Friday, August 12, 2011

Over semasa berbuka

Bulan puasa ni adalah bulan di mana kita boleh ambil kesempatan untuk menjimatkan perbelanjaan dan menjaga perut, bulan puasa ni lah yg mana nak berdiet kuruskan badan boleh mencapai impian untuk itu. Tapi kenapa bila bulan puasa je, perbelanjaan makin meningkat, dan.....berat badan makin bertambah-tambah? Hurmm....jawapannya adalah kerana NAFSU semata-mata. Terutamanya bila nak beli juadah untuk berbuka puasa. Satu hal, memboros dan membazir, hal keduanya...mana mau sumbat semua makanan tu? Nasi ayam, kuih lompat tikam, kuih apam, young tau foo, dan air buah yang dibeli tu? Perut manusia tidak seperti perut lembu yg ada empat compartment ya..

Jadi, sebagai orang yang hidup selama 22 tahun 11 bulan ni, sy sentiasa ingatkan diri sy untuk tidak melakukan perkara yang akan membuatkan saya menyesal selepas berbuka puasa. Ianya agak 'mengazabkan' diri apabila perut penuh dengan makanan dan air, sampaikan nak menjamah makanan lain yg dipelawa oleh kawan, terpaksa jawab macam ni "tak boleh dah, makanan ada sini dah" sambil tunjuk tengkuk... Memang tak bagus kan. Islam mengajar kita berhenti sebelum kenyang, ini gaya macam berhenti sebelum 'mati kekenyangan'. Hu hu hu..

Okey, antara cara-cara yang boleh mengelakkan kita rasa menyesal selepas berbuka puasa :



*.:。✿*゚・✿.CARA PERTAMA*.:。✿*゚・✿..:*


Semasa menjamah makanan, minum air sekadar 1/6 sahaja dari gelas terutamanya bagi mereka yang sangat dahaga sepanjang hari tu yang sememangnya sudah berniat daripada awal, "bahawasanya aku akan minum satu jag air semasa berbuka puasa karang" kepada kawan-kawannya. Okey, minum satu gelas air sekaligus, dan kemudian sambung makan akan membuatkan anda rasa seperti ular sawa yang tak mampu bergerak setelah berjaya menelan seekor kambing, dan sudah tentu ianya sangat azab ya..

Tindakan saya : Selain daripada cara di atas, sekiranya saya sangat dahaga dan memerlukan satu 'jag' air, sy akan minum 1 'jag' air tu, dan untuk makanan, saya akan makan kuih muih atau benda-benda ringan sahaja, atau pun saya makan separuh daripada makanan berat yang saya beli seperti nasi ayam tu, separuh lagi letak dalam tudung saji, Kemudian, lepas terawih saya akan sambung sesi makan kedua. Tapi saya perlu berkira-kira juga dengan pada pukul berapakah saya akan tidur, sekiranya saya makan pada pukul 10, kemungkinan saya akan membuat kerja hingga lewat malam bagi menghadamkan makanan tersebut terlebih dahulu. Mungkin pukul 12 lebih, atau pukul 1 pagi. :)



tepung pelita, sentiasa menggoda nafsu ketika 'membeli belah' di Bazar. Hati-hati dengan spesies kuih ni.. ha ha ha..


1 'jag' air = hiperbola...ianya merujuk kepada kuantiti yang banyak.



*.:。✿*゚・✿.CARA KEDUA*.:。✿*゚・✿..:*


Pergi Bazar, bekalkan wang di tangan anda sebanyak RM4, RM6, RM7 sahaja, kalau boleh jangan bawa wallet atau purse. Bawak purse atau wallet bahaya kat tengah bazar tu ramai orang karang tercicir/ dicuri/ hilang..satu masalah pula wujud. Satu lagi, saya suka kalau 'membeli belah' di bazar dengan tangan..'freehand' tak pegang handset atau wallet dengan memakai baju atau seluar yang ada poket/kocek. XD.

Tindakan saya : Saya akan membeli satu makanan berat, satu air (tak beli pun takpe, lagi jimat) dan satu jenis kuih. total RM kurang atau sama dengan RM5. =D

Apam mekar atau apam dewa yang kecik-kecik molek ni saaaangat sedap, lembut dan wangi..InsyaAllah, akan mengusahakannya sendiri dengan tangan ini. =D


Tips beli kuih muih : satu tips membantu anda sekiranya anda mempunyai pelbagai kuih idaman untuk didapatkan serta bimbang kempunan DAN dalam masa yang sama anda harus pilih satu jenis kuih sahaja. Hmm..macamana nak rasa semua kuih-kuih idaman dan dalam masa yang sama tidak mahu membazir? Okey, caranya... anda boleh tengok kawan anda beli kuih apa (sekiranya mereka membeli salah satu daripadakuih-kuih idaman anda) target mengena! anda boleh tersenyum, dan boleh proceed ke kuih idaman kedua anda. Percayalah, kawan-kawan anda akan mempelawa anda makan kuih idaman anda itu ketika berbuka puasa nanti. (Sama ada dah memang sikap rakan kita tu yang akan mempelawa atau sememangnya rakan kita itu sudah kekenyangan). See.. kita mempunyai lebih dari satu kuih idaman. He he he.

p/s : kalau mereka tak pelawa, saya sendiri yang akan mintak...."nak sikit...." ha ha..


*.:。✿*゚・✿.CARA KETIGA*.:。✿*゚・✿..:*



Berbuka puasa di masjid atau surau berdekatan.



Dan cara ketiga, untuk berjimat kos perbelanjaan, mengelakkan pembaziran makanan dan penderaan perut semasa berbuka. Eloklah kita secara berjemaah dengan rakan-rakan kita berbuka di masjid atau surau yang berdekatan. Kenal pasti surau/masjid yang menyediakan moreh dan juadah berbuka puasa. Di samping itu, cara ini dapat memupuk sifat kesederhanaan dalam diri, mengeratkan silaturrahim dengan pengunjung masjid yang lain.



***************


Bercakap tentang kesederhanaan dalam diri. Sebenarnya, kita banyak berfikirkan soal makanan untuk juadah berbuka puasa atau bersahur. Terutamanya untuk waktu berbuka puasa. Salah satu hikmah berpuasa adalah memupuk rasa bersyukur dalam diri, kita boleh merasai dan menghayati bagaimana mereka yang tidak bernasib baik, tidak mempunyai makanan mewah dan meriah seperti anda atau lansung tidak mempunyai makanan . Kita terlalu memikirkan kesempurnaan, kemeriahan, kelazatan sehingga lupa, puasa itu sebenarnya memupuk rasa kehambaan dalam diri, hamba kepada Allah S.W.T. . Bulan Ramadhan bukan festival semata-semata. Tetapi 'festival ibadah'. Di mana semua umat Islam berusaha dengan bersungguh-sungguh mencapai kekhusyukan bagi mendapat pengampunan daripada Allah dan pahala yang berlipat ganda.

Akhir kalam..
Selamat menempuhi Ramadhan ini dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, semoga Ramadhan ini bukan Ramadhan yang terakhir. Ameen.

No comments:

Target sebelum ke 'sana'