Hurm....siapa saya...? Ish...saya adalah sayalah... =D
Okeylah, susah sangat ke nak mengenali saya dan personaliti saya ni? Susah ke? Hurm...okey...buat mereka yang nak mengenali diri saya, buat mereka nak mengenali lah, buat yang tak sudi, tak perlu, pi baca entry saya yang lain, hehe....(suh baca entry dia jugak tu..bukan suh pi lain..hehe...)
Okey, 3 sifat terbesar dalam diri saya (sifat yang paling ketara)
- Unpredictable
- Berterus Terang
- Independent
1.Unpredictable
Ok yang pertama, unpredictable..sememangnya sikap yang ni lah yang membuatkan orang makin keliru dan keliru dengan saya. Saya boleh menjadi seorang yang pendiam, seorang yang riang ria dengan muka tersengih ceria sentiasa (terutama kalau dalam program atau aktiviti bersama, atau bila mengomen drama bila menonton bersama, sambung dialog, buat dialog sendiri atau membebel tu sifat normal sy yang boleh disaksikan kawan-kawan saya), kalau berdua, sy akan jadi sama ada pendiam, bercakap ikut tertib atau berprotokol. :D
1.1 Pendiam kalau saya penat atau dalam 'unconscious' mind (baru bangun tidur, letih, atau tercengang2). Lokasi boleh jadi di dalam kereta, di tempat awam sebagai contoh menunggu orang tengah shopping. Faktor mengantuk atau letih atau memikirkan banyak kerja yang perlu diuruskan akan menyebabkan saya menjadi pendiam dan tidak mempunyai reaksi muka yang jelas untuk dikategorikan..huhu...
1.2 Menjadi seorang ceria adalah apabila saya bertenaga pada hari tersebut, faktor tidur yang cukup, kerja yang sudah settle, tiada masalah, atau tidak menyinggungkan perasaan orang lain. Kalau perkara bertentangan seperti yang disebutkan tadi berlaku, impactnya akan menjadi seperti 1.1. ..Err...hehe!
1.3 Bercakap ikut tertib dan protokol, bermakna saya tidak conquer perbualan, mendengar terlebih dahulu luahan dan pendapat atau ceritera yang nak diceritakan orang kepada saya.
Saya rasa setakat itu sahajalah saya menulis untuk hari ni, chapter 2 & 3, saya akan cerita pada hari lain, buat mereka yang berminat nak baca la...(Rajinnya sy ni...ish3) Ok, hari ni, sy penat...tak tidor cukup...mungkin otak sy boleh jadi weng weng sat lagi...Hee...Assalamualaikum...Salam Satu Umat! Salam Satu Iktiqad!
No comments:
Post a Comment