Showing posts with label ipgkdri. Show all posts
Showing posts with label ipgkdri. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Perginya seorang pendidik.

Tengahari tadi, sy berada di dewan al-farabi menguruskan majlis persaraan Mr.Tae Peng Hoi dari jabatan bahasa2. Beliau merupakan lecturer TESL. 37 tahun beliau berjuang dalam dunia pendidikan ni, sy yakin ramai yg terasa kehilangannya. Dalam ucapan Mr.Tae tadi, beliau bercakap dalam ucapan yang ringkas saja, tapi sempat berkongsi conversationnya bersama bekas2 pelajarnya yg telah grad dan bertugas di penempatan Sabah. Ucapan yang menuntut kami hadirin untuk memahami apa maksud di sebalik tugas dan pengorbanan seorang insan bernama guru itu sendiri.

Mr Tae menceritakan conversationnya bersama bekas pelajarnya, yang ditempatkan di Lahad Datu, tapi bukan di pekan Lahad Datu ye, tapi di bahagian yang agak jauh dari pekan LD. Cikgu Amiruddin (nama bekas studentnya). Cikgu A ni sudah berkahwin, isterinya juga seorang guru yang ditempatkan di Kuantan. Mereka hidup berjauhan. Bayangkan. Sedih tau berjauhan dengan insan tersayang demi menggalas amanah menjadi seorang pendidik. Abaikan elaun yg diterima oleh Cikgu A. Mood menyayat hati ok. Berikut conversation pendek, chatting Mr Tae dgn ex studentnya ;


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mr Tae : Alahai, takkan lari gunung dikejar. Ha.ha.ha. (Mr Tae, bercanda mengubat hati)

Cikgu A : Memang takkan lari gunung dikejar, tapi masa yang berlalu takkan dapat diganti. (Mood Cikgu A yg ceria berbaur sebak tapi akur)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Terdiam sy waktu tu, hanya satu saja yg sy rasa, sy rasa sebak mendengar kata2 itu" Luah Mr Tae pada hadirin tengahari tadi.

Iya, ianya tentang amanah dan pengorbanan yang hanya kami warga pendidik saja yang tahu isihati seseorang guru itu. Mr Tae bercakap mengenai pengorbanan serta hidup sebagai seorang pendidik.

Mr Tae mengakhiri ucapannya dengan linangan air mata, jelas beliau sebak menahan perasaan yang sangat kami mengerti. Di hari persaraan ini, segala penat lelah dan jasanya dalam dunia pendidikan ini akan di kenang. Bermula pada hari esok, beliau yang bercanda di awal ucapannya mengatakan,

"Hari ini saya merupakan seorang penjawat awam, esok saya sudah menjadi orang awam"

Sambil tersenyum, saya sudah mengimaginasikan satu perjalanan hidup sy mungkin akan berakhir seperti itu juga. Sy harap sy dapat menjadi pendidik yang berjaya. Dan sempat melalui segala fasa, fasa guru pelatih, fasa guru sekolah dan fasa pensyarah. Kemudian bersara, menikmati hari tua sy. Beribadat, melancong dan berkebun. =]

Setiap fasa itu harus dilalui dengan bahagia. =)


Mr Tae diiringi YDP dan Tuan Pengarah meninggalkan majlis.



pistt....sy suka Mr Tae kecek Ganu, bunyinya pure.


Tuesday, February 8, 2011

apa cerita study

Life macamana? Okey, macam biasa, dengan rutin seorang guru pelatih IPG.
Study macamana? Umm, alhamdulillah okey, dari fasa permulaan, sekarang fasa merancang pula. Merancang program2 dan aktiviti yang akan berjalan sepanjang semester ni. So, pada tengahari ni, sy nak cerita serba sedikit program/aktiviti setakat yang dah kami rancang dan akan ditempuhi. Jadi, pada yg bertanya dan yang berminat nak tahu, kwn2, sedare mare dan siapa saja yg berminat nak tahu lah rutin hari-hari dan perjalanan agenda cik Asni lah ye..=]

Okey, sebenarnya kondisi kami tak lah sesibuk mana minggu ni, masih boleh dikawal, kelas sampai petang pada hari isnin dan selasa saja, okeylah tu kan walaupun aktiviti2 maktab pun ada saja yg mencelah. Apapun masih boleh dikawal. Kawan2 sy yg da lama kawan dengan sy rasanya dah sedia maklum dengan keadaan sy dan kawan2 dekat sini. Baiklah, kita mula dengan assignment dulu.

