Showing posts with label aboutMe. Show all posts
Showing posts with label aboutMe. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

2 insan istimewa :)

Orang susah untuk mengetahui apa yang saya fikirkan. Susah membaca reaksi hanya daripada riak muka. Marah atau tidak marah. Nampak sama. Terlalu gembira dengan terlalu sedih, diam tanpa sepatah kata.

Setakat ni saya belum jumpa orang yang dapat membaca apa yang saya fikir dan apa yang saya rasa kecuali dua insan ini.

Ibu saya dan sahabat baik saya, Nik Suria.

Terima kasih kerana peka dengan diri ini. 2 orang sudah terlalu banyak bagi saya. Mereka bagaikan  "detector" kadang2 terlalu kuat hingga overdose detect. Sampai saya terpaksa tunjukkan dengan bersungguh2 bahawa saya okey. :))

Alhamdulillah..

Sunday, February 9, 2014

My corner

Gambar ini melambangkan kesantaian. Relax time. Zz.

Thursday, October 18, 2012

Cik Ted

Tadi duk belek2 laman JPP ipgkdri, ada orang jual perabot2 lama biasalah jualan akhir tahun daripada semester 8 yang dah nak kuar... so harga murah2 macam lelong2 gitu memang belambak, cuma kena cepat je.. Pastu nampak satu post dalam jpp wall tu, Ade orang jual teddybear2 besar, harga pasaran 150.. tapi jual rm50 je.. macam nakkk je.. haha .. da tua2 nak peluk teddybear ag.. padahal tido tak reti peluk bantal apetah lagi teddybear.. tercampok nanti.. kerana atas katil saya hanya perlu ada 1 bantal 1 selimut saja.. tapi kawan2 perempuan saya semua ada teddybear besar.. Sebagai seorang wanite.. erm..terasa juga nak mengadakan satu teddybear... tapi tak kuasa la saya....tapi nak juga.. tapi tak kuasa lah saya.. tapi nak juga... tapi tak kuasa lah saya... LOL.

Okey.. Antara 2 benda yang saya takkan beli sendiri melainkan orang lain belikan untuk saya adalah....

1) Jam Tangan.. 2) Teddybear besar/kecil.


Sumber Wan Hafiz, klik link ini jika berminat.
Teddybear atau Cik Ted bak Ain Hawani panggil teddybear dia.. dalam drama Adam Hawa tu, menyuntik rasa tuk mempunyai satu teddybear besar, apetah ag bila tengok adik Roro dan adik Veve pun pakai cik ted masing2. (Siyess tak teringin pun) tapi kalau someone special bagi.. oh sweet di situ. Tapi someone special itu bukan senang tuk dijumpai, selagi takde yang special.. so takyah gatei2 nak belikan.. nanti tak kemana... dalam kotak je tempatnya nanti. Ada sekor dua kat dalam kotak kat umah tu menerima nasib sebegini. Saya susah nak peluk2 benda melekat macam beruang koala tu, tapi kalau dah peluk.. thats mean..... thats mean-lah. Hermm. =]

p/s : Saya bagi can orang hadiahkan pada saya, so saya akan menghargainya.. Ini kasut kakak saya beli, ini baju kakak ipar saya bagi, ini tali pinggang abang saya bagi, ini Cik Ted... opss... InsyaAllah.. coming soon. ;)

Saturday, November 5, 2011

Nak kenal saya? Meh baca ni..

Saya...siapa saya? Saya adalah saya lah.. =D

Hurm....siapa saya...? Ish...saya adalah sayalah... =D

Okeylah, susah sangat ke nak mengenali saya dan personaliti saya ni? Susah ke? Hurm...okey...buat mereka yang nak mengenali diri saya, buat mereka nak mengenali lah, buat yang tak sudi, tak perlu, pi baca entry saya yang lain, hehe....(suh baca entry dia jugak tu..bukan suh pi lain..hehe...)

Okey, 3 sifat terbesar dalam diri saya (sifat yang paling ketara)

  1. Unpredictable
  2. Berterus Terang
  3. Independent

1.Unpredictable
Ok yang pertama, unpredictable..sememangnya sikap yang ni lah yang membuatkan orang makin keliru dan keliru dengan saya. Saya boleh menjadi seorang yang pendiam, seorang yang riang ria dengan muka tersengih ceria sentiasa (terutama kalau dalam program atau aktiviti bersama, atau bila mengomen drama bila menonton bersama, sambung dialog, buat dialog sendiri atau membebel tu sifat normal sy yang boleh disaksikan kawan-kawan saya), kalau berdua, sy akan jadi sama ada pendiam, bercakap ikut tertib atau berprotokol. :D

1.1 Pendiam kalau saya penat atau dalam 'unconscious' mind (baru bangun tidur, letih, atau tercengang2). Lokasi boleh jadi di dalam kereta, di tempat awam sebagai contoh menunggu orang tengah shopping. Faktor mengantuk atau letih atau memikirkan banyak kerja yang perlu diuruskan akan menyebabkan saya menjadi pendiam dan tidak mempunyai reaksi muka yang jelas untuk dikategorikan..huhu...

