Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan datang lagi..

Assalamualaikum w.b.t...

Hari ni sudah masuk hari ke lima kita berpuasa. Sedar tak sedar sekali lagi kita berada di bulan Ramadhan. Rasa begitu sekejap jer masa berlalu, hari ni kita sudah pun berada di bulan yang mulia, bulan diberkatiNya, Ramadhan al Mubarak.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, saya masih bernafas dan dapat merasai sekali lagi sambutan bulan Ramadhan dengan keluarga tercinta. Rasa bahagia tak terkata bila dapat bersua muka dengan ahli keluarga beberapa hari lepas. Syoknye... berbuka ramai-ramai dengan mereka yang pulang ke kampung walaupun untuk 2 hari saja.

Dan agenda paling bermakna kami, seperti biasa selepas berbuka puasa kami pakat ramai2 ke surau berdekatan untuk menunaikan solat tarawih berjemaah. Fuuuh.. lega.. setiap kali menunaikan solat tarawih. Rasa cam tak ada apa2 hutang.. rasa tak bersalah pun ada..hehehe.. (Ha..saya tak bersalah!...'nada coordy'..) Jangan marah yer coordy..pinjam kata keramatmu satu tika dulu..hu3..
Azam untuk Ramadhan tahun ni.. kalau boleh tak mau tinggal tarawih walaupun datang apa2 halangan sekalipun.. dan Alhamdulillah selama 6 hari berturut-turut ni, tiada apa2 halangan untuk saya skip tarawih setakat ni. Walaupun terlampau excited, gundah gulana dan macam2 perasaan lagi. Alhamdulillah dapat saya belenkan dengan tarawih untuk mengisi kekosongan jiwa ni...hee.. PeAce..
Hmm.. hari ni..tak de apa yang nak dikhabarkan sangat.. just nak share wit all of u my beloved frens tentang kelebihan solat sunat tarawih. Insyaallah..bila kamu baca kelebihan-kelebihan tarawih ni.. mudah-mudahan apa2 halangan yang datang.. itu tak mematahkan semangat dan niatmu yang suci dan murni itu tuk bertarawih beramai-ramai.
Sesungguhnya, pahala Solat tarawih memiliki keutamaan dan keistimewaaan sebagai salah satu ibadah di bulan suci Ramadhan. Apa keutamaan solat tarawih tu ye ?
Dari Ali bin Abi Thalib ra bahawa dia berkata "Rasulullah ditanya tentang keutamaan-keutamaan tarawih di bulan Ramadhan. Kemudian beliau bersabda : "

1. Orang mukmin keluar dari dosanya pada malam pertama, seperti saat dia dilahirkan oleh ibunya.

2. Dan pada malam kedua, ia diampuni, dan juga kedua orang tuanya, jika keduanya mukmin.
3. Dan pada malam ketiga, seorang malaikat berseru dibawah Arsy: "Mulailah beramal, semoga Allah mengampuni dosamu yang telah lalu."
4. Pada malam keempat, dia memperoleh pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqan (Al-Quran).

5. Pada malam kelima, Allah Taala memeberikan pahala seperti pahala orang yang solat di Masjidil Haram, masjid Madinah dan Masjidil Aqsha.

6. Pada malam keenam, Allah Taala memberikan pahala orang yang berthawaf di Baitul Makmur dan dimohonkan ampun oleh setiap batu dan cadas.

7. Pada malam ketujuh, seolah-olah ia mencapai darjat Nabi Musa a.s. dan kemenangannya atas Firaun dan Haman.

8. Pada malam ke lapan, Allah Taala memberinya apa yang pernah Dia berikan kepada Nabi Ibrahim as.

9. Pada malam kesembilan, seolah-olah ia beribadat kepada Allah Taala sebagaimana ibadatnya Nabi saw.

10. Pada Malam kesepuluh, Allah Taala mengurniai dia kebaikan dunia dan akhirat.

11. Pada malam kesebelas, ia keluar dari dunia seperti saat ia dilahirkan dari perut ibunya.

12. Pada malam keduabelas, ia datang pada hari kiamat sedang wajahnya bagaikan bulan di malam purnama.

13. Pada malam ketigabelas, ia datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari segala keburukan.
14. Pada malam keempat belas, para malaikat datang seraya memberi kesaksian untuknya, bahawa ia telah melakukan solat tarawih, maka Allah tidak menghisabnya pada hari kiamat.
15. Pada malam kelima belas, ia didoakan oleh para malaikat dan para penanggung (pemikul) Arsy dan Kursi.