Assignment
Baik, kami dah ada 2 assignment setakat ni, subjek bahasa melayu 3101 dan pentaksiran. 4 lagi bakal menyusul selepas ni. Syukur, Alhamdulillah 2 assignment ni dah diberi awal jadi boleh kurangkan kesibukan 4 lagi tugasan tu yg bakal menjelma. Cuma, nak dibuat aje. Oh ya, ahli kumpulan sy bagi subjek BM, Fatiha atau nama fesbuknya, Tia Itsrain dah siap assignmentnya. Wah, silakan berasa kagum pada beliau. Sementara kami di sini sedang mencari2 bahan di library. Due date 3mac. Sebenarnya task ni sekali dengan projek mikro teaching. Nanti kami sama2 akan bentukkan pengajaran, strategi dan teknik dan kurikulum yg dipilih melalui sukatan pelajaran untuk dipresent kepada pensyarah.

PBS
PBS atau pengalaman berasaskan sekolah seperti biasa akan dijalankan seminggu di penempatan yang dipilih. Kalau semester lepas sy buat di SK Padang Hiliran, K.Terengganu. Kali ni sy buat di Melaka. Wah, jauh berPBS kali ni, yep..sy ikut Juliana Idayu. Kami tumpang menginap di rumah mak saudara Jue. PBS semester ni dijadualkan pada 6mac-10mac 2011. Jadi, harapan sy, sy mahu siapkan seberapa banyak assignment yg boleh sebelum PBS. (harapan seperti biasa tinggi menggunung, tapi pelaksanaannya agak terbantut ya.. ) Oh, apa? tak tahu apa itu PBS? Baiklah, cuba baca secara scanning kat sini.. [PBS.. ?]

BIG
Program BIG atau Bina Insan Guru pada semester ni akan dibuat di Melaka, kalau semester yang lalu kami yang sedia ada berotak geliga ni berBIG di Pulau Perhentian yang berpakej, 2dalam1 iaitu BerBIG sambil melancong, ahaa =D sampai mengundang keinginan kepada unit2 yg lain untuk mengikutnya..=D Actually, BIG ni salah satu kompenen untuk membina sifat2 guru dalam diri setiap pelatih, hmm..sesuai dengan namanya BIG. Setiap semester berbeza pula aktivitinya; ekspedisi, khidmat masyarakat dan program anak angkat. Tempat2 inilah yang digunakan untuk melatih kami mendekati masyarakat dan peka kepada alam sekitar sekaligus memupuk nilai keguruan dalam diri kami. Baiklah, semester ni kami combinekan sekali BIG dengan Lawatan Pendidikan khas. Sebabnya, BIG hanya boleh dibuat di dalam Terengganu. Sebab? IPG tiada peruntukan lebih, hmm. Oleh itu, kami combinekan dengan lawatan ilmiah kami. Jadi, kali ni berpakej 3dalam1, BIG, Lawatan dan.....yg ni kene habaq slow2...... me-lan-cong. =D ahaa...

Haa, kenapa tak buat lawatan dan BIG asing2?

okey...sebabnya....


  1. masa, mac dan april semestinya kami akn busy dengan asgment dan macam2 program lain. (unit lain mungkin lain pendapatnya dan persetujuannya). Jadi kami nak sudahkan awal2 salah satu komponen pismp ni.
  2. BIG hanya boleh dilaksanakan dalam Terengganu, sebab seperti yg dikatakan tadi, maktab kekurangan peruntukan. Jadi satu batch kami boleh buat dalam negeri sahaja. Jadi kalau combine dengan lawatan bukan saja jimat masa tapi kertas kerja juga mudah untuk diluluskan atas dasar lawatan.
  3. Dan satu lagi, kami suka merancang sesuatu yang bersifat serampang dua mata (kerja+enjoy) walaupun bermain dengan risiko kertas kerja tidak diluluskan tapi atas faktor kebijaksanaan rakan2 yang berhempas pulas bekerja dengan kertas kerja dan berurusan dengan pengurusan IPG termasuk Tuan Pengarah. InsyaAllah, kami boleh.

Semoga segala yang dirancang berjalan lancar, badan letih, otak penat berpikior. Moga berbaloi keringat yang dicurahkan, semoga kami dapat melaksanakan kedua BIG dan lawatan dan semua orang gembira di samping menimba pengalaman yang berguna melalui lawatan dan BIG kali ni =]


Lawatan bersama tutor.
Lawatan bersama tutor ni lah yang sy beritahu tadi, lawatan pendidikan khas, kali ni kami bekerjasama dengan pensyarah JIP. Satu lagi, lawatan ni ada peruntukan jadi sebab tu kami berusaha untuk gabungkan dengan BIG. Hmm, unit lain khabarnya banyak ke Parlimen. Semua unit sekarang sibuk menguruskan kertas kerja ke lokasi masing2 melalui lawatan bersama tutor. Tapi ramai yg pilih tarikh sebelum PBS. Hmm, kebanyakannya buat lawatan dulu. Setelkan BIG kemudian.

