Sunday, March 21, 2010

Hari pertama pbs


Pagi..!


Bersiap2 ke sekolah, excited, but nervous..perjalanan yg hanya sejauh 300m dari rumah Ilham iaitu rumah yg kami tinggal satu minggu ni memang dekat, jadi kami hanya berjalan kaki jela untuk ke sana. Berpeluh2. Sampai je kat sana, terus lapor diri di bilik Guru Besar, sebelum tu kami mendengar ceramah atau taklimat yg berunsur kritikan pedas yg teramat daripada Guru Besar yg mana warga guru SK Datok Kumbar senang memanggil beliau dengan panggilan Tuan Haji. Nway..kata2 itu kami jadikan pembakar semangat untuk menunjukkan prestasi yg terbaik walaupun kami berada di situ hanyalah untuk memerhati dan menimba pengalaman dan ilmu dengan iklim budaya sekolah selain mengetahui p&p serta prasarana sekolah tersebut adakah selaras dengan FPG dan FPK. Itu saja. Kami ditegah untuk mengajar hingga sem 4. Bermula sem 5 hingga sem 8 sahaja dibenarkan kerana praktikum. Lagipun ilmu kami tak mencukupi untuk mengajar, bukan tak tahu mengajar, tapi kami sendiri dalam proses bertatih mempelajari pedagogi dan segala teknik yg digunakan dalam p&p.


Task PBS


Sambil2 berjalan mencari kelas untuk dinilai, aku dan Najwa tertarik dengan kelas 5 Saintis, tertarik dengan interaksi dua hala oleh guru dan muridnya. Sambil berkira2 dengan Najwa, akhirnya kami sepakat untuk memilih kelas tersebut untuk dibuat pemerhatian untuk PBS.


“Assalamualaikum cikgu, kami dari ipgm kampus dato razali ismail, Terengganu..kalau boleh nk buat observation dalam kelas ni, kami duduk kat belakang saja dan hanya memerhati” Dalam satu ayat saja aku memperkenalkan diri dan memberitahu hajat. Tapi cikgu Bi tu macam berat saja nk bagi. Sebab dia tak buat persediaan, tapi penjelasan seterusnya yg lebih detail akhirnya memihak kpd kami, Cikgu Bi yg digelar Sir Yasser itu mengalah. Fuh.. Alhamdulillah..


“No camera, off record ya cikgu..! Sbb sy tak buat persediaan apa2 pun hari ni, hari ni sy hanya nk lunaskan hutang2 homework depa nih lepas cuti kan..” Cikgu Yasser dan anak2 muridnya sama2 tersengih..memberitahu alasan kenapa tidak diberi peluang utk kami merakam gambar atau video.


“Owh….okay2 cikgu..”. Tertunduk2 aku dan Najwa mengangguk tanda mematuhi permintaan cikgu Yasser tu. Takpela..asal boleh tengok cikgu ni mengajar pun bolehlah..walaupun terasa ruginya tak dapat rekod, bagusnya cikgu ni..penuh dgn humornya, energetic dalam kelas dan pandai menarik perhatian muridnya.


Sambil2 melihat arahan dari task, dan berbincang. Cikgu Yasser yg dari tadi sibuk mengajar sesekali datang ke belakang sambil2 bertanya dengan lebih lanjut apa tujuan sebenar kami. Kami menerangkan task PBS kami. Sambil2 dia menjeling tajam pd anak2 muridnya yg tersengih2 semuanya..


“Haa..kamu ni..Sir nk mengorat sikit pun tak boleh..”. Sergah Cikgu Yasser dari belakang, ank2 muridnya bertambah2 lebar la sengihnya..adeh..aku dan Najwa nk tergelak pun ada masa tu, tapi wat rilek sudah la..


Lepas tu…kan…


“Haa…why don’t u teach them anything, or talking to them anything..yela..sambil2 depa buat keje..”. Offer Cikgu Yasser..


Aku dan Najwa tersengih2, heh..!

“Ermmm….takpelah cikgu..takpe..takpe..hehe..”. Tak yakin sebenarnya, tapi melihatkan anak murid arus perdananya tu, hmm..terfikir gak aku.. “Hmm..boleh gak..tapi…”. Duk pikir2 lagi..


“Lepas ni saya ada 1 period lagi dengan depa, kelas PS.. I think, why don’t u…??” Aihh..Cikgu Yasser pelawa lagi..


“Hmm..boleh gak..tapi..aku nk ajar apa..”. Monolog sat dalam hati..hehe..



Seakan2 boleh mengagak apa yg sedang aku fikirkan, Cikgu Yasser menambah lagi.. “its okay..its all up to u, nk buat apa pun..i just nk bagi u rasa..feel environment klas dan class control..”.


