Saturday, September 10, 2011

3 benda alah baru

*Post yang tiada kena mengena dengan orang lain*

3 Barangan yang bakal, telah dan sedang menceriakan serta memudahkan hariku.



1. L'oreal UV Perfect Sunblock.
Hampir sebulan tak merempit, hanya berkereta, kulit sempat kembali kepada warna asal, tapi disebabkan esok sy dah mula memasuki arena rempit sekali lagi, sy perlu berbuat sesuatu untuk mengelakkan kulit muka sy ni menjadi malap akibat terkena sinaran UV. Jadi, selepas membaca review daripada blog2 yg telah digoogle . Sy bercadang untuk membeli sunblock Biore perfect milk, tapi tak jumpa. Jadi, yang ini pun jadilah, walaupun mahal rm7 berbanding Biore tu. Takpe, asalkan kulit muka sy tak malap. Sebab kalau malap, peluang tuk kulit kembali asal adalah sukar dan mungkin mengambil masa yang lama. First time cuba pakai pelindung kulit muka ni. Harap2 berbaloi.


2. Printer baru
Printer baru ip2770, Canon. Beli kat Mydin, terus buat ink luar = RM180.


3. Jam tangan.
Okey, jam ini memang sesuai tiba pada waktu sekarang. Malu la cikgu takde jam. Dengan adanya jam ni, dalam rumah pun pakai. Nak2 kalau buat kerja kat tempat yg tiada jam. Kat dalam rumah ni, sy kerap buat kerja kat kawasan stor yg dipenuhi kotak2 berisi fail sy dan housemates. Tempat ni paling sejuk dalam rumah ni, so, sy gunakan ia sebaik mungkin. Dan jam ini membantu sy untuk sentiasa ingat bahawa masa sedang berjalan. Please buat kerja jangan melebihi 11.45 malam. Kerana setiap pukul 12 malam. Sinderella takut kereta kuda bertukar jadi labu! hoho.

Jadi, off dulu.. buat kerja cepat2, fokus2... selasa nak pi camping! progress assingment harus berjalan dengan majunya! Semangat2!

4 comments:

hamba Allah said...

salam cmey..

wah3..jam baru ya...
chantek=)

moga dapat selesaikan segala assignment dgn baik..

doakan akak jg k=)

Cahaya Kudos said...

wslm...kak ikin cantik!

terima kasih...kak ikin pun sama...selamat maju jaya...=)))))

Ieqa Swetluv said...

wahhh barang baru.. mesti lebih bersemangat kan kak! ngee~

Cahaya Kudos said...

meme lah..=D

Target sebelum ke 'sana'