Program dan aktiviti
Sekitar februari ni, kami akan ke HUSM bersama ahli2 pbsm. Dan, tak lama lagi sempena English Week, batch kami akan buat sketsa. Minggu ni mungkin berlatih. Errm, sy pegang watak yang skripnya hanya satu ayat saja, "You are so lucky my friend". Iya.. sekarang sy berlatih mengucapkan 6 perkataan itu. Haha. Walaupun sikit skripnya, tapi, peranannya agak berat ya. Oleh kerana kekurangan pelakon lelaki, sy akan memegang watak Mamat kawan kepada hero drama ini, Tapang. Sy tak tahu macamana penampilan sy nanti, tapi nasib baiklah pengurus kepada drama ni, Farhan melonggarkan syarat untuk sy menggunakan suara asli sy tanpa perlu menggaraukan ia. Huhu..berat peranan sy kan? Nak2 tang pakaian tu. InsyaAllah, sy akan pakai dengan penampilan yg sesuai dengan pembawaan sy, dan diharap juga sy tidak kehilangan peminat2 sy melihatkan penampilan 'ganteng' sy pada hari tersebut. Peace* Dush2

gambaran scene sy :
Mamat, Tapang dan Kala menyaksikan anak2 gadis kampung di satu sudut sambil bercakap2 mengenai anak2 gadis tersebut.

Suasana : kampung.
Latar masa : zaman2 dahulu kala.

Sy rasa macam tak mau ambil watak tu, sebab jadi pelakon mesti lah sebutannya jelas. Sy rasa sy bermasalah dengan perkataan 'friend'. Pronounciation nya lebih berbunyi 'my fan'. Hoho...jangan salah faham, sy tidak bermasalah untuk menyebut huruf 'R' tetapi untuk gabungan (f+r) sy agak bermasalah untuk menyebutnya. Haa, yes! akhirnya sy telah punya alasan untuk menolak watak itu(walaupun pada asalnya sy mahukan watak tu). Sebab sy fikir memegang watak itu lebih okey daripada pegang watak 7 puteri tu. Tapi bila difikirkan balik, pegang watak puteri lagi okey-lah!

Ok, sy minta diri dulu. Sebagai guru pelatih yg baru menerima elaunnya sy hendak pergi meronggeng dan berjoli dengan duit itu. Haha. Oh, tidak2..sy hanya berbelanja apa yg patut saja, sy masih dengan matlamat sy semester ni untuk berjimat cermat. Lagipun, sy ada peluang masa lapang pada petang ni, sebelum malam ni kami akan ke kozuke usrah di Balai Islam malam ni.

Hmm..itu saja.
Terima kasih pada kawan2 yg membaca blog ni, walaupun jadi silent reader tapi itu sudah cukup okey daripada anda bertanya dan bertanya banyak kali. Tapi ampess lupa je apa yg sy buat. (bernada demanding di situ) haha.

Assalamualaikum.





gambar hari terbuka kolej kediaman :)

Friday, July 10, 2009

Gunung atau pulau..???

Yuhooooo....! Apa habaQ suma...?
hehe.. excited nih nak cerita...

haa..mggu ni tuk pJ.. da start da main bola tampar..badminton..bestnyer main badminton.. n semalam da dapat cari...running shoes baru..n raket badminton baru..hehe...pasni mesti tambah bersemangat nak main badminton ngan Mimi & Ain..hehe..

Haaa..! tuk sukan n rekreasi da decide blum..?

tak tau nak pilih yg mane..??
sume best...??

haa...memang la sume best...
tp lagi best....hmm..nak cakap ke xmo ni..?
kan cakap dikatenye k.asni bias la..nak mempengaruhi laa..
hmm..tp ..ni kira pendapat peribadi k.asni la yer..

hmmm...bg k.asni la...
Gunung lagi best..
ok point2 nye yer.. :

kita leyh explore kecantikan alam semulajadi dalam hutan tu.. (cewah skema ayat)
lawa giler..siapa yg tak pernah masuk hutan...haaa...ape lagi...ini lah peluangnya...!

klu nak dibandingkan dengan pulau pulak..memang lawa.. ...dengan pasirnya putih..(mesti korang terbayangkan korang ngah lari kejar2 mase ni kan...haha..) dengan lautnya yg biru...hmm..kalau hijau2 lah..hee..lawanya...Subhanallah...

dua2 lawa kan...
ciptaan Allah S.W.T. memang la lawa..mana ada tolok bandingnya..

ok...cuba kita pandang dari sudut lain pulak...
hmmm....dari sudut pengalaman pulak..