Hmm..boleh jugak, aku pandang Najwa..reaksi muka Najwa seolah2 mengatakan, boleh jugak..



~Masa Bi tamat..~

Cikgu Yasser bergerak ke hadapan, attention..!

“Sekarang masa PS kamu, Cikgu Asni dan Cikgu Najwa akan mengambil alih kelas PS untuk hari ni..Sir akan memantau, siapa yg Sir dapat tahu tak dengar cakap teachers, siapp”. Warning manja dari Cikgu Yasser pada anak muridnya, sedangkan dia tau anak muridnya memang baik2..sopan2 dan mendengar kata. Iyalah, 5Saintis kelas terpandai tahun 5 sekolah tu. Tersengih2 warga 5Saintis tu..

“Understand…???” soalan itu seakan meminta pengesahan daripada ank2 muridnya..

“Yesssss….Sirr!!”. Bergema satu kelas tu, bersemangat mungkin nak tengok apa yg akan aku dan Najwa akn buat untuk kelas diorg..lagipun normal, cikgu baru mesti diorg nak kenal jugak kan..

……….Hee….masa ni la..aku melangkah dengan penuh konfiden ke depan, adeh..berlakon aje sebenarnya..dalam kepala ni..tak tau nk buat apa..heheh..

“Okay, setakat ni kamu dah buat lukisan apa..?”. Saja bertanya, buat pembuka bicara dengan kelas yg mana warganya baaaaanyak sangat bertanya..

Macam2 jwpn yg aku dapat, bising sekejap kelas tu..excited mungkin diorg.. Aku plak masa ni senyum ajerla, sementara dalam kepala ni duk pikir, aihhh..aku nk suh depa lukis apa nih..takkan lukis lukisan bebas..Semua org boleh cakap cmtu..aihh… Aku tanya Najwa meminta pendapat,

“Hmm..lukis pokok yang diorg suka la”. Slumber dan konfiden pulak Najwa jawab..

Aku balas.. “ Aihh, ni tahun 5 la, takkan nk lukis pokok..?..Hmm..atau lukisan bebas..aihh..suma org buleh kot bg arahan macam tu, lagipun mesti diorg da biasa buat lukisan bebas..” Panjang pulak jawapan aku sambil muka maintain senyum pandang anak2 murid yg sedia menanti arahan Cikgu baru dihadapan mereka.

Tiba2…

“Haa..apa kata kamu lukis muka Cikgu..??”. Konfiden dan perasan betul aku..haha..nk suh org lukis muka dia pulak..heh..~

Ada yg setuju, ada yg macam tengah fikir..ada juga yg tak setuju..

“Kenapa tak mau..?” Tanya aku pada 3,4,5 orang murid yg tak mau tu..

“Tak pandai la lukis orang, cikgu..tak reti laa..”. Pekat sungguh bunyi oghangg = orang mereka tuh..aloq staq..kedah naa..

… “Aihh..kalau tak cuba masa ni, bila lagi nk belajar kan, satu lagi..melukis ni kene praktis, orang yg dah biasakan diri mereka dengan melukis, lama2 biasa lah, semua orang bermula daripada '0' kan..” Senyum aku menjawab soalan mereka, jawapan memujuk.

Semua dah setuju nak lukis muka cikgu..iaitu Cikgu Najwa dan Cikgu Asni..Sehelai kertas dibahagikan dengan 2 bahagian, satu untuk Cikgu Asni, satu lagi untuk Cikgu Najwa.
Masa nilah, aku lansung tak boleh gerak..pergerakan dibataskan, sesekali Cikgu Yasser masuk kelas memantau dan membincangkan jadual seterusnya yg beliau benarkan untuk rakam dia masa p&p.

Pergerakanku terbatas lagi, sbb…

“Cikgu, cikgu….jangan gerakk..” ntah suara dari arah mana datangnya tp yg pasti ramai..

“Cikgu…jangan senyum..” seorang pengawas perempuan berkaca mata serius seakan memberi arahan pulak..


“Cikgu, nk lukis cikgu pakai spek boleh tak..?”. Aku jawab, boleh2, cikgu mmg pakai spek pun..Cuma tak pakai ke kelas je..

“Cikgu, nk lukis cikgu tak pakai tudung boleh tak..? payah la lukis pakai tudung..” Adeh, mcm2 karenah..aku iyakan ajer..bagi ajer..tapi bila check suma lukisan suma bertudung, mybe murid yg bertanya tu berusaha kot..

35minit kemudiannya, hampir semua lukisan dah berada kat tangan aku, tergelak aku dan Najwa belek2 satu persatu lukisan tu..macam2 ada..muka aku dilukis bulat..panjang hidung dan mata berbagai versi..adeh..

