Thursday, May 12, 2011

dunia & exam adakah sama?

menanti perubahan dan keajaiban berlaku....



Kenapakah kita sukar untuk menerima sesuatu perubahan diri untuk kebaikan kita? Tidakkah terfikir akan kita bahawa masa itu sentiasa berjalan dan tidak pernah berhenti berdetik. Waktu penentuan pula akan tiba tidak lama lagi, tetapi kita sudah terbiasa untuk menangguh dan mengharapkan keajaiban di penghujungnya. Tetapi realitinya apa yang kita harapkan tidak terjadi.

Adakah kita ini dicipta untuk menjadi manusia yang gagal? Atau kita sendiri yang menentukannya dan Allah sebagai pembenar atas segala tindakan kita sama ada tindakan kita itu berbentuk usaha atau pun hanya bersenang lenang menikmati arus dunia.

Dan masa pula berlalu bagaikan air yang mengalir. Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar terleka.



Lihat bahasa analogi yang saya rumuskan di bawah ini :


Versi dunia :
saya tunggu seru untuk study sempena exam...matlamat lulus.

Versi akhirat :
saya tunggu hidayah untuk berubah sempena ke sana..matlamat syurga.


kesimpulannya, usahlah menunggu, ayuhlah kita berusaha mencari seru dan hidayah itu. Nak lulus dan nak kan syurga..konsepnya sama sahaja. Fikirkan apa penghalang kita untuk melakukan sesuatu seperti study contohnya, begitu jugalah penghalang kita untuk melakukan perubahan. Tiada usaha tiada kejayaan. No pain no gain.

Berat rasanya kan. Semua antara kita mahukan kejayaan tetapi usahanya tidak kelihatan. Maka, fikir dan renungkanlah. Adakah kita ini dicipta sebagai manusia yang gagal atau sebaliknya?



Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Apa guna adanya lulus dan gagal dalam peperiksaan?
Apa guna adanya syurga dan neraka untuk hambaNya?

Sama-sama kita renung-renungkan.

Ikhlas dan Redha




Ikhlas dan Redha...bukan senang nak menghadirkan ia....
hanya hati yang penuh cinta kepadaNya sahaja yang mampu menerbitkan ia biar apa pun ujian yang didatangkanNya. Mampukah kita untuk memperolehi rasa ikhlas dan redha itu?


InsyaAllah. Dekatkan diri kepada-Nya sentiasa..semoga segala rasa duniawi itu memudar mengingatkan kehidupan di 'sana' yang lebih abadi dan membahagiakan.


Selamat Tinggal Dunia. Satu ucapan yang ingin saya ucapkan terutamanya ketika saya terasa begitu dekat denganNya. Seolah restu dan redha-Nya mengiringi saya.


Andainya ditakdirkan ke sana tanpa pengetahuan dan petanda daripada-Mu kepadaku, aku mohon Ya Allah, jemputlah daku dalam keadaan aku telah bertaubat kepada Mu pada malam harinya dalam waktu tahajud dan ukhwah aku serta sahabat dan orang tersayang utuh di mana perasaan kasihku kepada mereka adalah keranaMu dan kasih mereka kepadaku adalah keranaMu kerana aku ingin ke sana sarat dengan Cinta. Cinta mereka dan Cinta-Mu.






Monday, May 9, 2011

Bonda

saya yang sememangnya gemarkan lagu2 M.Nasir telah memilih lagu Bonda sebagai lagu pilihan sempena Hari Ibu ni. Lirik lagu ni sangat2 puitis....syahdu...
layannnnn...







Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda



::::::kalau nak dengar lagu ni...sila klik 2x...dan dengar di Youtube..sebabnya blog sy ada player lagu yg tak boleh nak off. Dan sy memang tak berniat nak tukar player lain.. Sekian. =)

Menangislah

Menangislah.
Itu fitrah manusia.
Manusia dilahirkan suci
tanpa dosa dan cintakan kebaikan.

Menangislah,
moga ia dapat mengembalikan semula
jiwa yang suci sebagaimana jiwa bayi
yang baru dilahirkan ke dunia.




Tumpahkan airmatamu pada perkara yang diredhai, jadikan airmata itu airmata yg bernilai yang akan menjadi penyelamatmu daripada azab api neraka.




“Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka. Mata yang menangis karena takut kepada Allah. Dan mata yang begadang berjaga dalam jihad fi sabilillah.”
(HR At-Tirmizy - Hasan Shahih)

Thursday, May 5, 2011

i hate smoke


Dear Smokers, (̅_̅_̅_̅(̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅_̅̅_̅(
)ڪے~ ~
Please get a plastic bag & cover urself whenever u want 2 start smoking.
So u can enjoy d smoke 100% by yourself. We don't want any % of it.

