Pukul 6.05pagi tadi...selesai solat Subuh..sy dan ibu berborak pasal sesuatu, tiba2 sy terpandang ke arah tingkap dan nampak sesuatu menuju ke arah kami. Ianya air yang berombak setinggi 1meter lebih. Saya menjerit kepada semua ahli keluarga saya untuk meninggalkan segera rumah kami dan mencari tempat yang selamat. Saya tiba di sebuah hostel, saya laung kepada kesemua penghuni untuk berjaga2. Tidak semena2nya selepas itu, bangunan tersebut mengalami gegaran. Saya dan beberapa orang kenalan bergegas turun, tapi bangunan itu mendap sebelah kiri. Saya dan beberapa kenalan lain membantu antara sama lain untuk menuruni bangunan yang hampir roboh tersebut. Dalam waktu itu, baru saya teringat saya sudah terpisah daripada ibu dan beberapa ahli keluarga saya. Perasaan saya sedih ketika itu, tapi saya terus berjalan. Saya jumpa sebuah surau, di situlah saya menumpang diri. Sekian.. cerita di atas bukan cerita benar melainkan mimpi sahaja.. Hehe..
Tapi siyes, impact mimpi tu saya masih terasa berada dalam mimpi tu.. Ini mungkin akibat nonton movie 2012..pastu pulak sana sini orang dok cakap sal banjir.
Anyway... lupa pulak nak ucap Selamat Tahun Baru Masehi 2012. Seorang kawan sy yang bijak bestari orangnya mengucapkan kepada saya "Selamat tahun baru 2012, 2012 kiamat..." Ya....sungguh berjuruh orangnya.. haha.. Apapun.. Hari ni hari terakhir percutian sy tamat. Fuh..cuti lama2 buatkan sy rasa malas nak sambung kuliah. Tapi nasib baik sy dah singkirkan perasaan2 tu sume.. So, kondisinya sekarang, agak neutral 90% wakeup. 10% akan datang seminggu dua lagi. =P
Okeyy..tata..
p/s : comel image GIF di atas ni. Haha.
No comments:
Post a Comment