Naik gunung..
pengalaman naik gunung tak akan kita lupakan sampai bile2..
susah senang naik ke puncak tu..berbaloi bila kita da sampai ke sana..
lagipun...bak kata Farah Suwahida..
masa muda2 ni la...nak naik gunung..
nanti da tua2...tak merasa pulak..
lain la korang ni...ade ethos pj cam En. Jai, En. Safri...tak heran la...
rajin plan aktvti2 sihat camni..kalau korang...hmmm..(ntohler..tepuk dada..tnya ler diri sendiri..)

kalau pulau pulak...
memang la fun...banyak aktiviti..best..snorkeling..n ape ag pakej 3 serangkai ag tu..? dan yg len2 tu...tp..pulau..boleh pergi bile2 masa..rasenye...honeymoon pon..korang pilih nak g pulau..kan...haha..aduii..

Kalau nak pergi gunung ni..bukan boleh pergi senang2 jer tau..ni la peluangnya...kita pergi dengan lecturer yg banyak pengalaman.. bila lagi nak pergi..? bila lagi nak timba pengalaman..?

bile lagi...????
bile lagi...??
bile lagiiiii..?

haa...kang da terbebel tu....hmm...!
ok...meh kite tengok gambar2 gunung tebu..ekspedisi tahun lepas punyer...
lawaaaa…. [klik pada gambar untuk paparan imej lebih besar]


Ekspedisi Puncak Gunung Tebu 2008
(sumber : foto dari kaQ ikin )


hapy yer sampai puncak... =)




makan.....lam gelap...hehe..


pagi di puncak gunung...berkabus tuu...sejukk...


cehh...cam naik gunung everest ja..



bestnyer...amik gambo ramai2 atas puncak..



Hijaunyer.....




waah..gambar frenship tuk diabadikan...
huk3..najwa...afi..dila..ain..farah..n suma yg len....jelesnyer...tgk diorg
bergambo sesama kat cni...huk3


buat ape tu ek...?



nak masak ape tue..




canteknyeeee......



En Jai...dan En Safri..



hmmm..sampai kene ikat...? ish3....hehe..





cantek gambar ni...pandai jer cari angle..heheh..
gmbr frenship....



on dway naik gunung....bestnye...xsabo nk naik...
Hmmm...amacam..?
jadi....meh ler...ramai2..pakat naik gunung...
k.asni tak sabor nak kuar cari barang naik gunung tauu...
eee...
tak tau nak cakap apa agi..
maaf kalau...apa yg k.asni cakap td tak sehaluan dengan fikiran org lain..
hmm..dari survey yg dibuat ramai yg nak gi gunung..
apa kata..cuba dulu..camner...? =)
okla..akhir kata..
salam.... [tak tau nak cakap ape...huk3 ]

Sunday, May 17, 2009

Sambutan hari guru di ipgmKdri

no report yet

Friday, May 15, 2009

Diari guru pelatih_14 Mei 2009



Salam ceria.. Usai sudah minggu olahraga anjuran kpli..Hari kepegawaian sukan.. Tahniah kepada pasukan yang menjadi juara.. manakala kepada pasukan yang lain.. jangan kecewa.. lainkali cuba lagi.. yang penting.. usaha.. dan tawakal.. itu yang paling penting.. kita hanya mampu merancang.. tuhan yg menentukan.. Papepon.. majula sukan untuk guru2..! yahh.. nk ajar generasi akan datang.. klu xlengkap ilmu physical edu ni.. boleh merosot perkembangan murid2.. Di Barat.. dan di mana2 negara maju pun di ajar pendidikan asas ni pada peringkat awal lagi. Itupun di ajar oleh profesor-profesor. Betapa sistem pendidikan negara mereka maju dan sentiasa ke hadapan. Itulah yang juga turut diamalkan di ipgm.. Sukan untuk semua.. Betul x.. cgu2..?



