Friday, April 1, 2011

pengisian hujung minggu

Esok sy jadi ikut senior sy ke program tarbiyah. Program yg turut melibatkan pelajar dari IPT lain. Asalnya macam 50-50 nak pergi, kononnya nak buat assignment dan bahan projek. Tapi, Alhamdulillah, dua2 asgment ditunda tarikh hantarnya. Dan..sy takde alasan untuk menolak . Hehe. Tambah lagi, apabila difikirkan bertapa sy dipermudahkan membuat segala tugasan pada semester ni, syukur. Tarikh hantar setiap asgment pun banyak gapnya. Syukur lagi.

Fikirkan segala kesenangan itu, sy menyerahkan jasad sy ni untuk ditarbiyahkan jiwa ini di sana. Rasanya dah banyak buat benda2 lagha. Bimbang tersasar jauh pula. :( Perkara yg paling indah adalah dapat menjaga kemanisan iman itu. Manis dan nikmat yg tiada taranya dengan segala nikmat duniawi. Itulah pembekal kekuatan dalam diri. Suara halus yg sentiasa membisikkan rasa Bertuhan. Oh..seolah2 sy sudah lama berjauhan dengan rasa itu. Itulah, banyak sangat buat benda lagha. Sekali sekala terfikir dosa2 lalu. Ya Allah, hinanya diri ni. :( Kalau boleh rasa nak jadi orang lain. Nak lahir bersih kembali. :( Tapi apabila mengingati salah satu Ayat Cinta dari Allah yang berbunyi :

Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
{Az-Zumar: 53}

Sy rasa lega sikit. Tapi, apabila terkenangkan diri dulu yg agak jauh daripada penghayatan agama Islam yg sebenar, sy sedih. Fuh. Rasa nak doa banyak2 di-removekan memori dulu2. :( . Tengok lah sedih lagi. Ok2...dah..dah...

Actually sy baru bangun dari tidur, selepas pukul 10 tadi tidur. Terjaga pukul 2:15. Nak sambung buat kerja dan kemaskan barang2 yg nak dibawa ke sana. Program yg berjalan 2 hari 1 malam. Insyaallah..semoga dipermudahkan segala2nya. Daripada program di sana sehinggalah dipermudahkan kerja2 sy yg akan terhenti sementara selama 2 hari bermula esok. Takpe2. Segala2nya akan dipermudahkan-Nya. InsyaAllah.

Ok. Off.
On Tahajjud. Jom.

Di sini, sekali lagi sy mohon maaf kepada kedua2 hamba Allah yang terselisih faham dengan sy. Maafkan kesalahan sy. Sy harap mereka tak simpan marah lama2 kepada sy memandangkan mereka orang baik2. Hee. Di pihak sy (salah sy), sy dengan serendah2 hati, from right antrium to left ventrical, with the whole of my heart would like to say a very2 BIG sorry to both of you. Moga dengan memaafkan sy, Allah akan menaikkan lagi darjat anda sebagai orang2 beriman. Amin.


Mensucikan diri.
Sesuci embun pagi di setiap tumbuh-tumbuhan. Allah...

2 comments:

Along Tapa said...

hallamak aih cantik sungguh bahasa ko ni...kalo aku la, mesti dah sejuk ati tak marah2 lagi...huhu

Gorengbaek - Kenapa orang pompuan rajin dapat eksiden

Hangit Habis dah - April Fool...kondem tapi buat gak...

Kerat Senget - Beberapa perkara tentang blog yang kita taktau...

Cahaya Kudos said...

sy ikhlas menyatakan maaf sy. :)
Tambah lagi, peribadi muslim tak harus dicemarkan dengan perkara2 macam ni kan...

Hmm..Masih banyak perkara2 besar lain yg harus difikirkan dan bukannya bertelagah sesama sendiri kan.

Along Tapa, thanks for your comment. :)

Target sebelum ke 'sana'