Kalau kita sayang atau suka seseorang tu, kita tak akan ada perasaan macam seteru atau 'rival' dengan seseorang itu. Envious itu normal, jealous tu... Tak berapa nak normallah. Dan saya tak perlukan insan seperti ini dalam hidup saya, sekadar alat saja. Boleh. No hard feeling, saya tak expect apa2 kebaikan pun daripada insan seperti ini. Cuma profesional, matang dan bertanggungjawab dalam setiap perbuatan. Itu memadai kerana anda hanya alat. Ya alat macam mesin tu. Ada fungsinya. Saya pandang fungsi anda sahaja. Apa2 bukan fungsi anda saya tidak akan expect apapun dari anda.
"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti ? {Al-An'am : 32}
Wednesday, April 30, 2014
Wednesday, April 23, 2014
Alkisah kerja vs berat badan
Berat badan turun sekilo. Begitu juga dengan teman saya, Cgu Iza. Kata dia, "kita terlalu banyak fikir pasal kerja..Sampai tak de masa fikir pasal makan".
Ada benar katanya.
Dulu waktu praktikum, habis mengajar.. Terus tuju kantin, habis kerja banyak sikit.. Terus tuju Secret Recipe. Tapi sekarang.. Tak sama. Kerja sentiasa ada. Cuma kerehatan seperti gap. Hari sibuk, hari lapang. Itu saja. Kadang lupa dan tak heran dengan waktu rehat, rela cari biskut, sneakers dalam beg.
~~ Dalam proses menyesuaikan diri, sebagaimana proses membuat ringkasan RPH 1 jengkal jari. 1 muka surat, 3 lesson plan.
Siap ditegur GB, rph tak boleh buat ringkas lagi ke? Nanti tak muat ni...
Gelak dalam hati saja.
Monday, April 21, 2014
Duit pun makhluk
10 kali kita kedekut dengan orang, 100 kali orang kedekut kat kita.
1 kali kita belanja orang, 10 kali orang nak belanja kita. Haha.
Perbuatan baik dikenang2 orang sentiasa.
Harta tak boleh bawak masuk kubur oii, Duit sifatnya macam 'makhluk' juga. Makhluk Allah. Kita tak boleh nak layan dia ikut tambah tolak bahagi darab ikut matematik yang kita belajar kat sekolah tu saja. Rajin2lah bersedekah pada yang memerlukan dan bahagiakan ibu bapa dengan rezeki kita tu. :)
Hidup ni bukan kita tahu singkat atau panjang. Beringat2lah sikit, jangan ler duniawi sangat.
Pesanan untuk semua termasuk diri sendiri.
Saturday, April 5, 2014
Pesanan buat diri
Sampai masa kita, kita pun pergi ke 'sana'. Tiada 'warning'. Jadi hiduplah kita di sini, bersederhana saja (fokus). Pastikan 'main target' kita untuk ke syurga tercapai. Hidup ini dikaburi halusinasi. Halusinasi kesenangan dan kelekaan duniawi.
Memasang cita itu harus. Tapi jangan lupa fitrah asal kita dihidupkan, ; beribadat padaNya.
Jangan yang dikejar tak dapat (dunia) yang dikendong berciciran (akhirat).
Wednesday, April 2, 2014
Malam terakhir :(((
Di keheningan malam.
Malam terakhir di rumah bonda. Ralat dan sayu hati nak tinggal mak dan kampung halaman. Esok bakal bermula sejarah baru di daerah baru. Moga sentiasa dalam lindungan Allah swt, bondaku... Dan kucing...
... Sayu.... Sebak...
Tgk kucing sopan ni teman sy sumbat kontena sy malam2 buta ni.. Huk hukk
Sunday, March 30, 2014
Reaksi posting
Posting negeri sendiri? Reaksi orang tak sama.
"Bestnye posting negeri sendiri, dekat sikit dengan rumah.. Bla bla... Untung la.."
Kita balas, "Rezeki Allah bagi. Itu yang terbaik menurut pengetahuanNya."
Satu lagi reaksi,
" Posting dalam negeri je? Alah, tak berkembang.. "
Pun kita jawab, "Rezeki Allah bagi. Itu yang terbaik menurut pengetahuanNya."
Dan reaksi ni akan kita jumpa lagi pada masa akan datang.
Posting semenanjung atau borneo, saya tetap akan jawab jawapan yang serupa.
Rezeki dan rencana Allah untuk setiap hambaNya berbeza-beza.
Thursday, March 27, 2014
Kasut cantik vs kasut selesa
Kat sekolah tak boleh berat tulang berjalan. Makanya saya shopping kasut tadi pilih kasut selesa berbanding kasut cantik. Kasut cantik hanya cantik dipandang orang tapi tuan empunya sakit kaki akhirnya. Jangka masa lama boleh sakit tulang belakang. Nak berjalan jauh pun malas.
Wahai kaki, aku nak pakai kau lama lagi. Makanya aku akan pastikan, kau akan terjaga selamanya. Hehe.
Prinsip berkasut sy. Biar tak cantik asal selesa.
Friday, March 14, 2014
No tittle 001
Berhujah dengan orang pandai lebih mudah kerana banyak bermain fakta dan kerelevanan, berhujah dengan orang kurang pandai sangat susah kerana mereka tidak faham landasan ilmu.
Rendahkan level cara fikir kamu serendah ilmu mereka bagi memudahkan kefahaman dan perspektif cara fikir mereka. Jika tidak mampu juga.. Tinggalkan. Itu lebih baik. Jangan lupa berdoa untuk ilmu dan petunjuk sampai di hati dan akal mereka.
