"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti ? {Al-An'am : 32}
Tuesday, November 8, 2011
Alahai Cik Suria kite..
Saturday, September 3, 2011
Selamat Hari Lahir
Sesungguhnya, dunia ini hanyalah tempat bercucuk tanam. Sedangkan, akhirat adalah tempat menuai hasilnya. Maka, tanamlah seberapa banyak kebaikan dan amal soleh di dunia ini agar mendapat hasil yang lumayan di akhirat sana, iaitu syurga yang kekal abadi, SELAMAT HARI LAHIR wahai diri.. moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ke sana. Amin...Ya Rabb.
Friday, August 26, 2011
Salam Aidilfitri
Wednesday, June 8, 2011
ukhwah dari ikhlas

Thursday, February 24, 2011
Surat tuk Cik I.S.
Contoh :
A : Bulu hidung kau terkeluar.
B : Kaulah sahabat aku, orang lain tak berani tegur takut aku terasa hati, tapi lebih rela lihat aku diketawakan orang lain daripada menegur aku.
Sunday, January 16, 2011
To : anda yang pernah mengaku
Sunday, December 5, 2010
Salam Maal Hijrah - 1432

Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui, diilhamkan kepada Rasulullah satu jalan ke arah kesejahteraan orang Islam waktu itu iaitu penghijrahan ke Kota Madinah. Allah telah membuka hati kaum Yathrib Madinah (Ansar) untuk menerima kedatangan Rasulullah dan kaum Muhajirin yang lain. Allah telah menimbulkan kecintaan mereka terhadap iman, lantas bermulalah bai’ah Aqabah yang kedua. Penerimaan kaum Ansar bagai rahmat dari Allah. Mereka menyambut orang Islam yang datang dari Mekah dengan penuh rasa kecintaan dan alu-aluan. Maka berlakulah hijrah Rasulullah dan para sahabat baginda dengan segala persiapan dan strategi penghijrahan yang penuh kebijaksanaan. Padang pasir yang penuh fatamorgana direntasi, bukit bukau didaki…semuanya tidak mematahkan semangat Rasulullah dan sahabat kerana di hadapan mereka bagai ada cahaya indah yang sedang menanti.
Di sinilah bermulanya konsep pengorbanan atau perpindahan sewaktu situasi kaum Muslimin Mekah meninggalkan halaman kediaman mereka semata-mata mencari keredhaan Allah dengan memulakan kehidupan baru di kawasan yang asing bagi mereka. Berkat mengharungi dugaan dan cabaran, kaum Muslimin Mekah dan Madinah akhirnya bersatu membentuk satu pakatan Islam yang hebat berdekad lamanya.
Sempena tahun baru yang bakal menjelma ini (selasa, 7hb) bersama-samalah kita pasang niat dan bulatkan tekad untuk satu perubahan dalam diri kita ke arah menjadi mukmin yang sejati. Sama-sama kita melaksanakan dan mengamal ajaran sebenar Rasulullah kepada kita. Bukan saja solat 5 waktu dan berpuasa di bulan Ramadhan, tapi hubungan kita dengan manusia lain juga perlu dijaga. Selain itu, berpesan-pesanlah sesama kita dan sampaikanlah peringatan buat saudara kita. Semoga kita sama-sama merasai nikmat Islam sebenar dalam diri kita. InsyaAllah. Seindah2 nikmat adalah nikmat Islam, semoga saya terus kekal berada dalam nikmat hidayah Allah ini. Tiada yang indah melainkan mendapat redha-Mu Ya Allah kerana di situlah terletaknya segala kekuatanku, ketenanganku dan kebahagiaanku.
¸.•*´¨`♥Salam Maal Hijrah 1432H.
Friday, December 3, 2010
selamat hari jumaat.