Terima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan. Akhirnya dapat juga kita menjayakan olahraga ini dengan jayanya. Selama 3 hari berada di padang setiap petang.. memang hitam gitu jer muke kitorg.. Geng PPS putih2 ker sekarang ni..?? Yee...betol.. Pj da xde klas kan.. lagipon da x turun padang. Tapi 3hari kat padang setiap petang.. bertukar kaler la jugak kitorg.. yg putih jadi kelabu.. yg kelabu jd itam.. dan yg already itam..jd.. itam pekat ar.. hehehe.. Papepon, hitam itu menawan..Hee. Ape citer pulak hari ni..khamis..? (kire khamis la kan..ni malam still khamis punyer...hehe) Banyak bende gak yang dibuat di kampus kami hari ni.. Antaranya.. Pertandingan Perbahasan Guru sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan. Pertandingan ini disertai oleh guru-guru seluruh Malaysia di mana kampus kami menjadi tuan rumah. Bertempat di Dewan Al-Farabi. Pada 14-15 mei 2009.



Peserta dari penang.. yang menang bertanding separuh akhir..tahniah..
Laen pula ceritanya di gim. Kempen derma darah diadakan. Ramai gak yang datang menderma.. Waa.. bagusnye.. Pemurah sungguh diorg nih.. kan.. Dan aku... plak xderma pon.. huhu.. Tp..bukan sebab takut jarum tau.. tp..sebab..xchat kan..hee..
Klu x..join gak..(leyh caye ker...?)

Dalilah dari unit math.. Ceria jer dia nih.. maintain senyum.. tgk darah dia tuhh...Uuuuuuw...banyaknyer..
Tp..yg paling klakar la...hehe..ade la sorg tu..derma darah..hehe...kitorg tengok jer dia mase check darah tu..aku, wan, mimi..n sape ag ntah yg tgk..hehehe.. misi tarik tgn dia.. haha.. klakar..dia lak.. terus nampak gugup..huhu..terketar2 jer.. HEHEHEE.. xmo la..gtau dia sape...hehehe.. hanya kami beremapat saje yg tau..hehehe.. dan kepada yg berkenaan.. hehehe..sabo jerla ek.. Hehee.. Biasa ar tu..kite xbiasa..org len biasa2 kan..

Di satu sudut yg laen pula.. di padang netball belakang gim diadakan perkhemahan. Sory xbanyak detail sal aktiviti ni.. sebab yg pastinye di handle oleh guru2 sek ren ipkt. So.. guru pelatih mungkin xtau la.. Selamat menjalankan aktiviti.. =)





Gitu la aktiviti hari ni.. Mggu ni agak busy.. exam final da dekat sgt.. dengan berakhirnye olahraga semalam.. maka dengaini.. boleh la kami fokus pada study seratus peratus.. Gudluck pada semua. Aku lak ngah study paper Bm yg lec bg..tapi mata da rabak.. da nk kene recahrge nampak gayanya nih.. =)
Sekali lagi...
GOOD LUCK....!

Thursday, May 14, 2009

Diari guru pelatih_13 Mei 2009




Hi.. salam..ape citer hari semalam ek…? Citer kt padang jela yg banyak… Pagi tu.. unit kitorang kene present sukan tahun 1 yang merangkumi semua aspek lokomotor, unlokomotor dan manipulasi alatan. Kumpulan Wan dan Ain de problem sket ngan folio diorang. Tau2 jela kan… En. Z.. skema sket bab bagi markah nih. Kitorang pon kene tegur, tapi disebabkan kumpulan kami kumpulan terawal yg present, semua pembetulan da dibuat dan sekarang da xde hal2 berbangkit da. Alhamdulillah.. settl e.. By the way kumpulan Mimi mendapat pujian daripada En. Z.. Sebab semua elemen n komponen kecergasan lengkap. Bonus lagi sebab ada ciri2 afektif.. Waa.. hebat..Kreatif… umm..agak2.. game tuh.. ilham sendiri atau adaptasi dari mana2 ni..? ek..? Haha.. agak sarkastik pernyataan itu..hihi..
kat bawah ni gambar kt padang..sempat aje bergambar kitorg nih..


Dari kiri : wan, ziqie, kimi, daus..
ni la dia dak laki unit kitorg..sorg ag hilang..ntoh mane pergi..


Yg mane satu idaman kalbu..?? pilih2..hehehee..