16. Pada malam keenam belas, Allah menerapkan baginya kebebasan untuk selamat dari neraka dan kebebasan masuk ke dalam syurga.
17. Pada malam ketujuh belas, ia diberi pahala seperti pahala para nabi.
18. Pada malam kelapan belas, seorang malaikat berseru, "Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah redha kepadamu dan kepada ibu bapamu."
19. Pada malam kesembilan belas, Allah mengangkat darjat-darjatnya dalam syurga Firdaus.
20. Pada malam kedua puluh, Allah memberi pahala para Syuhada (orang-orang yang mati syahid) dan shalihin (orang-orang yang soleh).
21. Pada malam kedua puluh satu, Allah membangunkan untuknya sebuah gedung dari cahaya.

22. Pada malam kedua puluh dua, ia datang pada hari kiamat dalam keadaan aman dari setiap kesedihan dan kesusahan.

23. Pada malam kedua puluh tiga, Allah membangun untuknya sebuah kota di dalam surga.
24. Pada malam kedua puluh empat, ia memperoleh dua puluh empat doa yang dikabulkan.
25. Pada malam kedua puluh lima, Allah Taala menghapuskan darinya azab kubur.
26. Pada malam keduapuluh enam, Allah mengangkat pahalanya selama empat puluh tahun.
27. Pada malam keduapuluh tujuh, ia dapat melewati shirath pada hari kiamat, bagaikan kilat yang menyambar.

28. Pada malam keduapuluh lapan, Allah mengangkat baginya seribu darjat dalam surga.

29. Pada malam kedua puluh sembilan, Allah memberinya pahala seribu haji yang diterima.
30. Dan pada malam ketiga puluh, Allah berfirman : "Wahai hamba-Ku, makanlah buah-buahan syurga, mandilah dari air Salsabil dan minumlah dari telaga Kautsar. Akulah Tuhanmu, dan engkau hamba-Ku."

Demikianlah, keutamaan solat tarawih yang disebutkan oleh Rasulullah SAW.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadi.. sangat rugi lah.. kalau kita tak merebut peluang ni. Ini lah dia bulan keberkatan, inilah juga bulan keampunan..juga bulan mukjizat.
Sekian saja, untuk kali ni..
Selamat Berbuka Puasa....
Rindu kamu semua..rakan seperjuangan..rakan esaimen..rakan kelas gabung..jiran2ku..adik2ku..dan tak lupe...She..
Thank you for everythng..
Assalamualaikum..
.......................................................................................

Salam Ramadhan al Mubarak.


Wednesday, August 19, 2009

Berkat di sebalik...Bismillah.

Assalamualaikum..
sudah lama rasanya tak masuk sini.. (memang lama pun..hehee) Nak kata kerja banyak.. Hmm..boleh laa.. Buat masa ni, sibuk dengan presentation2, aktiviti kelas, kkbi, kkp.. Kelas pulak full.. petang2 cam bese ada kelas.. petang free..petang ahad dan khamis ajer la.. Hmm.. da lama tak post cerita kat sini ya.. Aduhai.. masa tu.. ada jer rasanya..tapi entah la.. (tak istiqomah ler tu..hee)
Kejap tadi, saya baru jer terbaca satu kisah tentang seorang hamba Allah.. tengah2 sibuk duk melawat laman2 lagha..terjumpa pula kisah ni..(hehehe..) Hmm.. Di kesempatan ni, saya mau share dengan kamu semua tentang kisah seorang hamba Allah ni..yang sentiasa menyebut "Bismillah.." Renung-renungkan...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Begitulah ceritanya... sebenarnya kisah ni mengingatkan saya pada seorang penjual pisang goreng di kampung saya suatu tika dulu. Saya dan kawan baik..panggil.. Mak Cik Bismillah.. Gerainya dekat jer..bersebelahan dengan Masjid Buluh Gading. Hmm..tapi sudah lama tak nampak dia berniaga kat situ lagi.. Hmm...apa cerita Mak Cik Bismillah sekarang ye..? Wallahualam..
Sekian saja buat kali ini..terima kasih..
info :
2++ petang..
bersama Siti Najwa Ghazali..
di Bk3 dan Bku..
p/s : hmm...mau cari maklumat tentang mak cik bismillah cuti ni..apa khabar dia sekarang..?