Assalamualaikum.. selamat hari jumaat kepada seluruh umat Islam. Semoga di hari yang sangat indah ini, sama-sama kita bermuhasabah diri, sama-sama mengingatkan diri bahawasanya kita sedang menuju ke satu destinasi ke negeri abadi. Sesungguhnya negeri akhirat itu adalah sebaik-baik negeri bagi mereka yang bertakwa. Kita di dalam perjalanan itu. Semoga segala cabaran, pahit getir dalam mengharungi 'perjalanan' ini mendapat redha Ilahi hendaknya. Aminn... Selamat Hari Jumaat kembali
Monday, August 9, 2010
Senyum simpul

Alhamdulillah..ujian JPJ semalam lulus, maka semua org happy...hee..Nway, terima kasih dan penghargaan sy mau tujukan pada pku dan setiusaha unit sy iaitu saudari Suraya Hanim dan Tengku Nur Ain kerana membantu sy untuk tempoh jam kuliah sy semalam. Terima kasih banyak2. Happy bebenar ye nampaknya cik asni ye..=D..betul la..semalam after tau lulus jer test tu, sy msg ngan abg sy..katanya...ibaratnya dapat ijazah kan..? Haha...memang..sebab da lama nk ada lesen ni. So lepas ni sy tak kan menyusahkan siapa2 tuk hantar sy kemana2 tuk apa2 urusan..DAN....sy boleh p lawat bestfriend sy Nik selalu... =) Iyaa....segala kata2 akan dikotakan...
Thursday, December 31, 2009
I'm signing into new year again.
Thank you for standing by me ois♫♪ , for listening to me talk non-stop(especially to my BFFs) for the continuous support , for the healthy friendship (classmates, virtue friends)
...and most importantly....
thank you to all of you..for coming and coloured my life..hee..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
To myself :
and again...i would like to wish..Happy new Year to everyone..may this 2010 brings us happiness..lots of smile..lots of love..
See ya next year...!!!
Daaaa....~
Friday, October 23, 2009
Buat Nik Sahabatku yg tersayang
SELAMAT HARI LAHIR...
ku ucapkan pada sahabat sejatiku, dunia akhirat..
Nik Suria Nik Abdullah..
Nik,
apy bday...
semoga panjang umur..
dan bertambah cun hari demi hari..
Hmm...Nik...banyak yg aku nak cerita..
nak minta ampun pun iya jugak..
Kalau ada terbuat silap ke..
Sedar tak sedar..da hampir 12 tahun kita berkawan baik kan...
iaitu start darjah 4..
di Sek Keb Kampung Tengah..
Orang yg bertanggungjawab yg mengajar aku erti sebuah persahabatan..
tak lain tak bukan..
Nik Suria Nik Abdullah la jugak..
Hmm...kalau tak aku tak tahu la aku macam mana sekarang..
kalau tanpa acuan persahabatan daripada sahabat cam Nik..
yang playful..tak serius..ni..
Gaduh...??
Haa...sebab apa ya sepanjang kita berkawan ni..
kita tak pernah gaduh...?
tak macam frenship orang lain..??
itu sebab..
Mg terlalu baik laa..
Dalam persahabatan tak perlu ada hasad dengki..
tak perlu rasa tercabar..
tak perlu cemburu..
Cemburu..??
Haha..ingat tak dulu..mg pernah cakap..
"Aku tak leyh la jeles kalau kwn2 mg salu jer berkepit ngan mg, aku ni bukan kekasih mg punnn"
Haha..betul la..bukan kekasih..tapi perasaan tu pun aku rasa la Nik, siapa tak jeles, besfren kita berkepit ngan orang lain..sampai kita jalan sorang2...buat apa2pun sorang2...
Hmm..Nik...mg baik sgt laa...
aku bersyukur sangat2 kepada Allah kerana dianugerahkan seorang kawan yg sangat2 tinggi kesabarannya..
Dan bukan jenis yang suka ambil kesempatan, berdikari, tabah, berani, tak mudah ambil mudah, tinggi empatinya..
Jadi..kepada sesiapa yg berkawan dengan sahabat tercinta ku itu..sekarang...aku
MOHON...HARGAILAH DIA...! Jangan sesekali lukakan perasaan dia.. jangan ambil mudah tentang perasaan dia sebagaimana dia tak ambil mudah perasaaan kwn2nya..