Dan sebelah petang pula.. sume Geng PPS berada di padang.. Waa.. bagusnye.. yang xterlibat pon sudi datang semata2 nk bagi sokongan padu.. Leteh sgt hari ni…xsempat tdo pon... tp tuk acara 400m xde rezeki la mng..sayangnye.. ntoh..da xder rezeki.. time jela dengan ati terbuka.. Klu de ag event 400m nx year or nx time..insyaallah..aku akn join.. Selagi x dapat nombor..selagi tu la..aku xkan berenti..xpuas ati au.. xbape chat kan.. Tp..persaingan memang sengit.. dari awal lari tu..masing2 ikut rapat..xde gap lansung..kene strunggle abis2..ape yg aku mampu wat mase tu..juz maintain kan halaju jer..nak pecut da xde daya da..aku tgk depan…waah…ade 4org depan aku..haha..rasenye da xsempat nk kejar..ade lagi lebih kurang 50m ag mase tu..laen la klu pecut jap..aihh..tp mane nk cari tenaga nk pecut ag mase tu…haha..akhirnye aku decide..Biaq pi laa.. malas dah aku…letehh…tauu..hehe..tp yg best..hanim dari unit kami dapat nombor 3..yeaahh…itu yg bagusnye ade 2 peserta dari satu pasukan dalam trek yg sama..yeaahh..

Nila dia gambar2 yg sempat diambil..


Muke2 penyokong kuat unit kitorg.. Kalau dengar suara havoc2 tu..
tula die..sore dak2 ni...bingit telinge ooo.. kalau bab2 nih..kotorg memang..ha3..humm..hilang sudah keayuanmu..


Yeaahh..akhirnye..ade gak gambar k.asni...yeayy..!
Alahaii..nak masuk gamba punye pasal..separuh terbaring da k.asni..smpi ati korg ek..


video yg sempat dirakam..






Havoc kann...?? Nila kitorg klu nk tau..bile da berada atas padang... :D


Malamnya..g kuar makan ngan kak dayah.. makan kat kedai air buah.. ngah syok makan tu…ade org tegur..Ooo.. kawan kak dayah..dan di sebelahnya siapa…?? Ooo..i see.. Romeo rupenye.. ngah sembang kat handphone ngan sape ntoh… sius jer muke..
Aku tanye la kak dayah, Dia tu mmg gtu ker..muke siuss jer...??


Alaa..sembang ngan awek dia la tu..dia mmg gtu..klu sembang ngan awek dia..dah xnmpak org da…

Haha..Geli hati aku dengar kak dayah cakap camtu… Single..available..? hehe.. romeo…romeo… nway..dia tu..klakar2 comey…haahaa.. ade jer yg menggeletek ati aku ngan dia 2…hehe..bahagian mengayat2..serah pada dia ar…macam2.. dan..Tibe2 jer diorg dua org datang kat meja….join kitorg makan..tanpa diundang.. Aku tgk muke si Romeo tu..Aihhh..?? Tersengih2…amboii..td bukan men siuss muke..ni tersengih2..boleh bertukar wajah..

“Laju lari td..” Hah..laju..?? tergelak aku..laju ker…bese jer..klu laju da menang daa..ha3..aku reply rilek jer.. umm..tp xmenang..mencebik jugak aku jawab ngan muke sebek..oit…leteh..ngantuk…

Oooo..ciann..xsihat..

Umm.. iyer…memang..kebas badan pon terasa ag.. yela.. lari jarak jauh ngan pecut pada masa dan hari yg xsesuai kn.. Klu la..aku leh lari cam latihan n hari saringan hari tu kn..bagus…Hmmmm….Aihhh..aku pk lagi dah sal tu..aduii..stop thinking..past is past…usai sudah..

Tapi mase nih..aku de wat refleksi la..aku dapat tengok si Romeo ni dari sudut perspektif yg len.. Ooo..dia ni..gni rupenye.. Dalam bunge2 dia tuh..romeo2 dia yg xterlayan aku..n kadang2 nk muntah pon ade… tapi..aku de nmpak satu sifat dia yg ntoh..nk ckp..cmne ntoh..umm..which is good la..umm..cmne ek..ntoh ler..xreti nk kabo.. umm..dah2 la.. Then, pas kitorg mntak diri..kitorang balik ke maktab..tp pekena lagu Disko plak dah…aihhh…melepak lame aku n rumate aku lam kete..xkuar2.. ade ker patut..pasang lagu disko kuat2.. n layannn…aduiiii..xsenonoh tul .. Siap dia leh suggest lg..jom kite kuar ag..sambil pasang lagu nihh..Hehhe..aku ikut jer.. sebab ingatkn nk start stdy sok..soo..nk pulun abis lagu2 lagho tuhh…sebelum start study kan..ehehehe…aduuiii.. Sesuai ker…?? Hahaha..sekali lagi… (Jangan tiru..huhuhu..)

