Sunday, December 29, 2013

Refleksi diri 2

Refleksi diri julai-disember 2013.

Terlalu negatif. Heartless. Baran. Ignorance.

Mohon maaf pada yang terkena aura negatif saya.

Moga Allah lebih dekat. Moga tidak lupa sebagai musafir hina dalam perjalanan ke negeri akhirat yang bakal dijemput bila-bila masa.

Refleksi diri 2013

Dibiarkan diri dalam belenggu kejahatan dan kelalaian sememangnya merugikan diri. Jauh dari Allah, pantang diganggu dan diduga mudah saja kacau bilau. Perilakunya kasar, muhasabahnya tidak.

Ya Rabb... Jauh benar aku.

2014. Tahun baru. Moga lebih positif.

Thursday, December 19, 2013

Ntah apa2

Saya tidak kenal orang yang berlagak dan pandang rendah orang lain.

Dalam erti kata lain, "sombong".

Sudah beratus kali ku bilang, sombong itu jelik.

Sunday, November 10, 2013

Photo santai

Afi ni antara makhluk agak special sbg sahabat dia ni sangat special, lucu, lurus, buat lawak selamba, clumsy, suka tolong org.

Gambar ni diambil waktu shopping, I leteh. Malas nk pose2 sangat.

Friday, November 8, 2013

Jom bakorrr!

"There are an estimated 59 calories burned by doing 30 minutes of Driving." 

Source: 

-fatsecret.co.uk 
-Noom Coah Apps 

Okay, ulang alik drive dah 60 minit tadi (medium intensity-50-80km/j).. Lebih kurang 100cal dah terbakor nih. Hehe. Total exercise hari ni 231cal ! Bakar terus roti sardin telur beli kat Rusila tadi. Hehe. Walk kat lagun 55cal, horse riding kejap tadi 59, leg exercise 17. Waa.... excited pakai apps Noom Coach kat Hp ni... 


Pisstt... tiru macam saya! No more semput2 pasni, sayangi jantung anda! 



Iklan khidmat masyarat pulak =D

Sunday, July 28, 2013

Kasut raya kasut raya =D

Tahun ni nak raya macam zaman kecik-kecik dulu. Ada baju kurung, ada blaus, seluar jeans... dan....... Kasut raya! 

Kasut raya nak beli selain daripada warna hitam atau grey. Biasa beli kasut warna hitam dan grey sebab buat gi kuliah sekali. Kasut raya... No No No...harus warna meriah dan ceria... heee..

Haa.. meriah tak kasut raya kak ton kecik2 dulu ? Hee.

Friday, April 5, 2013

Jogging di Ibai

Jogging kat Pantai Ibai pagi tadi...bila takdok orang.. duk berlari gaya bebas... tangan ke atas.. da macam orang dayak.. landing atas pasir pantai yang lembab.. pandang ke langit.. Wahhh... bebas... indahnya dunia.....

Monday, February 11, 2013

"Bila nak kawin?" Erk...







Akhir-akhir ini banyak sangat soalan yang diajukan pada saya mengenai hal kahwin, soalan ini diajukan pada saya 1-3 kali seminggu secara puratanya...

"Bila k.asni/asni/awk nak kawin ?"

Soalan ni saya kurang gemor sebenarnya, tapi mungkin juga yang bertanya suka berbicara soal2 kahwin, tambah2 lagi sekarang ni trend orang kawin awal, kawin di usia muda.. dengan bantuan teknologi facebook membolehkan perkongsian gambar2 kahwin... membuatkan mereka2 yang gemar bertanya saya itu ada keinginan untuk berkahwin. Ermm..tak mengapalah, perasaan itu normal.. lagipun itu perasaan mereka, there's nothing to do with me pun.. cuma macam tulah.. saya kurang gemor soalan itu ditanyakan pada saya kerana saya tiada jawapan untuk soalan itu..

Kalau saya rajin, saya jawab panjang sikit...

" ..... tak semua org corak hidupnya sama, kahwin usia 20 an..ada juga lewat 30 an, ada juga 50 an dan ada juga yang tak kahwin langsung.. jadi kalau ada jodoh, ada la.. saya tak fikirkan sangat pun, sebab rasa macam tak layak.. takde doa, takde munajat,qiam dan seumpamanya, tiba2 saya nak mintak perkara sebesar itu dengan Allah, saya malu.. sesekali ada juga saya berdoa, tapi banyaknya tak.. so, buat masa ni.. takde kot.. kalau ada pun itu hadiah dari yang di 'atas' . "

Saya menganggap ianya perkara besar kerana yang saya mohon itu berkenaan jodoh yang baik untuk saya, jodoh yang membahagiakan.. insan yang bakal membimbing saya, mengendurkan ego dan emosi negatif saya, yang selalu mengingatkan saya, "duniawi itu melalaikan, ambillah sedang2 saja..", yang mampu menyedekahkan masa, kudrat mahupun hartanya untuk meng-adakan masa bersama keluarga, meng-adakan halaqah dan tazkirah setiap malam dan dirinya jua tidak DUNIAWI dengan dunia.

Bersifat duniawi ni.. iyelah salah satunya, mahukan kesempurnaan pada seorang isterinya, mesti cantik dan muda sepanjang masa dan sebagainya.. Bermaintenance tinggi, tiap2 bulan nak tukar aksesori kete, gajet, etc yang baru dan seumpamanya.. So.. sama2lah kita mengurangkan sifat "keduniaanwi" itu.. hehe.

Oh, itu kalau rajin.. jawabnye panjang.. Kalau saya malas, saya jawab apa ? Saya jawab...

"Ha... tahun depan saya kawin" sambil tersengih2.. saya cepat2 larikan diri dari tempat itu, buat2 sibuk dan sebagainya.. kalau orang itu berkeras dan tanya siapa orangnya? Maka, usahlah berasa gementar untuk berkata, "Entah, saya pun tak tahu, kalau ada calon yang sesuai saya kahwin tahun ni, kalau tidak tahun depan, kalau tidak tahun depan.. tahun depan depan, kalau tidak tahun depan depan.. tahun depan depan depan lagi, kalau tidak .. bla bla bla.. bla.. "
Maka fahamlah orang tersebut. InsyaAllah. =))

Target sebelum ke 'sana'