Pendek kata..ciri2 sahabat yg berkualiti..semuanya ada pada dia..
Ucapan buatmu sahabat tercintaku :
1) Jaga diri sebaik mungkin. Jangan sesekali terpengaruh dengan persekitaran kat sana.
2) Sentiasa bersangka baik pada sahabat di sana, jangan berkecil hati..(tak der orang nak pujuk) Robotkan hatimu.. =)
3) Kalau ade kekecewaan, tak usah diturutkan sangat, muhasabah diri.. Cari kekuatan.
4) Ingat Allah selalu. Whatever we do..we do for Allah. Ingat tu.
5) Kejar cita-cita dulu..bukan cinta. Kita tak main cinta. Jangan sia-siakan masa muda dan single
kita dengan mengejar cinta2 yg melalaikan.
Insyaallah Nik, kalau kita tak laku kat dunia ni. Takperla. Mungkin jodoh kita di akhirat sana. Cinta wildan?? Betul ka..? Hee..baik. =)
Jadi..dont worry be happy.. Hidup ini indah. Jadi gembiralah selalu. Tapi, jangan terlalu gembira. Ingat saudara kita kat Palestin sana. Yang dihujani peluru tak macam kita kat Malaysia yang dihujani hujan petang la..pelangi la..apa2 ajerla.
Pendek kata. Apa2 pun yg kita buat. Ingat ALLAH. Amin.. =)
Sekian, tq
HAPPY BIRTHDAY nIK...
Aku ingatkan..sekatang-katang aku yg kelek tong geh hari2..aku laa...upenye...hebat ag mg..hmm..kalah aku...
Alahhh...chomelnyaa...pas abis keje men polis pulak yaa..? Koanda la nik..Asalkan mg bahagia... =pSaturday, September 19, 2009
Antara kenangan mengusik jiwa..
.jpg)
Makcik kayooo...huhu..
Gerko Hockey… Da lama tak pegang stick hoki…rase rindu laa pulak.. sbb aku terlalu baru lam game ni sebenarnya.. asalnya main.. nk hit bola tu.. mcm2 gaya.. haha.. ada ka patut.. duk tayang kat Najwa n Ain.. “meh tengok K.asni main…” sambil tenyeh hidung.. huhu.. bukannya kene pun.. bola tak gerak.. stick yg melambung… haha…aduii.. Pengalaman stick yg dipegang oleh Jue terkena kaki.. Ada ka patut di pukul nya kaki ku ni… kat keting pulak tu… “Jue…! Nasib bek geng sendiri..kalau org len..da lama k.asni balas bagi kat dua2 ketingg tuhh.. nak..??” haha… dia pun ngan muka bersalah nye.. Ooo..minta maaf..minta maaf…tak sengaja2..ingtkan lepas..maaf2! haha..saje jer.. sajer nk tgk muka Jue kantoi ngan gaya bersalah tu.. hehee… gataiii…! Bulan puasa pulak.. Aktiviti kat padang beralih kepada pembelajaran teori pulak.. dan assignment pun follow laa.. pas raya.. antar..!
Berbuka puasa.. Haa.. yg ni best.. walaupun aku tak makan banyak hari tu .. tp pengalaman mengumpulkan suma classmates dalam majlis buka pose sama2.. sangat bermakna bagi aku.. Walaupun beberapa hari lagi nak cuti raya.. masa pun tak berapa nk ada..Terima kasih pada suma.. yg sudi meluangkan sehari tuk buka puasa sama2.. Tau tak.. K.asni sememangnya bangga dengan ahli kelas kita.. bekerjasama.. Kita salu duk puji unit itu bagus..unit ini bagus laa.. Unit kita pun apa kurangnya.. pun bagus… (ikhlas dari ati ni..) yerla.. buat keje lebih tak berkira.. suma ahli tak da selisih paham..masam muka ke ape.. Aii….memang baguss laa.. Bertuah k.asni.. K.asni harap.. benda baik cam ni kite boleh amalkan sampai bila2.. sampai sem terakhir kita kat ipgm ni.. Kalau ada yg jenis emo tu.. harap.. boleh kurangkanla..think + ok.. Nasib bek la.. ramai dak kelas kita ni jenis +.. jd kalau ada yg negative tu.. yg positif ni boleh neutralkan.. Hasilnya.. hidup kami unit pk.. aman..makmur..sentiasa.. Peace.. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah.