Aduhai..banyak plak celotehnyer kali ni..xtau nk cakap ape ag da..aihhh..nway thank u soo much..4 everythg..n sape 2 yg sokong k.asni mase acara 400m tu.. so sory xdapat bg kemenangan seperti yg diharapkan.. k.asni hargai sgt2..sokongan padu yg diberikan…tQ.. Sooooo….much..

Wednesday, May 13, 2009

Diari guru pelatih_12 Mei 2009

Selamat Pagi cikgu...!
Agak2 la..siapa tuan punyer kasut ni ehh..?


Assembly..gni la kami.."Haa..korang yg len duk depan..kitorang xper.. k.asni kan pengawas..pengawas..kene duk belakang.." heh3.. (amaran..jgn tiru..)





Petang Kami…… (On da green carpet)

Ngan mimi..PKU unit kami..yg bertudung hitam..(dagu n tahi lalat mu tatap menjadi pujaan atiku....heheh...)



Dari depan : Ain, sayee, dila n Afi..excited jd penyokong..hampir2..nk masuk trek tu..

Dari kiri: Elsa, adah, fatin n adik favouriteku..Ilham..=) merangkap jiran sebelah bilik..


Dan bila malam menjelma….


Muka tensen Najwa sangatla kelihatan.. takut aku dibuatnye.. n Syazwan mule xsng duduk..kesana kemari..cian la plak aku tgk...mase ni la..terasa kasih n kesian la plok kt dia sebab xready nk present.. Dan muka Haziqie yg serius gler..stdy..ape ntohh..mybe point2 kot..haha..first time tgk muke dak laki dua org nih..siuss..haha.. n Dila..maintain cool..waa..terserlah anggun mu itu.. n aku...?? waaah...BLUR....!

Cian nadzirah..xchat..tetap datang memberi sokongan pd kami..Tq..Jgn skip mkn ubat tau...!



Pagi..

Haluuu…letihnya aku hari semalam..terkejar ke sana ke mari..dari pagi sampai ke malam.. Pagi kami bermula seperti biasa, pergi ke assembly..relax2..sembang cket2 (jangan amalkan ye bakal guru..da kene tegur kan..) Yup..! kami bakal guru generasi akan datang..! Dan lagu “Kami Guru Malaysia” dinyanyikan. Seperti biasa, kawan kami yang paling bersemangat lam bab melontarkan suara.. berdiri megah di sebelah..siapa lagi kalau bukan Dila@Ro.. Berpaling sekejap kat aku, then tersenyum kiput.. haa.. tau la kan ape yg si Rohaiza Adilla nak buat kan..? Hehehe.. ‘kami guru Malaysia.. berikrar dan berjanji…bla..bla…dengan suara sopranonya tuh.. Dila kan.. =D

Kami diminta ke Bilik Kuliah Utama,BKU untuk taklimat exam Bahasa Melayu.. Ramai lecture dari Jabatan Pengajian Melayu yang hadir memberi sokongan. Tiga unit dijemput untuk menghadiri taklimat tu, iaitu, bmpjbi,bmpjks dan bmmtbi.. Dan....hehe aku ditegur Encik Asri.. “Waah..laen eh kamu hari ni..” .. Hehe.. ngan sengih2 malu..aku tnyer la..ape yg laen..? hee.. cantek ker sy hari ni..? hehe.. Dia jawab.. “xla.. sy tgk hari laen kamu lebih cantek..” Haha.. paham2 ar kan..Encik Asri puji ikhlas tu..cume diterbalikkan aje istilah tu..keh3... Hari ni., pakai tudung baru weh… tu yang nampak len.. Hidop maroon pink..yeaa..


Petang...

Aduhai… acara 400m ditunda..13hb.. Letih tau menunggu.. Betul la..orang kate.. penantian itu satu penyeksaan. Ape tak nyer.. letih control debaran menunggu turn acara kitorg tau. Aduiii.. Nway, aku harap aku ley wat yang terbaik tuk acara final 400m hari ni... yakin Malaysia Boleh…yeahh.. Dan di atas tu antara gambar yang sempat di snap.. (ade orang komplen gambar diorg xder..hah…ni da letak..komplen gak tak tau la..huhu..)


Dan malam tiba….