1.2 Menjadi seorang ceria adalah apabila saya bertenaga pada hari tersebut, faktor tidur yang cukup, kerja yang sudah settle, tiada masalah, atau tidak menyinggungkan perasaan orang lain. Kalau perkara bertentangan seperti yang disebutkan tadi berlaku, impactnya akan menjadi seperti 1.1. ..Err...hehe!

1.3 Bercakap ikut tertib dan protokol, bermakna saya tidak conquer perbualan, mendengar terlebih dahulu luahan dan pendapat atau ceritera yang nak diceritakan orang kepada saya.


Saya rasa setakat itu sahajalah saya menulis untuk hari ni, chapter 2 & 3, saya akan cerita pada hari lain, buat mereka yang berminat nak baca la...(Rajinnya sy ni...ish3) Ok, hari ni, sy penat...tak tidor cukup...mungkin otak sy boleh jadi weng weng sat lagi...Hee...Assalamualaikum...Salam Satu Umat! Salam Satu Iktiqad!

Monday, November 16, 2009

Ciri-ciri lelaki idaman?

Aduhaii..kalau cakap soal ni..confirm senyum meleret aja ni..kan.. Hmm..ada yang bertanya..awk suka laki yang macamana?? dan honestly...mestilah..

Yang pertama, bekerjaya..
Sememangnya lelaki yang berkerjaya yang akan jadi pilihan. Tanyalah pada semua perempuan kat dalam dunia ni. Bukannya materialistik cuma mahukan hidup yang terjamin di samping keluarga tersayang. Bak kata adik kesayanganku, ilham..merangkap jiran.. "Duit u..duit i..duit i..duit i laa.." aduii..ilham..ilham..boleh pakai jugak prinsip dia tu kan..he3


Yang kedua, dari segi appearance..
handsome..? hmm..tak kesah la..asal sedap mata memandang..kalau dah suka..pun jadi handsome kan. Kalau handsome..perangai tak elok..tak guna juga..cantik dalaman itu yg paling penting. Plus..mestilah tough.. =p


Yang ketiga, beragama..
Beragama kat sini maknanya..biarlah tak cantik rupa paras..tapi cantik luhur budinya. Tak sombong.. di mana tak sombong dengan Allah juga tak sombong sesama manusia..boleh menerima pendapat orang lain. Tak merasa tinggi diri atas kelebihan yang dikurniakan Allah seperti mungkin pandai atau bijak, mungkin handsome..mungkin kaya..mungkin bekerjaya. Tak memandang rendah pada orang lain. Yang mampu membimbing dan bukan dibimbing. Yang tahu, faham dan sedar hakikat sebenar sebuah kehidupan di dunia ini. ("_,)

Itu saja.. kalaulah saya didatangi seorang lelaki yang mempunyai ciri pertama dan kedua.. tanpa ciri ketiga..hmm...jawapannya..TAK.. Tetapi, kalau didatangi ciri ketiga tanpa ciri pertama dan kedua. Sudah pasti, itu yang jadi pilihan hati ni. =) dan kalau didatangi lelaki dengan ketiga2 ciri tadi..wah...itu sudah bonus..!


Walau apapun. Saya sedar siapa diri ini.. Mahu yang soleh, maka solehahkanlah diri anda terlebih dahulu. Ye idak?



Apa2pun..whatever we do...we do for Allah.. ("_,)

Majulah ibadat untuk akhirat..! hehe..



p/s : Highlight pada perkataan yg diboldkan..

Saturday, May 23, 2009

bulan kelahiran dan sifat

Bulan kelahiran dan sifat anda, september.
Research daripada Dato' Dr.Fadzilah Kamsah

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur. * Sangat cermat, teliti & teratur. * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. * Pendiam tapi pandai bercakap. * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. * Kerja yang dilakukan sangat sempurna. * Sangat sensitif yang tidak diketahui. * orang yang banyak berfikir. * Daya pentaakulan yang baik. * Otak bijak & mudah belajar. * Suka mencari maklumat. * Kawal diri dari terlalu mengkritik. * Pandai mendorong diri sendiri. * Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. * Suka sukan, hiburan & melancong. * Kurang menunjukkan perasaannya. * Terluka hatinya sangat lama disimpan. * Terlalu memilih pasangan. * Sukakan benda yang luas. * Bersistematik

