Monday, April 23, 2012

Untittled post 001


pujian dan perhatian yang berlebihan... akhir-akhir ini..satu fenomena yang pelik. 
Tak tercapai dek akal tuk memikirkannya.

Allah mahu menguji..diri ini yang payah tuk menangkisnya..
kian berat.kebalkan hati - moga rasa ujub dan rasa ingin memudaratkan orang lain terhindar.

Sunday, April 15, 2012

Life di Chendering

Assalamualaikum. Lama tak updates blog. cam biasa. Life baru.. praktikal sebulan di SK Kubang Ikan. Environment yang supportive, dari muridnya, gurunya, sekolah, pentadbiran dan segalanya di SKKI. Saya selalu cadangkan pada kawan2 saya, sem depan nak praktikum pilihlah SKKI, sekolah yang sangat bagus. Dan antara kegiatan saya di sini, bila ada waktu lapang sebagai aktiviti reakreasi minda or rileks2 kepala daripada beban keja, saya selalu pi pantai, masjid terapung dan melawat kuda-kuda di Terengganu Equestrian Resort (TER). Lagipun warga TER dah jadi macam satu sistem sosial saya di Terengganu ni pulak. Almaklumlah, saya ni bukan ada sangat kawan di kampung atau di Terengganu ni. Saya cuma ada kawan baik saya, Nik Suria. Itu pun dia dah pindah Dungun, dapat pulak keje bahagian HR kat Mydin Dungun, memang bahagia sungguh hidup ayahnya Pok Nik (Bab). Anak darenya dapat keje dekat. Tahniah, untuk kedua beranak tersebut. Saya tumpang gembira mereka anak beranak. =)

Berkenaan tempat baru, Chendering, nak citer sikit..

Masjid Sultanah Nur Zahirah (Masjid Terapung)
Selalu singgah masjid terapung, kadang-kadang keluar makan malam, sebelum balik rumah singgah solat maghrib or isyak. Kadang-kadang jumpa kawan praktikal kat area bandar KT ni, amik barang, passing2 barang. Solat Zuhur. Memang muka saya lah yang banyak kali duk lepak masjid tu. Kadang-kadang, hari jumaat.. singgah masjid, bagi ikan-ikan makan. Almaklumlah penternak ikan yang berjaya. G1

Pantai depan masjid terapung - Pantai dalam TER
Suka pulak tengok family riadah dekat area masjid terapung ni, ramai pulak rakyat Terengganu turun riadah dan exercise. Ada yang jogging, berbasikal, jalan-jalan, tunggang kuda. Kalau nampak orang tunggang kuda, tak lain tak bukan..warga TER la. Biasanya kuda-kuda Polo yang bawak exercise kat luar. Tak kenal sangat dengan muka-muka Polo ni kecuali Farmizi dengan Firdaus. Kalau Farmizi banyak jumpa dekat masjid terapung. Firdaus jumpa kat pantai, dari jauh... "Cekguuuu..." duk menyapa. Ni antara gambar kenangan masa hippotherapy kat TER satu masa dulu, kebetulan dengan Firdaus ni.

Gambar yang cantik kan. Kuda tu pun nampak comel + manja di sisi saya. Ahakz.


Terengganu Equestrian Resort (TER)
Saya salu pi TER, jumpa dengan warga TER. Bukan apa, otak ni rasa rileks, saya mencari ruang sendiri di TER, saya ada sistem sosial saya sendiri. Jumpa kuda, sembang tentang news di TER, tengok kuda makan, mandi, ride kuda, lepak dengan kuda dan kadang-kadang dengar Abg Man, seorang trainer kuda kat situ. Cakap tak berenti. Nak buat camana, suka sangat bercakap. Hari tu bawak anip PSV, memang boleh ngam lah dua orang tu. Sembang tak ingat dunia. Last2, den poie dari situ. Anip dah ada kawan nak dirujuk di TER, nanti senang lah datang sendiri situ. Memandangkan Anip juga ada kuda kat hometown dia. Song lah tu.. (song = padan, kosa kata baru saya belajar dari kawan kelate... =D) G3

Komen sikit pasal sebelum dan selepas praktikum.
Okey sebelum ni, kalau dulu buat rph amik masa berjam-jam buat RPH, kat sini dah belajar buat keje cepat. RPH dalam masa kurang 20 minit, dah siap! Then, buat BBB. RPH untuk KSSR dulu blur tak tau apa2 tentang tu, sekarang dah nampak dah. Lecturer dan guru pembimbing pun setuju dengan format RPH yang saya sediakan. Dulu, berhemah sangat dengan budak-budak. La ni...takde dah semua tu, dengan saya sekali bertukar sifat, jadi garang. Bukan garang emo, tapi garang mendidik. Saya sayang mereka. Ada macam2 karenah. Dan, saya belajar tuk mengenali mereka dan bagaimana nak kontrol behavior mereka.

Secara overall ?
Secara overall, I LOVE CHENDERING, sekolah, gurunya, muridnya, pantainya dan Warga TER. Ianya mencipta satu momen baru dalam hidup saya. Di sini, saya ada ruang sendiri. :)


Saturday, April 7, 2012

untittled story.


dilamar dan dilamar.. lagi.
tak bersedia..tak bersedia lagi.
membuat keputusan bukan senang.
perlukan petunjuk dari langit juga.
Allah.

Target sebelum ke 'sana'