Saturday, November 27, 2010

Jumaat - Rusila

Semalam sy ke Rusila bersama ibu sy. Rusila tak tahu..? Okey...kalau nak tahu dari segi kedudukan peta udara adalah lebih baik sekiranya ande2 menggunakan google earth, tapi kalau nak tahu apa keistimewaan Rusila ni, sy boleh beritahu gambaran mengenai tempat tersebut.

Hmm....Rusila. Satu2nya tempat yang berenvironment Islamik. Yes. Satu2nya lokasi di mana 'rakyatnya' berpegang teguh dengan ajaran Islam. Rakyatnya itu bukan saja penduduk Rusila tetapi hampir kepada semua rakyat Kuala Terengganu dan Marang yang berkunjung khususnya. Rusila dikunjungi setiap hari Jumaat kerana :

  1. Hari ilmu di mana Tok Guru Haji Hadi sendiri yang akan membacakan kitab2 dan didengari seluruh Rusila. (dalam pukul 9++pagi..). Biasanya macam tula, setakat sy pergi sy dengar Tok Guru yang baca kitab. Mak kata, kalau Haji Hadi berada di kawasan lain atau ada urusan penting barulah diganti dengan orang lain.
  2. Terdapat ramai peniaga2 yang membuka gerai sama ada yang hampar tikar di atas tanah dan mempamerkan jualan mereka. Warung sarapan yang sentiasa penuh dengan orang yang datang berkunjung. (Sambil membeli singgah minum...macam tula..).

Apa yang menarik kat sana ya...?

Haa...yang menariknya, anda yang tak pernah berada dalam environment Islamik dan teringin nak rasa bagaimana rasanya berada dalam suasana Islamik ni. Silalah datang ke Rusila, orang2 yang berkunjung ke Rusila seolah2 mengerti piawaian yang ditetapkan iaitu semua yang berkunjung menutup aurat dengan sempurna baik lelaki mahupun wanita bermula daripada si kecil yang berusia 5-6 tahun hinggalah kepada warga emas. Kesemuanya menutup aurat malah kalau yang lelaki kita dapat lihat mereka mengenakan serban atau kopiah dan wanita pula berjilbab labuh malah berpurdah pun ramai! Hoho...nak cari environment macam ni kat mana lagi kat Malaysia atau Terengganu ni..kat Mydin...? Kat Giant..? Jangan bermimpilah...hoho...


Suasana semasa berjual beli di setiap gerai sangat unik. Terlalu ramai orang di setiap laluan. Masing2 sibuk berjual beli, bertegur sapa dan beramah mesra sesama mereka. Para peniaga pula terdiri daripada pelbagai peringkat usia, tapi biasanya warga emas yang mendominasi. Mereka menjual hasil tanaman mereka sendiri yang segar bugar sama ada sayuran dan buah-buahan. Harga pun murah, tak payah pergi Giant atau Mydin pun takpa..memang terbaek daripada ladang la..i said. Tapikan, ia sangat2 unik. Urm..anda sendiri patut berkunjung ke sana kalau nak rasakan keunikannya.. =)

Sy tertarik sangat dengan isi pengajaran yang disampaikan oleh Tok Guru Haji Hadi, TGHH. Sy rasa semua orang mengangumi beliau dan akan mengagumi beliau (kepada yang belum pernah dengar live penyampaian beliau). Cara TGHH mengupas setiap ilmu yang dikupas daripada kitab2 yang disampaikan sangat2 TERBAIK.. 10 bintang lah. Wait. Siapa kata ceramah atau majlis ilmu membosankan..? Nah...tidak untuk TGHH. Penyampaian beliau praktikal dan mudah sangat dicerna dalam sistem neurologikal untuk diproses dan difahami sebetul2nya dan mendatangkan rasa afektif lalu lekat di hati. Zupppp...
Sy berjanji untuk membawa bestfriends sy dan classmates sy tuk datang ke sini suatu hari nanti. InsyaAllah..

Satu lagi, dengar pengajaran daripada TGHH tak semestinya semua rakyat Rusila berada dalam masjid tempat Tok Guru menyampaikan pengajarannya. Oleh kerana suara TGHH dapat didengari hampir seluruh wilayah Rusila oleh kerana sistem audionya yang canggih dan berkesan, pengunjung bebas memilih lokasi. Ada yang duduk di jejantas sebelah masjid, ada yang berada dalam kereta yang diparkir di hadapan masjid, ada yang hampar tikar depan masjid. Macam2. Sy pula selesa berada dalam kereta, manakala ibu sy berada di luar kereta sambil makan makanan yang telah dibeli. Biasanya beliau makan nasi kerabu dan air teh peng..itulah yg selalu sy tengok menu yang dipilihnya...

Perasaan..?

Haha..macam temubual diri sendiri macam dalam paper tu pulak ya.. Hurmm..secara peribadi dan terbuka, sy amat menyukai Rusila sebagai lokasi dakwah dan contoh terbaik lokasi bersuasana Islamik dan ianya merupakan tempat yang UNIK. :) Rasa macam balik zaman dahulu kala pun ada..:) Macam2lah Cik Asni nih (kata mereka2 yang membaca post ni..haha)

Sekian..~
Selamat malam.

2 comments:

Nurhafizu Adha said...

memang pasar pagi jumaat di Rusila sangat sangat unik.. Baha penah pegi.. rasa macam memasuki dunia baharu

Cahaya Kudos said...

betul2..=)

Target sebelum ke 'sana'