Hurmm...memang banyak yang bertepatan dengan sy, jadi sy nak komen sikitlah..haha..ermm..bertolak ansur..yes..memang benar dan tepat sekali..sy boleh bertolak ansur dari segi menjatuhkan hukuman pada seseorang atau mengambil tindakan. Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik agak benar ya..hee..tapi tu dulu kot..sebab sy belajar mengawalnya tapi tak la dalam semua perkara biasanya perkara yg melibatkan perbincangan atau idea.Kritik tu rasanya tak la sangat tapi lebih kepada menegur atau "sy rasa adalah lebih baik kalau....ataupun..apa kata kalau kita....". Haa...lebih kepada beri cadangan. Sy tak berani la nak fatwakan sesuatu idea tu tak bagus atau tak tepatlah. Pendiam tu pulak sebab sy jenis kurang bercakap benda yg tak perlu sangat sebab sy memang tak bagus dalam menokok nambah sesuatu conversation atau sembang2, ye..kalau dulu byk sangat bercakap, mungkin sekarang dah puas bercakap kot, itu yg lebih banyak diam. Rasanya pendiam tu tak tepat sangat kot, mungkin ada istilah lain lebih sesuai..Kerja yang dilakukan sangat sempurna.. depends on task. Suka sukan, hiburan & melancong..Iya, sy suka sukan lebih kepada excercise tuk stamina dan jantung..B) Hiburan?? Depends. Melancong? pun berminat, tapi melaksanakannya..jarang sekali. Terluka hati sangat lama disimpan?..Oh ini tidak tepat, tidak benar..sy mudah lupakan kejadian hari semalam kerana sy tak suka menyimpan beban dalam kepala sy.=)

Sekian saja,tata.

Adakah post ini membantu anda lebih mengenali siapa sy..? ngee!~

Tuesday, May 19, 2009

Perjalanan hidupku sebagai seorang guru pelatih..

Ummmmm…. cikgu..cikgu… aihhh…baru aku sedar.. hari ni..aku berada dibidang perguruan.. bakal cikgu..? Mmmm… Cikgu Asni… hee.. agak2 sedap x name tu…? Huhu.. Waah.. bakal cikgu.. Asni jadi cikgu.. Humm….? Rase cam xsedar plak..aku akn bergelar seorang guru.. Percaya atau x.. Cikgu xpernah menjadi cita2 aku.. xpernah ada dalam list cita2 pon.. tapi.. akhirnya.. Bidang perguruan nila..yg akan menjadi darah dagingku.. Ya.. aku dilahirkan untuk menjadi seorang guru, seorang pendidik.. tak sangka panggilan keramat “cikgu” menjadi panggilan aku sekarang walaupun baru bergelar bakal guru@guru pelatih.

Cita2 pertama, nak jadi peguam.. ntoh nape la peguam yg jadi pilihan.. Naik darjah empat nak jadi polis pulak.. Nak jadi ape..? Inspektor Polis.. Hee.. terpengaruh dengan drama2 la tuh.. Inspektor Aliza la kunun.. Manakala kakak aku, nk jadi wartawan..beria2 nk jadi wartawan.. Alih2 hari ni.. dia yg jadi polis.. satu2nya kakak aku yang digelar bawang putih oleh kebanyakan orang.. alaa.. Revalina S.Temat tu.. Ade la jugak ropenye bawang putih tu.. Nway..tahniah kepada kakakku, Nor Hidayah.. yg akan bernikah dengan jejaka pilihannya Jun ini.. Semoga jodoh mereka berpanjangan..Amin..


Aihhh..berbalik pada kisah ku sebagai seorang guru pelatih.. (selingan jap td ..)
Kalau cakap pasal liku2 sebelum aku bergelar guru pelatih di ipgmKdri nih.. memang berliku2 jugak la..sebelum mendapat tawaran ke ipgmKdri @ nama lamanya.. Institut Perguruan Kuala Terengganu, aku study stpm selama 1 ½ tahun di Sek. Men. Keb Ibrahim Fikri.. dan barula sambung study di maktab ni.. tu yg lambat join kak dayah.. farhanah, Biha dan Kak Murni tu.. duk bertapa kat Negeri Ibrahim Fikri dulu..

Banyak suka duka yang dilalui di sekolah tu.. Pahit manis..masin tawau… suma ada…

Inilah permulaan ceritanya….

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



PART 1
Di suatu sudut pemandangan...............
Suspek dikesan...!
Dulu… di bangku sekolah menengah.. aku bercita2 nk jadi jurutera awam yg berjaya.. yg pro.. terutamanya dalam kejuruteraan jalan dan lebuh raya.. ntoh.. aku dapat rasakan passion aku lam bidang ni sangat2 la tinggi..

Masih aku ingat.. setiap kali aku keluar.. bila berada atas jalan raya.. aku akan tengok n tilik semua bentuk jalan.. n jenis jalan raya 2.. Struktur, binaannya.. temboknya.. macamana nak buat.. apa binaan yg menyokongnya.. lagi syok kalau tengok jalan raya yg dalam proses pembinaan.. Atas sebab passion dalam bidang tu terlalu tinggi.. Aku berazam nk jadi Engineer yg berjaya suatu hari nanti.. n bila tamat spm.. aku apply lam bidang tu la jugak.. tapi xdapat.. Sedih.. Frust.. Xdapat g U.. Kawan2 lain ramai pulak yg result xseberapa.. tapi dapat pulak course yang aku nak tu.. Aihh.. punah harapan.. Sabar Asni.. sabar.. mungkin xder rezeki masa ni.. tuhan nk uji.. itula motivasi aku setiap kali..


