Sunday, January 15, 2012

penempatan praktikum

SK Kubang Ikan.. 18mac..praktikum sebulan...pengalaman senior kata busy sampai tido lewat pagi..siapkan RPH + ABM + Program2 sekolah... dan bangun pula awal pagi..memandangkan lokasinya agak jauh dari sini, saya dan partner akan bertolak pada pukul 6.30 pagi. Agi hidup agi ngelaban, fighting2..!Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen.


Kesibukan akan melanda 2 kali ganda. Argh. Mampu senyum ajelah. Sesak nafas bila terfikirkan perjalanan hidup kat sekolah tu nanti. Tapi rasanya InsyaAllah, segalanya Allah tolong. Moga dipermudahkan. Jangan meroyan sudah. YANG PENTING! Jaga hubungan dengan Allah, moga Allah melapangkan mana yang sempit, Allah memperkayakan masa ku, Allah menyihatkan tubuhku, Allah menenangkan jiwaku, Allah menguatkan semangat dan tekadku untuk meneruskan kehidupan atas dunia di samping tak lupa matlamat utama untuk akhirat jua.




Kadang-kadang leteh menjadi guru pelatih PISMP dari IPG ni, lagi leteh bila praktikum!. Tapi takpe, masa akan bergerak pantas. Setiap fasa itu harus dilalui dengan gembira kan? Takpelah, itu kehidupan duniaku...kehidupan akhirat? Moga ianya indah..... aku mahu berehat Ya Allah.... dan melawat taman2 mu yang indah seperti di atas dalam gambar ni ha.. Ini dunia, kalau syurga mesti laaaaaaaagi indah. Kan. So... aja2 fighting.. moga Allah sentiasa mengekalkan hati-hati kita ini untuk sentiasa berada di jalan yang benar.. Ameenn...

No comments:

Target sebelum ke 'sana'