(p/s : ois Think POSITIVE..hokayy..??? )
Shida..afi..dila.. cun afi lam gmbo ni kan...??
Haa...ni pulak..duta kesihatan.. dia ni la icon kesihatan bg aku.. mkn, minum, rehat, tdo, exercise suma jaga..tgk tu..minum air suam sampai 4 gelas?? Kimi..kimi.. patut ar..sihat..cergas..muka berseri2..sebab bnyk minum air putih ye..? hee...Bersama Ain..dan Mimie..
Hmm...itu la antara kenangan2 yg mengusik jiwa nak2 raya ni.. aduii...raya seminggu..assignment pun nk kene siap jugak..aduii.. Jadi marila kita sama2 menyahut seruan....
Assignment Vs Raya....
Selamat Hari Raya Aidilfitri... MZB..
Wednesday, September 9, 2009
Ahad 6 September
Kelas seperti biasa. Abis kelas angkut hadiah tuk majlis petang tu. Nasib baik ade Syazwan dan Kimie yang tolong angkut dengan moto.. 3 hadiah utama.. 6 Saguhati. Unit kami sekali lagi diberi tugasan untuk handle bahagian hadiah dan cenderamata. Pastu balik bilik terus landing tak sedar diri tuk energy yang banyak nk guna petang ni..untuk majlis ucapan dan outing bandar kT tuk berbuka puasa dak aras bawah Siti Aminah sama-sama. Banyak energy nak kene guna tu.. hee.. PeAcE..
Petang
Alhamdulillah. Pertandingan ucapan PPISMP sem 3 berjalan lancar. Dan kami unit bm pj bi menang tempat kedua. Alhamdulillah. Rezeki kami untuk sem ni. Tempat pertama dimenangi oleh unit bm pj ks..Tahniah2...!
Peserta daripada unit math sedang berucap tu...syyyhhh..

Dan.....kami pula...menang tempat kedua..Alhamdllah..Tima kasih tuk Daten =) tima kasih tuk our team group juga..sekali lagi group kita terpilih tuk sem ni.. (",) n tima kasih tuk all my classmates..
Itu dia.. Nadzirah.. cube gak tengok apa kene ngan kete tu.. Madihah.. sambil bercekak pinggang tak puas ati..hmmm.. Sabau2..
Gitu la dugaan kami tuk sampai ke lokasi Batu Buruk tuk buka puasa. Sampai pun lewat. Lagi 5 minit nk berbuka, kami baru jer kat Bazar Dataran Shah Bandar.. itu pun banyak makanan da abis. Bergerak ke Bazar Batu Buruk pulak.. Ramai peniaga2 kat situ ngah bukak pose. Hee... kami cam mengganggu jer.. Tapi apakan daya kami tak der makanan tuk berbuka... Dugaan.. dugaan.. Oleh kerana tak der apa yang tinggal kat bazar tu untuk kami, kami bergerak kat KFC ajer la.. hmm.. Atmosfera kat dalam Kfc tu.. meriah.. ramai yang tengah menjamu selera berbuka puasa. Kitorang pulak baru nk beratur.. order... huhu..
Sempat ajer bergambar lam Kfc tu.. tapi tak nampak lak environment kat situ.. Tapi yang pastinya.. meriah la..
Siap aje makan kat Pantai Batu Buruk.. kami beransur2 la.. Lokasi seterusnya.. Masjid Putih. Semayang mgrib.. isyak.. dan tarawih kat situ.
Agenda seterusnya.. ini laa yang paling besttt... Cari baju raya.. hee.. lame duk belek2.. akhirnya jumpela baju yang paling sesuweii.. Hee... Color pink..hitam..merah corak abstract.. Cantek.. Nadzirah yang tolong pilihkan.. hee...
