camne pun just admire rupanya saje yang ensem bagi aku..iras2 alex yoong versi melayu+tinggi+gaya budak2 airforce…Tak sangka orang surau rupanya.. Ingatkan dengan rambut terpacak..bila terserempak kat luar tu..tak biasa ke surau…rupanya..tidak sama sekali…hmm…don’t judge a book by it’s cover..Aihh..mana ada judge..just andaikan...first impression normal la tu kan…aduhaii..ensem ngan baek rupanya pakej beliau tu…hmm!..aduiii…baru jer balik dari surau ternampak pulak benda2 camtu..aduii..tutup mata asni..gatai naa…Aihh…mana ada..! Apa2pun..itu just suka2 je+bahan gurauan ngan kawan2 untuk menceriakan hari2…haha…jangan amik siuss pulak..!








Butterfly in stomach…?? Yuppp….i was so nervous last nite ..n until now..i still can feel it..hmm.. Aduiii…napa ek..paper kali ni wat aku nervous..?? hmm…dahh2..rilek2 sudaa… Rilek2 tula yg tdo siang tadi..n tengok movie satu round..ini barula nak sentuh nota ni..hee..teruk..sem depan jangan wat camni ag..tauu?! hihi..baik.. Nway..nervous yg bagus ley up kan semangat ni tuk study sungguh2 n wat yg terbaik masa xm tuu… =) Satu sajaa yg ku harapkan…ketenangan dan keyakinan masa menjawab paper..itu saja… amiin.. =)

Goodluck tuk paper bm major esok..

Monday, November 9, 2009

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu..

Sunday, November 1, 2009

Mutiara kata persahabatan

Hak seorang sahabat



Jika engkau tidak mampu memberi bantuan kepadanya,

Janganlah pula engkau memberi kesusahan kepadanya,

Jika engkau tidak mampu mengembirakannya,

Janganlah pula engkau mendukacitakannya,

Jika engkau tidak mampu memujinya,

Janganlah pula engkau mengejinya..

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya..

Target sebelum ke 'sana'