████▒▒▒░░Don't kill me & my friends if u want 2 kill urself░░▒▒▒████


Tuesday, May 3, 2011

pelik


Intro : Entry ini merupakan entry mengenai etika pergaulan dalam facebook. Semua orang sudah maklum, sekarang facebook sudah jadi seperti dunia kedua masyararakat pada zaman sekarang di mana manusia mempunyai dunia realiti dan dunia mayanya sendiri iaitu dunia siber. Fenomena penggunaan facebook pula tak dapat dinafikan lagi tentang kecanggihan serta kelebihannya dalam pelbagai aspek.

****



****

Dalam dunia berdakwah dalam kalangan muslim muslimah dalam alam maya ni, sy sedikit pelik dengan beberapa situasi. Dan terjadilah perbandingan sentiasa antara pendakwah2 ini dengan kakak senior saya dan jemaahnya. Walaupun sy bukanlah muka2 familiar yang menghadiri program2 mereka tetapi cukup sy tenang dan berasa kemesraan antara kami cepat bertaut dan utuh sekiranya bertemu dalam halaqoh. Mereka yang saya maksudkan adalah srikandi-srikandi yang tabah dan cekal dan tidak jemu-jemu meneruskan matlamat perjuangan mereka iaitu mengembalikan hati-hati manusia kepada Allah S.W.T. Usaha mereka mengembalikan hati-hati yang alpa, jahiliah dan sebagainya semoga mendapat ganjaran di sisi Allah dan dipermudahkan segala urusannya di dunia serta di akhirat. Ini doa sy kepada mereka yang ikhlas berjuang di jalan Allah.

Di sini saya ingin memperkatakan tentang sikap sesetengah pendakwah di alam siber menerusi laman sosial facebook. Bukannya ramai tapi sesetengah daripada mereka membuatkan sy membuat penilaian bahawa mereka seperti pendakwah yang...emm...pelik.


Bukannya perkara besar pun, tapi cukup untuk buat sy terfikirkan integriti mereka sebagai seorang pendakwah melalui perkara sekecil ini. Sebagai contoh, sy yang suka memberi respon kepada posting2 yang sy suka. Sy tak kira siapa orang itu, famous atau tak famous, cerdik pandai atau tidak, berstatus atau tidak, cantik atau hodoh, tidak sy kira dan tidak sy ambil tahu langsung tentang perbezaan2 ini. Cuma yg sy tahu, sekiranya kita memberi respon seperti Likes atau comment (Biasanya komen) sudah tentu kita mengharapkan respon mereka juga terhadap kita. Sekosong2 idea atau pendapat kita walau diibaratkan sebagai tin kosong sekalipun, ianya tetap idea, dan lahir dari pemikiran dan jiwa kita. Jadi, sekiranya tidak berbalas, terkesan di hati lah juga. Lebih2 lagi sekiranya niat kita untuk mengadakan silaturrahim antara mereka. Dan yang peliknya, komen orang lain boleh pulak di-reply balik dan begitu mesra. Situasi ini berulang2, daripada sy tak ambil hati lansung dan berhusnulzhon kepada tiada rasa respect.


Iya sy tahu, sesetengah komen tak perlu di reply semula oleh pemilik posting, contohnya ucapan tahniah, goodluck, terima kasih dan seumpamanya. Lebih- lebih lagi kalau orang yang dah kita biasa buat respon pada postingnya, tak mengapalah. Iya...sy dah tolak faktor itu.. dan semua2 faktor lain yang bersangkut paut. Tetapi situasi ini akan kelihatan seperti tidak elok sekiranya perhubungan kita dengan mereka bukan di tahap yang begitu rapat/mesra/sudah biasa dan di pihak kita yang cuba menjalinkan silaturrahim dengan mereka.

Jadi sy rasa layaklah sy bersuara dengan menegur dalam ruangan ini. Bagi sy Islam itu telus. Sebarang khilaf bolehlah diselesaikan dengan berterus terang. Jadi sy menegur dengan berterus terang dalam ruangan ini. Persoalkan hati dan matlamat kita adakah ianya masih selamat sebagai untuk mendapatkan keredhaan Allah atau keredhaan manusia?




*****

"page berdakwah dan menyebarkan tazkirah sentiasa, tapi tak tahu nak meraikan orang yang respon pada postingnya. Buat tak tahu je mentang2 respon banyak...Sombong atau macamana tu? :)

kalau dah berdakwah tu, akhlak kena seiring lah..hati mesti suci dan murni dengan sesiapa jua..silaturrahim pandai la jaga...sy perempuan awak perempuan...takde fitnah pun kalau meraikan pendapat dan komen orang... :)

Fikir2kan dan renung2kan."

Target sebelum ke 'sana'