Kami ade presentation Bm... Dan tajuk yang kumpulan kami dapat..ialah.. ‘KRITIKAN SASTERA’ .. Aduii… serius..k.asni memang betul2 xpaham sgt2 tajuk nii… dapat pulak part Kritikan sastera Struktural.. payahhh… n.. agak kejam la korang ehhh…. Da Nampak terang2 muka blur k.asni..still nk tanyer byk.. aduii.. Ade ubi ade batas.. ade hari k.asni balas.. ahha.. siap korang.. turn k.asni akan tibe.. tunggu la presentation Bm1.. hahh.. k.asni nk attack sorang tu… hehe… Ooo..time k.asni..xbagi sokongan moral pon ek…attack lagi ade ar.. Ok2..siap2 la eh... heheh.. (Mesti korang tertanyer2 kan.. sape org yg k.asni nk attack tu ek..haha..)


Umm..tu la kot…laporan semalam..yang terpaksa dipost hari ni..kerana keletihan..n busy teramat.. Ok…tata.. wish me gudluck.. tuk acara k.asni ptg ni..400m.. iyaaahhh… Cayokk2..!

Monday, May 11, 2009

Hari kepegawaian sukan..ipgmKdri

Suasana havoc yang dapat disaksikan di depan padang astaka..
Sempat tunjuk 'PIECE'..

Sapa mau beli 3 jejaka ni... Ana jual murah seposen tiga...


Aduuuii…. penat giler hari ni.. ape tak nyer…td event 100m pecut n 400m..penat…huk3 Bukan penat sebab apepon sebenarnye..gabra jer lebih..heheh..tp..dapat no 4…hummm…mmg teruk td..tp..tuk acara 400m baru la dapat nombor..nombor satu…alhamdulillah..n esok final..harap2 dapat nombor gak..tak dapat nombor satu xpela..dapat johan pon okey laa..hahaha..(bak kata Encik Mansur) Tapi.. mampu ker aku nk beat rekod hanim?..eh..tapi..its ok laa..sebab dia dari unit aku gak..luper plak.. Aku yakin dia mampu mewakili unit kitorang sekaligus mengharumkan nama unit dan pasukan kami..bmpjbi +bmmtbi + kpli PK+n pismp ape ntah..unit kami bergabung..menjadi satu..

Waahh…satu pencapaian luar biasa bagi unit kami.. Lepas ni..Encik Jai dan Encik Z bolehla berbangga dengan unit kami..hehe.. Acara 400m saringan pertama dirembat unit kami..iaitu hanim..n 400m lelaki xtaula…dan acara 400m saringan kedua..ditawan aku sendiri..nombor satu.. Bagi acara 200m juga ditawan pasukan kami juga..sape..?? Juliana Idayu atau Jue..dari unit mane..?? Dari unit bmpjbi….yeaaahh…dats my sis…bangga k.asni…tau..Kombang hidung bukan maen ag..

Kebanggaan kami xterhenti di situ saja..kemunculan Farah Suwahida..atau Farah..memang betul2 mengagumkan kami Geng PPS dalam acara 800m… Farah berjaya menawan tempat pertama..sekaligus menempatkan akak senior CCCU Sien Wah di tempat kedua.. Kami betul2 tak sangka..Farah mengalahkan Sien Wah yang mana satu maktab tahu..yang dia memang biasa wakil daerah..negeri..event besar2.. Tengok petang2 dia lari pon..kitorg heran…macamane dia leh lari 8-10round padang non-stop..n siap boleh lambai2 ag pada siapa2 yang sapa dia..maintain senyum lari 5-6round padang..Fuhhh…

Haa…macamana pula dengan acara 4x100m..??? Fuhh..sangat2 membanggakan.. ntoh…dari awal acara..pasukan kami dapat jer nombor.. pulak tu dari unit kami lak tuh… Tau x sape peserta2 acara 4x100m dari pasukan kami..?? Sape lagi…Jue skali lagi..then akak pismp unit mane ntah.. najwa peserta ketiga.. Waa..partner esaiment sehidup sehidup aku nih.... laju giler pecut..cam pahlawan berkuda pon ade..huhu dan Farah sekali lagi… waah.. memang tough ler kamu Farah… makan per.. sebelum lari nih..?? pas 800m ..sambung 100m.. muka pon pucat plus merah2 ag.. lubang hidong pon..tak abis kembang kuncup ag..hahaha.. Sekali lagi kumpulan kami mendapat nombor..iaitu nombor dua.. cayalah…Geng PPS.. klu Datin Nadzirah tgk…mesti kombang hidong 2 hari..haha.. Ok la...tunggu esok lak...peciter...ok....Taaa..~
p/s : By the way...sorry cuz kualiti gambar teruk..
Korang anggap la..gambar tu diedit dengan penuh kesenian..huhu..okey.

Target sebelum ke 'sana'