Thursday, August 6, 2009

Muhasabah diri...

Fuhhh....pagi semalam...
aku terkocoh-kocoh berlari ke surau..hantar baju kurung..dan beg...
Gini la kami setiap hari khamis.. Lepas kelas pJ kelas Bm pulak.. nak masuk kuliah Bm diwajibkan pakai baju kuliah...iaitu baju kebangsaan kita..baju kurung..

di dalam hati..mengutuk2...kenapa gate perlu dikunci. Sudah la tu, hari tu ada pJ..camne nk mandi... Hmm..kat bilik persalinan...?? huh.... takkan nk usung suma toiletries lam bakul tu.. atau berjemur dalam surau..adui..masaelah..masaelah.. Jadi... macamana tak muncung mulut neh..dah boleh ikat reben dah..

Hah.....Kasut kuliah....???!

aiyoohh...macamana nih.... kasut kuliah tertinggal kat bilik pulak...
takkan nk pakai..baju kurung dengan kasut sport kot..
buang tebiat..?? huhu..

nak tak nak.. sekali lagi aku berlari balik ke bilik..amik kasut...hantar ke surau..
dan cepat2 keluar dari surau...langkah kaki dipercepatkan..free2 jer aku warm up mase tuh..hmm..!

Tengah2 berjalan ala2 berlari tuh..Dari belakang...aku nampak seseorang yang aku kenal..Hmm...
Owh....She...umm..

(She represent her name..) kalau boleh aku tak mau expose namanya kat sini..
Ummm..aku cuba amati betul2...betul ker tak dia ni...ke org laen..umm...beg oren..umm...still not sure..last2 aku cuba perhatikan pada kasut sukan dia..
owh...sedikit antik..dengan jahitan kat muncung kasut dia tu..

Haa..confirm dia...
aku paling ingat tang kasut dia tula...
ummm...she...she...
bagusnya dia..walaupun kasut tu sedikit nazak..bagi aku..
tapi She still pakai kasut tu..
katanya..kasut ni still boleh pakai lagi...tak perlu tukar..sambil tersenyum pada aku satu tika dulu...
ummm..bagusnye dia..tak macam orang lain..
bukannya tak der duit..bukannya kedekut...nak beli satu lagi..
bukannye terlalu cermat dalam berbelanja..
cuma....tak mau membazir...

Hmm....She...She..
Bagusnya kamu..amar maaruf nahi mungkar..sampaikan bab2 yang kecil pun dia mampu aplikasikan..amalkan..
perspektif dia pada kehidupan lebih luas berbanding aku..malah jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan aku..

semua yang dilihat..semua yang didengar..semua yang diucap..semuanya dia nampak Yang Satu...iaitu Allah swt..
dan....Bila aku pun boleh jadi seperti dia..yaa..?

dia kata....
Manusia yang paling bijak...
ialah manusia yang mengingati mati....

aku pernah dengar ucapan tu...dan tak begitu aku renungkan maksudnya...
Tapi bila dia yang sebutkan 2 baris ayat tu..rasa tertusuk betul2 dalam hati ni..dan buat aku terfikir...
betul la... manusia yang paling bijak..ialah manusia yang mengingati mati...formula aku senang....bila seseorang tu..selalu mengingati mati...semestinya..dia akan beramal...beribadat.. mula mencari kebenaran pada setiap ayat-ayat Allah.
"Bekerjalah kamu seperti kamu hidup 1000 tahun lagi...
Beribadatlah kamu...seolah2 tiada lagi esok untukmu.."
Jelas...ayat di atas ni..mengajar kita untuk mengimbangkan dunia dan akhirat...
Harap2 aku tergolong dalam golongan itu..
Dan aku…??
Macamana dengan dia, She...
Hmm..Aku mohon maaf kalau ajakan She tak aku penuhi..aku mohon ampun kalau aku sangat payah nak penuhi jemputan dan ajakan dari She.Walaupun memang betul aku ada kerja dan aktiviti yang macam2 nak dilakukan..

