"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti ? {Al-An'am : 32}
Thursday, January 30, 2014
Number baru. Berbaloi.
Saya baru saja terminate langganan internet broadband celcom government data Rm50/month yang dilanggan sejak 2009. Seiring dengan perubahan teknologi, sekarang dah pakai smartphone.. Aktiviti online banyak dekat handphone 90%. So bertukarlah kepada mobile internet. Nak online kat laptop still boleh, on tethering hotspot tu aja. Selesai dilema.
Saya angkat number uMobile pascabayar. Berbaloi2.. Coverage terbaek. Lagi ah area sini, maxis lagi menyerlah dari segi speed internet dengan coverage. So.. umobile ni pulak kan tumpang line maxis.. Memang coverage terbaek dari ladang la.. haha.
Saya kurang call or sms org. Dengan pakej U50 yang saya ambil ni, dapat panggilan percuma 100 minit. Klu terlebih 100 min tu, jadi panggilannya 18sen/minit, 9 sen/6 sec. Sesuai la ngan saya yang tak call/sms orang sangat kan. Urusan kerja pun tak nuntut sangat call/sms setiap masa. Rasanya dalam sebulan tu sy pakai yan free 100 minit panggilan percuma tu je kot. Ha, kalau yang pakej U28 percuma mesej pulak, itu pun lagi okey. Tanpa perlu bimbang kawan2 dari mobile operator lain sebab dia bagi free 200 sms dan sesama rangkaian 100 sms. Saya dah tinjau sebulan penggunaan sms n call bulan Januari ni, memang paling sesuai pakej dekat uMobile la. Sms/call kurang.. memerlukan internet yang terbaik.. Sesuwei sangatlar...
=D
hehe... Seronok sebelum tidur, boleh meninajua rakyat2 beta di whatsapp.. and nengok instagram. Dapat mesej dekat instant mesenger facebook tu. Meriah la jugak kan. Musim2 cuti yang amat panjang ni, kalau dapat online... ada whatsapp, instagram.. facebook, tengok video, google2 segala maklumat.. Terlebih okey la tuw..
=D
Excited bila promoter umobile tu kata, number buleh pilih.. 4 digit terakhir.. Terus saya pilih numberi impian saya.. hehe.
Thursday, January 23, 2014
Screenshot : Pesanan dari sahabat
Saya kongsikan screenshot ni dgn seorang kawan baik saya, dan saya juga nak kongsikan pesanan ini pada blog sy. Mudahan, ada yang terkesan di hati.
Mari kita wujudkan rutin harian kita dengan tahajud dan dhuha. Insyaallah, segala masalah dunia akan jadi mudah dan kecil di mata kita. Juga sebagai persediaan andai kata kita ditakdirkan ke alam 'sana' satu hari yang tidak diketahui.
Insyaallah
Quality comes before quantity
Kerja kat oversea. Sepatah2 jawab, macam orang educated, karier bagus, dipandangnya aku seperti wanita yang excited dengan profesion diorang. Mostly women macam tu. Tapi tidak aku. Sebab aku lebih bijak. Haha. Bijak untuk sedar lelaki yang penyabar dan baik hati lebih baik daripada yang berwang berkepuk2 tapi kesabaran ke laut, mata memandang wanita cantik.
Kalaulah diorang tahu aku tak berminat dengan orang kerja jauh2 ni. Dan orang yang obses dengan diri sendiri.
Of course everything need money, but still money is not everything.
Saturday, January 18, 2014
Cakor rimau
Saya tersinggung dengan kucing dekat Rusila tadi. Time saya makan makanan yang dibeli berupa ayam goreng upin ipin, keropok lekor dan beberapa makanan berkolestrol tinggi yang lain. Saya bahagikan makanan saya dengan dia 50 persen-50 persen.
Abis makan, saya melunjur kaki.. Nak capai selipar. Tiba2 dengan sepantas karen, saya mendapat cakar miaw yang kaw kaw punye dekat kaki. Kuat cengkaman dia rasa macam terlanggar hujung dawai besi ooo. Saya berlalu pergi ke kereta mencapai sebotol mineral membasuh 4 cakaran jelmaan anak rimau tu. Cesss! Berdebah kau kucing tompok2 kuning hitam putih.
Saya sebak. Ibu saya terkekek ketawa. Dia ingat tak sakit. Air mata sebak jatuh. Wahai kucing, taukah dikau, aku ini ibaratnya miss universe.. Kemana ku.pergi, ku sumbangkan makanan pada kucing kurap, kucing gelandangan, kucing mangsa penderaan dan sebagainya. Kau memang.. Oh howwowo..
Sebelum masuk kereta, saya ambil kain dan libaskan di kepala kucing tu... Harrr.. Puas hati aku. Ibu saya kaget sebentar. Baru dia tahu saya serius marahkan kucing tu. Kalau tak difikirkan hubungan saya dengan makhluk tu selama ni, memang dah teruk rupa kucing tu.
Nasib baik tempat tu Rusila, malu a nak jadi gangster.. Haha.
Ekceli yang saya bengangkan sangat sebab, masa kene cakor tu, saya terkejut teramat sangat, menjerit bukan main nyaring. Aaaaaauuw!
Cesss.. Macam perempuan!
Malu... Hilang gangsterism, jatuh air mata gengster. Tergamak kau kucing.
Thursday, January 2, 2014
Bina badan
Da start 'bina badan'.
Antara dugaan duduk di rumah. Alhamdulillah. Cukup makan.
Erm, terlebih cukup makan.