Jogging kat Pantai Ibai pagi tadi...bila takdok orang.. duk berlari gaya bebas... tangan ke atas.. da macam orang dayak.. landing atas pasir pantai yang lembab.. pandang ke langit.. Wahhh... bebas... indahnya dunia.....
"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti ? {Al-An'am : 32}
Friday, April 5, 2013
Monday, February 11, 2013
"Bila nak kawin?" Erk...
Akhir-akhir ini banyak sangat soalan yang diajukan pada saya mengenai hal kahwin, soalan ini diajukan pada saya 1-3 kali seminggu secara puratanya...
"Bila k.asni/asni/awk nak kawin ?"
Soalan ni saya kurang gemor sebenarnya, tapi mungkin juga yang bertanya suka berbicara soal2 kahwin, tambah2 lagi sekarang ni trend orang kawin awal, kawin di usia muda.. dengan bantuan teknologi facebook membolehkan perkongsian gambar2 kahwin... membuatkan mereka2 yang gemar bertanya saya itu ada keinginan untuk berkahwin. Ermm..tak mengapalah, perasaan itu normal.. lagipun itu perasaan mereka, there's nothing to do with me pun.. cuma macam tulah.. saya kurang gemor soalan itu ditanyakan pada saya kerana saya tiada jawapan untuk soalan itu..
Kalau saya rajin, saya jawab panjang sikit...
" ..... tak semua org corak hidupnya sama, kahwin usia 20 an..ada juga lewat 30 an, ada juga 50 an dan ada juga yang tak kahwin langsung.. jadi kalau ada jodoh, ada la.. saya tak fikirkan sangat pun, sebab rasa macam tak layak.. takde doa, takde munajat,qiam dan seumpamanya, tiba2 saya nak mintak perkara sebesar itu dengan Allah, saya malu.. sesekali ada juga saya berdoa, tapi banyaknya tak.. so, buat masa ni.. takde kot.. kalau ada pun itu hadiah dari yang di 'atas' . "
Saya menganggap ianya perkara besar kerana yang saya mohon itu berkenaan jodoh yang baik untuk saya, jodoh yang membahagiakan.. insan yang bakal membimbing saya, mengendurkan ego dan emosi negatif saya, yang selalu mengingatkan saya, "duniawi itu melalaikan, ambillah sedang2 saja..", yang mampu menyedekahkan masa, kudrat mahupun hartanya untuk meng-adakan masa bersama keluarga, meng-adakan halaqah dan tazkirah setiap malam dan dirinya jua tidak DUNIAWI dengan dunia.
Bersifat duniawi ni.. iyelah salah satunya, mahukan kesempurnaan pada seorang isterinya, mesti cantik dan muda sepanjang masa dan sebagainya.. Bermaintenance tinggi, tiap2 bulan nak tukar aksesori kete, gajet, etc yang baru dan seumpamanya.. So.. sama2lah kita mengurangkan sifat "keduniaanwi" itu.. hehe.
Oh, itu kalau rajin.. jawabnye panjang.. Kalau saya malas, saya jawab apa ? Saya jawab...
"Ha... tahun depan saya kawin" sambil tersengih2.. saya cepat2 larikan diri dari tempat itu, buat2 sibuk dan sebagainya.. kalau orang itu berkeras dan tanya siapa orangnya? Maka, usahlah berasa gementar untuk berkata, "Entah, saya pun tak tahu, kalau ada calon yang sesuai saya kahwin tahun ni, kalau tidak tahun depan, kalau tidak tahun depan.. tahun depan depan, kalau tidak tahun depan depan.. tahun depan depan depan lagi, kalau tidak .. bla bla bla.. bla.. "
Maka fahamlah orang tersebut. InsyaAllah. =))
Wednesday, November 28, 2012
nota pendek
Badan letih, otak letih.. dua2 kudrat cukup lelah minggu ni. Jiwa pun kadang2 melayang. Cuti sem kali ni tak macam cuti sem, apabila semuanya selesai nanti.. saya akan pastikan diri saya bercuti ke Bagan Lalang! Kembalikan nostalgia tidur dalam khemah.. Itulah sebaik-baik tempat untuk saya...
Sunday, November 25, 2012
Burger malam2
Pukul 10.38 malam, order burger double ayam special.. ish3.. apa nak jadi lah ni. Takpe.. hidup hanya sekali.. sesekali apa salahnya.
Eh.. Burger Ramlee tau, bukan mcD.. =D
Thursday, October 25, 2012
Love me? no?
Dalam konteks percintaan atau hubungan seumpama dengannya, tidak semestinya apabila seseorang itu mengatakan, "I love you" kepada seseorang itu bahawa orang tersebut benar cinta pada orang yang dikatakan itu. Kalau tak, kenapa adanya putus-couple-putus-couple sebelum kahwin dengan orang yang lain pula. Padahal tanpa berkata apa-apa juga, membawa maksud 'I love you' tetapi dalam diam tanpa pengetahuan manusia.
Love-love ini subjektif, proses terbitnya cinta juga halus.. 1juta orang bermakna 1juta cinta, takkan sama cintanya dengan orang lain... jadi bagaimana kita definisikan ia cinta dan mengishtiharkan ia pada dunia jika kita sendiri tidak pasti hala tujunya. Saya juga begitu, yang saya tahu.. si dia yang akan saya* kahwini itulah Cinta saya iaitu pada deklarasi akad nikah itu sendiri. Baru saya berani katakan saya cintakan dia.
p/s : Saya bercakap secara umum, so perkataan saya* itu boleh difahami sebagai kita*. Sindrom halusinasi cinta boleh menyerang sesiapa saja kalau hati itu mudah menyerah pada sesiapa saja. Usah teruja jika ada orang ucap "I love you" pada anda. Pakai 'filter' ya kawan2.. moga tidak tersalah pilih. =)
.....maaf...sedikit kompleks bahasa dalam entry ini, pada yang faham.. tahniah.. pada yang tidak faham.. maaf kesulitan amatlah dikesali. Asni malas nak baiki post ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)