Kemudian, Aku mendapat tawaran untuk sambung study di Smk Ibrahim Fikri dalam aliran sains.. tambah tolak darab bahagi.. aku pon decide tuk terima tawaran ke form six..
Minggu orientasi bermula.. Semuanya berjalan dengan lancar… Dan sesi pembelajaran bermula..
Kelas pertama mase tu ialah kelas Fizik volume 1.. Boleh la… lepas tu pengenalan kepada subjek Pengajian Am..subjek mencakupi pelbagai aspek. Pastu subjek math.. Math 1 dan math 2.. dimana.. math 2 tu boleh la aku takrifkan sebagai math moden yg di addmathkan… n math 1 pulak.. cam addmath yg di addmath kan lagi.. kemudian subjek BM pulak.. okla.. best dan ianya berguna untuk subjek BM yang diambil di maktab.. n satu ag subjek yg aku sendiri pon xtau camne perasaan aku kat subjek ni.. iaitu subjek computing.. Kalau bahagian multimedia.. memang la minat… bab design2.. n matching2.. kegemaran la tuh.. tapi kalau satu part ag lam computing.. iaitu Programming.. memang aku xpandai2.. dari awl belaja sampai la akhir.. xpandai2.. Sikit2 yg biskut2 tu boleh la.. tapi klu nk skor lam exam.. rasenya.. agak perit la.. (part ni sesuai tuk panduan kepada siapa2 yg nak amik stpm..siapa ade adik atau saudara mara ke.. p/s: kalau nak pinjam buku2 stpm pon boleh..)

Gitu la hari2 aku setiap hari di Semkif.. Pagi.. gi skul.. belajar.. wat keje.. study.. balik.. Pergi skul.. belajar..wat keje..stdy..balik.. Bende yg same hari2 selama 1 ½ tahun.. Struggle dalam exam setiap kali..sakit kepala tau tak. Hidup kadang2 xder kaler.. Tapi yg sweet tetap sweet.. banyak pengalaman manis kat sekolah tu.. tapi yang tak sweet suasana pembelajarannya stagnant gitu. Huh. Boleh buat orang jem kreng otak.

PART 2


Hari demi hari.. berlalu.. tempoh 1 ½ tahun begitu singkat.. Akhirnya aku tamat alam persekolahan dengan jayanya. Namun, rezeki tidak menyebelahi aku sekali lagi.. bila sekali lagi.. aku tak mendapat tawaran ke u.. Kali ni.. frust nye memang macam frust org putus cinta pon ada.. tiap2 malam.. mengenangkan nasib.. harapan yg punah.. musnah.. Frust masa spm dulu... berganda2 peritnya untuk kali kedua ni.. Aku selalu fikir.. kenapa susah sangat aku nak tembus tembok u sebagai seorang student..?? seorang mahasiswi..?? Orang kata.. sesuatu perkara yg berlaku itu.. ada sebab n hikmatnya.. Tapi sebagai seorang manusia biasa.. aku tertanya2.. kenapa susah sangat aku nk tembus pintu gerbang U sebagai seorg siswi..? Kenapa..? Apa akan jadi pada aku.. kalau aku hari ni seorang mahasiswi ipta..?? aku nak tahu.. kenapa.. kenapa…?? Gitu la persoalan yg sama je setiap kali tepikir kan hal tu.. Bermuram sepi la aku setiap hari..

………………………………..........


Suatu hari.. adala sorang orang terapat aku.. bagitahu pasal permohonan ke maktab.. dia suh aku apply..

Nila yg aku cakap kat dia…..

“jadi cikgu..??
Ahhh.. xnak la.. xpernah pun ada cita2 saya nak jd cikgu…” Bentak pulak aku pada dia.. DIA… Mohd Ruzaini Abd Ghani.. itu lah dia.. Ruzen.. orang terapat aku.. yg sangat2 menjaga aku… semua.. sangat2 menjaga hati dan perasaan aku... sangat penyabar orangnya..


“Yela..abis tu nak apply mane lagi…?”


“Saya xmau jadi cikgu..xminat laa..” Hmmm.. nila..kate2 aku mase tu.. kemudian bila direnung2kan...


“Ok laa… apply jerla dulu..tengok ar nanti.. kalau dapat maktab.. sy pikir balik nak time ke x..” Mase ni.. aku pikir kalau dapat tawaran ke U.. konpem2 la.. aku akan g U.. yela.. nk kejar cita2 nan satu..


