Monday, October 18, 2010

bizi..gering

Ujian akhir kursus untuk 3 paper bermula daripada semalam 17hboktober 2010 dan akan berakhir pada hari esok. Semalam paper math, heheh...sy pn tak tau nk jawab macamana soalan tu. Respon daripada unit2 lain pun jawab perkara yg sama, "sgt 'senang' " kata mereka. Hehe. Adui, tak dapat menjawab sebaik mungkin. Apa2pun paper siang tadi english sangat senang. Alhamdulillah. Esok pula, literasi bahasa.. Doakan sy dapat jawab dgn senangnya ya.. =)

Dua hari sy tak dapat study betul2. Sakit kepala. Bi semalam pun tak study sangat. tidur pukul 10 sebab tak tahan kepala sakit. Sakit pulak bahagian kiri saja. Tak pernah2 pulak ada sakit kepala macam ni..tetiba2 ada. Suspen sungguh. Mungkin ada kaitan dgn sakit sakit gigi yg baru nk tumbuh ni. Hee. Tadi pi check kat klinik.

Anyway, menyentuh perihal gigi sy ni..Sy bangga dengan kurniaan Allah ni. Gigi sy comel bak kata kebanyakan orang. Hehe. Teratur dan comel kata mereka. Alhamdulillah. Walaupun gigi sy tak la macam gigi model2 iklan ubat gigi, tapi comelnyo tetap ado! Hee...Yang penting, gigi penyanyi Aizat Amdan pun macam ni jugak. Ini gigi orang seni tau.

Baiklah. sebelum sy merapu dengan lebih jauh lagi..sy mintak diri dulu. mau study.
Tak sabar nak abiskan uak ni..sebab sy mau edit blog yg baru saja dibuka petang tadi. Blog apa..? Blog kelas.. =)

InsyaAllah, nanti sy link kan ke blog sana bila blog tu da di kemaskini.

Tuesday, October 12, 2010

i'm cracking under pressure maa...

Saat ni sy sedang menyiapkan slide untuk perbentangan untuk seminar literasi bahasa yang akan diadakan di dewan lecture TELLTRAC. Seminar yang akan dihadiri oleh kesemua guru pelatih batch kami, kemungkinan lecturer daripada Jabatan Pengajian Melayu serta guru pelatih batch lain dan unit lain pun datang. Lagi suspen, seminar tu turut dihadiri oleh Tuan Pengarah IPGKDRI juga. Hadoi. Siap bunyi gamelan lagi, aih...macam grand je..aishh....sy akan bawak imej unit sy, imej pensyarah sy dan imej Jabatan Pengajian Melayu. Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu ini.

So, esok akan jadi hari yg sibuk, memenatkan dan tekanan maybe..nak buat rakaman tuk slide yg akan dibentangkan nanti, nak anukan balik slide tuh. Dan nak hadam semua yang akan dibentangkan nanti mengenai tajuk yang unit kami dapat. Owh ya...esok juga ada BBQ untuk Gerko Badminton kat rumah pensyarah En.Mutalib. Petang tu, badminton mmbers akan bergotong royong persiapkan semua tu. Malam makan. Oleh kerana sy jenis tak makan ayam sangat terutama BBQ, sy just datang malam sajala..teruk kan..datang malam petang tak buat persiapan pun. Hmm..maaf..esok mungkin tak sempat tuk sy turut serta buat persiapan makan2 tu. InsyaAllah,sy akan datang untuk jumpa dengan pensyarah dan semua bdminton mmbers.

Hmm, next week pulak..bermula sudah Ujian Akhir Kursus..ujian sebelum exam final sem tu...hee...study nye start hari jumaat atau sabtu la of course. UAK, ni baik sebagai persediaan untuk xm sebenar nanti, tapi sudah semestinya kami akan dibawah tekanan la...Hmm.... Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu serta rakan2 seperjuanganku..Amin.

Kemudian, segala abm kena settle untuk pameran pulak. Pameran literasi bahasa. Then, folder setiap subjek pun kena disettlekan. Ini semua dalam tempoh oktober ini. InsyaAllah kami akan dapat rehat lagi dalam oktober ini. Untuk tempoh satu minggu++ ni kami kene struggle sikitla.

So, sesuai dengan tajuk postnya....sy memang agak tertekan sikitla kali ni. hmm..semoga semuanya berjalan dengan lancar dan berjaya.