Tapi, orang kata.. nak seribu daya.. tak nak 1000 dalih tak gitu.. ?
Hmmm.. nak cakap banyak assignment, banyak kerja.. aku rasa She lebih banyak kerja tapi ada jer masa sembahyang berjemaah di surau, sunat dhuha di bilik persalinan waktu kelas Pj..
ada jer masa ziarah aku di bilik, ada jer masa menghantar sms-sms mengingatkan aku padaNya. Sedangkan aku payah nak reply. Ajakan dia tak semua aku penuhi.

Tapi dia tak pernah ambil hati. Tak pernah menjauhkan diri daripada aku. Makin dihampiri ada lah. Selalu beri nasihat2 yang menenangkan.
Kalau boleh diberi label..label ‘Muslimah Sejati’ insyaallah.. dia layak terima label tu sebab setiap ucapan dia tak pernah lekang daripada menyebut tentangNya. Setiap nasihat dia menenangkan aku. Dialah sahabat sejati yang penyabar.

Kalau dia ada membaca tulisanku ni.. Aku mau dia tau. Kamu sangat berharga.. dan bermakna dalam hidupku..
Cuma aku yang lemah...hmm...
****************************
Aku tegur dia dari belakang, dia tersenyum riang bila tengok aku di sebelah dia.
Dalam hatiku, ……dia tak ambil hati ke dengan aku sebab ajakan dia aku tolak beberapa hari lepas tu..??
Hmm… nampak gayanya tak kot..tersenyum macam tak der apa2..riak muka happy jer..
Ummm.. kalau lah ada…wallahualam..Mungkin dia buang jauh2 kekecewaan dia .. mana tau..Gitu lah…komitednya She…dalam berkawan dengan aku.Dan aku…? Siapa lah aku yer..
Sudah menjadi fitrah manusia…cintakan Ya Rabb walaupun diri serba kekurangan..
Semoga fitrah itu lah.. yang menggerakkan hati setiap mannusia untuk sentiasa mendekatkan diri padaNya.
Hmmm..
*********************************
Dan…………Sebelum berpisah, dia ada memberikan aku sesuatu.
Buku kecil…??
“Al-Ma’thurat…dalam ni ada wirid2…bacalah.. Akak hadiahkan untuk Asni..
Amik la..”
Betul ke ni…? Serius…?
“Lah..serius la…nah amik..”
Alhamdulillah…
sememangnya sekarang aku memang sedang mencari zikir..wirid…surah yang ringkas tuk dibaca…
Sebab..hati aku gelisah dua tiga minggu ni.. Dilemma yang aku sendiri tempah.. yang tak tahu bila penghujungnya..
Alhamdulillah.. Usai solat zuhur petang tu.. aku baca wirid2 dalam ma’thurat tu..alhamdulillah..hati ni jadi tenang..
Masa tu la.. aku muhasabah diri ni..
Hmm.. Kadang2 bila emosi melebihi peranan akal waras..
kita tak sedar..
mungkin apa yang kita ucapkan…
kita lakukan..menyinggung perasaan orang lain.
MySpace
Aku harap.. orang yang aku maksudkan… dapat maafkan aku..
dan faham.. kenapa aku jadi macam tu..
Sekian sahaja ceritaku hari ni yang aku anggap seperti menulis dalam mimpi…dalam tidur..kabur…ntah ape2..yang aku pun tak tau…
Yang aku tau....ini lah perasaanku pada waktu ni…sekian saja...dariku...
assalamualaikumm...
~~Salam....kekaburan....~~
p/s: dont worry aku akan bangkit... =)

Target sebelum ke 'sana'