Thursday, January 20, 2011

Rentas desa-hari terbuka KK

Hari ni berlansung 2 agenda; pertandingan merentas desa peringkat IPG sebelah pagi. Manakala tepat pukul 3 petang nanti akan berlansung hari terbuka kolej kediaman.


Warm-up dulu.

Kemudian giliran staff Ipgkri pula memulakan larian.
Diikuti para pelajar


Lepas ni sy pergi temankan Jue pergi Bfast, sebab dia tak sempat makan kerana menguruskan perkakasan untuk gerai kami bagi hari terbuka KK petang nanti.

Pagi
Niat di hati tak mahu lari, peserta yang paling teruk adalah aku, kerana membimbit plastik berisi air teh peng, Jue pula membimbit plastik berisi nuget dan keropok. Kononnya nak jalan2 je macam latihan hari tu. Tapi sekali tengok ramai pula yang berjaga dan mengawal jalan. Nasib baik ada senior Fahmi, pass kat dia sebab dia tengah berjaga kat check point tu, kalau orang lain nampak, memang bad impression lah hinggap kat aku sudah tentu. Aku terus slow jog. Dari jauh En Nazmi Bollywood classmate kak dayah sudah beri semangat. Iyalah, rumah Biru jugak kot, aku maintain slow jog, Mimie dengan Jue jalan kat belakang. Akhirnya aku berjogging lebih laju juga akhirnya. Daripada dengar suara Mimie dan Jue, terus tak dengar. Aku jogging tak berhenti sampai kat depan rumah siapa ntah, bosan jogging aku berhenti. Tapi rugikan, degupan jantung okey dah tak sure berapa dah per minit. Untuk memaintainkan jantung agar tak drastik berhenti sebab jalan. Tau aku buat apa? Aku jalan dengan langkah kaki yang amat luas, sampai menyamai kelajuan orang berjogging. Seratus orang aku tinggalkan dengan langkah luas dibantu dengan kaki aku yg sedia panjang. Ahaa..Bila lagi aku nak manfaatkan kaki 'pemberian' Allah pada aku ni kalau bukan masa ni.

So, aku sampai pun takdelah mengah2 macam orang lain. Steady. Sambil tunggu yang lain. Dari jauh terdengar suara dengan penuh semangat sekumpulan guru pelatih lelaki. Wah, team rugbi yang diketuai oleh kembarku, Asni Daie berlari berjemaah rupanya. Memang nampak style lah team ni. Bermuafakat bermula dan sampai sama2.

Nah video team Panda RC. Kembar sy kat tengah kedua depan tuh.

Sy tak tahu kenapa vid ni gerak macam kartun, huhu..
layannn ajela.


Oleh kerana lutut ni dah lembik macam jeli. Sy mahu sleep. Petang ni tulis lagi. Untuk tatapan bff yang dikasihi lagi disayangi. Daa...~

4 comments:

Anonymous said...

woaa...ade video panda rc...

Cahaya Kudos said...

hehe =D

Ieqa Swetluv said...

kite cabut lari ke cafe lalallaa

Cahaya Kudos said...

wah bertuahnya anak dara ni...
tak lari ye?! ish2..

Target sebelum ke 'sana'