Pastu... da siap tawaf TTC tu.. kitorang pun balik laa.. itu pun da nk dekat kul 12.. Nasib laa.. pak guard yang.... 'tu'.. yang jaga masa tu.. Tapi nasib baik lepas.. sebab ade pakcik tolong slow talk ngan pak guard tu..hmm.. Nasib leh masuk. Syukran pakcik..
Hmm..itu ajerla kot cerita hari ahad hari tu.. yg post hari ni..
Hari ni tak cakap banyak...simple ajer.. tak berceloteh...tak membebel tak..ape..kan.. Hee.. ...mood baru bgn tido nih.. ntah ape2 cakap.. just nk post citer jer tau.. hee..
Hmm...ok.. salam Ramadhan..
semoga ibadat kita diterimaNya. =)
Raya da nak dekat.. sudah sedia zahir.. dan rohani blum..?? harap2 sudah yer... Kalau ditanya pada sy... Sy sudaaah... ! =) Konfiden tuh jawab..
LailatulQadar...??
Carilah 10 malam terakhir ni.. Jangan sia2kan ramadhan kali ni dengan hiburan yang melalaikan.. Urusan dunia yang melekakan.. Ingat.. dunia..hanyalah dunia.. Urusan dunia tak pernah abis.. Pandai2 lah kita menguruskan masa untuk duniawi..untuk ukhrawi... semoga kita tidak berada dalam golongan yang rugi....
Ingatlah...
"Demi masa.. sesungguhnya manusia berada dalam kerugian... " Sama2 lah kita beringat2 sesama kita di bulan mulia ni.. Ingatan ini khas untuk sume... terutamanya untuk saya.. Kadang2 leka dan lalai dalam dunia saya sendri.. Hmm.. apa2 pun... sama2lah kita muhasabah diri kita... Semoga keindahan Ramadhan.. tetap dirasai.. =)
Sekian.....
Salam Ramadhan Mubarak..
dari Chegue Asni.. (",)*
Saturday, September 5, 2009
September sudah..
Salam Ramadhan Mubarak..
Gembiranya hati ni... baru je usai solat tarawih di Balai Islam al Muttaqim sebentar tadi. Gembiranya hati ni.. tau sebab apa..?? Sebab… ada moreh kat surau tadi..hehe. Tak der la..moreh tu penyeri aje sebenarnya.. Yang sebenarnya.. hari ni.. genaplah 15hari sudah umat Islam sedunia berada di bulan mulia..iaitu ramadhan diberkati..bulan keampunan.. Rasa teruja pun ada.. sebab ada bacaan qunut untuk solat witir tadi. Yang mana..bacaan qunut itu bermakna.. kita sudah pun berada di pertengahan bulan Ramadhan. Rasa begitu sekejap je
masa tu berlalu kan.. Ramadhan..ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan ibadah kita diterimaNya. =)
Alhamdulillah. Bersyukur saya kehadrat ilahi..kepada Dia Yang Esa, Allah Swt atas keterbukaan hati ni untuk mendekatkan diri kepadaNya lebih-lebih lagi di bulan mulia..ramadhan Mubarak ni. Banyak perkara yang berlaku sepanjang bulan ni. Dugaan yang diterima hampir setiap hari tak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang meniti hari-hari yang agak mencabar kesabaran hati ni. Sedih..? Hmm…ada ke..? sedih tu tak.. tapi hiba tu..mungkin ada dengan dugaan yang diterima. Dugaan apa..? Hanya sahabat-sahabat terapat saja tau. Tapi..walaubagaimana sekalipun. Hidup perlu diteruskan seperti biasa. Jangan kerana perkara sedemikian, kita jadi patah semangat nk lakukan apa2 aktiviti..tugasan..etc. Senyum je.. Jangan salahkan takdir... kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..tak gitu..? dan kita sebagai hambaNya..harus percaya..