Sekian.

p/s : InsyaAllah esok akan ada masa untuk 2jam rilek2kan kepala pada sesi pagi tu di kelas PJ, ada game...yea....bolehla main...=)

Friday, October 8, 2010

Angel - Atilia



Angel
Kau pernah bawaku ke sana
Di alam mimpiku
Dia
Yang selalu ada dihatiku
Mengusir rindu
Bawa daku bersamamu

Angel
Tunjukkanlah mata hatimu
Seperti selalu
Kutahu
Kerdipan gemintang kan hilang
Pastikan hilang
Bawa daku bersamamu
Bawa daku bersamamu

Kuingankan hanya kamu
Percayalah kepadaku
Angin hembuskan rinduku
Ku tahu nurani diriku
Mahuku hanya kamu
Lirikan senyuman yang membisu
Tapi hanya kamu…

Angel
Kesudahannya mungkin tiba
Kurelakan semua
Moga
Kita diberkati olehNya
Selama lama

dengar lagu...

Saturday, October 2, 2010

perkembangan kognitif - situasi

Salam sejahtera,

Semoga anda sentiasa sihat dan ceria di samping dapat melaksanakan tugas harian dengan sempurna. Tidak kira di mana pun anda berada, terima kasih kerana anda sudi melayari laman ini.

Pada suatu pagi, saya meminta seorang murid untuk mengambil barang saya yang tertinggal di
atas meja dalam bilik guru.


Penulis : Akmal. Mari ke sini sekejap. Awak tau meja cikgu tak?

Akmal : Tau.

Penulis : Okey, tolong ambilkan ‘marker pen’ warna biru atas meja cikgu.

Murid : Sekarang ke, cikgu?

Penulis : Ya.

Murid ini tadi keluar dan menuju ke bilik guru. Sebentar kemudian, dia kembali semula.

Penulis : Mana barangnya?

Akmal : He.he.. Lupalah. Cikgu suruh ambik ape tadi?

Penulis : Cikgu suruh kamu ambil ‘marker pen’ warna biru macam ni (menunjukkan contoh)
atas meja cikgu kat bilik guru.

Murid B : Biar saya pergi, cikgu!

Jerit ketua kelas dari belakang.

Sekali lagi saya tunjukkan contoh ‘merker pen’ warna biru kepada murid berkenaan dan memintanya mengambil segera. Beberapa ketika kemudian, murid ini kembali semula.

Akmal : Tak ada pun?

Penulis : Atas meja cikgu la. Awak dah cari betul-betul?

Akmal : Dah cari. Memang tak ada. Buku banyak la atas meja.

Penulis : Awak cari atas meja siapa?

Akmal : Atas meja cikgulah.

Penulis : Ada gambar cikgu tak atas meja tu?

Akmal : Ada. Tapi bukan gambar cikgu. Gambar Cikgu Faiz.

Penulis : Akmal, meja yang awak pergi tadi tu bukan meja cikgu. Itu meja cikgu Faiz. Atas meja
cikgu mestilah ada gambar muka cikgu ni. Tak apalah. Cikgu suruh orang lain pergi ambil.

Akmal : Saya tau, cikgu. Biarlah saya ambil.

Penulis : Okey. Pastikan awak tak silap meja tau. Pergi ambil sekarang.

Akmal : Ambil ‘marker pen’ je kan, cikgu?

Penulis : Ya. Warna biru macam ni tau. (sekali lagi saya tunjukkan contoh)

Murid tadi meluru keluar berlari menuju ke bilik guru. Sebentar kemudian, murid ini kembali semula ke kelas dengan sebatang ‘marker pen’ yang saya minta diambilnya.

Akmal : Nah!.

Penulis : Akmal, ini ‘marker pen’ warna hitam. Cikgu suruh ambil warna biru.

Akmal : Yeke, cikgu? Tadi saya ambil warna biru la. Macam mana sampai kat sini jadi warna hitam? (sambil menggaru kepala yang tak gatal)

Penulis : Hmm.Tak apalah. Terima kasih. Awak sambung siapkan latihan tadi.

Murid tadi berlalu. Saya memandangnya dan kemudiannya menggeleng kepala dan tersenyum.

Sekian,

Target sebelum ke 'sana'