Thursday, March 13, 2014
MH370 dan statement balas Tun M
Kan terasa ada hero tu bila menteri (former PM) beri statement lantang macam ni. Ni tak.. Senyap je.. Duk biarrrr je dunia berbicara sesedap rasa hati limpa pankreas diorang. Macam 'anak yatim' tak terbela pulak.
C.p. : Harry Hanssens
Thursday, February 20, 2014
Abang Besa. Baliklah.
Rindu pulak kat si Cat. Siang tadi duk bertapa nak dekat sejam sampai tidur bangun - tidur bangun, puas tunggu makanan tak bagi2. Saya ada urusan seri paduka masa tu, tak boleh nak layan dia. Tengok telinga dia berdarah, baru balik dari luaskan jajahan la tu. Tapi kali ni lawan dia mungkin sama hebat macam dia.. Sampai macam tu sekali telinga dia berdarah nasib tak teruk luka dia.
Saya bagitahu adik sy tadi, kalau nampak dia bagilah makanan baru beli ptg tadi tu. Adik kata, "dia tak balik doh, kalau balik pukul 2 pagi kakrang".
Hoho.. Amboi.. Memang standard Abang Besar gangster ni balik umah pagi2 time ayam berkokok baru nampak misai dia.. Huhu..
Sekarang dah nak dekat pukul 1. Dia tak muncul2 tunjuk muka. Haisshh.. Janganlah jadi apa2 kat dia... Bimbang pulak aii kali ni.. Hmm.
Wednesday, February 19, 2014
Apa maksud kita sayang?
Ada boyfriend atau girlfriend tak?
Kalau dia call malam2 time nak tidur atau tengah tidur, atau nak chatting atau sms waktu nak study/buat kerja, atau yang sms or call waktu drive, atau time2 masuk waktu solat, atau waktu bersama keluarga.. Haaaa.. Sila2 lah 'sound' sikit.
Apabila kita sayangkan seseorang kita tidak pisahkan dia dengan tuhanNya, dengan keluarganya, cita-cita dan matlamatnya, ganggu waktu tidurnya dan memberi potensi untuk terlibat dalam kemalangan.
Anda tidak sayangkan seseorang sepenuhnya selagi anda membiarkan mereka dalam kebinasaan. :)
Tuesday, February 18, 2014
Stalker yang ntah apa2
Saya nak ajukan satu pertanyaan sopan ni..
Boleh tak kita guna acc facebook orang lain, baca dan balas mesej di chatting seperti tuan punya fb tersebut?
Rasanya tak boleh kan? Kalau betul nak tolong jawabkan, anda perlu mention siapa anda di awalnya. Jangan sampai kantoi baru nak jawab dengan jawapan mengarut. Kan tak berintegriti tu.
Sekarang ni nilailah diri anda di tahap yang mana. Jangan malu dengan saya, tapi malulah dengan Allah.
Saya tak marah... 'Nasihatttt'..
Thursday, January 23, 2014
Quality comes before quantity
Kerja kat oversea. Sepatah2 jawab, macam orang educated, karier bagus, dipandangnya aku seperti wanita yang excited dengan profesion diorang. Mostly women macam tu. Tapi tidak aku. Sebab aku lebih bijak. Haha. Bijak untuk sedar lelaki yang penyabar dan baik hati lebih baik daripada yang berwang berkepuk2 tapi kesabaran ke laut, mata memandang wanita cantik.
Kalaulah diorang tahu aku tak berminat dengan orang kerja jauh2 ni. Dan orang yang obses dengan diri sendiri.
Of course everything need money, but still money is not everything.
Saturday, January 18, 2014
Cakor rimau
Saya tersinggung dengan kucing dekat Rusila tadi. Time saya makan makanan yang dibeli berupa ayam goreng upin ipin, keropok lekor dan beberapa makanan berkolestrol tinggi yang lain. Saya bahagikan makanan saya dengan dia 50 persen-50 persen.
Abis makan, saya melunjur kaki.. Nak capai selipar. Tiba2 dengan sepantas karen, saya mendapat cakar miaw yang kaw kaw punye dekat kaki. Kuat cengkaman dia rasa macam terlanggar hujung dawai besi ooo. Saya berlalu pergi ke kereta mencapai sebotol mineral membasuh 4 cakaran jelmaan anak rimau tu. Cesss! Berdebah kau kucing tompok2 kuning hitam putih.
Saya sebak. Ibu saya terkekek ketawa. Dia ingat tak sakit. Air mata sebak jatuh. Wahai kucing, taukah dikau, aku ini ibaratnya miss universe.. Kemana ku.pergi, ku sumbangkan makanan pada kucing kurap, kucing gelandangan, kucing mangsa penderaan dan sebagainya. Kau memang.. Oh howwowo..
Sebelum masuk kereta, saya ambil kain dan libaskan di kepala kucing tu... Harrr.. Puas hati aku. Ibu saya kaget sebentar. Baru dia tahu saya serius marahkan kucing tu. Kalau tak difikirkan hubungan saya dengan makhluk tu selama ni, memang dah teruk rupa kucing tu.
Nasib baik tempat tu Rusila, malu a nak jadi gangster.. Haha.
Ekceli yang saya bengangkan sangat sebab, masa kene cakor tu, saya terkejut teramat sangat, menjerit bukan main nyaring. Aaaaaauuw!
Cesss.. Macam perempuan!
Malu... Hilang gangsterism, jatuh air mata gengster. Tergamak kau kucing.
Monday, May 28, 2012
perkara kontradik bertembung dalam otak
Friday, May 18, 2012
mesej tak jelas.