Dia la yg susah payah usahakan semua benda tuk aku.. fikirkan kebajikan aku.. tolong pikir kan masa depan aku yg ntah ada sinar nya ke x..(boleh aje sebenarnya..) Dia tau aku kecewa xabis2 sal result stpm yg bagi aku..xbest.. n sebab sepanjang tempoh nak exam tuh.. aku de problem.. xboleh nak focus.. exam mase tuh..aku jadi geram sendiri bukan pada diri sendiri..tapi pada aturan hidup aku.. menjadi Nor Hasni Sidek Hamzah.. di atas muka bumi ni.. [kalau citer sal ni.. memang sedih..tapi dah xde pape dah.. sebab aku da tau penghujungnya citer aku.. happy ending..(cop2..yg ni bagitauuu.. kemudian..huhu)]

------ ---------------------> next


Masa tu.. satu hal timbul lagi.. dia bagitau.. ,


“Result spm penting tau.. sebab permohonan tu nak result spm..”


“hah…. Result spm…?? Aihh… saya nak apply tuk degree la awak.. n bukan tuk foundation or diploma…??”


“Yela... awk bagi la result stpm awk tu..tapi.. kena apply tuk foundation la dulu..selepas 1 ½ tahun barula proceed ke degree..” Gitula lebih kurang dia cakap…

Aku still xpuas hati.. kenapa aku nak masuk kursus yg dak2 spm amik..xmo laa…
“ Aihh..ape nii..??


[ Cut ! ]

Untuk pengetahuan semua.. kali terakhir Government, BPG serap student lepasan stpm&diploma ialah pada tahun 2003.. di mana student yg apply kursus perguruan dengan BPG tu akan menjalani kursus selama 3tahun…Yup..3 tahun sahaja..iaitu..
Degree.. Iyeer.. degree terus.. sebab dah ada sijil stpm@diploma kan..

Kemudian, BPG mansuhkan tuk student kelayakan sijil tu.. sebab nak lahirkan guru yang lebih dengan sifat ethos seorang guru.. dan lain2 sebab.. itu salah satu sebabnya lah.. Sebab tula…
Dan jangan terkejut pulak.. rasanya semua orang sudah sedia maklum bukan, BPG akan mansuh kan pengambilan bagi kursus perguruan lepasan Ijazah,KPLI juga.. semua tahu kan.. Sebab salah satu sebabnya, nak hasilkan guru yang dididik dari awal, iaitu Fresh Spm.. dan terus buat kursus perguruan 5 ½ tahun [foundation+degree = 1 ½ + 4 = 5 ½ tahun] tempoh yg aku rasa cukup masak untuk bakal guru membuat persedian sebelum keluar untuk menjadi guru..

Orng kata KPLI cam kursus cikgu express.. Iye betul la cikgu ekspress.. Setahun jer masuk buat kursus.. pastu..siap…cikgu ekspress.. mengalahkan KPLSPM yang buat kursus 5 ½ tahun ni.. Tapi papehal.. kita xboleh la nak jeles.. kan.. sebab diorng pon da belajar lame kat U.. ada yg da jd engineer, doktor n macam2 agi dari pelbagai bidang dan latar belakang.. tapi memilih untuk menjadi pendidik..alhamdullillah.. kalau itu yg dimahukan..teruskan.. Jadi.., kesimpulannya..cikgu express@x.. Tu x penting.. yg paling penting.. semangat yg perlu ada pada setiap guru tu.. betul x..??
Yang penting… Ethos seorang guru..!
Belajar 5thun pon.. kalau etika perguruan x diamalkan.. itu lagi lah pembaziran.. namanya..kan…


Akhirnya..setelah dibasuh2 oleh dia, Ruzen..aku pon.. isi la permohonan tu.. Opsyen Pendidikan Khas (BM/PJ/BI) dipilih.. Aku pilih kursus ni sebab.. aku pernah bergaul dengan student pendidikan khas, sangat istimewa.. Asalnya, aku ingat, pendidikan khas tentang pendidikan untuk org pekak bisu dan buta sahaja, rupa2nya lagi luas..


Dan akhirnya, lepas frust xdapat tawaran ke U.. bergenang air mata setiap hari.. Masa ni, kawan rapat merangkap senior Form 6 aku dulu, banyak bagi nasihat.. banyak kali aku down.. dia laa yg byk bagi nasihat dan motivasi.. ntoh dia bosan ke x la ngan aku ni.. kejap ok.. kejap xok.. dialah, antara kawan terapat, Fakrur Razi.. yg xjemu2 bagi kata2 semangat.. Thank u so much Iwancah.. (ni panggilan aku pada dia..sebab muka dia ada rupe cam irwanshah..keh3..)
PART 3


Malam tu.. berapa haribulan ntoh.. lepas msg ngan Razi untuk sesi kaunseling.. aku mintak diri tuk tido.. sebelum tido.. aku masuk la kejap lam laman sesawang.. mencari entoh ape aku pon xtau.. mata dah rabak.. Then aku teringat la.. pada permohonan ke maktab.. Hmmmm.. pergi la kat site tu jap.. Ooh.. da boleh semak status pemohonan.. Umm… masukkan Ic.. dan… klik...

