Tuesday, May 3, 2011

pelik


Intro : Entry ini merupakan entry mengenai etika pergaulan dalam facebook. Semua orang sudah maklum, sekarang facebook sudah jadi seperti dunia kedua masyararakat pada zaman sekarang di mana manusia mempunyai dunia realiti dan dunia mayanya sendiri iaitu dunia siber. Fenomena penggunaan facebook pula tak dapat dinafikan lagi tentang kecanggihan serta kelebihannya dalam pelbagai aspek.

****



****

Dalam dunia berdakwah dalam kalangan muslim muslimah dalam alam maya ni, sy sedikit pelik dengan beberapa situasi. Dan terjadilah perbandingan sentiasa antara pendakwah2 ini dengan kakak senior saya dan jemaahnya. Walaupun sy bukanlah muka2 familiar yang menghadiri program2 mereka tetapi cukup sy tenang dan berasa kemesraan antara kami cepat bertaut dan utuh sekiranya bertemu dalam halaqoh. Mereka yang saya maksudkan adalah srikandi-srikandi yang tabah dan cekal dan tidak jemu-jemu meneruskan matlamat perjuangan mereka iaitu mengembalikan hati-hati manusia kepada Allah S.W.T. Usaha mereka mengembalikan hati-hati yang alpa, jahiliah dan sebagainya semoga mendapat ganjaran di sisi Allah dan dipermudahkan segala urusannya di dunia serta di akhirat. Ini doa sy kepada mereka yang ikhlas berjuang di jalan Allah.

Di sini saya ingin memperkatakan tentang sikap sesetengah pendakwah di alam siber menerusi laman sosial facebook. Bukannya ramai tapi sesetengah daripada mereka membuatkan sy membuat penilaian bahawa mereka seperti pendakwah yang...emm...pelik.


Bukannya perkara besar pun, tapi cukup untuk buat sy terfikirkan integriti mereka sebagai seorang pendakwah melalui perkara sekecil ini. Sebagai contoh, sy yang suka memberi respon kepada posting2 yang sy suka. Sy tak kira siapa orang itu, famous atau tak famous, cerdik pandai atau tidak, berstatus atau tidak, cantik atau hodoh, tidak sy kira dan tidak sy ambil tahu langsung tentang perbezaan2 ini. Cuma yg sy tahu, sekiranya kita memberi respon seperti Likes atau comment (Biasanya komen) sudah tentu kita mengharapkan respon mereka juga terhadap kita. Sekosong2 idea atau pendapat kita walau diibaratkan sebagai tin kosong sekalipun, ianya tetap idea, dan lahir dari pemikiran dan jiwa kita. Jadi, sekiranya tidak berbalas, terkesan di hati lah juga. Lebih2 lagi sekiranya niat kita untuk mengadakan silaturrahim antara mereka. Dan yang peliknya, komen orang lain boleh pulak di-reply balik dan begitu mesra. Situasi ini berulang2, daripada sy tak ambil hati lansung dan berhusnulzhon kepada tiada rasa respect.


Iya sy tahu, sesetengah komen tak perlu di reply semula oleh pemilik posting, contohnya ucapan tahniah, goodluck, terima kasih dan seumpamanya. Lebih- lebih lagi kalau orang yang dah kita biasa buat respon pada postingnya, tak mengapalah. Iya...sy dah tolak faktor itu.. dan semua2 faktor lain yang bersangkut paut. Tetapi situasi ini akan kelihatan seperti tidak elok sekiranya perhubungan kita dengan mereka bukan di tahap yang begitu rapat/mesra/sudah biasa dan di pihak kita yang cuba menjalinkan silaturrahim dengan mereka.

Jadi sy rasa layaklah sy bersuara dengan menegur dalam ruangan ini. Bagi sy Islam itu telus. Sebarang khilaf bolehlah diselesaikan dengan berterus terang. Jadi sy menegur dengan berterus terang dalam ruangan ini. Persoalkan hati dan matlamat kita adakah ianya masih selamat sebagai untuk mendapatkan keredhaan Allah atau keredhaan manusia?




*****

"page berdakwah dan menyebarkan tazkirah sentiasa, tapi tak tahu nak meraikan orang yang respon pada postingnya. Buat tak tahu je mentang2 respon banyak...Sombong atau macamana tu? :)

kalau dah berdakwah tu, akhlak kena seiring lah..hati mesti suci dan murni dengan sesiapa jua..silaturrahim pandai la jaga...sy perempuan awak perempuan...takde fitnah pun kalau meraikan pendapat dan komen orang... :)

Fikir2kan dan renung2kan."

No comments:

Target sebelum ke 'sana'