Apa yang baik datang dari Allah.. yang kurang baik..datang dari kita sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
Aihh.. cakap pasal luahan hati pulak..Hmm…sebenarnya… Saya mau ucap terima kasih dan penghargaan buat kawan2 merangkap jiran2.. yang buat kejutan tuk birthday saya semalam.. Tq yer…buat pasangan rumate yg sporting lagi havoc Nadzirah-Fatin, rumate kawai n stylo ilham-Qash dan tak luper rumateku, Ekin…oo pakat eah.. rumate.. patut ar tunggu kat wakaf.. tak datang2…cakap nk on9 sama2. Ada ka patut.. Tengah2 syok nk layan drama Nur Kasih episode 15.. tengok kat tv3 online sebab tak sempat balik dari surau. Ada la sorang hamba Allah ni datang tiba2.. dengan muka serius..tak mau senyum..
“Kak Asni.. Kak Nad suruh balik… Ekin jatuh kat bilik air..!”
Haah…. Jatuh kat bilik air..??
Hmm…dalam hati nih…biar betul.. macamana boleh jatuh.. ish lembik sungguh si Ekin ni.. aihh…tapi macamana boleh jatuh tak da kes lagi setakat ni ade orang jatuh kat bilik air kat Blok Siti Aminah setakat ni..floor bawah pulak tu.. Ekin pulak hari ni sihat walafiat aje. Camne boleh jatuh neh..?
Hmm…macamana keadaan dia..? teruk tak..?
“Tak tahu la..Kak Nad kate dia kat bilik Kak Nad sekarang..”
Hmm…tanpa pikir panjang..
Kamu tolong bawak beg ni..letak lam bilik Kak Asni..Ish..macamana boleh jatuh ni..
dan tanpa berlengah lagi..langkah kaki ni dipercepatkan menuju ke blok. Hmm….teruk ke Ekin..?? Teruk ke biasa saja..?? Kalau teruk… macamana dengan kepala dia..?? ada terhantuk kat mana2 ke..? almaklum la…my new rumate tuu ..lembik cket… (hehehe…jangan marah…)
Ahh… tak yah fikir banyak2..pergi tengok dulu macamana..
Hmm…sampai pun .. kat bilik Nadzirah nih…
Tapi…
Aihh….nape gelap plaa..??
HAPPY BIRTHDAY….!!!
Lorh… bday surprise rupanya..ingatkan apa la tadi….. Mana rumate bertuahku…???
OOoo….Derhaka ya… pakat ngan diorang… patut la tak datang on9… sabau ajer la..rumate…rumate…
Lepastu… ada la adegan2 sapu krim kek. Sory la Qash… kak asni tak bagi can qash make up muka kak asni.. hehe.. cian kene kejar sampai 3 blok daripada Qash.. dan Nadzirah… cam kene kejar ngan org dari wad mentol pun ade…hee.. Sekali lagi…maaf ye Qash… nnt lenkali.. Kak Asni bagi can qash mekap k.asni ngan krim tuu ye..
Sekali lagi…TQ SOO MUCH..untuk semua org cuz ingat ma bday..tQ for da gift…for da yummy cake..for da wish… Semoga tuhan murahkan rezeki kalian semua.. dipanjangkan umur… Bahagia selalu..
Dats all…
Terima kasih…
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak..
Dan salam cuyunk…
Dari asniworlllld…..hehe…. =)
Saturday, May 16, 2009
Guru pembina negara bangsa..~
Ummm...teringat pula pada sajak daripada penyajak Usman Awang.. yang sangat2 terkesan di hati ni.. Antara part yang paling bermakna...ialah...
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Sunday, May 10, 2009
welcome to asniworld..!!

fuu..akhirnya..aku berjaya create satu blog..
da lame nk buat..tp malasnye..masyaallah..
sebab..satu sifat aku da berkurang...
iaitu....menulis....
dulu2..mmg rajin bebenor menulis..
tulis ttg ape aje..
tp sekarang...da kurang...
aduhaiii..
kadang2 sampai tak reti nak mengekspresikan perasaan...
n keadaan....hummm...
aduhaiii...ape2 aje laa...Zassssz..!





.jpg)
