Monday, April 25, 2011

week 17


leteh fizikal, mental dan paling teruk emosi. Emosi tercedera....macamana nih....

Ya Allah, jauhi aku dari rasa putus asa..

Monday, April 4, 2011

Sebelum terlena

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangMu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahMu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangMu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padaMu

Sebelum Terlena-Hijjaz.


Lirik lagu Sebelum Terlena daripada hijjaz ni sangat bermakna. Layan lagu ni sebelum tidur. Sekarang ni cepat sangat tumbang sebelum pukul 11malam. 10.30 dah rasa pening2. Mata ni minta dikasihani, jadi saya memang tak boleh berlama2. Set alarm bangun pukul 12 atau 1.30 pagi. Tapi macam biasa, roomate sy kata, sy selalu postfone alarm. Dia tolong kejutkan sy untuk bangun, iyerla dah tengok roomate set alarm mesti nak bangun kan. Tapi katanya saya tak bangun2pun. Hmm, mungkin badan dan otak ni letih. Bila tidur, memang dah terbang ke mana2 dah. Tak jadi apa kalau kejutkan pun. Aduhai.

Biasanya kalau dah postpone, lama2 tangan tu akan off alarm tu secara automatiknya. Tapi nasib baik sy set alarm banyak2. (Hp sony ada alarm banyak..=P) Alarm yang kedua akan berbunyi pada pukul 4 pagi. Masa tula, mata dan badan ni seolah merestui sy tuk bangun. Jadi bolehlah buat apa yang direncanakan.

Berbalik kepada lirik lagu ni, lirik lagu ni memang syahdu. Rasa terbelai jiwa ni dengar lagu ni. Dan, sy pasang lagu ni tuk blog ni. So apa yg anda dengar sekarang ni adalah lagu ulit tidur sy lah tu.


Sebelum Terlena-Hijjaz.

Masanya sudah tiba...Selamat malam..

ZZzzzz


Friday, April 1, 2011

pengisian hujung minggu

Esok sy jadi ikut senior sy ke program tarbiyah. Program yg turut melibatkan pelajar dari IPT lain. Asalnya macam 50-50 nak pergi, kononnya nak buat assignment dan bahan projek. Tapi, Alhamdulillah, dua2 asgment ditunda tarikh hantarnya. Dan..sy takde alasan untuk menolak . Hehe. Tambah lagi, apabila difikirkan bertapa sy dipermudahkan membuat segala tugasan pada semester ni, syukur. Tarikh hantar setiap asgment pun banyak gapnya. Syukur lagi.

Fikirkan segala kesenangan itu, sy menyerahkan jasad sy ni untuk ditarbiyahkan jiwa ini di sana. Rasanya dah banyak buat benda2 lagha. Bimbang tersasar jauh pula. :( Perkara yg paling indah adalah dapat menjaga kemanisan iman itu. Manis dan nikmat yg tiada taranya dengan segala nikmat duniawi. Itulah pembekal kekuatan dalam diri. Suara halus yg sentiasa membisikkan rasa Bertuhan. Oh..seolah2 sy sudah lama berjauhan dengan rasa itu. Itulah, banyak sangat buat benda lagha. Sekali sekala terfikir dosa2 lalu. Ya Allah, hinanya diri ni. :( Kalau boleh rasa nak jadi orang lain. Nak lahir bersih kembali. :( Tapi apabila mengingati salah satu Ayat Cinta dari Allah yang berbunyi :

Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
{Az-Zumar: 53}

Sy rasa lega sikit. Tapi, apabila terkenangkan diri dulu yg agak jauh daripada penghayatan agama Islam yg sebenar, sy sedih. Fuh. Rasa nak doa banyak2 di-removekan memori dulu2. :( . Tengok lah sedih lagi. Ok2...dah..dah...

Actually sy baru bangun dari tidur, selepas pukul 10 tadi tidur. Terjaga pukul 2:15. Nak sambung buat kerja dan kemaskan barang2 yg nak dibawa ke sana. Program yg berjalan 2 hari 1 malam. Insyaallah..semoga dipermudahkan segala2nya. Daripada program di sana sehinggalah dipermudahkan kerja2 sy yg akan terhenti sementara selama 2 hari bermula esok. Takpe2. Segala2nya akan dipermudahkan-Nya. InsyaAllah.

Ok. Off.
On Tahajjud. Jom.

Di sini, sekali lagi sy mohon maaf kepada kedua2 hamba Allah yang terselisih faham dengan sy. Maafkan kesalahan sy. Sy harap mereka tak simpan marah lama2 kepada sy memandangkan mereka orang baik2. Hee. Di pihak sy (salah sy), sy dengan serendah2 hati, from right antrium to left ventrical, with the whole of my heart would like to say a very2 BIG sorry to both of you. Moga dengan memaafkan sy, Allah akan menaikkan lagi darjat anda sebagai orang2 beriman. Amin.


Mensucikan diri.
Sesuci embun pagi di setiap tumbuh-tumbuhan. Allah...

Target sebelum ke 'sana'