Aku puji mana2 lukisan yg aku kira cantik, dan mana2 lukisan yg aku kira ada potensi tuk dikembangkan bakat. “Dalam kepala ni, aku duk pikir masa berada di Tahun 5 lukisan aku camni tak..?” terfikir aku sat..tapi yg tak berapa nk cantik tu..aku just senyum..sesekali cakap..bagus…sambil angguk2..

Hee…macam2…akhirnya..aku menawarkan diri.. “Meh sini cikgu nk ajar melukis..basic melukis potret..”.

Maka, berkerumun la mereka cuba untuk melihat cara betul melukis potret..Aku ni bukannya pandai sangat melukis potret but basically okla..
Aku pilih ketua kelasnya untuk dijadikan model, tersenyum2 dia sebab terpilih utk dijadikan model.
“Simple…mula2 perhatikan bentuk muka, kalau bulat lukis bulat, bujur lukis bujur..muka khairul bentuk bujur kan..jadi lukis bentuk bujur..tarik ke bawah..bentukkan dagu..tapi tengok pulak saiz skala muka dia..hmm..kene agak2 la..”. Begitula aku terangkan dari muka, telinga, mata rambut dan mulut..agaknya ada yg terleleh air liur ralit tengok kot..
“Ok..siap..!”. Ok..lebih kurang macam nila..cara2nya..lepas ni bolehla praktis..
“Waahh…sebijik laa cikgu…sama…”. Ada diantara mereka yg obsess ikut dari awal sampai akhir cara lukis muka ketua kelas mereka tu..

Aku balas.. “Aah…sejibik..”. mengundang ketawa besar diorg..agaknya..diorg tak tau aku biasa gunakan gurauan mcm tu kot..hee…normal..murid..salu pandang guru mereka sbg seorg yg serius, n kalau berlawak pun..hnya tau guraun yg formal je.. Sejibik?? Hmm..gurauan untuk org2 muda kot..bila cikgu muda bertemu dgn ank murid tahun 1-6, gurauan sesama mereka ada match la kot dgn cikgu2 muda..haihh..sempat juga aku analisis bab tu..

Hee…begitula cerita hari pertama aku di SK Datuk Kumbar pada hari pertama..dear diary..aku gumbiraa hari ni..hee..

Alhamdllah, disamping masuk kelas 5S dan 5D hari tu, aku sempat mengumpul maklumat utk tugasan yg diberikan. Maknanya, walaupun get involved dgn kelas, amik alih kelas cikgu..but still can manage task yg diberi ok la tu..dua2 dapat..bahan tuk task dapat..ilmu dan pengalaman pun dapat..
Oh ya..Cikgu Yasser offer tuk masuk kelas BI tuk esok harinya dan kali ni dibenarkan merakam gmbr dan video beliau..hee..Ada lagi..dia offer tuk ambil alih kelas PJ nya utk kelas 5J dan 5S. Wah, pengalaman tuh..aku pilih tuk ajar 5S hari selasa sbb isnin keesokan harinya, aku dan Najwa plan untuk mcari maklumat tuk tugasan Pndidikan Khas, yg menuntut kami mncari seorang pelajar pndidikan khas dari mana2 kategori tuk didiagnosis dan dianalisis, tengok kelakuan mereka mcmana, emosi dia mcamana, bagaimana interaksi dia ketika di kantin, ketika p&p, dengan guru, dgn rakan dll. Masa nila, nk kene jd spy..duk ikut mana saja diorg pi..Itu tugasan untuk esok..
waah…penatnya hari ni… ~
Alasan kami bersetuju terima pelawaan Cikgu Yasser sebab, ajar PS dgn PJ boleh kot diajar spontan terutamanya PJ, foundation dlu da diajar basicnya..berbanding subjek lain yg memerlukan teknik dan strategi yg lebih berat dan berkesan, jd walaupun ditegah, rasanya Guru Besar tak kisah kot sebab dengar cerita Tn Haji sndiri offer kelas sivik pada Nadzirah dan Ilham pada hari rabu ni. See..? itu subjek sivik tu..yg memerlukan rujuk silibus..so..kalau ada mana2 cikgu yg tak puas hati..kenapa Cikgu Najwa, Cikgu Asni duk mengajar PJ PS atau apa2 ajerla...harap cikgu berkenaan pikir2 la..jgn fikir kami guru pelatih, dan bukan guru sebenar lagi..kami dipandang sebegitu..pheww..cikgu kann..nilai murni..dan akhlak mesti mulia kan..sekian..~

2 comments:

Ieqa Swetluv said...

seronoknye dia.. ika nye pbs sedey sikit cz bdak2 tgk exam..x dpt nk tgk P&P isk sik

Cahaya Kudos said...

nampak gaya...kene tunggu sem depan la ieqa.. =)

Target sebelum ke 'sana'