TAHNIAH….!!!
TAWARAN MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN
DI : INSTITUT PERGURUAN KUALA TERENGGANU
OPSYEN : PK (BM/PJ/BI)

Tau x.. apa reaksi aku…? Hummm… xde perasaan..

Ntoh.. Cuma selepas saat tu.. kesedihan tu berkurang la.. n Alhamdulillah bestfren dunia akhirat, Nik Suria Nik Abdullah pon dapat tawaran ke UUM.. Syukur.. Pagi keesokannya, aku bangun awal pagi... Nampak mak di dapur, ngah prepare breakfast.. Aku g kat dia.. n cakap.. dengan perasaan yg ntah.. bese je.. xde perasaan.. dan aku gtau mak.. aku dapat tawaran ke maktab.. Tau ape reaksi dia..?
Dia bersyukur sangat2… Alhamdulillah ... mak byk berdoa tuk aku.. doakan tuk anak perempuan dia ni.. tuk dapat tawaran ke maktab.. Aku sebak masa tu.. bukan sebab apa.. aku sedih xdapat ke U sama2 dengan Nik.. xdapat ke U.. mak aku nampak gembira sangat2 anak dia mendapat tawaran bidang perguruan.. dalam hati aku.. Huk3.. mak hapy.. aku lak sedih sebab mak aku hapy aku dapat bidang yg aku xmau… Huk3..(Apela aku nih kan..) tapi demi mak...



Kecoh sekampung aku dapat tawaran ke maktab... Panggilan cikgu da lekat dah kat name aku.. Dak2 laki kampung aku biler nampak jer aku…. Mule la memanggil2.. Nie.. Ooo nie.. cikguu..! Makcik2 pon.. “owhh… yang ni ke yang dapat maktab..?? Bertuahnya..” Rasanya korang pon rasa part ni kan.. Besela.. nak jadi cikgu kan.. Aduhai… orang kampung lebih excited dari tuan empunya badan ni.. aiyaak.. fenomena gapo nih…? Gitula.. mak aku, family aku, n orang kampung.. excited aku dapat tawaran ke maktab.. dan kalau sesekali aku gatal2 tanya pasal U.. diorang mesti dapat agak aku berharap U lagi.. “Aihh…rezeki dapat maktab nk mintak U pulak… Bukan senang nk dapat maktab tau x..? Puluh2 ribu orang yg apply, dalam 8000 orang jer yg terpilih..”
Haa… gitu la setiap kali kalau kitorang tercakap pasal U n maktab.. Tu belum mak aku ag… lagi sarkastik ayat2 beliau..


“Belaja kat U lame2 pon.. kuar xdapat keje nk wat ape… Cikgu.. kerja kerajaan.. kerja terjamin..”
Bedebush…. Haa.. nah kene sebijik….Nyoss..
Akhirnya aku berjanji pada diri sendiri tak akan mention ag pasal tu nak2 pada mak aku..

Dan persediaan dibuat last2 minute.. sekali lagi aku dibebel mak ag..

“Nampak sangat xbersemangat nk g maktab.. baju2 xsiap kemas ag” .. n macam2 ag la.. yg mak bebelkan.. n ulang lagi ayat… “Nak harap ape ag kat U.. Cikgu nih.. keje mulia.. keje terjamin..” aihh.. tu yg aku xmo dengar tuh.. balik2 ulang ayat sama.. n ayat tu.. ada ag sampaila hari tibanya.. Pendaftaran pelajar baru Ambilan Julai 08.. dalam kete masa on dway g maktab pon .. Hmmm.. mak2.. nway… thanks a lot.. cuz.. almost everythng she did.. ape2pon laa..dia nak yg terbaik tuk anak dia..
My mum... sama x muke kitorg..??hee..
PART 4

Suasana di perkarangan pintu masuk IPKT agak sesak.. dan meriah dengan suasana ibu bapa yang datang hantar anak masing2 untuk pendaftaran. Dan aku.. still xberperasaan… nak melangkah ke dunia study lagi.. pulak dibidang perguruan.. Hmmmm…

“Dik.. dik… jangan pijak rumput.. ”

Huahh..?? Gape au kak ni…
“Iye.. apa dia kak…?”

“Kenapa xpakai baju kurung putih dan kain hitam seperti dalam kertas yg diposkan tu..?”

“Umm…. Hari ni ke kene pakai…? Sekarang ke..??”

“ Iye.. sekarang..”

“Tapi baju2 saya lam beg.. tak bergosok ag kak.. macamana nak pakai..? berkedut... tudung pun ..lain kali pakai xboleh ke..?”
Maksud aku.. pas masuk bilik.. gosok jap.. baru pakai…

“Xboleh dik.. sebab sepanjang minggu pengurusan.. memang kene pakai baju tu.. Xpe.. bukan adik sorang je yg xpakai baju tu.. ramai gak.. mungkin arahan lam surat tu xjelas.. tapi da suruh tukar dah..”


Aduiii.. terseksa tul… masuk lam tandas.. tukar baju kurung putih.. tudung putih..n kain hitam... Dan kasut..?? Pon kene tukar.. pakai kasut hitam.. itupun lepas masa nak g daftar.. Aduii.. g balik kat kereta.. panasnya.. Masyaallah.. Kasut pulak longgar.. Aduhh.... memang terseksa sgt.. dengan baju yg agak berkedut.. Aaaahhh….! Aku harap bile ada orang tengok aku.. diorang akan pikir.. aku datang dari jauh.. sebab tula.. baju berkedut seribu tu.. Dan…. tudung pon berkedut?? … apa kess…?? Hehe..
Ooowhh..lupe…orang jauuuh…. Haha..

………………………………………………..

Di gim… (Tempat pendaftaran)

Suasana busy gler.. ramai orang .. penuh dengan student2 baru.. Aihhh.. masa ni.. kecut perut aku.. tengok muka student2 baru.. muka genius2 je nih.. Ah sudah… camne nih.. nak compete ngan dak2 pandai nih.. pandang kanan.. pandang kiri..depan.. belakang.. Aiii.. xper2.. sabo.. sekarang gi kat meja pertama pendaftaran dulu.. then pilih baju n sweater.. seterusnya meja untuk unit masing2 pulak.. Nampak semua orang busy anukan borang masing2.. yg xterkira banyaknye.. sampai pening aku tengok..
Di depan aku.. ada sorang awek nih.. tinggi2 orangnye.. muka gabra..Hummm..
(Eh.. dia ni.. nampak gaya macam bekas samseng sekolah ni..tapi nape muka nampak gabra..?)
[ Cut ! ]


Itulah dia.. Rohaiza Adila@Dila.. Orang pertama yg ditafsir oleh aku.. huhu.. Kemudian.. aku kembali anukan kertas n borang yg tersangat banyak tuh.. kene tampal gambar pulak.. alahai.. mana nak cari gam ni..?? Humm.. kat belakang aku.. ada sorang perempuan.. yg sangat2 sibuk sedang susun kertas n borang.. macam xingat dunia.. busy sangat.. rasanya semua kerusi, dia letak kertas dia.. nak susun2.. (atau aku silap orang..? Ehh.. dia la yg busy tuhh..)


Umm… awak..nak gam sikit boleh…??
“Eh.. ye.. ye.. amik.. amik..” (tau2 la kan.. afi cakap dengan halaju camner… )

Itulah.. Wan Nur Afiqah@Afi.. yg bagi aku.. cantik dan agak serius mukanya.. Yang sekarang ni.. merupakan antara manusia yg sangat kelakar dalam dunia nih.. lawak dia tuhh.. kelakar maut.. sampai boleh buat orang sesak nafas.. ape2 jer yg kuar dari mulut dia.. aduh.. memang klakar.. umm.. Afi.. afi..(selingan)

“Ummm… maceh… nah..”
“Aah.. ye..ye..” Sambil menganukan borang2 dia tu..


Alahai.. macam2.. busynye diorang ni.. Pastu kami dikejutkan dengan gambar untuk dibuat kad matrik..
“Hah.. sekarang ker..??” Adui.. dengan panasnya.. kehulu kehilir.. pulak pakai tudung putih.. aku nih.. kalau ngan tudung putih.. konpem2 la xlawa.. muka xcantek ar jadinya.. Alahai.. buruk laa.. gambar kad matrik aku nanti.. dahla.. panas.. berpeluh2.. berkarat muka nih masa tu.. oloh.. da xcantek..


Then, bahagian mendaftar siap..

Aku bergerak ke arah hostel.. untuk pendaftaran hostel pulak.. masa ni aku bertemankan student dari unit pai.. orang kelate.. Hee.. kitorang jalan same2.. n daftar same2.. Kunci bilik diberi.. Ummm..

Siti Aminah O8?

Owhh.. nama blok n nombor bilik.. Then.. dengan konfirm dan konfiden.. aku bergerak.. pusing kebelakang.. dan terus bergerak ke arah blok hostel.. aku nampak hostel.. dan aku menuju ke arah blok tuh..


Dan.. sekali lagi…

“Dik.. dik… nak g mane tu..?”

“Nak cari bilik laa… Siti Aminah 08..” sambil aku baca pada tanda kunci tu..

“Owh.. ni blok laki dik..blok perempuan kat sabelah sana tu..”

Owhh.. yeke.. hehehe.. Ok2.. terkekek2 aku ketawa sorang2.. sambil mencari2 arah ke blok tu..

BLOK SITI AMINAH


Haa.. yang ni la kot bloknya..
aku masuk.. n mencari2.. nombor bilik 08.. Hah.. ni dia.. da jumpe.. senang sangat nak cari..
Aku hulurkan kunci..masukkan..payah la pulak..
Xpe..eden torai sekali lagi..
Aihh.. payah la pulak.. awat nihh..?? Kunci da betul.. no bilik da betul..
Sekali lagi… aku cuba.. dengan gaya cam xpuas ati.. ketung ketang..! Bedebush… aku tarik2 pintu tuh…
TO BE CONTINUED.....


macam muka orang yg xredho jadi cikgu....huhu (dulu) plus perasan ada orang amik gambar masa ni "aihh, salu amik gambar aku!"






Sunday, May 10, 2009

Hey....its me..


1. Starting time: 10.50 pm.
2. Current song: Dari angan yang tewas, by Private Whizz
3. Name: asni
4. Sisters: Kaq Long, Kaq Ja, Kaq Na, Mok Tie, Sis Nor..n me..
5. Brothers: I hv 4 Eld bros+1 Youn bro = Abg Ju, Abg Rie, Abang, Akie n my lil bro Modie
6. Height: 168cm or 5' 6'
7. Weight: 57.5kg, 58kg, 59kg (plus n get the average..ha3)
8. Where do you live: Kuala Terengganu, The city where natures embrace heritage (promote Cuti2 Malaysia..hee)
9. Have you ever been on a plane: not yet..but, this june..ill fly to S’wak
10. Swam in the ocean: Of course, yes.
11. Fallen asleep at school: so far, not yet..(cam tipu jer kan..)but..its true…
12. Fell off your chair: Yup..when I was sixteen..kawan TERtarik my chair tanpa niat.. (harap betul la ek…n bukan konspirasi semata-mata..)
13. Sat by the phone all night waiting for someone to call: So far, never.
14. Saved e-mails: Of course (easier to send e-invitation wedding card..one day..perhaps..hehe)
15. What is your room like: For me.. In my own little corner.. In my own little bed..keh3..THE BEST port n spot in my house..hee..plus my Ca08 room)
16. What’s right beside you: a cute polka dot box.. [I bought it@Hock Kee Seng, GB..(the popular market among IpgmKDRI’s student..hi3)]
17. What is the last thing you ate: Breakfast+Lunch..(adat makan geng PPS..sarapan ngan lunch skali..kul 9.15am lak tu) nasi putih+sayur cendawan+ayam masak merah+kentang pedas..such a weird combination..huh..?
18. Ever had...Chicken pox?: So far..nope..
19. Sore throat: Awal tahun ni..sbb kurang minum air..
20. Broken nose: nope..
21. Do you believe in love at first sight: ummm..yes, no, maybe..actually..im not sure cuz i have no experience in love at first sight.
22. Like picnics?: yup..of course..picnics is recreation..
23. Who was/were...The last person you danced with: aerobic dance wit classmates, farah n dila..(also from Geng PPS..=D)
24. Last person made you smile: ntah.
25. You last yelled at: Syazwan, our x-KU.. “Wann…stop it..!.. Yuck..!”
26. Today did you...Talk to someone you like?: hmm.. Yup..!?
27. Kissed anyone: Nope..!
28. Get sick?: Nope..Alhamdulillah..chat..
29. Talk to an ex: 2 days ago..
30. Miss someone: Nope..umm yes..ummm…No no no..
31. Who do you really hate: selfish person , smoker..bCuz..ill b da secondary smoker..hate…hate…hate dat...
32. Do you like your hand-writing: sometimes yes..sometimes no..
33. Are your toe nails painted: No..
34. Whose bed other than yours would you rather sleep in: My bro’s bed..
35. Are you a friendly person: Yes..depends on the situation too..
36. Do you have any pets: Nope..
37. Do you sleep with the TV on: nope..
38. What are you doing right now: mengadap objek berbentuk segi empat..~
39. Can you handle the truth: Yes.
40. Are you closer to your mother or father: mum
41. Do you eat healthy: Yesss…!
42. Do you still have pictures of you & your ex: umm..yes…
43. Are you loud or quiet most of the time: loud.. ‘rege’ org tganu kate…
44. Are you confident: for certain situation.
45. 5 things I am 10 years ago:

1. Dalam kelas 5Melati..kelas kedua terpandai..keh3..
2. xBerape cerdik kira2..selalu kene sakat ngan cgu math..
3. Suke benor g mandi sungai senyap2 ngan kwn sekampung..
4. Rapat sgt2 ngan bestfriend dunia akhirat, Nik Suria Nik Abdullah..
5. Baru nk kenal erti hidup..persahabatan...

46. 5 things I would do if I were a billionaire:

1. Buy new clothes, shoes, sandals, a set of makeup stuff by MAC, tudung cantek2
2. Give ¼ of money to my mum..
3. Bagi RM5O pada semua kaum kerabat ku tak kire muda@tua..lam sampul merah..hehe
4. Business
5. RM500 000 will b gven to brader Akie.

47. 5 of my bad habits

1. Malas pegang hp kecuali keluar rumah.
2. Selalu nak conquer mouse dgn kawan bila depan laptop.
3. On9 lama, 12 jam pun masih tegar..haha..(depends pd hari)
4. Isi lain kali..

48. 3 places I've lived/living
49. Do you have a person that you wanna see? : Yes..=)
50. End time: 11.16pm


Target sebelum ke 'sana'